lovvu Dobbu

Monday, December 1, 2025

.: MELAWAT ADIK DI SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 2.11.2025 - weyh.. lama dah gambar ni peram dekat draft.
masa tu, mak, kakak dengan adik dekat kampung tido rumah adik dekat Shah Alam.
so, ahad tu kitorang pun gerak dari Selayang lepas abang Mueez habis kelas tambahan UPKK.
terus ke Shah Alam.
linda goreng keropok keping je.

sampai-sampai Shah Alam, hujan lebat.
air naik gak sekejap.
risau masa tu meredah air.
tapi, babyRuz kan tinggi, so ok lah, rasa macam separuh tayar babyRuz gak.
tengok kete rendah dah stop tepi, tak berani nak harung.
meh la belanja sikit gambar hari kejadian tu.

nie mek Meera. takmo ye linda pegang dia.
haisyh, nak dengan kak Mas je.
BTW, hari nie, 01 Disember - birthday Meera.. happy birthday Meera yang ke 3 tahun, moga membesar jadi anak solehah ya.

dengan abang Mu'az.

sebabkan rumah adik ada tangga, senang sikit nak wefie yang semua masuk gambar.
berdiri je kat tangga semua.

dekat bawah pula stau.
dengan kanak-kanak riang.
yang belakang tu dah jadi kanak-kanak purba. hahaha

balik tu, tak hujan dah.
air yang kitaorang redah masa datang tadi pun, dah takde.
magik betul. hahaha

till then, see ya.

7 comments:

  1. Posing di tangga memang best kan? kalau beraya pegi umah saudara di kampung-kampung mmg kompom posing di tangga... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..memang cari tangga lah...lagipun, senang kalau nak bergambar tu ramai, cnfrm semua masuk dalam gambar

      Delete
  2. memang scary sikit kalau nak mengharung air hujan --cepat surut tu sbb banjir kilat lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...lepas tu waktu hujan lebat je...tapi, tulah, banjir kilat ni tak jangka dan kadang2 serius juga.. kalu stay KL je, sekarang nie..memang patut dah ambil insurans yang cover banjir sekali

      Delete
  3. sangat risau bila meredah jalan yg naik air ni kan..
    nasib baik waktu balik dah xde dah...

    ReplyDelete
  4. Cepat betul airnya surut. Banjir kilat macam tu agaknya kot kan. Meriahlah kalau dah berkumpul ramai-ramai ni. Wefie tu yang penting buat kenangan.

    ReplyDelete