Assalamualaikum.
Bersiaran dari Taiping, jumaat lepas habis kerja, siap² terus balik Taiping.
Kereta tak banyak atas highway, dalam pukul 10 malam sampai Taiping.
Balik petik rambutan, tolong MIL alih peti ais ke dapur semula.
Sebab dapur, akhirnya dah siap.
Eh, tak ambil gambar dapur pun, dapur MIL biasa je.
Nak buat baru tu, sebab bahagian dapur tu dah mendap. Sebab memang bukan rumah asal. Jadi kontraktor kata kena pecah lain dan buat baru.
Petang tu p Hospital Taiping, ziarah sepupu(Farah) baru lepas bersalin.
Share sikit.
Tak sama ya waktu melawat, ikut hospital.
Wad Obstetrik. Tingkat 4.
Baby takde dengan ibu dia.
Ada problem sikit, tapi Alhamdulillah..dah stabil..
Nak dikatakan jodoh, rezeki.
Jumpa Chik(ex-semesti), 1 batch.
Last jumpa dia masa Linda kahwin kot, hampir 14 tahun dah. Chik ni dulu photographer linda.
Lepas tu, chat² thru wasap dan medsos lah.
Tapi, lately, dia pun dah slow down dekat medsos.
Alhamdulillah, direzekikan berjumpa, moga sihat² selalu ye Chik.
Linda pun up la dekat status.
Sekali, pusing².. ada je orang kenal.
Sepupu jiran dekat rumah Tronoh rupanya.
Jannah tanya mana kenal kak Icah(nama chik dekat family dia)
Bila Kabo satu sekolah Semesti.
Jannah cakap "budak pandai lah ni"
Linda pun jawab lah "dulu masa kecik je cerdik, dah beso ni, berkarat"
Jannah jawab "choy lah kak Linda ni".
Hahaha.. dia choykan je kakak jiran dia..bertuah punya Jannah.
Apa² pun moga bapa mertua Jannah @ PakTam Chik dipermudah segala urusan.
Apa² pun yang jadi, moga Jannah sekeluarga tabah.
Till then, see ya.





best bila tiba2 terserempak dgn org yg kita kenal/kwn2 kat mana2 ;) anyway semlm masa MZ kuar ronda2 KL east mall, terserempak dgn jiran sebelah rumah hahaha kiranya boleh plak pergi ronda tmpt yg sama :p
ReplyDeleteLagi² kalau lama tak jumpa.. seronok rasanya..
DeleteKecik je dunia ni rupanya ye. Ke mana je jumpa je orang yang dikenali.
ReplyDeleteBetul tu Cie..ada je orang yang kita kenal
DeletePandainya Linda, sekolah sbp dulu. Seronok dapat jumpa kawan lama tak jumpa. Ada kaitan pula tu dengan jiran tetangga.
ReplyDeleteRezeki Allah nak bagi rasa sekolah SBP kak..anak² takde yang ngikut pun.. hahaha..
DeleteItulah..pusing² ada je yang kenal
Oo Semesti... budak pandai ni😁
ReplyDeleteAkak kalau lalu Semesti mesti teringat member.. sekolah situ sampai F3. Masa F4 -F5 masuk Teknik Ipoh sebab nak ambil Mekanikal.
Lepasni lalu Semesti akak mesti akan teringatkan Linda juga🫠
Pandai masa kecik je, laa berkarat dah... Yeah, kami pun niat F4 tu nak masuk teknik juga, minat automotif...tapi, disini lah kita akhirnya
DeleteSeronok kan jumpa orang yg kita kenal. Dulu Cuya kerja, tiba2 kawan skola dah bertahun tk jumpa dtg situ. Terkejut.. itulah namanya jodoh pertemuan kan. Pusing satu dunia pon boleh jumpa jugak kalau dah jodoh hehe
ReplyDeleteBetul..lagi² lama tak jumpa...
DeleteSeronok jumpa kawan sekolah kan...
ReplyDelete