lovvu Dobbu

Tuesday, June 24, 2025

.: SEGMEN - APA CHATGPT KATA TENTANG BLOG SAYA :.

 Assalamualaikum..

semalam BW dekat blog kakSha, nampak ada segmen yang menarik pula..
jom lah join juga.
untuk makluman, linda first time guna ChatGPT nie.
ketinggalan betul.

segmen dari blogger Pha Is kita.

jadi, nie lah hasilnya. setelah linda tanya encik ChatGPT kita.

Blog **Ceritera Kehidupan** dihoskan oleh Adnil Linda, ibu kepada empat anak yang menggunakan platform ini untuk mencurahkan pengalaman harian, cabaran keluarga dan perasaan peribadi secara jujur dan terbuka. Linda menulis dalam nada santai dan penuh emosi, misalnya meluahkan rasa bersalah selepas terbaling telefon hingga mencederakan anaknya, dan kisah 'tragis' kehilangan beg pakaian semasa balik kampung . Gaya penulisan beliau yang ikhlas memaparkan liku hidup seorang ibu, dari rasa takut, kecewa, sehingga kesyukuran serta doa untuk anak-anak, menjadikan blog ini dekat dengan pembacanya dalam kehidupan seharian.

yang confius sekarang nie, tang beg pakaian hilang masa balik kampung...

fikir-fikir balik, rasenya tang roofbox mogok tak boleh buka nie kot.. hahaha 

till then, see ya.




29 comments:

  1. menarik la segmen ni..kalau rajin, MZ nak buat jugak laaa...haah chatgpt main bantai jer ikut suka dia jer psl summary entry blog linda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je review tu.. Tapi, overall betul lah kot... Linda pun cerita pasal kehidupan je

      Delete
  2. tragisnya kisah terbaling fon tu.. thanks join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragis yg tu.. Lama dah tak mengamuk... Hahaha..
      Sama2... Seronok2 nie

      Delete
  3. menarikkkk....lain dari yg lain segmennya

    ReplyDelete
  4. nak buat juga tapi alah saya macam baru berjinak jinak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je.. Cuba lah tengok.. Mungkin dia akan cakap..pondok polis bergerak.. Kikiki

      Delete
  5. Hahaha kisah tragis kehilangan beg pakaian yee. Lawak jugak huraian chatgpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Itulah tu.. Dok pk plak.. Bila beg hilang

      Delete
  6. wahhh.. gitu ya dia summarise kan blog Linda ni.
    Menarik... nanti nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik cara dia summarisekan... Akak lagi lama berblogging...apa yang akan dia spesifik kan nanti

      Delete
  7. Nak try lah jugak nanti 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try kak Mulan.. Nak tengok dia cakap apa pasal kak Mulan.. Mungkin "tukang masak yang berjaya"

      Delete
  8. Dalam banyak² post, itu juga yang dia tekankan. hihi..sabar je lah ChatGPT ni.

    ReplyDelete
  9. sampai kes beg hilang pun chatgpt detect ya kak linda. adoyai kelakar rasanya. Nanti SS nak join tengok jugak apa chatgpt kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang tragis tragis je yang dia amik.. Hahaha

      Delete
  10. tragis. chatgpt tu nak kena install ke caner ea? kita no'ob sikit benda2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah sis..
      Taip je dekat google ChatGPT tu...ada web juga

      Delete
  11. salam kenal sis.. saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.. jadi ChatGPT pun tulis yang sopan-sopan je pasal blog saya ni.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..
      Rasenya ChatGPT nie memang beritahu yang sopan2 je

      Delete
  12. Cocok gak Mbak apa yang dikatakan ChatGPT tentang blog Mbak ini?
    Gaya penulisan yang santai dan ikhlas memaparkan liku hidup seorang ibu... Ini cocok sekali setelah saya sering berkunjun gke blog Mbak ini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kiranya ChatGPT ini benar lah dalam membuat rumusan mengenai blog linda..

      Delete
  13. Haha.. yang tak tahu, jadi tahu pula, contoh terbaling phone kat anak tu. Normal tu. Mak mana yang tak pernah mengamuk. Akak pun pernah meletup juga. Hahaha... menarik, segment nya.

    ReplyDelete