Assalamualaikum
ahad lepas kan family datang rumah
mak bawak kerepek emping nie sekali
sedap betul, lama tak makan..
rasa dia pahit pahit lemak gitu..
tapi yang nie dah perasakan, ada lah pedas pedas manjahh gitu
mesti ada yang tak pernah dengar Emping Melinjo nie
baca SINI
nie lah bahan nya
emping tu diperbuat daripada buah nie lah
daun yang muda and buah nie pun boleh masak bening je..
linda dari kecik memang dah kenal sayur nie..
kalau linda, panggil "Godong Soor" 😅😅 lebih kurang gitu lah bunyinya...bila bahasa jawa nak di melayukan..jenuh nak pilih perkataan...hihihi
tapi, linda tak suka daunnya, suka kutip buah nya...
kulit tu kita buang, lepas tu macam ada kulit keras sikit, pun buang jugak, baru lah jumpa isi dia dalam tu...sedapnya...
kalau tak buang pun boleh..gigit je semua..
tapi, budak budak kan... kulit tak nak makan... 😂😂
haa... ini lah kejadian emping melinjo tu
ada je jual kalau dekat kampung
dekat bandar nie tak pernah pulak nampak lagi..
rupanya, dedek pun layan jugak makan...
sedap lah tu..
nanti cari dekat shopee, mesti ada...hihihi
till then, see ya
lamanya tak makan...sedapnya lemak2 pahit tu
ReplyDeletesedap kan...mengunyah sambil tengok TV, sekali habis..hahaha
Deleteralit mkn keropok nih..pahit2 manja...cantik buahnya..
ReplyDeleteye..pahit2 manjah...kikiki
Deletedulu masa kecik2 ada lah pokok nie tepi rumah, skang takde dah
Macam tu ye buahnya. Baru tau.
ReplyDeletea ah...kalau merah kulit nya, dah masak...tp tetap tak boleh makan mentah2...hihihi...
DeleteRasa macam pernah makan ada orang bagi.
ReplyDeletemcm lama dah kejadian orang bagi nie...hihihi
Deletekat kampung ammi di Banting ada pokoknya dulu. Kalau balik kampung arwah mama bawak balik buahnya nanti arwah makcik lah yang akan ketuk2 pastu ayatnya "Jah, nanti goreng ye, aku nak".
ReplyDeleteAterrrr kalu goreng tak bagi wak apa ke he nye wakkkk..
hahaha...mana lah tahu..nanti kelalen nak bagi wak nya bila dah siap goreng...
DeleteLama tak makan keropok ni, jumpa kat kedai2 tradisional sahaja.
ReplyDeletebetul, susah nak jumpa nie...
Deleteari tu MZ try mkn masa lunch kat dorsett hotel tu..emm tak leh nak abihkan wpun sekeping sbb ada rasa pahit2 tu..tak kena dgn tekak MZ laaa
ReplyDeleteYa.. Ada orang memang tak leh go... Hihihi...citarasa berbeza...
DeleteAkak suka ni wat kudapan.. dulu masa kecik kerap tolong nenek kutip buahnya.. lepastu rebus, ketuk sket kulitnya tanggalkan. Lepastu ketuk² isi bagi 'gepeng'. Jemur, keringkan dan bolehlah digoreng. Renyah juga tapi dah gitu caranya. Sekarang beli je yang kering balik boleh terus goreng.
ReplyDeleteLama tak dengar perkataan gepeng tu... Hihihi..
DeleteLinda tak pernah pulak buat kerepeknya, memang mak buat masak "jangan bening" je...
Tak berapa nak berkenan sangat dengan kerepek ni sebab ada rasa pahit2 tu.
ReplyDeleteA ah.. Mostly tak suka sebab ada rase pahit2 tu...
DeleteDi sini banyaaaaak sangat 😄😄😄. Ada emping yg manis, original, atau pedas. Saya sukaaa, tp jangan banyak2. Krn buat asam urat 😅
ReplyDeleteKalo buahnya biasa dimasak dalam sayur asam, sayuran khas Sunda (Jawa barat)
Di sini, kalau dia kampung2 ada lah jumpa.. Di pekan2 susah sedikit...
DeleteKak linda biasa nya makan di masak bening je
ms budak2 dulu kalau tolong kat rumah kenduri kahwin selalu laa tuan rumah hidangkan keropok ni dgn kopi o. x suka betul sy. 😁
ReplyDeleteHihihi.. Dulu2 tak suka juga.. Maken berumur nie.. Syiok pulak makan...
DeleteJarang jumpa ni. Rasa kelat-kelat pahit gitu.
ReplyDeleteBetul tu.. Jarang jumpa dah nie
Delete