Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, November 22, 2026

.: KENAPA SAYA ADA BLOG?? :.

Assalamualaikum.

linda tengok ramai dah join segmen kak Mulan ni.
linda pun nak ambil kesempatan untuk join juga.

sebelum mula cerita.

Happy Blogiversary buat blog kak Mulan.
lama tu dah 20 tahun.
tapi, linda baru follow kak Mulan tahun lepas tak silap.
memang macam2 cerita ada.
kalau tang masakan tu, memang linda selalu terpaku la tengok hasil masakan kak Mulan.
sedap-sedap semuanya.
bagi jelah apa pun, semua boleh jadi makanan yang sedap.. nyummeh..

-tekan banner-

kenapa saya ada blog??
pengaruh rakan sebaya mungkin. hahaha
sebab mula berkecimpung tahun 2007 atau 2008 macam tu la.
masa tu dekat U, zaman kegemilangan blog.
sebab takde benda lain nak layan kan.
time tu geng bas sekolah, semua pun ada blog.

blog linda pun melalui banyak fasa, dari fasa zaman belajar, lepas tu masuk fasa bride to be, masuk pula fasa ada anak.
masa tu sempat la sampai anak ke 3.
tapi, entry nya dah jadi setahun 3, 4 entry je. hahaha.

lama-lama, memang tak sempat nak tengok blog.
bila terasa nak sambung balik, dah tak ingat password bagai.
maka, terhasil nya blog yang sekarang ni.
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik.
dah 4 tahun rupanya blog ni.
semoga terus rajin menulis.

till then, see ya.

Saturday, November 21, 2026

.: TERIMA KASIH!!! :.

Assalamualaikum. 

Selalunya ada silent reader (yang berkenaan dengan entry ni). 
Jadi, Linda nak up entry, to let them know that Linda really appreciate it. 
Sebab, Semalam ada orang dok wasap Linda. 

Ada orang rindu Linda la.. 😍😍

Lagi episod rindu. Hihihi. 
Gara-gara pegi makan dekat Mini Thai, eh terus teringat Linda pula. 

Jom throwback lunch date dekat Mini Thai bulan Julai lepas. 
Linda tak up entry pun, lupa. Kikiki. 

Air yang kami order. 

Makanan yang kami order. 
Linda order bihun tomyam. 
Kak zu ngan Izzah memasing order nasi putih. 
Kalau nak review rasa masakan tu, sedap. 
Betul rasa Thai la. Hihihi. 
Siap order sangkaya tau, tapi kata nya belum tersedia lagi. 
Takde rezeki la nak rasa. 

Selesai makan, Jalan-jalan pusing dalam 168 Mall tu dulu. 
Nak kasi makanan turun jap. Kikiki. 

Jadi, jom la wefie sat. 
Mengumpul memori masa ni. 

Apa pun, terima kasih kak zu dan izzah, jadi teman bergosip, luah perasaan selama berada di Selayang. 
Ada rezeki, kita jumpa lagi. 
Kak Zu tu, beli rumah dekat Tapah. 
Bole la pergi raya rumah kak Zu nanti. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Notakaki - terharu kita tau, ada yang rindu.. Aaaa, rindu juga kawan-kawan, walaupun sekejap je di Selayang. 

.: KALAU BLOGGER JADI VAMPIRE, APA NAMA KORANG? :.

 Assalamualaikum.

eh, terjebak pula dengan entry SR. pagi sabtu ni BW sementara tunggu anak-anak siap.
nak pergi breakfast, terus beli barang dapur.
linda pun lama dah tak main ChatGPT ni.
jom la cuba.

muslimah sungguh vampire ni.
tengah demam MCR (My Chemical Romance), elok sangat la tema vampire ni. hahaha

🦇 Your Vampire Name: Vesper Quill

Inspired by your blog, Ceritera Kehidupan – Rizzlinn.

Vesper — the mysterious beauty of twilight, carrying nostalgia, quiet emotions and untold stories.

Quill — the storyteller's pen, preserving fragments of everyday life, precious memories, laughter, love and reflections.

Together, Vesper Quill represents a beautiful contradiction: a soul wrapped in Gothic darkness, yet finding beauty in the smallest moments of life.

Your vampire identity:

  • Aura: Melancholic, mysterious, timeless and elegant.
  • Personality: Observant, sentimental, witty and quietly captivating.
  • Signature: An immortal storyteller who collects memories instead of souls.
  • Gothic title: The Keeper of Forgotten Moments.


happy weekend semua.

till then, see ya.


Thursday, November 19, 2026

.: SAKA WATSON :.

Assalamualaikum. 

Balik kerja, setel kan mana yang wajib dulu.
follow incikSuami ambil anak-anak.
sebab kak M nak cari shawl hitam, jadi dulang girls uolls..
ada majlis penyampaian hadiah.

otw p sekolah tu.
gelap sungguh la awannya.

selesai ambik dedek dan kak M.
shoot terus ke Seri Iskandar, p Billion sat.

kak M dapat shawl dia, singgah Watson pula.
kak M kata "cikgu suruh mekap sikit2"
udah nak cari eyeshadow pula.
ok la, linda pun nak cari lipstick juga.

emmm..
macam biasa la, dari lipstick dengan eyeshadow je yang nak cari.
kemain banyak mask yang ngekor.
semua offer punya pasal.
total hangus RM118. aduuiiii
hujung-hujung nafas ni, boleh shopping pula.. hahaha

tapi, syiok, malam tadi dah rasmikan 1 mask.
terasa halus mulus pula. hahaha.

close up lecu yang dibeli.
brand elianto.
takde contoh yang dah buka.
linda pilih ikot warna kotak je.
nasib baik, elok warnanya.

till then, see ya.

Tuesday, November 17, 2026

.: FINAL EXAM KAFA :.

Assalamualaikum. 

Nak masuk hari ketiga dah. 


Semoga dapat menjawab dengan lancar dan fasih., aamin. 

Buat kak M dan dedek. 

Aamin. 
 

Monday, November 16, 2026

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG CCL :.

Assalamualaikum. 

Lambat sikit up entry. 
Hari tu blogger CCL ada update top komentator untuk Oktober jatuh pada Linda. 
Alhamdulillah, rezeki dah tertulis. 

Linda pun berbalas e-mel dengan CCL untuk bagi details. 
Lepas tu, CCL gtaw dah pos. 
Dalam masa 2hari, sampai la parcel keriangan dari CCL. 

yeay, dapat hadiah. 
Jom unboxing. 

Alhamdulillah, bertambah koleksi tudung. 
Baju p kerja, baju sama je repeat, tudung je yang bertukar tukar. 
Sebab tudung banyak, hihihi. 

linda buang plastik tudung. 
Nak kasi clear sikit nampak warna dan corak nya. 
Terus basuh, jadi bila bila boleh la terus pakai. 

hari ni p kerja pakai tudung baru. 
Suka suka. 
Tudung senang bentuk, lembut, so nampak flowy je. 

Terima kasih banyak buat CCL. 
Semoga murah rezeki, dipermudah segala urusan, aamin. 
Tak sangka pula terpilih jadi top komentator. 

Till then, see ya. 

Sunday, November 15, 2026

. : GIVE AWAY : ANNIVERSARY YANG KE 17 TAHUN :.

Assalamualaikum. 

Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. 

GA kak Notie datang lagi. 
Kali ni luar biasa sikit, sebab kena buat entry ni jawab soalan serba sikit. 
Selalu kak Notie kira dekat komen je. 

Boleh klik banner

Kenapa suka masuk blog kak Notie? 
Sebab kak Notie punya blog santai² je. Macam² topik ada. Tang shopping pokok dengan kakak-kakak tu yang lagi syiok baca.

Apa yang best masuk blog Saje Suka-suka? 
Eh,baca nama blog pun tahu. Memang saje Suka-suka lah. Kikiki

Bagaimana boleh terjebak ke blog kak Notie? 
Hurm, yang ni tak ingat. Tapi, memang dari aktiviti blogwalking lah. Linda sejenis memang suka blogwalking, lepas tu bila baca entry dalam blog tu, boleh nak go. Linda pun klik la butang follow, nak bagi masuk dalam senarai reading list Linda. 

Karakter tuan punya blog? 
Nampak dari penulisan, gambar yang dishare.. Happy go lucky orangnya, insyaAllah, kalau berdepan. Mesti senang nak blend in dengan sesiapa pun. 

Penambahbaikan blog? 
Yang ni, takde idea la. Sebab blog sendiri pun tersadai. Janji ada entry baru, tak hilang dari radar. Ok la kot noh. 

Akhir kata, tahniah kak Notie sempena ulang tahun ke 17 blognya. 8 hari lagi, boleh la ambil exam bertulis SPM ye. Hihihi. 

Till then, see ya. 

Notakaki - cuba la, mana tahu ada rezeki orang ke 10