Assalamualaikum.
Menunggu minggu Linda cerita East Palace ni keluar.
Suka citer hantu, mistik, dengan istana.
Selalunya, kalau cerita pasal istana² ni, memang Linda akan pilih dulu.
Suka costume dia agaknya.
jadi cepat2 la Marathon bagi habis.
8 episod je pun.
Comel nya, tapi penghisap tenaga.
ibarat toyol kata nya.
East Palace (Donggung) - kisah hantu yang berdendam dengan keturunan raja. Setiap Putra Mahkota yang ditabalkan, mesti akan diakhiri dengan kematian. Bukan seekor hantu yang berdendam, lebih dari satu.
Gu Cheon(Nam Joo-hyuk) dan Saeng-gang(Roh Yoon-seo) di panggil kerana kebolehan mistik masing². Walaupun sering bergaduh, tetapi masing² ambil berat antara satu sama lain. Dari satu roh ke roh yang lain, baru la jumpa sebab dan punca sebenar.
kena tengok sendiri la, masing-masing ada kepentingan sendiri yang menyebabkan buat perkara yang tak sepatutnya. Ending dia memang tak sangka la. Memang kita tertanya2 siapa punca semua ni.
Saeng-gang ni boleh dengar hantu cakap, tapi tak boleh nampak hantu.
Gu Cheon boleh nampak hantu selepas kejadian dia hampir mati lemas dan mengorbankan ibu dia.
katanya cerita ni menelan kos sebanyak 40billion won (29Million USD) bersamaan RM111.4 Juta. Banyak tu.. yela, kostum lagi, CGI, lampu dia...eh, semualah.
ni linda share link yang mengulas lebih detail drama East Palace.
till then, see ya.



Wahhh unik citer hantu raja-raja zaman dulu ni. Selalu citer berperang je....
ReplyDeleteSatu lagi The Haunted Palace, keluar tahun lepas rasanya..yang tu pun best
Deleteammi suka cerita istana...ni baru episod 1 tgk My Dearest. Ntah brp lamalah nak tengok sbb 1 ep tu pun 3-4 kali pause. Tengok tido tengok tido
ReplyDeleteMy Dearest belum tengok lagi..cerita lama kan, panjang lagi episod nya..jenuh nak habiskan..
DeleteAkak blom tengok citer ni lagi....nak kena tengok ni...
ReplyDeleteSekejap je habis tu kalau kak tengok..
DeleteLinda minat cerita hantu dan istana rupanya. Seram.
ReplyDeleteTapi cerita Zombie tak suka sangat..hihi..
DeleteNampak kat tiktok tp lum kesempatan nak layan lagi... biasa balik kerja dh penat mlm lak tido awal jadi tak dan nak layan. Geram nengok toyol yg comel tu la heheheh
ReplyDeleteSabtu Ahad baru sempat nak layan..hari biasa memang ketiduran lah...hihihi
DeleteBila baca ulasan Rizzlinn pasal drama East Palace ni terus rasa nak masuk balik dalam watchlist maraton drama! Memang penuh dengan emosi dan storyline yang mantap. Gaya Rizzlinn mengulas pun santai tapi padat dengan info. T
ReplyDeleteSila masuk dalam senarai untuk ditonton..
DeleteAkk kurang minat cerita berdiri/episod ni. Malas nak kena follow satu satu hihi... Lebih suka layan movie.
ReplyDeleteLinda tengok pun lambat juga kak..kadang 1 episod pun banyak kali tengok baru habis.. hahaha
DeleteWaah tak sangka semahal itu biaya drama nih. Memang dah masuk dlm list to watch saya kak. Sukaaaa dengan pemeran wanita, biasanya drama2 dia baguus semua
ReplyDeleteYa ,kostum nya.. lagi pun ada baca juga, kamera yang digunakan memang yang power punya .sebab nak impak malam yang tak banyak guna lampu, tapi nak gambar pelakon clear..mcm tu lah..
DeleteKalau belanja nak menghasilkan drama ni dah sebegitu tinggi mesti best cerita ni.
ReplyDeleteKalau baca ulasan profesional, memang best.. ulasan Linda, pun best juga..tapi, kalau tak kena jiwa, tak best juga..hihihi
DeleteSy x suka sgt tgk cerita hantu yg serius. Kalau hantu kelakar layan jgk tapi kena brteman..hahaha
ReplyDeleteHahaha..Linda memang suka tengok cerita hantu..cuma, tak suka elemen scarejump tu..😆😆
DeleteAik, kenapa hantu dia comel? macam teddy bear.
ReplyDeleteHahaha..banyak kategori hantu dalam citer tu kak..yang seram pun ado, yang berakar² pun ado..saka bomoh pun ado..
DeleteSamalah tengah tonton cerita ni juga ni..
ReplyDeleteChaiyokk
DeleteSha belum sempat lagi tengok.. Memang suka genre ini..
ReplyDeleteTakpe, nanti² boleh tengok
Deleteasben dah tgk ritu, sbb nam joo hyuk tu, ku kureng sikit.
ReplyDeletetggu da bosan nnt baru layan.
Kita tak pernah kisah pun siapa berlakon,..janji cerita best, kita layan jeee.. hihihi
Deletejika ada masa nak juga tengok citer Korea... tp biasanya sy nonton filem je. jrg tgok series...
ReplyDeleteBagus juga filem.. terus habis je AK..kalau drama, kena tunggu lagi next episode
DeleteAkak baru start semalam.... ni tengah marathon lah ni... The Apartment Job terpaksa nengok on going sebab ada Jisung😁. Agent Kim Reactivated pun tengok sama... aduhhh tamak🤭
ReplyDeleteHahaha..satu² sis.. jangan tamak.. Linda habiskan Agent Kim dulu.. nanti baru yang lain..tapi Bleach(anime) yang baru nak keluar juga ni..
DeleteMZ sbb dh lama tak tgk apa2 drama/citer kat TV, tp MZ suka layan baca mcm2 kisah mistik kat fb dan thread hahahah wpun MZ ni penakut sgt tp suka baca kisah mistik
ReplyDeleteBaca best juga, tapi kadang² berpinar² mata tengok tulisan banyak² ni
DeleteFilem malaysia yang bomoh kelakor tu boleh kut yang seram nyorok balik selimut huhuhu
ReplyDeleteSambil nyorok, sambil ngintai.. hihihi
Deletesaya pun minat jugak citer zaman2 istana ni. semalam baru layan episode 1 east palace ni sebab ternampak iklan kat ig, so far bestt!
ReplyDeleteAkak dok menunggu cerita ni keluar..
DeleteMenarik.. Tapi drama eh ? Olooo, ingat film. Faa dah saved. Nanti ada masa nak tengok.
ReplyDelete8 episod jaaa
DeleteCerita hantu eh. Lain sikit genre dia. Biasanya kalau costume ni jenis cerita romcom. Suka tengok Roh Yoon Seo ni berlakon. First time tengok dia berlakon dalam drama our blues. Best citer tu. Ada banyak kisah dalam satu cerita. Dia berlakon jadi budak sekolah.
ReplyDeleteKita pula first time tengok Roh Yoon Seo berlakon..
DeleteDia punya main point, sama je macam cerita istana lain..berebut takhta..