lovvu Dobbu

Sunday, December 7, 2025

.: OOTD TUDUNG BARU :.

Assalamualaikum.

Jumaat lepas ada mesyuarat JK Perumahan Hospital. Linda memang salah sorang ahli JK lah. Tapi, sebab penyelia asrama ada 2 orang, jadi kami gilir² lah.

Mesyuarat jumaat tu, Linda tak masuk.
Izzah yang masuk.
Izzah pun dah 2,3 kali masuk.
Minit mesyuarat pun dah 2,3 kali buat.
So, ok lah lah.
Habis mesyuarat, tiba² Izzah wasap, katanya Cc Adawiyah nak jumpa.
Risau pula, Cc nak marah ke sebab tak masuk mesyuarat.

Rupanya, Cc nak bagi tudung.
Izzah pun dapat juga.
Terima kasih Cc, moga murah rezeki selalu.

Jadi,ni lah outfit Linda hari ni.
Sedondon tudung dengan baju.
Jarang sedondon ni, selalu memang warna kontra.. hahaha.
Nampak bulat je seketul Linda ni.. haha.
Tapi, tetap lah kena yakin ye.. hahaha.

Till then, see ya.

20 comments:

  1. Warna sedondon sampai ke kasut... weaw

    ReplyDelete
  2. Cantikla tudung tu... rezeki CC bg... bulat xpe linda janji sihat & bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...risau juga nie kak Mim, takut selesa dengan bulat ni.. kikiki

      Delete
  3. Sekali skala sedondon baru nmpk lebih muda dari usia..Gitewww...But nice la outfit Linda kali ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. terima kasih...kita memang tak reti bergaya.. lagi suka pakai tshirt aje...

      Delete
  4. tudung baruuuu....nieyl pun banyak tudung baru tapi xleh pakai lagi sebab xde lagi baju yg masuk dgn tudung tu...hahaha..alasan nak beli baju sebenarnya hahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena puasa beli tudung dah.. rak yang ada tak mut.. hahaha

      Delete
  5. alhamdulillah tahniah cantik tudung baru

    ReplyDelete
  6. outfit sedondon tu kiranya tak masuk ofis kah hari ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...tu semalam.. hari nie kerja macam biasa..tunggu cuti keputeraan sultan selangor nanti, nak merayap.. kikiki

      Delete