Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, March 7, 2023

.: rasa Kopi sebenar Frenche' Roast :.

 Assalamualaikum
rasa kopi sebenar

dok terpengaruh jugak nie...viral kopi jenama Frenche' Roast 
so kita pun try lah pek2 kecik
yup..ada je jual kt kedai eco
dah taw sedap
boleh la beli yg pek besar


bagi cikpuanLinda yang x pencinta kopi sangat (sebab cikpuanLinda x suka pahit kopi nie) 😆😆
tp Frenche' Roast nie memang sesedap rase
tak pahit sangat
tak manis sangat
kene lah ngan tekak nie


nampak tak bebuih cinta dia tu.fuhh memang minum sekali nak lagi lah.
lgpun dah ada dalam tin
mmg pilihan pertama lah kalau cikpuanLinda yang kene drive

anak-anak pun minum skali
so, sedap lah tu.



yang warna biru je tak pernah cuba lagi

boleh buat stock nk puasa nie..
buat sahur, senang..x payah nk bancuh2 air dah

till then, see ya





Monday, March 6, 2023

.: UJIAN PSIKOMETRIK PEN PENGURUS ASRAMA N29 KPWKM :.

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, rezeki pagi2 bukak emel. panggilan ujian psikometrik jawatan Penolong Pengurus Asrama N29 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

mari kita cuba lagi...


iklan jawatan kosong



jangan putus asa gais...
walaupun kekosongan 1 je 😅😅

kita cuba je jawab..
mana taw rezeki kan...

till then, see ya

Thursday, March 2, 2023

.: KEPUTUSAN UJIAN PSIKOMETRIK PEN PEG SAINS (KIMIA) C29 :.

 

Assalamualaikum



keluar dah keputusan ujian psikometrik 😀😀

tapi belum ada rezeki
kata nya TIDAK MELEPASI TAHAP 😆😆

aigoo
xpelah
percubaan kan
jangan pernah mengalah
mari kita cuba lagi nanti

yang penting jangan berputus asa
zaman sekarang memang banyak saingan

insyaAllah ada rezeki lain yang menanti
cikpuanLinda pun takdelah menaruh harapan sangat pun
sebab jawapan ikot sedap rase je nak jawab
hihihi

till then, see ya

Tuesday, February 21, 2023

.: UJIAN PSIKOMETRIK PEN PEG SAINS (KIMIA) C29 PART 2 :.

 Assalamualaikum...


Alhamdulillah..selesai menjawab soalan 

anak2 jawab soalan SPM..cikpuanLinda up skit lah..ujian psikometrik utk bakal penjawat awam

keseluruhan 117 soalan...

semua soalan psikologi...aiyarkkk...konpiden level kene tinggi...

tekan2 jawapan...tiba2 keluar window popup kata "anda yakin untuk menghantar jawapan"

rupanya habis dah 117 soalan..hahaha x perasan lansung...

BTW, yang nie takde soalan math ya...

so dalam 1minit18saat setel jawab soalan psikometrik nie...

xd lah berharap pun..cuma mencuba naseb...ad rezeki mana lah taw kan...tp lama beno tak kne interview nie...janggal pulak rasenye...


till then, see ya

Thursday, February 16, 2023

.: UJIAN PSIKOMETRIK PEN PEG SAINS (KIMIA) C29 :.

Assalamualaikum



fuhh
rezeki tahun 2023 dipanggil menduduki ujian psikometrik
selama nie tak pernah dapat weyh

tapi pnh dgar lah cerita dari kawan2 mcm mana soklan pscyho dia
terus cikpuanLinda p gugel cara2 jawab soalan
mesti lah gigih

nah baca contoh soalan kat sini

tapiii..
kekosongan 3 je..calon simpanan 10
panggilan ujian psikometrik beribu kot...
hiii...xpe..utk gain experience kan...

semoga MASLINDA BINTI MISWAN dapat menjawab dengan tenang, mana tahu ad rejeki ALLAH nak bagi...insyaAllah

p/s - lepas gugel2, terasa mcm dok Korea dah, nk masuk perkhidmatan awam pun struggle dah skang, ad ujian bagai. ada kelas, ada ebook dijual utk study ujian psikometrik nie

till then, see ya

Thursday, January 19, 2023

.: WELCOME 2023 :.

 


Assalamualaikum..

dah hampir setengah bulan... harap belum terlambat untuk wish selamat tahun baru 2023 kepada semua

well 2023 maybe lebih struggle dari yang sebelum nie

semoga urusan kita semua dipermudahkan, dikurniakan rezeki yang tak putus-putus seperti air sungai yang mengalir, Aamiin

2023 wishlist cikLinda tak banyak pun

cukup lah diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang lebih baik, ibu yang lebih tabah, isteri dan anak yang lebih solehah, Aamiin

semoga tahun ini cikLinda dapat pindah..hihihi

p/s - banyak ke yang bawak azam tahun lepas ke tahun nie??..kikiki