Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

.: SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH :.

Assalamualaikum

kan pasal bergaduh tengok WAZE tu..
linda ke KLIA 1 malam tu...
menghantar MIL dan adik ipar naik kapal terbang
Alhamdulillah mereka nak menunaikan umrah, semoga dapat menunaikan umrah dan diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana..aamin
Semoga ada rezeki linda dan keluarga ke Mekah juga nanti, Aamin2 

bergambar dengan suasana dalam airport
Linda pun pertama kali jejak ke airport.. hahaha
memang ketinggalan zaman betul

incikSuami bersama mak dan adik perempuannya
diorng gerak dari Bagan Serai naik bas, dalam pukul 12 tgh hari jugak
sampai dekat RnR Dengkil pukul 3 lebih macam tu, rehat dekat situ..
dalam pukul 8 gerak ke KLIA, driver bas cakap tak nak bertembung dengan orang balik keje
dalam pukul 9 malam rombongan umrah dah sampai
linda dengan suami sampai dalam 9.30 malam 
mencari tempat parkir tak jumpa-jumpa...kikiki

Alhamdulillah, dalam pukul 11 malam macam tu, ustaz datang beri penerangan
nak cek in beg-beg yang masuk kargo

ramai jemaah yang dari Indonesia malam tu
sebab masing-masing berbaju batik
diorang transit Malaysia ke camne
tapi, memang banyak jugak malam tu, pelbagai travel agency
beg kuning, beg biru, tudung peach
nak bagi seragam kan, senang nak cari nanti

alahai...kecik pulak
MIL punya flight 3.25AM, 17.07.2024
naik MAS

yang nie kot agaknya..
jauh berjalan nak pergi dekat anjung tinjau tu
tapi, nak jugak amik gambar kapal terbang demi content kan...
linda gagahkan la jugak...kikiki

sambil berjalan tu, rupanya ada pameran lukisan
antara lukisan yang linda snap

lukisan-lukisan nie..
harga paling murah RM400
paling mahal RM10,000

last sekali, sebelum balik..
kita wefie dulu sebagai kenangan
Linda tak tunggu MIL chek in
sebab esok, anak-anak nak sekolah lagi, Linda dah ambil cuti sebab ada hal sikit
nanti cerita next entry ya

so, gerak keluar dari KLIA pukul 1 AM gitu
sampai rumah dalam 2 AM
belum tung tang tung tang lagi dekat rumah
pukul 3 lebih macam tu , baru Linda tidur

MIl dan adik ipar pergi umrah 14 hari
Insya-Allah, takde halangan, diorang balik nanti, kami jemput lah dekat airport

till then, see ya