Assalamualaikum.
Dah dekat 3minggu mak dan bapak pulang selepas menunaikan haji.
Baru sempat Linda nak up kisah kenangan masa pick up mak,bapak dekat KLIA.
adik beradik yang lain semua dah berkumpul dekat rumah Linda pada ahad,15.06.2025.
Flight mak bapak dijangka sampai pada Isnin,16.06.2025 @ 12.30 pagi.
Jadi, kami decide pergi 1 kereta je, tak perlu beramai ramai,sebab memang akan ramai orang, plus tak tentu flight tepat waktu ke tak.
Jadi,undi undi, Linda,IncikSuami dan Izhar(adik Linda), kami bertiga je lah yang pergi jemput mak bapak dekat KLIA tu.
Kak huda(Sepupu-anak wak amat), belakang baju maroon,izhar(adik Linda) dan abang man(suami kak huda).
Alhamdulillah,flight tepat waktu.
Tunggu jemaah jemaah keluar sorang demi sorang.
Abang(wak amat) dan kakak ipar(wak yati) bapak.
Diorang awal lagi dah keluar..
Tunggu punya tunggu..
Baru lah mak bapak pula sampai.
Lama juga lah, Linda pula tengok tengok belakang,ramai nya sanak saudara yang menjemput.
Selfie sementara tunggu IncikSuami sampai.
Dia malas nak buka roofbox, jadi dia tunggu dekat tepi jalan je.
Dah sampai,baru roger roger.
Gambar ustaz TH caw Sungai Besar share.
Masa mula mula turun, dan dah dapat bagasi.
Tunggu tunggu incikSuami pusing nak masuk, loading barang apa semua..
Hampir 2 pagi juga baru gerak dari KLIA, sampai Selayang dekat 3 pagi.
Semua orang pun dah tido.
Siang nya je lah beramah mesra.
16.06.2025, kena warded.. So, tak sempat nak tunggu diorang gerak balik, kita minta incikSuami amik gambar..
Hurm, macam nie je gambar yang diambil.
Boleh la bang.
Janji ada gambar kenangan.
Alhamdulillah, mak bapak sihat sihat je.
Cuma batuk batuk sikit masa sampai Malaysia hari tu.
Sekarang nie, Alhamdulillah dah takde batuk batuk, mak pun dah menelek semua bunga2 mak..
Dah trim semua, yang mati pun ada.
Maaf lah, tak sempat nak menjaga pokok bunga mak.
Till then, see ya.
alhamdulillah.. selamat kembali haji dan hajah.. btw, mak sis tak membebel ke tengok pokok bunga dia dah rupa gitu? hehehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih sis..
DeleteIdak lah dia bebel,sebab dia tahu anak yang tinggal kat kampung tu,memang tak sempat nak telek bunga mak..Linda pun,sekali je balik masa mak bapak pergi haji tu.
Alhamdulillah smooth semuanya. Biras Akk hari tu awalnya nak kena reschedule flight tapi at the end ikut jadual asal juga alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Emak ayah sihat walafiat. Semoga mendapat haji yang mabrur.
ReplyDeleteAlhamdulillah da selamat sampai
ReplyDeleteMemang ramai orang pick-up penumpang depan pintu tu, kan. Nak tunggu lama-lama situ tak boleh pulak, Inspektor Gajet dok preet, preet. Alhamdulillah, selamat sampai, mesti penat, travel lama kapal terobang.
ReplyDeleteAlhamdulillah haji dan hajah dah selamat sampai Malaysia. Teringat pulak arwah mak ayah Cie dulu rasanya dorg mula buat haji tahun 1994. Cie darjah 4.
ReplyDelete