lovvu Dobbu

Saturday, August 2, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 :.

Assalamualaikum.

Walaupun beza bulan, tapi beza tak sampai 5 hari pun.
Teringat lagi masa tengah hujung² nak bersalin kan kak M, kena cempung abang Mueez yang sado untuk imunisasi 24bulan.
Masa abang Mueez, last imunisasi yang 18bulan, ditukarkan pada 24bulan.
Tapi sekejap je, bila kak M dah keluar, kembali pada asal 18bulan semula.

Eh dah melalut, entry nie untuk Maya Syafiqah binti Shahrizal.
The only girl in the house..


Happy birthday my dear daughter, doa ibu ayah , semoga berada dalam lindungan Allah selalu, diberi kesihatan berpanjangan, rezeki yang luas,akhlak yang mulia dan mempunyai hati yang lembut. Jadilah anak yang kuat, penyayang serta penuh impian. Semoga berjaya dalam pelajaran,kehidupan serta dalam apa jua yang bidang yang diceburi kelak, reda dan doa ibu sentiasa bersama kak M.

Aamin YRA.

Till then, see ya.

Pengalaman bersalin  anak no 3 
>> BACA SINI <<

Friday, August 1, 2025

.: MERAIKAN BIHA :.

 Assalamualaikum.

Jumaat,25 Julai 2025 - waktu rehat tu,Linda and the gang pergi makan dekat Seha Kitchen

Baru kali kedua lah makan dekat sini. 

Pergi makan² sempena Biha dapat tukar ke Lumut.

Nie lah Biha, yang Linda bagi hadiah kain pasang hari tu.

Wefie dengan makanan.
Mula dari Wati(tak berkacamata), Biha, Linda, kak Zu.
Izzah(partner baju pink) takde, sebab dia tengah cuti bersalin.
Naik kerja, tak jumpa lah Biha.

Menu Linda, nasi goreng chicken chop,mengah nak habiskan.
Tu yang hari Jumaat Linda makan sikit je.
Sebab dah planning nak makan dekat luar.

Air lemon ais.

Biha nie pembantu pustakawan, kalau tak silap lah jawatannya.
Freshie lah juga, first posting dekat Hospital Selayang Jan 2022.
Mula² memang suami dia tinggal sama² dekat Sg Buloh,lepas tu suami dia kena pindah ke Lumut.

Tu yang Biha pun mintak tukar ke Lumut.
Rezeki dia, tak lama menunggu untuk pertukaran.
Linda punya pertukaran??
Sebabkan jawatan bertukar hari tu, call bahagian sumber di KKM, kabo nya hold dulu pertukaran ke luar negeri.
Sebab nak clearkan perjawatan dulu.
Jadi, tahun nie, mungkin belum dapat tukar lagi.
Harap² tahun depan dah Setel lah masalah perjawatan nie, Aamin.

bukan senang ye penjawat awam nie nak dapat tukar.
sebab ada orang pernah cakap dengan linda "ala, nanti minta tukar je, bukan susah pun"

Till then, see ya.

.: 6 PERISTIWA SEBELUM BERLAKU NYA KIAMAT :.

 Assalamualaikum

semalam, linda dengar ceramah Ustaz Wadi dekat You Tube.
meh lah linda kongsi kan sikit apa yang Linda dengar.


pernah pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nabi , Auf bin Malik menemui baginda.

Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1- Kematianku (detik bermulanya hitungan kiamat dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW).

2- pembebasan Baitul Maqdis

3- Kematian berskala besar (kematian yang mengejut tanpa mengira umur)

4- Harta yang makin melimpah (kalau nak dikaitkan dengan zaman sekarang, majoriti semua orang ada rumah, ada kereta, tapi banyak mana pun gaji, tetap lah kita terasa tak cukup)

5- Fitnah berleluasa dan tersebar dengan cepat (lagi-lagi kita di zaman serba canggih,dalam masa seminit, fitnah boleh tersebar ke serata dunia)

6- Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

untuk lebih lanjut, boleh baca SINI, SINI
link youtube ustaz Wadi di SINI


till then, see ya.

mampu menyampaikan yang umum, nak tulis panjang lebar, risau salah penerangan.
semoga kita terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan memperbanyak amal ibadah, aamin