Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label anakMalaysia. Show all posts
Showing posts with label anakMalaysia. Show all posts

Monday, August 31, 2026

.: MERDEKA 69 :.

Assalamualaikum.

Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.
Sama sama lah kita menjaga keharmonian ini, jangan sampai negara tergadai lagi, Aamin.

"Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati"

Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.

Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Logo Merdeka 2026

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.

Mewarna pun nak ikut tema merdeka.

Semarakkan semangat kemerdekaan anda.
Semoga Malaysia terus aman damai dan sejahtera, aamin.

Till then, see ya.

Friday, June 19, 2026

.: KADAR KELAHIRAN MALAYSIA :.

Assalamualaikum

kadar kelahiran di Malaysia

Kuala Lumpur: Malaysia merekodkan hanya 414,918 kelahiran hidup pada 2024, jumlah terendah sejak 1980. Angka ini turun 9.0% berbanding tahun sebelumnya, ketika kadar kesuburan negara berada sekitar 1.6 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras gantian populasi 2.1.

Maksud mudahnya begini.

Anak Malaysia yang lahir hari ini tidak cukup untuk menggantikan generasi Malaysia yang semakin menua.

Kalau trend ini berterusan, 20 hingga 30 tahun lagi negara akan ada lebih ramai warga emas, tetapi lebih sedikit anak muda untuk bekerja, membayar cukai dan menjaga ekonomi negara.

Pada tahun 2000, Malaysia pernah mencatatkan 537,853 kelahiran hidup. Maksudnya, dalam tempoh lebih dua dekad, negara kehilangan lebih 120,000 kelahiran setahun berbanding dahulu.

Ini bukan sekadar statistik.

Ini tanda bahawa anak Malaysia semakin sedikit, keluarga muda semakin kecil dan negara sedang menuju ke arah populasi menua dengan lebih cepat.

Hari ini mungkin kita rasa biasa. Satu anak cukup. Dua anak berat. Tiga anak dianggap luar biasa. Tetapi 20 hingga 30 tahun akan datang, kesannya akan lebih terasa.

Tenaga kerja tempatan semakin mengecil. Lebih ramai warga emas perlu dijaga. Ekonomi pula tetap memerlukan pekerja.

Bila anak Malaysia makin sedikit, ruang kosong itu tidak akan kekal kosong.

Negara akan semakin bergantung kepada tenaga luar untuk mengisi sektor pekerjaan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan penjagaan.

Ini bukan soal membenci warga asing. Ini soal masa depan negara sendiri.

Kalau rakyat Malaysia sendiri semakin kurang melahirkan anak Malaysia, siapa yang akan menyambung generasi Malaysia?

Kepada pasangan yang sudah berkahwin, sihat, stabil dan mampu, jangan terlalu takut untuk membina keluarga.

Kalau mampu, tambah lagi.

Kalau sudah lama mencuba, dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul.

Kalau sedang merancang, rancang dengan ilmu, kesihatan dan tanggungjawab.

Anak ialah pewaris keluarga.

Anak ialah tenaga negara.

Anak ialah masa depan Malaysia.

Malaysia perlukan lebih ramai anak Malaysia.


#PublicHealthMalaysia

#KesihatanKeluarga

#MasaDepanMalaysia


20-30 tahun akan datang, mungkin kita akan menjadi negara macam China dan Korea. Tapi, zaman sekarang nak menambah anak. Memang mencabar. Belum lagi yang trauma nak masuk dalam ikatan perkahwinan, belum lagi yang dah kahwin tapi nak childfree.

mungkin ada orang cakap, tak payah nak pening2. tak lama lagi nak kiamat pun, fokus pada beribadah je.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda : 

إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا

Maksudnya: “Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

Bayan Linnas kepentingan pertanian

till then, see ya.

Sunday, August 31, 2025

.: ARAH SELATAN :.

Assalamualaikum..

Salam Kemerdekaan ke 68 buat semua.
Semoga rakyat P turut menikmati erti kemerdekaan..aamin.
Doakan juga dipermudah dan dilancarkan segala urusan gerakan SumudNusantara. Semoga semua yang menyertai, selamat pergi dan pulang, Aamin.

Geng² blogger buat apa hari Merdeka nie?
Ada yang join perbarisan ke?
Linda selalu tengok perbarisan je, tapi live dekat TV.
Tapi hari nie,tengok live dalam kereta.
Ada tempat untuk dituju.

Berhenti makan kejap dekat RnR Seremban.
Pertama kali masuk sini selepas RnR siap.

Anak bujang berdua.

Linda beli cucur udang. Sedap juga.
Anak² dengan suami semua makan nasi lemak.

Luas RnR nie.
Parking banyak, kedai² jual makanan pun banyak.
Angin kuat , tak pasti lah angin dari luar (RnR jenis open) atau kipas yang besar tu.
Walaupun pagi, tapi pengunjung pun ramai juga dah.
Alhamdulillah, highway tak jam.
Smooth je perjalanan.

Ada hiasan merdeka juga.
Macam dekat blog kak Faizah hari tu.
Mungkin ada pertandingan antara RnR kot.

Zoom sikit.

Eh, Linda nak ke mana sebenarnya?
Nanti Linda share ya.
IncikSuami ajak, kita ikut je.
Jangan banyak tanya. 🤭🤭

Till then, see ya.

Wednesday, February 5, 2025

.: PERKHIDMATAN KTM SEMPENA THAIPUSAM :.

Assalamualaikum 

Sempena Thaipusam..
KTMB berbesar hati untuk memberikan tambang percuma(2 hari) dan perkhidmatan 24jam selama 4 hari. 

Rujuk sini ya. 
Jangan pulak naik hari nie, tapi marah pulak tetap kena bayar.. Hihihi

Till then, see ya. 

#takdapatfreetol, dapatfreetambangKTM pun ok. 

Monday, October 28, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

ramai ke yang dah plan nak balik kampung. cuti-cuti Malaysia sempena deepavali nie??
anak-anak yang bersekolah dapat cuti 5 hari
bermula 30 oct - 3 nov

public Holiday 31 Oct je..
kecuali Negeri Perak, sebab 1 Nov tu hari Keputeraan Sultan, dapat cuti 2 hari..
yeay... tapi Linda kerja, sebab kerja dekat Selangor...hihihi
30 Oct tu linda ambil cuti, ingat nak direct je, tapi nak jimat cuti.
sebab bulan Dec nanti nak cuti panjang sikit

Alhamdulillah
kerajaan bagi lagi merasa tol free
tapi sebelum Raya Deepavali lah..

ok lah, Linda pun dapat lah tarikh 29 Oct tu.
jimat lah RM7.50 dekat Tol Latar tu.

Tol Percuma sempena Deepavali
Selasa 29 - Rabu 30 Oktober 2024
2.01pagi - 11.59 malam

semoga memberi manfaat, dan dapat lah merancang cuti masing-masing ya.
semoga selamat walau di mana anda berada.

till then, see ya

Thursday, September 5, 2024

.: TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN :.

Assamualaikum

masih lagi vibes Merdeka
jadi Linda nak share dekat blog
senang nak cari lepas nie
selagi anak masih sekolah kan.
nanti bulan Kemerdekaan, keluar lagi lah permintaan

" ibu, kena cari gambar tokoh kemerdekaan "

nak kena buat poster lah, buku skrap lah, payung kemerdekaan lah, hiasan kelas lah
eh, macam-macam lah

antara tokoh kemerdekaan yang paling awal dan terkenal
di bawah nie serba sedikit lah, maklumat ringkas











ramai lagi sebenarnya tokoh-tokoh yang terkenal
dari sebelum hinggalah selepas kita mencapat kemerdekaan
semangat kenegaraan harus dipupuk sejak kecil lagi, supaya kita sedar betapa susah payah nya untuk mencapai kemerdekaan ini...

semoga kita tidak alpa dengan nikmat aman yang kita kecapi sekarang

till then, see ya





 

Saturday, August 31, 2024

. : HARI MERDEKA KE 67 :.

Assalamualaikum 

MERDEKA!! 
MERDEKA!! 
MERDEKA!! 


Semoga kita semua berada di pemikiran yang Merdeka.. 
Semoga Malaysia terus aman dan merdeka..

Sambut Merdeka di mana tu? 

Till then, see ya

 

Friday, March 29, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, untuk yang nak pulang ke Utara @ Selatan tanah air memang bersyukur lah kalau diberikan tol percuma nie

walaupun kali nie diibaratkan sehala je (sebab sebelum raya je)
tapi, dah jimat banyak jugak tu
imagine yang dari Johor nak balik Perlis, tol almost rm200 jugak
jadi boleh lah guna duit tu buat topup duit minyak kete kan


walaubagaimanapun

Tol percuma sempena Hari Raya diberikan selama 2 hari, pada hari Isnin (8 April) dan Selasa (9 April) sahaja. Ia juga percuma untuk pengguna kelas 1 sahaja iaitu kenderaan persendirian dengan 2 gandar serta 3 atau 4 tayar. Bermakna, teksi, lori dan bas perlu membayar tol seperti biasa pada 2 hari ini.

Sama seperti sebelum ini, tol percuma ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta untuk memberikan tol percuma ini.

jadinya..
semua tol-tol yang kecik-kecik pun free lah
WCE pun free lah
tapi, Linda nak guna WCE masa raya ke 3, free laluan Beruas-Changkat Jering je lah ye
Alhamdulillah, rezeki jugak tu

semoga baki Ramadhan yang tinggal 12 hari nie, dapat kita manfaat kan dengan merebut peluang untuk melakukan amal kebaikan..aamin2x

till then, see ya 

Wednesday, February 28, 2024

. : MEMORIES TO KEEP :.

Assalamualaikum 

Scroll2 FB td.. 
Tekan dekat memories.. 

Rupanya tarikh hari nie 5tahun lepas, incikSuami p Dubai.. 
Ad eksasis dengan askar sana.. 
Masa tu jugak, tengah pregnantkan Dedek



ada jugak lah gambar kenangan, walaupun gambar tak clear..hihihi
Gambar ibu je takde, waktu nie anak2 tak pandai lagi nak tolong snapkan..

Kalau tak silap, kena hanta masuk kem pkul 2-3 pagi gitulah.. 
Sebab nak naik bas, gerak p KLIA.. 
Tapi, Linda tak tgu lah sampai incikSuami naik bas.. 

Turun kan barang2 dia.. 
Salam2 sikit.. 
Peluk cium anak2.. 
Balik lah kita.. 
Tgh ngandung lagi, dengan anak2 kecik lagi.. 
Siang nak kerja lagi... 
Bye2 je lah... 

Hati kena kental jadi armywives nie.. 
Kadang macam tak percaya je boleh lalui semua nie... Hahaha... 
Alhamdulillah, ad jugak kenangan yg tercipta...

Till then, see ya

 

Friday, December 22, 2023

.: TOL FREE :.

Assalamualaikum

berturut2 haa entry ya...

betul lah tol free..


2 hari gais...
so sila rancang perjalanan anda utk menikmati tol percuma ya...

banyak kali jugak yang terkena tarikh perjalanan dengan tol free nie..
Alhamdulillah...
utk yg nk jalan jauh tu, dah jimat tang tol...

till then, see ya

 

Thursday, November 16, 2023

.: CENDERAHATI BULAN KEMERDEKAAN :.

Assalamualaikum

semalam p melepaks kejap dekat library smbil mengutip derma
almaklumlah, cikpuanLinda kan sengsorang je dekat opis
sekali sekala p library, mmg banyak topik nk di sembang kan...

skali kak zu (pengawas pusat sumber hospital) 😁😁😁
keluarkan cenderahati

baru dia teringat katanya..hihihi
cenderahati sempena bulan kemerdekaan ritu, library ad buat kuiz skit
cikpuanLinda saja je join...

nie lah cenderahati nya
- beg kempen membaca + buku nota + pen 2 batang + beg kecik boleh isi duit -

yg kalendar kat tepi tu, motip sangat kan 😂😂
tu tahun 2021 punya kalendar
cikpuanLinda buat sendiri lah tu

till then, see ya

 

Wednesday, August 30, 2023

.: WORDLESS WEDNESDAY 14 :.

 Assalamualaikum



picture credit to this "tekan sini"

tema hari Kebangsaan ke 66 dan hari Malaysia ke 60

MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

SAMA-SAMA KITA PERTAHANKAN KEBEBASAN INI

till then, see ya