lovvu Dobbu

Saturday, August 9, 2025

.: CERITA HARI SABTU :.

Assalamualaikum.

Hari ni tak nak masak nasi.
Jemu pula hari² nasi.
Linda pun suruh incikSuami beli barang².
Gigih dia call sebab tak jumpa barang, tapi jumpa akhirnya.

Bila dah balik, Linda pun dok tengok lah apa yang dia beli.

Linda pesan isi ayam, dia beli drummet.

Linda pesan beli sekilo, dia beli 400g, tapi sepeket je..
Dia igt Linda sebut sepeket je, tak perasan nak nengok berat.

Tengok mee pun, mesti dah tahu Linda nak masak apa.

Jadi lah bahan yang ada.
Lepas tu, incikSuami tanya takde sayur je.
Eh, dia yang beli. Hahaha..
Makan je lah apa yang ada.

Eh, takde pula gambar mee kari nya.
Sebab Linda tak makan lagi.

Dah siap masak, moh le kita siapkan bunga telur.

Sebahagian yang dah siap.
Kena siapkan seratus batang, lagi halfway kot.. hahaha..
Tak kira pula, ikot sarung bunga telur je.
Kalau habis, 100 batang lah tu.

Have a nice weekend kawan² semua.

Till then, see ya.

11 comments:

  1. Bestnya kalau tengahari dapat masak macam ni...PZ x maunya dia..mesti nak nasi berlauk gak...ajak makan kat luar lagi la dia x nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, suami ok je..anak² pun sama..kat kg ,bapak pun mcm tu,tapi dia tak kisah lauk apa pun, jadi masak juga lah nasi sikit untuk dia..

      Delete
  2. selalunya sy yg pi pasar beli brg2 dapur. wife yg siang ikan bagai n memasak... tp sy yg kena kemaskan dapur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..saling bekerjasama..itu yg kita mahu

      Delete
  3. Mi kari kerang ye? Sedapnya. Ada taugeh, sawi, daun sup fuhhh licin semangkuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang buat tambah²..anak² makan ayam je...itulah, sayur² kalau ada pun, mak ayah je yang makan

      Delete
  4. Oh, ambil tempahan bunga telur ke. Cantik² semuanya. Sedap tu mee kari, tapi dapat drummet pulak ya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² ambil juga, sekarang nie buat utk saudara mara je.
      Linda suruh keluar sekali lagi, beli isi ayam dengan mee sebungkus lagi.hihihi

      Delete
  5. Betul lah Linda, kita ni sbg isteri solehah (ahakz!. gurau) mmg malas nak meminta2, suka masak guna apa yg dibeli je. Last2 td dibebel juga, pesal masak Nasi Arab tak cukup bhn. Kekeke. Mood M tgh melanda, rasa malas nak keluar top up groceries.

    Cantik lah bunga telur tu, berseni tgn Linda.

    ReplyDelete