Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, March 2, 2026

.: PERGINYA PADA 12 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Isnin, 02.03.2026 - masih dalam kereta api pagi tadi, mendapat perkhabaran Paman Udin (adik bapak) telah meninggal di dunia di hospital pada jam 6.48pagi.
Arwah memang ad penyakit kencing manis dan telah menjalan dialisis beberapa tahun kebelakangan ni.
arwah telah di masukkan wad kerana ada jangkitan kuman pada tapak dialisis nya.

Surah Al-Fatihah
mohon doakan dan sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah.

terima kasih linda ucapkan.

linda tak balik ziarah, minta suami je pergi.
so, anak-anak cuti lah hari ni.

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian, Aamin.

till then, see ya.

Sunday, March 1, 2026

.: 9 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.

Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.

Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.

Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.

Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.

Order keropok lekor sekali.

Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.

Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.

Till then, see ya.