Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Monday, June 29, 2026

.: TERIMA KASIH :.

Assalamualaikum.

bila dah bertukar2 hadiah ni, maka kita tahu lah.
itulah penghujungnya pertemuan kali ni.

Alhamdulillah, terima kasih pada pemberi.
letak kat status wasap, jiran Tronoh terus balas "kak, nanti nak kirim lovelylace juga"
yang kita ni, bila pula la kita beli lovelylace.

sebelum penghujung tu.
sempat lagi kak  Faiz melangkah masuk The Body Shop

beriya tau dia membau nya.
lepas tu dia suruh linda pilih yang mana.
kita tolong la pilih bau mana yang best.
sekali "akak nk beli untuk linda ni, pilih bau yang mana suka"
weyhh, speechless..

terima kasih kak Faiz ❤️❤️
perfume tu kira hadiah birthday boleh tak?? simpan dulu, bulan 9 nanti baru pakai.. hihihi

yang ni, bawa balik Tronoh la, letak dekat masterbedroom.
feeling2 pengantin baru.. hahaha

Alhamdulillah atas rezekinya, semoga lancar dan murah rezeki selalu buat kak Faizah, aamin.

till then, see ya.

 

Sunday, June 28, 2026

.: TERKEJUT :.

Assalamualaikum.

Balik dari TRX semalam, tengok ada parcel atas meja luar pintu asrama tu.

Nampak kat tepi tu?
Besar² terpampang nama Linda.
Rasanya takde beli barang online.
Belek la kot ada nama sender atau barang apa.
Sekali nampak tulisan tumbler, owh hadiah GA:Meriahkan Piala Dunia dari kak Notie dah sampai.
Alhamdulillah, moga lancar dan murah rezeki kak Notie, Aamin.

Jom unboxing.

Ni kotak dia.
Warna silver, tebal juga kotak nya.

Dapat tumbler warna hitam.
Yang ni Linda kenal Christiano Ronaldo.
Kalau yang lain tu, tahu nama je, tapi tak pasti yang mana satu.

Gambar dia tu, timbul tau.
Rasanya sticker je, tapi embossed.
So, memang nampak lawa lah.
Khamis ni balik Tronoh, boleh la bawa.
Senang letak kat poket tepi beg galas tu.

Alhamdulillah, murah rezeki kak notie ni, suka berkongsi rezeki.
Kalau duduk sepejabat ni, mesti selalu kenyang perut.. 🤭🤭
Macam senior penyelia asrama Linda dekat Melaka dulu, rajin masak², bawa pergi pejabat.
Yang anak buah ni, memang suka lah.
Dapat makan free.. hahaha.
Lagipun, dekat pejabat lama dulu takde kafe,kalau nak cari makanan kena menapak jauh sikit lah.
Memori sungguh.

Till then, see ya.

Saturday, June 27, 2026

.: TERIMA KIRIMAN :.

Assalamualaikum.

Kecoh kan minggu lepas, blogger internasional "balik kampung" kejap.. 🤗🤗
Hihi, siapa lagi kalau bukan Fanny.

Awal tu, beliau ada wasap Linda.
Masa tu dah la nombor bukan Malaysia punya.
Kita ni risau scam, sekali Fanny rupanya.. hihi.
Katanya, kalau ada kesempatan nak berjumpa sambil memberi sesuatu.
Alahai, terasa kerdil tau kita dengan geng² otai blogger ni.
Tapi, tulah. Masa nya tak kena, tak dapat nak bersua muka dengan Fanny.

Jadi, Fanny kata nak poskan je barang² nya.
Macam memang GA pula, dapat hadiah.

Sampai dah parcelnya.
Berat juga ni, jom la kita tengok isi dalamnya.

Ya Allah, meriah betul kirimannya.
Macam² ada, pelbagai jenis.
Ada sambal pecal, sambal bawang, coin bag, mini lotion..
Yang lagi 3 tu, Linda teruja nak tengok.
Sebab tak tahu apa dalam nya, selagi tak buka.
Jom Linda zoom sikit.

Dalam kotak hijau ni, rupanya minyak telon.
Terus teringat kalau anak² kembung perut masa baby² dulu, memang sapu minyak telon la.
Tapi, ni mcm moden sikit, siap ada wangian lagi.

Yang dalam kotak hitam ni pula, wallet.
Ni la wallet ajaib yang uncle gedek pernah cerita tu rasanya.
Memang praktikal betul rasanya.

Yang paling tak sangka, ada tudung dalam bungkusan warna coklat tu.
Kreatif betul packaging dia.
Selalu nampak dalam plastik atau dalam kotak je.

Terima kasih buat Fanny kerana dah bersusah payah untuk giftnya.
Bak kata Fanny "tanda menghargai blogger yang rajin memberikan komen"
Mcm geng² blogger selalu buat la.
Pengomen terbanyak setiap bulan..hihi.

Alhamdulillah, atas rezekinya. Semoga rezeki Fanny sentiasa lancar, aamin.

Till then, see ya.

Thursday, April 16, 2026

.: PRE-ORDER RUBAH PUTIH :.

Assalamualaikum.

nasib baik sempat lagi.
tanya kakmas, dia dah order ke belum?
sebab dia memang ada semua buku Ramlee Awang Murshid(RAM) ni.
kak mas cakap tak order lagi.

pre-order Rubah Putih
jadi linda order la untuk dia.
selesai hadiah birthday dia tahun ni.. hahaha

linda tumpang baca je nanti..
malas nak cari ruang untuk letak buku2 ni.

siapa yang nak tempah, boleh la direct ke 

ada satu ni, tengah baca tak habis-habis lagi

Water Lily (2025)
Water Lily

sinopsis Water Lily

nak baca buku RAM ni, kena fokus.
kalau tak, tak faham ceritanya.
lepas tu, memang akan ada novel yang bersangkut paut dengan novel2 sebelum atau selepas nya.

till then, see ya.


Sunday, January 18, 2026

.: BACAAN YASIN DAN AGM PKWI HOSP SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 16.01.2026 - Majlis Bacaan Yasin Perdana dan AGM PKWI(Persatuan Kebajikan Warga Islam) Hosp Selayang.
Linda baru daftar ahli dan terus la join mesyuarat AGM.

Bacaan Yassin PKWI Hosp Selayang
Daftar dulu.
Boleh masuk list kursus juga. Buat ada ada. Hihi.

Alhamdulillah, selesai baca yasin, terus ke majlis AGM.
Takde pula gambar masa majlis AGM berlangsung.
Tiba la ke masa kemuncak.
Acara cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang disediakan, ada dalam 50 juga.

Linda ni takde lah masuk kategori bertuah.
Kalau yang kena fight Gini.
Kalau yang memang setiap orang dapat, yang tu memang bertuah lah.

AGM PKWI Hosp Selayang
Alhamdulillah. Bertuah kali ni.
Dalam dok ralit main telefon, terkejut nombornya naik.

Cabutan bertuah
Gambar ihsan dari kamera CC Adawiyah.

Cabutan bertuah
Ada lagi wakil pentadbiran, Pojie.

Cabutan bertuah
Eh, Izzah pun bertuah.
Rezeki geng pink dua dua dapat hadiah.

Linda tak buka lagi hamper tu ada apa.
Telek² ada macam² juga dalam tu.
Bak kata pengerusi PKWI. "Duit yang terkumpul dalam tabung persatuan, bukan untuk saya..untuk semua ahli persatuan, insyaAllah kita akan buat bermacam² lagi aktiviti".

Pengerusi , Dr Hamdi (tak pasti dari bahagian mana), tapi memang sesuai lah jadi pengerusi..Alhamdulillah.
Bekas pelajar medik di universiti Al-Azhar, selalu juga dijemput menjadi penceramah jemputan(bab agama) untuk sekolah², surau²..

Semoga setiap perancangan bakal terlaksana untuk tahun 2026 ni, insyaAllah..

Till then, see ya.

Thursday, January 15, 2026

.: HADIAH GA BAJU RAYA LACE BY KAK NOTIE :.

 Assalamualaikum.

Rasanya semua sedia maklum blogger kak Notie rajin buat giveaway.
baru-baru ni, kak Notie buat GA baju raya lace.
awal pagi tu linda dah tengok, tapi takde butang komen.
dah dok buat2 kerja, tak ingat dah la.

dah petang, hampir nak waktu balik, baru teringat.
singgah lagi blog kak Notie, tengok dah ada pemenang ke 9.
kita cuba je lah, mana tahu rezeki.
rupanya memang rezeki tak salah alamat.
pemenang ke 10 nama linda, Alhamdulillah.
senarai pemenang GA baju raya lace 

Hadiah GA
alhamdulillah, hari rabu semalam.
dah sampai parcel nya.

GA Baju Raya
linda dapat warna pink ke peach ke. Gitulah
comel je.
tak tau nak buat baju apa.
nanti nak suruh mak je lah jahitkan. hihihi.
buat tambah2 baju raya.

apa pun, terima kasih banyak kak Notie.
semoga Allah permudahkan urusan akak, dimurah kan rezeki selalu, tercapai hajat nak pergi tempat yang macam Avatar tu. aamin
mana tahu ada rezeki untuk GA cenderamata pula.. hihihi

till then, see ya.

Wednesday, January 7, 2026

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG TOT :.

Assalamualaikum.

Lambat betul up entri.
Alhamdulillah, rezeki hujung dan awal tahun.
Tersenarai dalam pengomen tegar blog Tot pula.


Blogger Tot @ kak Nur, dah pilih top 10.
Linda tempat ke 4.. hihi.
Tak perasan pun sebenarnya, sebab kak Nur letak dekat tab lain, dan Linda selalu guna telefon je, jadi memang tak merayau ke tempat lain selain baca entry² je.
Alhamdulillah untuk rezekinya..
Tahniah juga pada blogger² lain yang tersenarai.

Jadi hari Isnin, sampai la parcel yang kak Nur hantar pada hari Jumaat (kalau tak salah Linda).

Tara, comel dan rajinnya kak Nur balut.
Kalau Linda, sauk je dalam plastik kurier tu.
Jom buka dalam dia.

Haa, banyak tu.
Macam² kak Nur bagi.

Untuk lebih jelas.
Ada tudung, bekas kecil, cermin muka poket, bekas duit syiling, keychain, penunjuk Al-Quran dan buku planner.

Nampak kuning je semuanya, kecuali tudung.

Planner tu kan, sebenarnya Linda tertarik setiap kali masuk popular.
Tapi, tahan diri dari beli, sebab Linda takde lah guna planner sangat.
Lagi senang nak conteng dekat kalendar je.
Rupa rupanya, nak dapat rezeki hadiah dari kak Nur, sebab tu yang menahan diri dari membelinya.

Apa apa pun, terima kasih banyak kak Nur.
Semoga murah rezeki selalu, ada rezeki, kita ngedate tau..
Kalau tak kat Tronoh, kat Seri Manjung. ☺️

Till then, see ya.

Monday, January 5, 2026

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG AK :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, penghujung Disember blogger AK ada umumkan 5 orang yang paling banyak komen dalam blog AK.
Setiap tahun, memang AK akan bagi hadiah pada top 5 ni.
Macam hari kecemerlangan murid pula.

Alhamdulillah, nama Linda pun tersenarai juga.
Walaupun di tempat yang kelima.

Screenshot dari blog AK.
5 orang pengomen tegar.

Pagi ni, masuk pejabat, tengok parcel dah sampai depan pintu pejabat.
Hari Sabtu lagi sampai, masa tu pun ada dekat Tronoh, jadi minta cleaner bawa masuk ke dalam je lah.

Bungkusan hadiah dari AK.

Beg untuk laptop.
Sweet je warnanya.

Selepas dikeluarkan dari plastik.
Baru la puas memandang.

Alhamdulillah,terima kasih AK untuk hadiahnya.
Macam yang AK umum dalam blog, tempat 1-4 dapat hadiah berupa wang yang akan dikreditkan dalam akaun masing².
Bagi tempat ke5, AK bagi hadiah fizikal.
Alhamdulillah. Rezeki.

Terima kasih banyak AK.
Moga dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dan sihat² selalu.

Till then, see ya.

Sunday, January 4, 2026

.: HADIAH CUTTING BOARD :.

Assalamualaikum.

Sementara rajin ni, Linda nak schedule post siap².. hihi.

Hari tu pergi kenduri kak Na, kena lah bawak hadiah.
Tak bawa hadiah, macam tak lengkap pula.

Linda pergi cari dekat Parkson dalam Selayang Mall tu je.
Mula² tu, Linda ingat nak beli towel.
Dok pilih², ambil juga towel.
Ingat nak terus bayar, eh boleh pula melencong dekat tempat lain.
Sekali nampak ada lagi benda yang menarik.
Terus letak towel tu.

Linda jumpa cutting board ni.
Comel sangat.
Sebab ada 3 pcs, lepas tu ada stand dia.
Senang sikit nak letak. Kalau stand tu nak buat letak tudung periuk pun boleh.🤭🤭

Macam ni ha cutting board nya.
Eh, macam tersuka pula.
Bila² boleh beli untuk diri sendiri kot.
Tunggu la nanti bila dah settle semuanya.

Harap² kak Na terima la hadiah yang tak seberapa ni.
Semoga bermanfaat. 

Till then, see ya.

Tuesday, December 30, 2025

.: TAHNIAH MAYA SYAFIQAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 19.12.2025 - hari terakhir persekolahan.
Rezeki kak M pula dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kelas KAFA kategori Kehadiran Terbaik Perempuan.

Sepantas kilat Linda pergi, lepas menjadi team koir jemputan untuk perhimpunan bulanan bulan Disember.

Team koir HRAD
Nah, belanja gambar team koir petang tu.

Untung juga motor ada 2 biji kome.
Senang nak merempit.
Mohon keluar pejabat 3.30-5.00 petang terus.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Sampai² jumpa incikSuami.. 
Terus wefie.
Nasib baik sempat lagi tengok kak M ambil hadiah.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Tahniah kak M

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Wefie pula dengan kak M.
Tahniah kak M.
Sebab tu lah ibu suruh pergi sekolah hari².
Rezeki kak M dapat kategori Kehadiran terbaik.. Alhamdulillah.
Mana tahu penyuntik semangat untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan..aamin.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Lawa plak nya.
Tapi yang ni takde tulis nama kelas pula..
Tahun dah ada elok dah.

Alhamdulillah, walau apa pun.
Ibu ayah tetap bangga dengan anak²..
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka..aamin.

Till then, see ya.

Monday, December 29, 2025

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG JURNAL ASHIKIN :.

Assalamualaikum.

Sebelum ni ada cerita yang Linda dipilih sebagai top komentator bulan Disember untuk blog Jurnal Shikin.
Alhamdulillah, hari Sabtu,27.12.2025. hadiah yang dikirim dah selamat sampai.

Udah malam baru p collect dekat asrama. Hihi.
Jom la kita unboxing 

Amboi, panjang list nya.
Terima kasih ya blogger Shikin.

Mini perfume pelbagai bauan.
Ada 5 jenis bau semuanya.
Abang Mu'az dah minta satu.

Alhamdulillah, terima kasih banyak ya.
Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan.Aamin.

Boleh la buat tambah² koleksi minyak wangi.


Till then, see ya.

Sunday, December 28, 2025

.: MAJLIS APRESIASI 2025 :.

Assalamualaikum.

Saja nak share sini.
Khamis, 18.12.2025 - Majlis Apresiasi SKSJ.
Alhamdulillah, rezeki abang Mueez nak naik pentas tahun ni.
Jom la kita meraikan abang Mueez.

Makem 2025
wefie sikit dengan incikSuami.
Dah hujung² takde orang pun.
Tapi, Linda mai pun lewat.
Takde lah nak tunggu dari mula.

Makem 2025
Alhamdulillah, sempat sebelum abang Mueez naik pentas.
Tahniah sekali lagi.
Semoga terus sukses di masa hadapan.
Semoga dapat sesuaikan diri di sekolah baru nanti, aamin.

Owh, abang Mueez dapat Anugerah Lonjakan Saujana. Kiranya prestasi meningkat(paling banyak dari murid lain) dari tengah tahun ke akhir tahun.

Makem 2025
Satu sebagai kenangan.

Makem 2025
Ni lah plak yang dapat.
Patutnya tulis tahun 2025, baru syok kan.
Kita tahu lah tahun bila.
Alhamdulillah ,rezeki abang Mueez.

Debar pula nak tunggu result UPKK tahun depan.
Takde lah letak harapan tinggi sangat.
Moga yang terbaik lah untuk abang Mueez.

Till then, see ya.

Friday, December 26, 2025

.: BUY 1 FREE 1 :.

Assalamualaikum.

Peminum kopi tegar Zus mesti perasan promo ni.

Buy 1 Free 1 item merchandise dari Zus.

linda pun tak ketinggalan juga, hihihi.
berbaloi la untuk beli tumbler Zus nie.

Isnin, 22hb hari tu sampailah parcel nya.
linda cuti kan, jadi hari ni baru dapat buka dan tengok parcelnya.

besar betul kotaknya.

haa.. 2 coit nie je.

lawa la kotak nya.
kira harga seketui RM39.50.
dah ada hadiah birthday untuk kak Mas tahun depan. hihihi.
bagi tumbler zus nie je lah.
nampak lah Wow sikit.. hahaha.

dalam banyak2 warna.
yang ni pilihan hati.
tak tau la kenapa.. hahaha.

dah siap daftar tumbler dekat Zus.
yeay, boleh lah mengopi nanti.

antara alasan yang nak beli tumbler Zuss nie.
1- sayang nak buang plastik cup Zus tu.
2- dapat lah 10% diskaun setiap kali beli ayor zus
3- dapat lah menyumbang sikit kepada pemuliharaan alam semula jadi.
4- of course la sebab harga dia murah, B1F1 kan? kalau nak beli semata2 seketul tu RM79, linda berkira sikit.. hahaha.

nie bahagian penutup, getah dia merata masa mula2 nak buka tu.

linda letak dekat hujung penutup tu.
betul kan tempat dia kat sini?
siapa yang ada tumbler Zus, meh share kedudukan sebenar getah tu kat mana.. hihihi

till then see ya.