Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label mainmasak2. Show all posts
Showing posts with label mainmasak2. Show all posts

Monday, October 26, 2026

.: MESMERIZING SUNDAY :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, weekend semalam balik rumah MIL.
Dapat la bantu apa² yang patut. Keratkan ranting pokok yang menjalar² tu.
Balik Sabtu, Ahad esok nya dah balik rumah sendiri semula.

Ahad dari pagi dah hujan.
Balik lalu WCE, memang cuci mata la dengan pemandangan cantik.
Nah, Linda belanja sekali.

Dekat RnR..
IncikSuami p tandas.

Atas jalan. Subhanallah.
Maha suci Allah.

Lagi awan yang sama.
Rasa mcm ada kerajaan lain je atas awan tu.
Fluffy nya.

Ni dah sampai rumah pula.
Sarat nya awan tu.
Lawa nya awan tu.

Dah habis bercinta dengan awan.
Moh la kita masuk dapur jap.

Terung berlado, memang pedas .. baru la syiok makan.
Ikan tamban goreng.
Daging masak kicap MIL bekalkan.
Bising dia, balik tak cakap.
Tak sempat nak buat itu ini.
Eh, tak payah cakap pun, itu ini yang dibuatnya.
Linda balik rumah MIL, memang tak masak ye. 
Tukang makan je.. ampun ye mak. Hihi.

Till then, see ya.

Sunday, October 18, 2026

.: MASUK DAPUR HARI AHAD :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari Ahad penuh dengan memasak.

Sarapan pagi, lempeng dengan sambal sardin.
Terpengaruh blogger Ammi.

Lepas tu, ajak incikSuami p Lotus jap.
Nak cari sayur dan ayam sikit.
Ada tetamu nak datang.

Sebelum tu, singgah mamak dulu.

Order Maggi goreng.
Lempeng tadi, mcm sikit je.
Jadi, Linda makan sekeping je.
Sebelum nak kerja keras kat dapur nanti, kena pastikan perut kenyang dulu..😄

Tung tang tung tang.
Nasib baik la tak panas sangat, takde la berpeluh sangat kat dapur tu.

Daging masak kicap.
Tetamu mai bawak daging, terus la masak je.

Gado-gado sayur.
Guna pes sambal pecal yang Fanny bagi.
Beli kangkung, kacang panjang dengan tahu je.
Dah la terliur nak buat, tapi yang makan 2 orang je.. hold la dulu.

Ayam masak sambal.

Alhamdulillah, habis nasi seperiuk.
Lauk tinggal la sikit², buat lauk malam bawa ke esok.

Ni lah tetamu hari ni.
Mak dengan bapak.
Terima kasih datang melawat anak ni..🥰🥰
Sebenarnya dari minggu lepas mak cakap nak datang, tapi driver tak available (adik azam).. hihihi

Abang Mu'az pun ada juga.
Rindu nak kacau adik² la tu. Hahaha.
Dok jauh, rindu lah.
Bila dah serumah nanti, huru Hara lah. Hahaha.

Eh, petang Linda goreng keledek pula.
Buat minum petang.
Hari ni memang Linda function teruk lah. 😄😄
Ke dapur saja.
Nasib baik incikSuami rajin menolong.

Lepas asar, mak pun balik.
Sama kan muka kami?? Hihi

30min lepas mak balik, hujan lebat dekat rumah.
Wasap mak tanya hujan tak.
Mak kata tak pun.

Semoga mak dan bapak sihat² selalu, aamin.

InsyaAllah, kalau takde apa.
Minggu depan balik kampung.

Till then, see ya.

Sunday, October 4, 2026

.: TRAGEDI OKTOBER :.

Assalamualaikum.

🎶 Tidak mahu ku ingat lagi,
Apa yang telah terjadi,
Tragedi Oktober. 🎶

Periuk ku hangus . Hahaha.
Rebus nasi impit tadi, lepas tu, tinggal sekejap, tengok drama Korea.
Memang niat nak p tengok air nasi impit, tapi bau hangit yang sampai dulu. Hahaha.

Kejadian nasi impit nya.
Yang dibulat² kan tu..
Tanda hangus.

Masak ayam ala² rendang.
Lepas tu, buat kuah kacang.

Guna yang segera je.
Yang dapat dari Fanny dulu.
Baru sempat nak buat.
Sedap, pedas.
Buat sepeket je, yang kecik macam kat sebelah tu.

Alhamdulillah, rezeki hari ini.

Till then, see ya.

Saturday, September 19, 2026

.: AKTIVITI SABTU :.

Assalamualaikum.

Aktiviti Sabtu, 19.09.2026.

Hantar kak M training memanah.
Masih pakai panah biasa je, tengah menabung untuk the real set memanah.

Lepas tu, Linda terus ke pejabat. (Awal dah buat OT). Hahaha.. Idak, ingat nak belajar pelupusan dengan PT yang bakal berpindah tu, tapi. Lambert plak dia masuk.
Cukup time 10.30 pagi, Linda Chaw lah.

Ambil kak M, terus beli barang dapur untuk seminggu.
Bahan masak la senang.

Belanja kak M makan roti canai.
Linda order roti sardin, sampai sudah takde.

Berdua je, kira girls day out la.
Tapi, kenapa dia duduk belakang, kemain eehh.. hahaha.

Sampai rumah, tengok hero 2 orang ni tengah mengecat pagar.
Saja nak bagi hitam balik.
Dah pudar nampak warna cat nya.

Linda?? Sambung la buat kerja.
Boleh jadi rutin mingguan dah ni.
Cukup lah seminggu ni.

Dah lewat petang baru makan nasi, buat asam pedas. Guna pes je.

Malam, eh teringin mixue pula.
Jom la kita, pastu terpengaruh dengan blindbox dia.
RM1 je untuk seketul.
Hasilnya, semua dapat sama.
Memek muka je yang lain.

Balik beli Mixue.
IncikSuami tak ikut, dia lipat baju.
Linda golek² atas katil. Hahaha.
Maka berakhir la hari Sabtu Linda. Hihi.

Till then, see ya.

Wednesday, August 26, 2026

.: SKILL UNLOCKED :.

Assalamualaikum.

Another achievement unlocked.
Dah macam cerita Kitchen Soldier pula.

IncikSuami hantar gambar ni tengah hari tadi.

Waaa.. kalau camnie, boleh la Linda resign jadi tukang masak..🤭🤭
IncikSuami dah boleh harap ke dapur.

Itulah orang cakap, masak ni tak perlu skill pun.
Kena selalu praktis je, nanti hebat la.
Nak meniaga tu tidak lah, tapis sekurang kurangnya, boleh la jamu keluarga sendiri makan.

Till then, see ya.

Monday, August 3, 2026

.: AKTIVITI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

 sabtu, 01.08.2026 - balik Sungai Samak la.
dah sebulan tak balik, nengok abang Mu'az sekali.
dah la baru lepas baik demam, rindu ibu ke tu.. hahhaa

sampai kampung, takde pula abang Mu'az nya dekat rumah.
embah kata kutip udri(biji luruh dari tandan kelapa sawit) dekat belakang rumah.
pandai  weyh, ngutip benda tu, jual dapat habuan dekat abang Mu'az.
tapi, abang Mu'az buat dengan kawan la, dalam 3 orang(termasuk abang Mu'az).

dulu memang kerja linda dengan mak pun.
asal cuti sekolah, cuti sem. memang kerja linda dengan mak la.
tapi, tak dapat habuan macam tu, semua mak simpan @ bagi bapak.
sebab masa tu adik2 semua kecik, sekolah lagi.
ni adik beradik dah takde yang sekolah.
jadi bila buat, masuk poket sendiri lah.
lepas adik beradik semua dah keja pun, mak dah tak buat sendiri.
bagi dekat orang kampung nak sanggup nak kutip je, nanti hasilnya orang yang kutip tu la terus ambik.
kalau tak dikutip, sayang juga.
sebab kalau kumpul-kumpul dari belakang sampai ke tepi rumah tu, boleh dapat 2-300 juga.

dapat la snap gambar abang Mu'az tengah buat kerja ni.
abang Mu'az tak perasan, kalau tak lari dh belakang pokok tu.
buat dengan kawan-kawan dapat hasil kena bahagi lah, dapat la sorang Rm30 lebih, tapi bapak cakap dah 3 trip dah tu.
kalau ikut total 3 trip tu, dapat sorang almost 100 juga.
apa yang dibuat dengan duit tak tau la.
tapi kak mas kata, kadang2 malam minggu p mengopi dekat warung kat kampung ni. hahaha
tahun depan pindah Tronoh, mati akal lah kawan tu.

Ahad, 02.08.2026 - birthday kak M, sibuk la ajak ibu pergi Mr DIY, suruh beli kan hadiah birthday dia katanya. hahaha.
malas ibu nak layan.
dia tak tau dah ada suprise ibu buat.

tiba-tiba kena masak pula dekat kampung. hahaha
mak nak p makan kenduri, jadi mak tak masak.
kita ni, kena la masak untuk orang kat rumah.
jom tengok masak apa.

kangkung tumis pedas + udang kecik2.
cari belacan mak, tak jumpa kat mana.
kangkung mak kutip dekat parit depan rumah.

ikan goreng

ayam masak lemak cili api.
konon nak masak gulai, tapi kak mas kata minggu lepas dia dah masak gulai.
terus la tukar menu.

nenas, mak beli kat orang jual buah.
mak yang kupas.
bab nenas ni, malas linda nak kupas..
nak makan je.
terima kasih mak.

alhamdulillah, dapat balik kampung walaupun sekejap.
petang tu, dah gerak balik Tronoh semula.
semoga abang Mu'az baik2 je.

nampak juga dia rindu nak ngusik adik dia. hahaha.
asyik la dia buat je adik dia.
tahun depan bawa pindah sekali, ada 3 tahun je lagi sebelum umur 17tahun.
lepas tu, tak tau ke mana arahnya pula.
😢😢sekejap je rasanta, my first born dah besar macam tu.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah, aamin. 

till then, see ya.

Saturday, August 1, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

tak rugi la ambil cuti, boleh menghadirkan diri untuk hari bertemu waris sek kebangsaan anak-anak.

laki bini ingatkan yang sesi pagi mula 10.50 pagi.
jadi ambil dedek dulu dekat sek kafa 10.45pagi, terus shoot sek kebangsaan.
rupanya tengok semula poster sesi perjumpaan bermula 10 pagi.
takpelah, takde la berebut parking.
sampai je, terus la linda pergi kelas kak M, incikSuami ke kelas abang Mueez.
kak M tu kena pulun nanti tu, E pun ado juga.. 😔
peperiksaan matriks untuk tahun 4 tu, bulan 10 nanti.
semoga ibu cepat2 dapat pindah, Aamin

minta kak M ambilkan gambar kenangan ibu dan ayah.
ini la yang paling elok pun, yang lain aib sungguh. hahaha
takde gambar sesi pagi, sebab sampai2 je terus jumpa cikgu.
terus balik, pukul 11.10 pagi dah selesai.

jom sesi petang pula.
outfit sama je, malas nak tukar-tukar

bila pula dedek bawa songkok pergi sekolah.
waktu dedek, parents baru sampai kot.
ada la menunggu 3,4 turn.
tapi cepat, sebab ada 2 cikgu setiap kelas.
dan cikgu pun takde lah cakap meleret-leret.

lepas maghrib, meh la kita masak kejap.
konon-konon buat ikan rebus, tapi dah siap masak, lupa nak letak garam.

jadilah untuk makan malam.
tapi takde yang pedas pula.
makan nasi panas, ttuang kicap. setel.
alhamdulillah.

til then, see ya.

Monday, June 15, 2026

.: HARI TERAKHIR CUTI :.

Assalamualaikum.

hari terakhir cuti panjang , Ahad,07.06.2026
Linda cuti dari 30Mei-07Jun
pagi tu keluar kejap, nak beli bahan memasak sikit.
dah banyak hari asyik makan daging je..
lepas  raya haji kan.

otw balik, nampak orang jual apam kukus Kuala Kangsar katanya.
minta incikSuami buat U turn.
linda memang hantu apam.
tapi tak reti nak buat.. hahaha
seketul tu RM2.50.
beli 4 ketul.

tengah hari masak kuah lodeh, sebab nasi impit yang semalam masih ada baki.
kalau simpan dalam peti, mau sampai kecut nanti.

lauk lunch untuk hari tersebut

close up sikit, sambal kentang + tempe + ikan bilis.
dedek ambil ikan bilis je ngap dalam mulut.

kuah lodeh, letak udang.
kak M memang suka la udang ni.

dah petang, sibuk nak keropok pula.
haa, goreng sendiri..
Orang nya pun dah nak sama tinggi dengan ibu.
Alahai, ibu sebak pula.

Petang, keluar briswalk keliling taman.
Kak M dengan Dedek teman ibu sambil kayuh basikal.

Pusing sampai depan kedai, teringin nak makan aiskrim pula.
Ini Linda punya.
Kak M, Linda suruh terus balik.
Takut aiskrim cair.
Nasib baik basikal kak M ada bakul.

Alhamdulillah, terasa puas sambung cuti.
Golek² kat rumah.
Sambil kacau Dedek,kacau kak M.

Moga dipermudah urusan pertukaran, dapat tempat yang dimohon..aamin.

Till then, see ya.

Friday, May 8, 2026

.: LEVEL UP :.

Assalamualaikum.

Dah naik rank la incikSuami ni.
Pagi tadi saja video call, rupanya tengah nak masak.
Linda cakap, nanti share masak apa.

Masak sambal udang + sosej + isi ketam.
Katanya, risau tak dapat rasa udang, ada la isi yang lain boleh makan.
Kak M kan hantu udang, dia sorang beg habiskan.

IncikSuami cakap tak pedas.
Tunggu kak M komplen apa pula..hihi.

Lepas tu, incikSuami share gambar dedek.
Berpeluh².. balik sekolah jalan kaki ke apa.. hahaha.

Minggu ni tak balik. 
Next week pula lah.

Esok abang Mueez ada friendly match bola.
Yang last week punya pun. Linda tak up entry lagi.

Till then, see ya.

Tuesday, April 21, 2026

.: SOSEJ SAMBAL :.

Assalamualaikum.

Gara gara terpengaruh dengan blogger Cie.
Nak juga up menu dinner kita.

Sosej sambal + sosej goreng

Yang iye nya, nasi ada lagi separuh, baki dari semalam lagi.
Sambal tu, kuah sambal ayam beli kat kafe hari Khamis lepas tak silap.
Simpan dalam peti sejuk.
Jadi teringat² sambal tu, beli sosej jelah yang paling mudah nak gu kan.
Dengan barang memasak yang limited.

Jadi, dinner hari ni.
Seadanya lah.
Janji takde yang terbazir, Alhamdulillah.
Sosej ada baki lagi(perabih je goreng sebungkus tu).
Esok beli bihun goreng je lah, boleh makan dengan sosej.

Till then, see ya.

Wednesday, March 11, 2026

.: BERBUKA 18 & 19 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Pagi orang up entry menu sahur, Linda up entry menu berbuka pula.. hihi. 

Menu berbuka 18 Ramadan
Sebabkan sakit pinggang, takde mood nak masak.
Jadi Linda buat nasi goreng sardin je.
Goreng sosej, nuget.
Potong buah naga dengan limau Sunkist.
Banyak dedek tambah. IncikSuami pun sama.

Menu berbuka 19 Ramadan.
Hari Isnin, dah kembali ke sarang.
Beli coq udang kat kafe, nampak macam sedap..tapi menghampakan.
Buah naga bawa dari Tronoh.
Rezeki tepung pelita cleaner bagi.

Nasib baik dan terserempak lagi dengan cleaner je, mula² dia bagi Linda sampai 3 pack.
Banyak² siapa nak makan.
Linda ambil 1 pack je.
Itu pun 2 makan berbuka, 2 makan waktu sahur. Tak simpan dalam peti sejuk, nasib baik elok lagi. Alhamdulillah.

Berbaki lagi 9 hari, InsyaAllah untuk kita lalui Ramadan kali ni.
Semoga dapat kita gunakan ruang yang ada sebaik mungkin.

Till then, see ya.

Saturday, February 21, 2026

.: BERBUKA 3 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Dari tengah hari dok terbayang sambal udang petai.
Tapi, dok berkira juga nak berjalan kt bazar ke camne ke.
Lepas asar nak bersiap la keluar, eh dengar bunyi guruh pula.
Kepala ni memang terbayang bayang udang dengan petai.
Sebab nya,petai memang dok tersedia dalam peti sejuk dekat asrama ni.
Dari peti sejuk rumah, nak kemas masa pindah tu,bawa ke peti sejuk  asrama.

Ramadan 1447
Akhirnya ke Mydin kita.
Beli pes sambal, isi udang, beras dan cukup rasa.
Lagipun, dah 2 hari juga tak berbuka dengan nasi ni.

Ramadan 1447
Gini je masak nasi. Hahaha.
Sebab nya, cooker tu tadi dah guna buat masak sambal tu.
Risau tanak nasi dalam tu, nasi berasa sambal pula.
Naya weyhh.
Jadi kita kukus kan la macam tu.

Ramadan 1447
Alhamdulillah, menu berbuka hari ni.
Banyak betul nasinya.
Boleh bawa ke sahur dengan buka esok sekali ni.
Siap beli timun lagi tadi.
Lepas dah la keinginan anak tekak ni nak makan sambal udang petai.
Tapinya, sambal nya tak pedas. Tak umphh lah.

Tapi kan........

Ramadan 1447
Pinggan takdo weyh. Hahaha.
Nasib la ada polisterin ni, guna la buat pinggan. 
Ikhtiar hidup sungguh.
Nasib la tak p cari daun apa-apa nak buat lapik. Kikiki.

Finally, memasak nasi juga daku di dalam bilik.

Till then, see ya.