Assalamualaikum.
Sepanjang minggu penyusuan dekat Hospital Selayang, banyak gerai jualan yang dibuka.
Selalu tak singgah pun, hari ni tiba-tiba lalu, perasan ada jual aneka talam & seri muka.
Hasil mencandat talam dan seri muka.
Petang, abang Mueez dah siap² haa.
Muka tak ready, kena usik Ngan ayah.
Nak g perkhemahan perdana sesi 2025.
Tahun nie buat dekat sekolah je.
Naik kereta jiran bawah, terima kasih la ye parents Auf.
Padahal, boleh je hantar, tapi tiba² abang Mueez cakap nanti pergi dengan Auf.
Siap Auf ketuk rumah tanya jadi tak nak pergi sama.
Sunyi la satu malam, abang Mueez takde. Hihi
Pagi tadi, meronda sat dekat asrama.
Saja, nak tengok "serangga ternakan" dekat asrama tu.
Haa, ada lagi rupanya.
Tu bukan butir nasi ye.
Tapi, anai-anai.. seronok betul nampaknya.
Kat bawah ada share sikit video anai-anai..
Siapa yang penggeli, sila skip.
Linda dah letak lagu background comel.
Biar hilang geli.
Till then, see ya.
Eei.. mmg geli tgk anai-anai.. xnak klik video š«£
ReplyDeleteLinda geli dengan ulat buah yang melompat² tu.. hahaha..dengan katak licin yang melompat.. kesimpulan yg boleh lompat² lah .risau lompat kat kita..hahaha
DeleteSedapnyaaa hasil tangkapan kuih muih ehehehehhehe...tak sanggup tgk, achik geliii
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap..tak manis sangat kuih nya
DeleteHosp lipis pun ada jugak minggu PSI tu cie sempat singgah hari pertama je takde jualan lagi.
ReplyDeleteItulah..kan memang tarikh satu Malaysia kot..
DeleteSegak pulak nampak Abg Mueez rambut gini. Macam askar hehe...
ReplyDeleteAduh tak suka la bab anai2 ni... habis semua dimakannya nanti :(
Di mata kita segak, di mata anak² malu...hahaha...
DeleteBetul habis semua dia makan
Sedap kuih talam ni. Dapat pulak tu yang beraneka rasa. Dapatlah rasa macam-macam jenis kuih talam. Seronoklah abang Mueez dapat pergi berkhemah dengan kawan-kawan. Aktiviti sekolah tak seronok kalau tak ada program perkhemahan ni. Bagi pengalaman untuk anak-anak.
ReplyDeleteUissh banyak pulak anai-anai tu bermaharajalela.
Alhamdulillah,sedap kuih talam n seri muka tu, tak manis sangat..
DeleteAbang Mueez memang suka aktiviti macam tu, lain pula dengan abang Mu'az, jenuh paksa pun tak nak..emm
Lantai pun kayu, sedap lah anai² tu
Teringin nak makan kuih muih macam linda beli tu..alamak anai anai...euwww..x nak tgok video, akak geli ..
ReplyDeleteKalau org jual kuih pagi² pun jrg nampak dah..banyak kuih bergoreng je..
Delete