Assalamualaikum.
Sabtu, 2 Ogos 2025
Abang Mueez punya bekal ke kelas tambahan UPKK.
Dah bermula kelas tambahan daripada minggu lepas.
IncikSuami yang hantar ke sekolah pagi tu.
Linda dah keluarkan ayam,tapi tak jadi masak.
Sebab nak ajak incikSuami keluar terus lepas ambil abang Mueez balik dari kelas tambahan.
Port biasa, TF Value Mart dekat Batu Caves tu.. hihi.
IncikSuami nak beli jajan² sikit, sebab dia ada event kereta esoknya ( hari nie lah, Ahad, 3 Ogos).
Linda tak ikut pun.
Habis beli barang,singgah foodcourt, nak basahkan tekak.
Order mango longan.
Abang Mueez dengan ABC, tapi isi nya tak makan.
Lepas ni kena order ais kepal je lah.
Sebab masing² tak tahu nak makan apa, linda order lah western food.
Kongsi² lah makan.
Dapat fish fillet pula.
Padahal order chicken chop.
Tu masa ambil, pelik tengok ada 2 pcs, tapi dah yang jaga kaunter tu kabo ini order Linda.
Angkat je lah.
Order juga spageti Bolognese.
Linda makan sikit, lepas tu paksa incikSuami habiskan.
Meatball Linda tak suka sangat.
Kalau bebola ayam, suka lah.
Geram je masa order air, Linda dah order dan bayar, ke tepi lah sedikit untuk tunggu air dan bagi laluan orang belakang order pula.
Tapi, orang belakang tak sabar ye gais..
Dihimpit nya kita, lepas tu tak bayar lagi, tiba² dia dapat air dulu.
Eh, geram pulak kita.
Memang cakap kat adik kaunter tu "eh,akak order dulu,siap dah bayar, kenapa customer lain dapat air dulu?"
Terkebil-kebil budak kaunter tu, sorry lah dik ye..akak geram.
Susah sebenarnya jaga kaunter,akak faham dik..hihi..
Akak pun pernah jaga kaunter bahagian FnB ni.
Belum lagi, dapat customer yang kabo "tak sama macam dalam gambar pun"
Kalau nak balas, bergantung pada nada customer, kalau dia pun macam berlagak, Linda pun kasi lah sedas dua.
Kalau nada dia bergurau, Linda balas lah gurauan.
Till then, see ya.
Sesuka hati je potong q. Takde adab kan. Sedap pulak nampak mango longan tu. Nampak meriah bahan.
ReplyDeleteItu yang geram..lagi geram, bayang air yang Linda order takde...kena cakap pula sekali lagi...
DeleteUncle pulak lagi suka meat ball banding bola ayam.
ReplyDeleteCitarasa lain² kan
Deletebaru sekali gi TF Batu Caves, lepas raya haji, cari ulam utk kenduri korban, belum try lg foodcourt nya...sedapnya mango longan tu...
ReplyDeleteBoleh la cuba, tapi kebanyakan masih org lama..cuma foodcourt berwajah baru
DeleteSabar ja kan melihat telatah manusia ni dek..Mueez moga menjadi anak lelaki yang baik maju pelajarannya ya,.
ReplyDeleteMemang kena banyak sabar, kalau tak mau hari² bergaduh saja dengan orang..hihi..
DeleteAamin, terima kasih atas doanya cikgu Etuza
Aduhai...2 kali diuji kesabaran...Sabar ye..Kdg2 mmg berbulu..Tak dgn cashier dgn customer lain =)
ReplyDeleteKan.. macam²...kdg² geram juga tengok cashier, bukan nak suruh igt order semua org..tapi, kan baru je order, supposedly tahu lah org ni order apa..org tu order apa.
Deletefirst time nampak mango longan tu.. sedap makan panas-panas ni.. ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap,masam² manis
DeleteEh baru kena Sabtu lepas masa gi spital. Kita yakin tu order kita, sbb lepas customer sorang tu dapat ice lemon tea, turn akk la. tup2 bila Akk Cafe tu hulur tea tarik kurang manis yg akk order, orang lain sambar dulu. Bengang la kejap :(
ReplyDeleteKan..tak faham orang jenis macam tu .at least tanya lah dulu, kan memang nampak org tu sebelum kita...
DeleteMZ singgah sini di pagi isnin! have a nice day!
ReplyDeleteterima kasih singgah sini
Deletekadang2 benda macam tu boleh buat kita punya mood terus hilang kan...
ReplyDeletetau takpe, bebel lah kejap dekat tok laki..seb baik anak2 semua dh selesai makan..semua dah mood bahagia lah, sebab dah kenyang...cepat lah ibu cool
DeleteDekat kedai makan tgh ddk tggu food...eh kenapa orang tu datang lambat dapat dulu makanan..huhu jer la...
ReplyDeletehaa, yang nie banyak kali je kena...ada sekali tu waktu bulan puasa, sampai dah waktu berbuka..memang ku hangin lah..terus kena sound, rupanya betul, order hilang...tp takkan lah tak perasan yg kita tercongok je kat situ...geram je
Deletesaya pernah tau beli nasi lemak, saya datang kemudian tapi order saya dapat dulu dari abang yg dah berdiri sebelum saya. pastu dengar abang tu tanya "saya punya nasi lemak mana" hahaha kita ni rasa serbasalah.
ReplyDeletetapi saya tk potong que. lepas saya sampai terus akak tu tanya order saya, kita jawab jelah, rupanya order customer sebelum saya dia lupa buat pulaakk
Yang tu akak nasi lemak yang bagi...mazni tak salah...hihi..
DeleteTapi, faham perasaan tu, cakap sorry tak kat abang tu..hihi..
menarik mango longan tu
ReplyDeleteSedap... masam² manis
Deleteadeeh ada lagi perangai manusia tak semengah tu.....malunya perangai sebegitu
ReplyDeleteAda je kak Mieja...
DeleteTakpe lah,kita anggap dia kalut lah anak nangis ke apa ..
Mango Longan tu sedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah, masam² manis
DeleteMango Longan tu minum sejuk2 segar tekak tu Linda.
ReplyDeleteSegarrr..
Deletemmg geram la kalau kita order dulu tiber org lain yg dpt.... nasib bukan kita hahahaa
ReplyDeleteYg geramnya...dekat cust tula..takde common sense..yang cashier tu dah tentu pening
DeleteTergoda tengok mango longan tu. Sedap betul kalau dapat makan. Aduh, salah order ni yang boleh patah selera. Masih ada lagi orang yang kurang adab ni. Kesian jugalah kalau pekerja yang tak boleh nak buat apa bila hadap orang macam tu kan. Kita yang jadi mangsa ni geram dengan perangai orang macam tu, hanya mampu bersabar dan tanya gitulah kan. Takkan kita nak mengamuk pulak kat situ. huhu...
ReplyDeleteItulah...takde lah sampai nk bergaduh...tapi, geram tu ada lah...hihihi
Delete