Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, October 30, 2026

.: TEA TIME :.

Assalamualaikum.

hari tu kan p mengopi dengan incikSuami dekat SR.
teringin nak dine in. hahaha.
nak dine in sorang2 tak best la pula.

total makan 2 orang.

air husband yang ada lemon tu.
linda pilih set minum petang, air teh tarik dia rasa nya pakai 3 in 1 je.
macam rasa teh tarik Boh tu.
tak berapa umphh lah.. hahaha

incikSuami order asam laksa.
ikan mackerel tu seketul.
ni kena makan betul2, sebab masih ada tulang lagi.
terus teringat kisah dedek tercekik tulang, risau ibu ayah nya pula yang tercekik. hahaha.

linda pilih set kek lobak merah.
sekarang dekat SR dah ada 2 jenis kek lobak merah.
yang ni kosong je, tak sedap. hahaha.
tapi kalau set dengan air, memang akan bagi kek lobak merah yang ni.
linda dah IV staff SR tu.

kalau nak beli asing, boleh la demand nak yang bulat atau yang petak.
tapi,linda memang prefer kek lobak merah yang lama lah.
sebab ada banyak aksesori dalam tu.
yang baru ni, plain je rasanya. cuma ada lobak je lah.
takde kekacang macam yang original tu.

haisyh, sekarang kerja nya asyik dating aje.
incikSuami pula dah salahkan linda, sebab perut dia dah makin membulat. kikiki
asyik masak je dia kabo. kah3x.

dah linda pun nak bawa bekal, jadi kena masak lah.
tapi ni, dah 2 hari tak bawa bekal.
malas nak masak, incikSuami beli lauk je dekat anak2.

esok plan nak goreng spiral je.
malas betul nak masak lauk.

till then, see ya.

Wednesday, October 28, 2026

.: SEEDS HOTEL PREMIER, KG BARU, KL :.

Assalamualaikum.

dari My Town, terus la set waze(masa ni waze boleh pakai lagi ye untuk penjawat awam, kikiki) ke Seeds Hotel Premier Kampung Baru.


linda tempah through Agoda je.
yang biasa2 je, setakat untuk tidur malam je.
tengok gambar dalam Agoda helok, harap nya betul helok la.
studio Apt katanya.

eh, lalu pula depan sebelah Rembayung.
jadi la, dapat juga tengok depan mata. hahaha.

2 kali pusing juga la nak dapat parking, rupanya susah ye nak dapat parking. hahaha
linda ambil kunci dan chek in.
ada deposit RM20 tak silap.
udah lupa. hahaha.

ok, lif agak menggerunkan.
dah rasa macam, "adohai, camne la rupa bilik nanti", debo kita.

sampai depan pintu, buka pintu.
alhamdulillah, not bad la.

buka je pintu masuk, terus nampak ruangan dapur comel ni.
ada peti sejuk kecik, kettle.

sebelah pintu masuk, terus ada pintu tandas.
rupa tandas nya.
ada water heater, so ok lah.

tutup pintu tandas, ada cermin panjang dekat pintu.
bertentangan dengan pintu tandas tu, ada tangga spiral. yang belakang linda tu.
ada ruangan atas, so sama la macam dalam Agoda.

ni ruang atas, macam loteng la kononya, tapi boleh berdiri.
ibarat tingkat atas.
ni linda ambil dari side tangga

yang ni dah naik terus.

seram juga tangga ni, memang kena hati2 sikit.

siap ada tempat santai2 macam ni.
ada aircond juga, so memang sejuk lah.

lagi gambar dari sudut yang lain.
dekat atas tu, siap ada kabinet lagi. untuk simpan barang2.

ni bahagian bawah.
setelah ruang dibahagi dua dengan dapur kecik tu.
memang ngam2 je dengan katil queen tu.

yang penting plug ada banyak.
kiri kanan katil ada.
belah atas pun ada kiri kanan tilam.
bawah pun ada aircond sendiri.
ada iron dengan iron board dalam bilik.

bilik kalis bunyi ke tak?
emm, kalau dari arah pintu masuk, boleh dengar bunyi.
tapi, dari dinding. takde pula dengar apa2 dari bilik sebelah.
cuma yang linda pilih ni, takde tingkap la.
mungkin unit di bahagian tengah.

kalau bajet tak besar, sesuai la untuk menginap di sini.
dah lupa berapa bayar hari tu, dalam RM150-RM160 semalam.
tapi, kekurangan, part parking lah,
malam, rupanya banyak gila kedai makan bawah tu.
jadi, kalau kita dah keluar.
nak cari parking, memang bercinta. hahaha.

lepas chek in, setel2 letak beg.
solat siap2.
terus ke asrama Hospital Selayang.
sebab nak ambil mesin basuh untuk hantar ke Shah Alam, rumah adik.
Alhamdulillah, dia pun dapat posting dekat Hospital Shah Alam je.
tak payah nak pindah rumah PJJ bagai.
Btw, adik linda freshie Pembantu Tadbir, sama tarikh lapor diri dengan tarikh linda transfer. 9 September 2026.

till then, see ya.

nota kaki - gambar diambil selepas kemas2 nak chek out, itu yang nampak tilam bersepah2 sikit blanketnya

.; WORDLESS WEDNESDAY 24/26 :.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah jadi baju.
Dan dah rasmikan pun.
Terima kasih pada yang memberi kain.

Till then, see ya.

Monday, October 26, 2026

.: MESMERIZING SUNDAY :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, weekend semalam balik rumah MIL.
Dapat la bantu apa² yang patut. Keratkan ranting pokok yang menjalar² tu.
Balik Sabtu, Ahad esok nya dah balik rumah sendiri semula.

Ahad dari pagi dah hujan.
Balik lalu WCE, memang cuci mata la dengan pemandangan cantik.
Nah, Linda belanja sekali.

Dekat RnR..
IncikSuami p tandas.

Atas jalan. Subhanallah.
Maha suci Allah.

Lagi awan yang sama.
Rasa mcm ada kerajaan lain je atas awan tu.
Fluffy nya.

Ni dah sampai rumah pula.
Sarat nya awan tu.
Lawa nya awan tu.

Dah habis bercinta dengan awan.
Moh la kita masuk dapur jap.

Terung berlado, memang pedas .. baru la syiok makan.
Ikan tamban goreng.
Daging masak kicap MIL bekalkan.
Bising dia, balik tak cakap.
Tak sempat nak buat itu ini.
Eh, tak payah cakap pun, itu ini yang dibuatnya.
Linda balik rumah MIL, memang tak masak ye. 
Tukang makan je.. ampun ye mak. Hihi.

Till then, see ya.

Sunday, October 25, 2026

.: MY TOWN, WITH FAMILY :.

Assalamualaikum.

dah lebih sebulan cerita ni, tapi dah ada dalam draft, publish je lah.. hahaha
sabtu, 12.09.2026 - kami ke Kuala Lumpur.
tujuan utama, nak ambil motor dekat Selayang dan setelkan barang yang tak muat bawa pindah hari tu.

linda memang niat nak bawa anak-anak makan dekat Ikea.
so, ke MyTown la kita.
gerak dari Tronoh dalam pukul 9 juga, singgah kampung, ambil abang Mu'az.
nak follow katanya.
so, kita ikut Sekinchan je lah.

sebab kan takde gambar makanan yang proper.
tepek bil je lah. hahaha.
sebab dekat bil ada detail makanan.. hihihi

ada gambar anak-anak tengah makan je.

dedek dengan nasi lemak.

abang mueez semua pun dia rasa.

abang mu'az makan sorang2 je chicken chop.

beli juga kek coklat pistachio. betul la agaknya namanya.
sedap.
abang Mueez yang makan banyak.

alhamdulillah, dapat juga bawa anak-anak.
lepas ni, sesaje nak mai, memang tak tahu la bila. hahaha.

dedek je yang nak layan ibu ambil gambar.
yang lain semua dah besar. 
tak layan ibu nak amik gambar. hahaha

yang penting.
dengan incikSuami ada sekeping.
sebagai kenangan.
ini pun, paksa kak M ambilkan gambar.

lepas tu, kami terus ke tempat penginapan.
menginap semalam, sebab ada hal lain nak buat.
nanti linda review tempat penginapan.
ambil yang biasa2 je, tapi not bad la.

till then, see ya.

Saturday, October 24, 2026

.: KASUT BARU 🤭🤭 :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari sarapan entry semalam.
Musing dalam kedai eco, lepas tu ambil dedek.
Balik rumah, dalam 12.45 tengah hari, hantar dedek sek kebangsaan sesi petang, ambil kak M dengan abang Mueez sekali.

Lepas tu, dalam 2.30 petang, hantar kak M ke sek KAFA pula.
Terus la Linda dengan incikSuami pergi Billion, beli barang² dapur.

Dekat sini, ada Billion, Econsave dengan Lotus.
Tapi, kitorang suka pergi Billion, Linda pun dari kecik dah terbiasa dengan Billion.
Yang seronoknya, Billion ni mcm AEON versi kecik.

Yang penting, selalu ada sale yang memang menarik perhatian.
Jenama jangan tanya la.
Jenama kampung je.

Macam ni, himpunan beg.
Style juga, paling murah RM29 pun ada.

Lepas tu, eh ada 50% pula dekat bahagian kasut.
Mula la rambang mata ni.

Tau tau, dah ada resit ni haaa.
Harga asal RM79, lepas diskaun jadi RM39.50.
Itulah yang jadi rambang mata.
Ok lah, rewards untuk diri sendiri lepas gaji. Hihi.

Ni lah kasut yang berkenan tu.
Hihi.
Lepas tu, kak M tengok.. dia pun nak juga.
Kena beli la satu lagi, untuk dia..
Tapi, kak M punya, Line biru.
Boleh la pakai dondon dondon dengan kak M nanti.. hihi.

Till then, see ya.

Thursday, October 22, 2026

.: SARAPAN BERDUA :.

Assalamualaikum.

Hari ni sempat BW blog Nieyl, ada satu entry tu up pasal cuti konon2 nak rehat.
Tapi, mana mau nya kalau cuti tu nak rehat.. hahaha
Ada je aktiviti nak buat.

Jom kita breakfast jauh sikit.
Setel hantar kids ke sekolah, mula la atur langkah. Hahaha.

Warung Jaslina,
4A, Persiaran Sengat Baru 1,
Taman Bersatu, 31300
Kampung Kepayang, Perak.

Nasib baik ingat nama kedai.
Pertama kali makan dekat sini, main terjah je.
Masa otw nak pegi mandi dekat Lubuk Timah.

Kopi ais dan nescafe ais.

Makan, kami sepakat order.

Mi Wantan kari.

Mi Wantan sup.

Sebabkan Mi Wantan ni lah,linda sibuk nak repeat.
Kena tekak lah. Hihihi.
Nak pergi sabtu, ahad. Cnfrm ramai orang plus anak-anak ada je aktiviti nya.
Ni ada kesempatan, ajak je terus incikSuami.
Total hangus RM23.50.

Dah kenyang, sebelum masuk kete.
Wefie dulu, sebagai kenangan. Hihihi.
Dekat tepi jalan pulak tu, jangan ada yang perasan sudah la.
Malu tittew nanti.. hahaha

Balik tu, musing dulu dekat ECO, sebab nak terus amik dedek balik KAFA.
Alang-alang satu jalan.
Dah balik rumha, kang kena keluar balik.
Dedek KAFA sesi pagi, jadi 10.45 pagi dah habis kelas.
Dari rumah linda nak ke Warung Jaslina tu pun ambil masa 35-40 min.
Gigih cari makan jauh2.. hahaha
Jalan clear, takde hal la.
Kalau jalan jem, yang 5 km pun tak sanggup keluar.. hahaha.

Till then, see ya.