Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label blogthings. Show all posts
Showing posts with label blogthings. Show all posts

Tuesday, October 13, 2026

.: Segmen : Nieyl Cari Bloglist Baru :.

 Assalamualaikum.

-tekan banner-

Jom ramai² join segmen blogger Nieyl.
Masing² nk refresh blog list.
Rajin sungguh tau, Linda je malas. 🤭🤭

Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Follow blog ini.
2. Buat entri bertajuk Nieyl Cari Bloglist Baru 
3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Syarat tambahan

1. Blog kena aktif
2. Wajib komen BW dan tinggalkan komen sepanjang segmen berlangsung di mana-mana entry nieyl.

3. Salah seorang peserta akan dipilih sebagai Follower Bertuah melalui Spin Wheel. 


Jangan lupa ye join.

Till then, see ya.

Saturday, October 3, 2026

.: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! :.

Assalamualaikum.

Tengah lepak² sambil BW ni, nampak plak kak SA sharing segmen dia.
Jom la join, sebelum terlupa.

- tekan gambar, nanti sampai lah segmennya -

Cepat, tinggal berapa hari je lagi ni.
Ada rezeki, terpampang la nama blog Linda dekat wall kak SA. Hihihi.

Till then, see ya.

Friday, September 25, 2026

.: PEMENANG GA PV 1M :.

Assalamualaikum.

Tengah rehat ni, cepat² update blog jap.
PV Linda dah cecah 1M.
Sampai malam tadi, Linda hanya terima maklumat dari 2 orang blogger je.
Rasanya, mcm ramai yang terlepas pandang kot.
Sebab sekalian dalam entry birthday sendiri. Hihi.

Jom tengok siapa yang PM Linda tu.

Dengan PV 1,000,002 
Blogger Cie adalah pemenang PV 1M Linda.

PV 1,000,255 lari jauh ni.
Tapi, sebab kan 2 orang blogger ni je yang PM Linda.
Jadi Linda tetap bagi juga hadiah untuk blogger Nieza.

Tahniah buat kedua dua blogger.
Linda dah wasap tadi tau, nanti bagi details ya.

Tak percaya pula dah dapat PV 1M.
Sebab bulan Sept tahun lepas baru PV 200ribu.

Sebab Google gila kot hari tu.
PV asyik mencanak² je.
Moga konsisten la nak update entry ni.
Bz sungguh dok tempat baru ni. Hahaha.

Till then, see ya.

Thursday, September 24, 2026

.: 1MILLION PV :.

Assalamualaikum.

Baru dan nak buka blog.
Pagi tadi, loading Aje.

Alhamdulillah. Capai 1M.
Jadi, officially GA 1M dah tamat.
Setakat ni, ada 2 blogger dah PM Linda.
Linda tunggu malam sikit, kalau² ada lagi nak PM ke.
Mana la tahu, dah sekirinshot, tapi lupa nak PM.

Terima kasih semua yang rajin singgah baca, komen dan support.
Buatkan Linda lebih bersemangat.
Tak update sehari, libang libu rasanya. 😂😂

Ni pun nk juga selit, padahal bz weyh (office baru,dapat portfolio berat, jadi bz sikit). Nanti la Linda cerita pasal ni.

Apa apa pun, terima kasih semuanya.

Till then, see ya.

Wednesday, September 16, 2026

.: SAYA JOIN ENTRY MENCARI BLOGGER AKTIF DI BEEHA AZMAN :.

 Assalamualaikum. 

terima kasih Beeha singgah blog linda.

-sila tekan banner-

Beeha tengah buat segmen tau.
tak susah pun syarat-syarat nya.
boleh la join ye kawan-kawan semua.
menambah kenalan katanya.

1. Follow blog ini Beeha Azman.
2. Buat satu entri ringkas bertajuk: "Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman".
3. Tepek Banner Segmen di atas ke dalam entri anda dan link-kan ke post ini.
4. Tag 2 rakan blogger anda yang masih aktif untuk join sekali segmen ini.
5. Dah siap? Tinggalkan nama dan URL entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah!


till then, see ya.


Saturday, September 5, 2026

.: TAK BOLEH KOMEN :.

Assalamualaikum.


Tak, sekarang ni nak komen dekat entry blogger dan entry sendiri tak boleh.
Jadi, jom la kita berjimba dulu.

Lepas ni, tak tau lah mai KL ke dak. Hihi


Till then, see ya.

Thursday, September 3, 2026

.: SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026 :.

Assalamualaikum.

sebelum lupa, meh la cepat2 join segmen refresh bloglist sis Nieza.
untung-untung terpilih jadi senarai bloglist.

 -sila tekan banner-

syarat-syarat mudah je.

1. Follow blog ni untuk yang belum follow.
2. Buat 1 entry tentang segmen ni..
3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...
4. Letak link post korang dekat komen entry ni...

jom la memeriahkan GA sis Nieza kita.
untung-untung dapat duduk dekat sidebar blog sis Nieza.. hihihi.

esok dah hari Jumaat.
macam-macam perasaan ada.
moga yang baik-baik saja, aamin.

till then, see ya.

 

Monday, August 17, 2026

.: SEGMEN: MENCARI BLOGLIST 2026 OLEH EJULZ :.

 Assalamualaikum

tengah BW.
tetiba nampak nama kita kena tag.
jom la support.


syarat simple je.

memeriahkan majlis orang kata.
jom blogger PH dengan Rawiwa join sekali.

till then, see ya.


Thursday, August 6, 2026

.: GANGGUAN SISTEM BLOGGER :.

Assalamualaikum.

semalam kecoh kan, team blogger Google buat hal. hahaha
banyak juga geng blogger yang tetiba hilang blog diorang.
terkejut la weyh, blog yang dah berbelas tahun.
kisah dari anak kecik sampai besar.

Alhamdulillah, nampak macam dah dapat semula blog2 blogger yang hilang tu.
tapi kan, memang semalam ada masalah.
blog linda, alhamdulillah ada.
tapi tiap kali nak baca blog lain atau nak buka dekat komen sendiri.

dia keluar pengesahan kod ni.

kod pengesahan
macam captcha, haaa tu lah.
untuk pastikan kita manusia, bukan sistem yang tengah mengodam.

agak2 google semalam kena hacked kot??
sebab tu juga yang PV mencanak canak naik je bulan2 sebelum ni.
entah la nak.

apa pun, syukur hari ni dah seperti biasa.
macam biasa, jgn link kad kredit, kad bank dekat telfon, intenet ya. hahaha
itu la yang linda buat.
tiap kali nak buat pembayaran yang guna no kad tu, memang akan gigih la menaip semula.
kad pun linda tak link kan dekat telefon.
yang NFC tu kan.
nampak tak, betapa risau nya kena hack.
yang berani, apps bank je lah.
itu pun, duit ada sikit je. hihihi.
takpelah orang kata linda tak up to date pun.
janji rasa selamat.

till then, see ya.

Wednesday, July 15, 2026

.: TERJEBAK KEK SARANG SEMUT :.

Assalamualaikum.

hari isnin BW la sekejap.
baca entry sisLin beli kek sarang semut @ gula hangus.
eh, linda terjebak sama ye.
terus tekan link TT.
bayar, yeay dah sampai pagi tadi.

packaging elok.
sayang kotak ni, tapi ada nak guna..
memang kena carik la dia nanti.

bekas kek nya pun ada bubble wrap.
insyaAllah, selamat dari bekas pecah.

jom la potong, tengok isi dalam dia macam mana.

fuhh, menggoda tengok sarang nya.
kenyal sesedap rasa.
manis sesedap rasa.

time linda beli, dapat harga RM15.67 tak silap.

nie link linda ambil dari blog sisLin je
https://vt.tiktok.com/ZS9Mb4x8h3Usp-IjRPR/

gambar pun linda ambil dari blog sisLin je.

siapa lagi la yang terjebak nanti agaknya.
kikiki.
ni bukan pengaruh rakan sebaya, tapi pengaruh geng blogger.

till then, see ya.

Thursday, July 9, 2026

.: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai – Disember 2026) :.

Assalamualaikum.

pencarian bloglist cie
tekan je gambar, terus pergi entry Cie.

jom la kita support local.. ehhhh...
saja nak memeriahkan event.
terpilih ke tak, tak kisah pun.

cara penyertaan macam biasa :
1- buat entry tajuk ni
2-letak banner dan buat backlink
3-jangan lupa letak link entry kita dekat bahagian komen entry  Cie.

tempoh penyertaan:
sampai 12 Julai je tau.

tak banyak masa dah.
risau terlupa je.

till then, see ya.

 

Monday, June 29, 2026

.: TERIMA KASIH :.

Assalamualaikum.

bila dah bertukar2 hadiah ni, maka kita tahu lah.
itulah penghujungnya pertemuan kali ni.

Alhamdulillah, terima kasih pada pemberi.
letak kat status wasap, jiran Tronoh terus balas "kak, nanti nak kirim lovelylace juga"
yang kita ni, bila pula la kita beli lovelylace.

sebelum penghujung tu.
sempat lagi kak  Faiz melangkah masuk The Body Shop

beriya tau dia membau nya.
lepas tu dia suruh linda pilih yang mana.
kita tolong la pilih bau mana yang best.
sekali "akak nk beli untuk linda ni, pilih bau yang mana suka"
weyhh, speechless..

terima kasih kak Faiz ❤️❤️
perfume tu kira hadiah birthday boleh tak?? simpan dulu, bulan 9 nanti baru pakai.. hihihi

yang ni, bawa balik Tronoh la, letak dekat masterbedroom.
feeling2 pengantin baru.. hahaha

Alhamdulillah atas rezekinya, semoga lancar dan murah rezeki selalu buat kak Faizah, aamin.

till then, see ya.

 

Sunday, June 28, 2026

.: TERKEJUT :.

Assalamualaikum.

Balik dari TRX semalam, tengok ada parcel atas meja luar pintu asrama tu.

Nampak kat tepi tu?
Besar² terpampang nama Linda.
Rasanya takde beli barang online.
Belek la kot ada nama sender atau barang apa.
Sekali nampak tulisan tumbler, owh hadiah GA:Meriahkan Piala Dunia dari kak Notie dah sampai.
Alhamdulillah, moga lancar dan murah rezeki kak Notie, Aamin.

Jom unboxing.

Ni kotak dia.
Warna silver, tebal juga kotak nya.

Dapat tumbler warna hitam.
Yang ni Linda kenal Christiano Ronaldo.
Kalau yang lain tu, tahu nama je, tapi tak pasti yang mana satu.

Gambar dia tu, timbul tau.
Rasanya sticker je, tapi embossed.
So, memang nampak lawa lah.
Khamis ni balik Tronoh, boleh la bawa.
Senang letak kat poket tepi beg galas tu.

Alhamdulillah, murah rezeki kak notie ni, suka berkongsi rezeki.
Kalau duduk sepejabat ni, mesti selalu kenyang perut.. 🤭🤭
Macam senior penyelia asrama Linda dekat Melaka dulu, rajin masak², bawa pergi pejabat.
Yang anak buah ni, memang suka lah.
Dapat makan free.. hahaha.
Lagipun, dekat pejabat lama dulu takde kafe,kalau nak cari makanan kena menapak jauh sikit lah.
Memori sungguh.

Till then, see ya.

Saturday, June 27, 2026

.: TERIMA KIRIMAN :.

Assalamualaikum.

Kecoh kan minggu lepas, blogger internasional "balik kampung" kejap.. 🤗🤗
Hihi, siapa lagi kalau bukan Fanny.

Awal tu, beliau ada wasap Linda.
Masa tu dah la nombor bukan Malaysia punya.
Kita ni risau scam, sekali Fanny rupanya.. hihi.
Katanya, kalau ada kesempatan nak berjumpa sambil memberi sesuatu.
Alahai, terasa kerdil tau kita dengan geng² otai blogger ni.
Tapi, tulah. Masa nya tak kena, tak dapat nak bersua muka dengan Fanny.

Jadi, Fanny kata nak poskan je barang² nya.
Macam memang GA pula, dapat hadiah.

Sampai dah parcelnya.
Berat juga ni, jom la kita tengok isi dalamnya.

Ya Allah, meriah betul kirimannya.
Macam² ada, pelbagai jenis.
Ada sambal pecal, sambal bawang, coin bag, mini lotion..
Yang lagi 3 tu, Linda teruja nak tengok.
Sebab tak tahu apa dalam nya, selagi tak buka.
Jom Linda zoom sikit.

Dalam kotak hijau ni, rupanya minyak telon.
Terus teringat kalau anak² kembung perut masa baby² dulu, memang sapu minyak telon la.
Tapi, ni mcm moden sikit, siap ada wangian lagi.

Yang dalam kotak hitam ni pula, wallet.
Ni la wallet ajaib yang uncle gedek pernah cerita tu rasanya.
Memang praktikal betul rasanya.

Yang paling tak sangka, ada tudung dalam bungkusan warna coklat tu.
Kreatif betul packaging dia.
Selalu nampak dalam plastik atau dalam kotak je.

Terima kasih buat Fanny kerana dah bersusah payah untuk giftnya.
Bak kata Fanny "tanda menghargai blogger yang rajin memberikan komen"
Mcm geng² blogger selalu buat la.
Pengomen terbanyak setiap bulan..hihi.

Alhamdulillah, atas rezekinya. Semoga rezeki Fanny sentiasa lancar, aamin.

Till then, see ya.

Thursday, May 21, 2026

.: AKHIRNYA, AKUR JUA :.

Assalamualaikum.

pagi lagi dah cuba nasib lagi.
siri bersembang dengan Gemini. hahaha

dah macam sembang dengan boyfriend plak.
lepas tu Gemini bagi prompt baru. mungkin lebih berkesan katanya

Prompt: A premium 3D Pixar and Disney-inspired cartoon illustration of [describe the people, e.g., a mother and her daughter]. The characters are stacked vertically, playfully peeking out from behind a soft, minimalist pastel wall on the left side of the frame, creating a layered peek-a-boo effect. They are facing forward, making friendly eye contact with the viewer with warm, natural smiles. Smooth geometry, soft skin shading, detailed hair strands, glossy expressive eyes, and subtle realism. Soft, warm, diffused golden lighting with an ambient glow. Clean, minimal background with a soft pastel gradient, leaving large negative space at the top. Vertical 9:16 composition, optimized for a smartphone lock screen wallpaper, shallow depth of field, high resolution, 8k. --ar 9:16

ok..jom la cuba prompt yang baru.
linda bagi gambar masa raya hari tu, sebab takde gambar terbaru dengan anak-anak semua. 

gemini prompt
gambar 1 - macam ni yang dapat.
udah macam watak frozen pula muka nya.
dengan anak kurang 2.

lepas tu, linda bagi gambar yang linda berdua dengan husband pakai tudung oren tu.

gambar gemini
gambar 2 - eh, dia cukupkan anak.
ikut tema hijau, tapi mak pak tema oren.

ok, minta kak M pakai tudung pulak

gambar gemini
gambar 3 - helok kak M pakai tudung, tapi kain linda jadi warna hijau pula.
emm, takpe..lawa juga ni.

jadi, linda ucap la terima kasih dekat gemini, sebab dah layan linda.
sekali dia bagi gambar yang lain pula.
eh, banyak pula gambar dia generate

gambar gemini
gambar 4 - stail rambut abang Muez berubah.
eh, nampak makin hensem pula.

jadi, kakMim.. linda dah siap kerja sekolah ni.
kakMim ni, mentang2 tenaga pengajar, suka bagi kerja sekolah tau.. hahhaa

till then, see ya.

Wednesday, May 20, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 14/26 :.

Assalamualaikum.

Tadi Linda terjebak dengan kak Mim punya post.
Nak cuba la..

Sekali.
"Can you ask me again later?"

Ya Allah, berdekah Linda ketawa ni.
Kuang asam punya AI.

Till then, see ya.

Wednesday, May 6, 2026

.: SEGMEN I SATU KATA CHATGPT TENTANG BLOG SAYA :.

Assalamualaikum.

Semalam, blogger JMBelog singgah blog kita.
Ajak bersegmen.

Jadi..jom lah kita.


Linda punya perkataan INSPIRATIF .
Cheewahhh... Yang mana lah agaknya ya.
Semoga ada la memberi peransang kepada para pembaca.

Gigih la, siap suruh chatGpt buatkan poster. Hihi.

Cara penyertaan : 

  1. Buat entri bertajuk: Segmen | Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya
  2. Ke ChatGPT dan taip:
    Satu kata ChatGPT tentang blog [URL anda]
  3. Follow blog & Threads penganjur
  4. Tag sahabat blogger (tiada had)


Seronok main dengan chatGPT ni.

Till then, see ya.

Tuesday, April 28, 2026

.: TAG BERANTAI : SALAM PERKENALAN :.

Assalamualaikum.

hari tu kak Mim sempat pesan dekat komen.
katanya ada tag berantai.
mula mula blur jap, rupanya permainan sesama blogger.
dulu dulu memang suka la tagging tangging orang ni.
jom kita tengok apa cabarannya.
1. Log in akaun chatgpt anda
2. Upload gambar anda
3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
3. Tekan ENTER untuk menjana imej.
4. Save gambar dan post di blog anda.
5. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

ooo, kena buat poster mengenai diri kita mengikut data yang diperolehi dari blog.
sekarang kan musim AI dah.

poster 1 - yang ni, linda guna apps gemini je dalam telefon.
malas nak buka chatGPT, sebab tak install.
tapi, tak puas hati, sebab tak sama macam orang lain punya poster

jadi terhasil la satu lagi poster

poster 2 - yang ni, sama macam orang lain.
siap ada kata-kata hikmah dekat bawah tu.

tapi, kan.. jauh betul profession linda.
terus jadi seorang guru, hihihi.
gambar tu, memang jenis chubby je semua kan.
AI pun pandai perli eh sekarang ni.
deep betul.. hahaha

nak tag siapa ni??
semua macam dah kena tag aje.

sesiapa yang belum kena tag, dan nak buat.. 
silalah buat ye.
nanti komen dah buat dekat entry ni, boleh la linda p jenguk jenguk.

till then, see ya.

Thursday, April 23, 2026

.: SESI BERSAMA BLOGGERS :.

Assalamualaikum.

Rasanya kak Mim menyuarakan hasrat hati blogger yang lain ni.
Linda masak guna apa?

Rice cooker mcm susah nak guna.
Sebab kalau tak berat, tak boleh nak heat.
Dia mcm timbul je, tak panas pun.
Rice cooker yang Linda ada lah.

Tapi, Linda pun takde membeli barang elektrik baru pun, semata nak duduk asrama tu.

Linda guna kan multi cooker kot.
Beli dekat Shopee je, dah 4 tahun lepas, masa mula² pindah Selayang.
Tak sampai pun RM30 tak silap.

rujuk entri lama, nasib baik ada share gambar cooker ni.

Atas dia ada selapis lagi, buat pengukus.
Selalu kalau Linda masak nasi, buat stail kukus je lah.
Sebab nak masak sikit je, kalau masak terus dalam cooker tu, terlajak banyak pula.
Dan cooker ni, jenis kena bolak balik juga, kalau tak ada kerak lah nanti. Hihi.

Setakat hari ni, memang masak guna tu jelah.
Buat telur dadar pun boleh juga, nak masak sup pun boleh juga.

Tapi, tulah .Linda takde lah memasak sangat.
Sebab takde tempat yang proper kan, just dalam bilik.
Setakat simple² je, boleh la.


Till then, see ya.

Thursday, January 22, 2026

.: MY REASON :.

Assalamualaikum.
 
Make over blog
Wajah baru blog Linda.
Ni lah perkara gembira nya..hihi.

Semalam BW dekat blog Sii Nurul.. 
Nampak dia share pasal make over blog kak Sarie.
Ehhh, kita pun nak menyibuk juga.

Sekali Nurul PM kita dekat emel.
Bawak ke Wasap..
Tara, jadi lah make over nya.

Layout sama je, cuma ada yang Nurul repair sana sini.
Ada Nurul cadangkan yang baru² punya layout.
Tapi, macam tak kena jiwa, nak yang lama je.
Jadi Nurul bantu ikut kehendak Linda..❤️❤️
Domo Arigatou 🥰🥰

Tapi kenapa warna pink?
Sebenarnya, Linda memang suka warna pink dari sekolah lagi.
Tapi, jadi malu nak ngaku bila orang kata "eh,ganas² ko ni suka warna pink?" 🤣🤣

Terus kalau orang tanya suka warna apa.
Tak keluar dah pink tu.
Sanggup la pilih warna lain.
Boleh jadi cerita pula kan..hahaha.

Apa apa pun, saya suka yang baru ni.
Dulu² rajinlah nak godek² sana sini.
Sekarang, janji senang nak baca, senang nak BW, sudahlah. 
Malas nak teropong coding tu satu satu.. hahaha..

Nampak tak??
Banyak perkara yang boleh menggembirakan kita, jadi jangan lah terlalu memikirkan perkara yang sedih je.

Till then, see ya.