lovvu Dobbu

Friday, November 22, 2024

.: HAPPY BIRTHDAY, HUSBAND :.

Assalamualaikum


Semoga sihat-sihat selalu, murah rezeki. 
bertambah keimanan seiring bertambahnya usia, dan sebenarnya bertambah pendek waktu kita di dunia ini.
jadi manfaatkanlah sebaik mungkin. Aamin

till then, see ya.

*cerita tahun 2023*

 

.: HARI KANAK-KANAK SKSJ :.

Assalamualaikum..

bertemu lagi tahun nie dengan Sambutan hari kanak-kanak..
tahun 2023 punya kat SINI

-tema tahun nie-

kak M bertukar jadi Anya Forger

nie lah watak nye

linda siap tengok you tube cara nak buat baju tu.
konon lah.
sekali last two weeks ada pergi JJJ lagi, terjumpa baju Anya nie..
RM10 je.. jadi ambik jelah..
stokin putih tu pulak beli kat shopee, nseb baik sempat sampai. campur postage RM4 lebih je
yang kat telinga tu, balut pakai kertas hitam.
tapi kak M tak nak pakai..
owh, tudung, pakai tudung pink kerja linda je..
lepas tu, masuk dalam, nampak lah macam rambut dia kan..hihihi

kelas kak M

kak M kena buat persembahan untuk hari kanak-kanak
terpilih pulak dia untuk mewakili kelas buat persembahan

buat persembahan menyanyi sambil tepuk2 meja dan cups..
lagu Anna Kendrick yang dalam Pitch Perfect tu..
boleh tengok kat SINI video nya.
guru kelas cikgu English, buat persembahan pun yang bahasa inggeris lah.

nie gambar masa linda ambil balik sekolah.
tudung nye udah ke depan haa...
naseb baik tak terkeluar rambut.. hahaha

eh, gambar kak M je ke?
iye..sebab abang-abang pakai tshirt sekolah je..
tak tahu nak pakai bju apa..
nak beli, tak berbaloi.
naseb baik takde rungutan di belakang..kikiki

till then,see ya

Thursday, November 21, 2024

.: KUEWTIOW KUNGFU BY ME :.

Assalamualaikum

menu malam tadi..
terasa nak makan kuewtiow kungfu..

so, jadi lah buat dinner
kuah dia tu..linda pelik pulak nape tak pekat dan tak sticky sangat.
padahal dah masuk tepung..
sekali..salah tepung daa...
orang guna tepung jagung, linda p letak tepung ubi kayu pulak..hahaha
memang lah tak jadi

jom makan

buat cili potong sekali.
baru lah pedas2 gigit cili padi tu.

Alhamdulillah.

till then, see ya

 

Wednesday, November 20, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 34 :.

Assalamualaikum.

ok last thumbprint, sebelum thumbprint di ambil orang


tapi orang nya tak last lagi.
dok jadi penunggu je kat situ..kikiki

till then, see ya

*gambar tahun 2021, sewaktu Ilkkm Melaka dalam proses penutupan*

 

Tuesday, November 19, 2024

.: DEAR HYERI :.

Assalamualaikum

hari nie kita review drama korea Dear Hyeri (12 Episod)

nampak sangat takde modal nak up entry..hihihi

cerita nie berat sikit sebenarnya, sebab berkisarkan dengan emosi dan mental, tapi berjaya ditenangkan dengan watak Hyeri (Shin Hae Sun) yang ceria, tak menyimpan apa-apa perasan negatif. semua perkara yang terjadi, mesti akan ditafsirkan secara positif. Turut memegang watak sebagai Joo Eun Ho, seorang pengacara TV yang akan melakukan apa sahaja untuk menjadi dikenali.

kalau linda tengok, episod pertama dah menarik..Sebab diawal cerita, Eun Ho nie dalam keadaan yang terlalu bahagia, hidup bersama pasangan kekasihnya Jung Hyun Oo (Lee Jin-Uk), yang bekerja bersama-sama di Station TV. di pertengahan cerita, digambarkan mereka telah berpisah, tetapi tetap tidak boleh move on. masing-masing tampak kuat, tapi sebenarnya perasaan cinta itu masih menebal. dan di akhir cerita episod pertama, terus keluar watak Hyeri yang menyukai Kang Ju Yeon (Kang Hoon) dalam diam.

itu yang membuatkan linda rase kena tengok next episod. siapa Hyeri , siapa Eun Ho. Pergolakan dalam emosi dan diri Eun Ho, menyebabkan dia berubah menjadi Hyeri (adiknya yang hilang semasa lawatan sekolah). Perasaan bersalah dalam diri Eun Ho yang mengatakan dia penyebab Hyeri hilang, lalu dia membawakan watak Hyeri dalam diri nya. Dalam dia tak sedar, Hyeri berubah menjadi realiti. di mana, bila Hyeri muncul, Eun Ho tidak mengingati apa yang dilakukan nya.

Watak Hyeri bertambah kuat apabila perasaan Hyeri di sambut oleh Ju Yeon. Keadaan bertambah parah apabila Eun Ho mendengar perkhabaran bahasa bekas kekasih nya Hyun Oo mahu berkahwin. Mendengar berita itu, membuatkan emosi Eun Ho meledak dan terus melarikan diri untuk menenangkan diri.

dari awal lagi linda dah cakap cerita nie bermain dengan emosi, sebab ketiga-tiga watak utama mempunyai sejarah lampau berkaitan emosi masing-masing. yang mana, mereka fikir mereka boleh bertahan tanpa perlu mengungkapkan kesakitan itu.

kan selalu pakar psikologi cakap, kena berkongsi perasaan sedih kita, supaya tak menjadi barah dalam diri kita.Itu lah yang jadi dalam cerita nie.

nak tahu lebih lanjut apa yang jadi? kena tengok lah

sama ada Hyeri atau Eun Ho yang memang. kene tengok sendiri.

till then, see ya

Monday, November 18, 2024

.: SEGMEN FOLLOW 4 FOLLOW BY JMBELOG :.

Assalamualaikum

 dok BW, terjumpa pulak segmen yang di anjurkan oleh JMBELOG

-sila tekan gambar-

apa lagi, linda pun join lah..
tak susahkan pun, buat entry je.
untuk letak banner dari JMBELOG.

lambat lagi expired date nye .. hihihi
jom ramai-ramai buat kecoh..

till then, see ya

 

.: DAH TEBANG POKOK :.

Assalamualaikum

sabtu lepas, nampak dari status whatssap penghuni asrama.

kerja-kerja pemotongan pokok sedang berlaku.

Alhamdulillah, kurang satu ancaman keselamatan dekat penghuni asrama.
diorang yang terkesan, cuma panas je lah nanti.
yang Linda nie fikir, kang bermaca jenis serangga / binatang dapat masuk dalam bilik memasing.
time tu, penyelia asrama jugak yang pening nak panggil pest control mencari binatang tu semua.

asalnya, tulah pokok nya.
dah melebihi bangunan asrama yang 6 tingkat tu.
seram betul linda.

selepas di potong.
kan lapang rasa pemandangan nya..hihihi

saki baki nie belum bersihkan lagi.
harap-harap takde lah kejadian lain pulak yang berlaku.
sebab nya pokok nie ngam2 tebing.

banyak lagi pokok nak gegar kan nie..hahaha
kadang geram, camne lah geng-geng maintenance nie buat kerja.
patot nya pokok nie kena trim sellau, bukannya dah tunggu besar panjang, lepas tu kita suruh trim dia cakap kena bayar...
pokok dah melebihi 5 meter...
ehhh...banyak cantik plak.. hahaha

biasa lah tu kan...
maintenance nie kena kejor, kena ingatkan selalu..
kalau tak, dia pun buat tak tau je.

till then, see ya

 

Sunday, November 17, 2024

.: IPAR ADALAH MAUT :.

 Assalamualaikum

done tengok filem viral katanya.
heboh jap di sana sini.



"Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda: Ipar adalah maut."

petikan daripada sabda Nabi Muhammad SAW menerusi Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim ( 2172)

kisah yang dikatakan diambil daripada kisah nyata.tapi, memang semua kisah yang logik, kebanyakan nya nyata..kalau tak nyata, macam mana nak dijadikan kisah.

Apabila Anis yang sudah berumahtangga dengan Aris membawa masuk adik Anis, Rani ke rumah mereka kerana menyambung pelajaran ke kolej. dan kebetulan kolej yang sama tempat abang ipar nya bekerja. Dengan bermodalkan Rani itu kurang matang dan manja, ibu mereka khuatir untuk melepaskan duduk di rumah sewa/asrama. Risau Rani melakukan perkara yang bukan-bukan.

Rani tu perwatakan nya daring, selalu terlupa bahwa abang ipar nya bukan muhrim, jadi terlepas juga lah keluar bilik memakai seluar pendek dan singlet.Dibandingkan dengan kakak nya yang penuh kesopanan. Mungkin itu juga jadi punca, siapa pun pasti suka melihat pemandangan yang baru. Dalam masa yang sama Rani diam-diam terjatuh suka pada abang ipar sendiri, kerana penuh ciri-ciri lelaki idaman.

Kemuncak nya, pada suatu malam. Rani hampir diperkosa oleh pelajar lain yang berdendam dengannya. Diselamatkan oleh abang ipar nya, sama-sama berbasahan bawah hujan. Dan terjadi lah adegan TER laga bibir. Permulaan kepada adegan yang lebih berani.

-scene nie yang Linda paling geram, boleh berhenti depan hotel ajak adik ipar chek in-

Akhirnya, perbuatan mereka terkantoi bila Anis call suaminya yang sedang chek in bersama Rani. Ariz tak perasan yang belum putuskan talian telefon. Jadi rest of the story, Nisa dapat tahu. Berlaku pergaduhan antara Nisa dan Ariz. Nisa pulang ke rumah ibunya untuk berdepan dengan Rani. Ibu nya terkejut, lalu kena strok dan selamat dibedah. Tetapi, perkara yang dilakukan oleh Rani, ibunya tak igt. Tak lama selepas itu ibunya meninggal. Yang nie mungkin Rani agak terkesan, tapi bagi Linda naseb baik mak nya tak igt. At least, dapat jugak Rani berpeluang menjaga ibu nya yang sedang sakit.

kesudahan cerita macam samar-samar. Sebab tak declare hubungan diorang macam mana. Anis dengan Ariz mungkin berpisah. Rani dengan Ariz tak tahu kahwin ke tak, sebab Rani mengandung, hasil dari perbuatan zina bersama abang ipar nya.

Betul la pepatah Melayu "Bertepuk sebelah tangan tiada gunanya".  Sebab dalam cerita nie, perselingkuhan ini terjadi dengan kerelaan Ariz dan Rani. Tidak ada satu scene pun yang menunjukkan mereka menidakkan perkara ini.

dari sudut pandangan Linda, banyak pengajaran yang boleh diambil.
ada jugak adegan atas katil, tak sesuai untuk tontonan bawah umur.

sape tak tengok lagi, boleh la tengok, banyak bermain emosi jugak nie.
30 min pertama, bosan sikit lah..hihihi

till then, see ya

*sedikit perkongsian/penjelasan mengenai Ipar Adalah Maut di SINI*

Saturday, November 16, 2024

.: BINDING TAPE LEKATKAN KARPET :.

Assalamualaikum

kan hari tu dah tulis kat SINI, nak share beli apa lagi dekat Eco kan??

taraaa...

linda beli binding tape nie.
dah lama kata nak beli, baru sekarang tercapai hasrat nak beli.

buat apa dengan binding tape nie??
buat kerja dekat opis nie haaa.

tengok lah nie..
terkopek-kopek karpet dekat bilik doktor On call nie.

sedih betul tengok nya.
bilik doktor on call tak macam dalam cerita doktor-doktor korea ye..
selesa, mewah...hahhaa

tidak-tidak.. di hosp kerajaan begini je lah.
nak mintak peruntukan tukar karpet pun bertahun-tahun tak dapat.
jadi, sebelum ada doktor yang jatuh tersemban sebab nak cepat dan tersadung karpet.
baiklah Linda cari jalan penyelesaiannya.

dibantu oleh operatif-operatif cleaner linda yang hebat-hebat nie.

jadi, siap lah.
seadanya dan semampu linda lah ye.
dengan gaji penyelia asrama yang dok ranking bawah sekali dalam gred penjawat awam nie.

maka, jadilah macam dekat bawah nie.

haa, sedap lah sikit mata memandang.
takdelah risau doktor tersadung ke. apa ke.

nie satu part lagi.

sementara nak dapat peruntukkan duit untuk tukar karpet baru.
yang tak tahu bila boleh dapat.
jadi ,linda buat lah macam nie.
dapat lah menabur bakti sikit kan.
Alhamdulillah.

till then, see ya

Friday, November 15, 2024

.: DO PATTI :.

Assalamualaikum

lama dah tengok cerita Do Patti (trans - two cards) nie.
tapi baru sekarang rasa nak buat review sikit

tengok cerita nie pun sebab nampak ada Kajol.
memang kenal dia je pun..hahaha


Cerita nie mengisahkan tentang kisah kembar Saumya/Shailee (Kriti Sanon) yang akan buat apa sahaja untuk menyelamatkan kembar nya walaupun ada perasaan tak puas hati antara satu sama lain.
Permulaan tak puas hati tu, Dhruv(Shaheer Sheikh) pakwe Shailee tapi akhirnya mengahwini Saumya.
Marah la si Shailee nie, pakwe sendiri kawen dengan kembar nya.

Nampak si Shailee nie suka mengganggu hubungan suami isteri nie. Bila ex-BF dia gaduh ngan Saumya, dia datang mai pujuk2. Kadang2 tu dia saje lah sakitkan hati adik dia, perangat lah konon nya.

Tapi, dalam masa yang sama, rupa-rupanya Dhruv nie panas baran + narsistik sikit.  Jadi Saumya nie selalu jugak lah jadi punching bag Dhruv. Bila Maaji(pengasuh yang jaga kembar nie dari kecik) nie buat report polis, Saumya nie tak nak bagi kerjasama.dia cakap dia tak kena pukul pun. Tapi badan lebam sana sini. Inspektor VJ(kajol), tak puas hati. dia nk tolong jugak,tapi tak tahu macam mana. Sebab Dhruv nie pun anak politician, sebelum nie pernah ada kes keganasan jugak, tapi kes di tutup.Tu yang Dhruv nie warning dekat Inspektor VJ nie, jgn masuk campur urusan rumah tangga diaorang.

Last-last satu hari nie, jadi lah kes di mana Saumya mendakwa Dhruv dalam cubaan membunuh dia ketika diorang tengah buat aktiviti parasailing. Jadi ada kes, Inspektor VJ nie pun tlong lah Saumya. Inspektor VJ nie pun ada lulusan law, jadi dia jugak yang jadi lawyer Saumya. 

Pendek cerita, Saumya menang, Dhruv dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan cubaan membunuh. Tapi , Inspektor VJ nie perasan ada sesuatu yang tak kena, bila Shailee keluar dari mahkamah dengan muka yang penuh rahsia.

Inspektor VJ nie pun, cuba nak kaitkan semua kejadian.Sebab dia seorang yang telus, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Dia rasa macam komplot kembar nie untuk buat Dhruv dikenakan hukuman berat, padahal Dhruv tak buat pun cubaan membunuh tu.

Setelah siasat betul-betul, Inspektor VJ nie dah jumpa bukti yang menunjukkan Dhruv tak buat pun cubaan membunuh tu. Tapi dalam masa yang sama, sejarah kembar nie terungkap, bila mana ayah diorang pun kaki pukul juga, yang akhirnya meragut nyawa mak diorang. Itu yang diorang nak buat Dhruv tu dikenakan hukuman paling berat, sebab nak jaga keselamatan diorang sendiri. Inspektor VJ nie pulak, dah dalam dilema. Sama ada nak tolong tegakkan perkara benar ataupun nak ikot perikemanusian. Tapi, Inspektor VJ tetap buka semula kes dekat mahkamah.

Nak tahu apa keputusan Inspektor VJ dan hakim? Dhruv dilepaskan ke tak?
kena tengok sendiri lah... hihihi..
dah banyak Linda share nie...

filem berdurasi 2j15min. 
biasa lah tu untuk filem Hindi kan.

ok boleh masuk list lah untuk ditengok wekeend nie.

till then, see ya


*kriti sanon nie berlakon dalam Dilwale jadi adik Kajol rupanya
*Shaheer Sheikh nie pernah berlakon dalam drama Tv Indonesia Cinta di Langit Taj Mahal rupanya

. : NAJIS YANG DIMAAFKAN :.

Assalamualaikum 

Sedikit perkongsian di hari Jumaat. 


Yang no 3 tu.. 
Pagi2 tu kalau tengah masak, tiba2 lebah masuk dalam kuali..
Tergoreng sekali.. 
Hahaha

Jadi nak kira macam mana tu? 
Sebab kat rumah linda nie.. 
Time subuh2 tu lebah mai lah, dok hurung lampu.. 
Tapi tak banyak lah.. 
Dah siang2 sikit.. 
Hilang lah lebah tu.. 

Jadi kira guane tu?? 
Hihihi

Till then, see ya

 

Thursday, November 14, 2024

. : CONVOCATION DAY @ PERHEBAT, SG BULOH :.

Assalamualaikum

semalam, bukan setakat linda je amik cuti...
anak 4 pun dicutikan dari sekolah juga.

buat apa kat sana??
menghadiri majlis Graduasi incikSuami yang dah tamat latihan sijil, selama 9 bulan di PERHEBAT.
Alhamdulillah
layanlah gambar ye

simpan sebagai kenangan

tak sangka pulak dapat pakai selempang Pelatih Terbaik untuk kursus yang incikSuami ambil
kursus Spa Kenderaan.

ambil gambar lagi buat kenangan

berdua pulak

nie gambar-gambar sebelum mula majlis.
linda tak ikot masuk dewan, sebab anak 4 tak boleh masuk kan.
jadi kita duduk lah dekat dewan sebelah.
ingatkan semata-mata ada buat live nanti.

rupanya team pentadbiran PERHEBAT dah sediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak.
memang balik tak bawak tangan kosong lah.

linda compile je sini gambar aktiviti yang di jalankan.
ada chicken dance, mewarna, melakar, bina binaan.
cabutan bertuah pun ada.

nie antara hadiah yang anak-anak linda dapat.
abang Mu'az dapat 2 hadiah
abang Mueez dapat 5 hadiah
kak M dapat 2 hadiah
dedek tak bertuah, no cabutan tak disebut.
lepas tu aktiviti untuk umur dedek ada mewarna je, yang tu dedek tak nak masuk .
jadi tak dapat la hadiah.

yang bunga matahari kait tu, linda belikan untuk incikSuami.
nak beli bouquet , macam kedekut duit. hahaha
baik lah duit tu buat beli makanan.

pukul 10 pagi baru lah aktiviti penyampaian sijil berlansung.
terlepas nak tengok incikSuami ambil sijil dalam live, sebab tengah kalut anak-anak nak makan pulak.
dah la incikSuami orang pertama yang ambil sijil dalam semua pelatih yang terima sijil semalam tu.
memang terlepas bas lah.
nanti kita tengok lah rakaman dekat youtube.

keluar awal sikit dari dewan.
ambil gambar anak 4 nie.
buat kenangan.

bergambar dengan ayah pulak.

 
selfie-selfie dalam dewan.

bergambar satu family dalam dewan.
tak pakai baju proper sangat, jadi macam tak best je nak ambik gambar yang studio punya.
so, ambil gambar yang nie je lah, buat kenangan.

at least ada juga gambar family beserta incikSuami yang pakai jubah convo tu.

ada buat video jugak.
untuk kenangan kan.

Alhamdulillah, selesai dah tugasan terakhir sebagai anggota tentera.
tunggu 21hb nanti ke MINDEF pula untuk ambil IC awam.
21.12.2024 pula, tamatlah secara rasmi servis dalam perkhidmatan awam.

lepas nie , masuk VETERAN pulak lah.

till then, see ya

.: CAKNA BAHASA :.

Assalamualaikum

sementara nak up entry, nak susun gambar event semalam

kita tambah ilmu sikit ya..hihihi

buat tambah-tambah ilmu ..

till then, see ya

 

Wednesday, November 13, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 33 :.

Assalamualaikum 

6.45 pagi. 
Tengok sunrise lah kita.

Awal pagi dah terpacak. 
Ke mana? 
Next entry ya... 

Till then, see ya

 

Tuesday, November 12, 2024

.: HADIAH JOIN SEGMEN BLOG THISNI3ZA :.

Asslamualaikum

Alhamdulillah, petang semalam dah mendarat hadiah segmen refresh bloglist blogger Nieza..

terima kasih banyak-banyak, semoga dimurahkan rezeki sis Nieza.
masa diumumkan terpilih sebagai salah seorang pemenang tu, sis Nieza ada bagi pilihan , nak hadiah on the spot @ nak tunggu ole-ole dari company trip nya.
dengan muka tak malu, linda pilih ole-ole dari company trip lah.
lambert pun takpe, janji ole-ole dari company trip..hihihi

so, semua blogger pun sedia maklum rasenya.
sis Nieza baru balik dari company trip ke Vietnam.
naseb baik jodoh linda dengan orang lain, kalau tak, duduk kat vietnam dah rasenya sekarang nie...hihihi.

jadi, jom usha sikit apa yang ada dalam parcel...

comel beg nie.
lepas juga buat isi telekung sepasang.
beg nie pun ada zip , so selamat lah sikit.
dekat bahagian dalam pun ada compartment berzip satu.
jadi, boleh jugak nak simpan-simpan barang.

lepas tu dapat dua jenis mask muka.
bila nak healing-healing pakai nie ye..hihihi

ada juga coin purse nie.
memang gambar perempuan vietnam nie, gambar bahagian belakang je ye??
hihihi

last sekali, ada candies juga.
rasa nya macam kacang tumbok pulak.
tapi. versi lembut sikit.
dah try makan satu, boleh diterima tekak, tak manis sangat.

Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak ya sis Nieza.
dapat ole-oleh dari Vietnam

till then, see ya

Monday, November 11, 2024

. : LAUK HARI INI :.

Assalamualaikum 

Dah amik gambar.. 
Jadi moh ler kita upload..

Bekal hari nie. 

Kari ayam tanpa santan. 
Sayur goreng lada benggala + lobak merah + telur hancur. 

Esok nak masak apa pun tak tau. 
Lupa nak pesan dekat incikSuami soh beli sayuran sekali pagi tadi. 

Dia beli yang nie je.. 
 
😂😂
Bertuah punya suami

Till then, see ya

.:SHOE INSOLE ECO :.

Assalamualaikum 

saja lah nak cerita...
ada hari tu pergi kedai Eco..
kak M lah ajak, nak beli gula-gula katanya
tapi, habis dekat RM50 jugak.. 😂😂

linda beli shoe insole.
ada banyak stok, baru sampai barang agaknya
dia ada saiz tau. 
jadi boleh pilih ikot saiz kasut @ kaki.
maca yang nie, linda amik saiz 35-40

belakang dia macam nie.
nampak tak garisan-garisan tu?
haa, kat situ ikot lah saiz apa yang kita pakai.
kalau pakai saiz 37, potong lah ikot garisan yang 37.
dah siap potong, masukkan je dalam kasut.

tara, dah siap masuk dalam kasut.
tak payah gam pun, memang ngam-ngam.
ada banyak warna masa linda pegi Eco tu, jadi tak tahu jugak nak pilih yang mana.
jadi, amik lah kaler biru nie.
sedap pakai, cushion dia tebal.
tapi, memang kast tiba-tiba jadi ketat lah.. 
sebab dah tambah tapak yang tebal kan.

linda letak dalam kasut hitam yang baru beli hari tu.
naseb baik lah kasut tu pun longgar sikit.
jadi, bila tambah tapak nie. jadi ngam-ngam lah.

ada lagi linda beli barang kat kedai Eco.
nanti next entry kita share barang apa yang beli, dan guna untuk apa.

till then, see ya

. : ROYAL MASTIKA @ KLANG :.

Assalamualaikum 

Awas - entry nie banyak gambar.. 

 9.11.2024(sabtu)
Menghadiri kenduri sepupu mak(cikJijah) di Klang, anak nya kawen. 

Bertempat di Royal Mastika, Klang. 
Area nie memang kawasan perindustrian, bangunan macam gudang lah. 
Tapi, selesa sangat,ekon kuat. Sejuk.. 

Abang Mu'az, anak bujang memang gini eh? 
Bahagian luar ada meja cantik, siap kanopi. 

Selfie jap, sementara tunggu mak ngan bapak sampai. 

Ada photo telephone. 
Ingatkan props je. 
Rupanya.... 

Boleh tinggalkan pesan. 
Nanti dirakam, sebagai kenangan. 
Zaman linda dulu, guestbook. 
Kena tulis lah sendiri. 

Dari kanan - mak, Cik Om(SIL mak), 2 orang lagi, kawan masa kecik2 dekat kampung. 

Gambar pelamin. 
Ada lampu jurai-jurai yang bergantungan. 

Makanan utama, nasi minyak, dalca sayur, ayam masak merah, rendang daging, papadom. 
Ada kuih-kuih juga, linda amik apam. 
Nampak air teh tarik, terus pilih yang tu. 

Waktu nie, pengantin nak p potong kek dah kat depan. 
Awal pengantin bersanding, linda sampai dalam 12.45pm,pengantin dah bersanding. 

Sempat amik gambar dengan adik tuan rumah, CikIta dan suami, yang sedondon coklat tu. 

Dah kenyang, baru ke depan semula. 
Jumpa Cik Jijah, awal tadi bz sangat terima tetamu. 
Kita makan dulu lah, rumah sedara mara rapat, boleh lah buat gini.. Hihihi
Lagipun, stail orang Jawa, makan dulu, baru salam kaut.. 🤭🤭

Jadi, bergambar lah kita. 
Tuan rumah, cikJijah yang sebelah kanan mak Linda.. 
Pakai cermin mata, tudung warna nude tu. 
CikJijah seumuran mak je. 
Arwah bapak Cik Jijah adik beradik dengan arwah mak, mak Linda. 

Sebelum balik, amik gambar mak bapak dulu. 
Amboi, kemain sedondon.. Hihihi

Alhamdulillah, ada disediakan van. 
Jadi, siapa yang parking jauh, boleh lah naik van, minta hanta ke kereta. 

Siap bawak bekal. Aiseh.. Malu je.. Hahaha. 
Kesah nya, linda dah amik keledek goreng nie, dah takde siapa nak makan, sebab panas lagi.. 
Lepas tu, semua pakat2 nak balik dah. Sebab hujan nak turun sikit2. 
Jadi, terpaksa lah bawak balik, takkan nak tinggal pulak, membazir je. 
Boleh lah buat kudap2 sementara nak sampai selayang tu.. Hihihi

Comel je goodies untuk anak-anak.

Nak tunjuk sedondon jugak. 
Sampai rumah baru ingat nak amik gambar sama2. 
Tak kisah lah, janji ada gambar. 

Alhamdulillah, seronok dapat ke kenduri saudara mara. 
Jumpa jugak sepupu yang bertahun tak jumpa. 
 Yelah, masing2 dah ada family masing2.. 
Waktu raya pun susah nak jumpa dah. 

Semoga hubungan silaturrahim nie berpanjangan, Aamin2 

Till then, see ya