Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Tuesday, August 4, 2026

.: PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TING 1 2027 :.

Assalamualaikum.

permohonan ting 1 sek khusus
alhamdulillah, selesai permohonan.
jom la kita cuba.
kesamarataan tu ada, semua pun boleh mencuba.

jangan lupa ya.
tarikh tutup permohonan 14 OGOS 2026.
boleh kemas kini walaupun permohonan dah hantar, selagi belum tiba tarikh tutupnya.

senang je nak isi, isi butir2 peribadi dengan sekolah pilihan je.
yang lain semua dia sedut dari Sistem Pengurusan Pentadbiran Bersepadu (SPPB), yang cikgu dok isi tu. Terima kasih cikgu !!
so penting ya, update semua dalam sistem MOEIS tu.

boleh dah la pulun, tengok2 PKSK macam mana.
zaman mak dulu2 mana ada semua ni, hantar borang manual je.
insyaAllah, semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.
semoga anak-anak tidak sia-siakan peluang yang ada dan berjaya dalam kehidupan mereka, aamin

till then, see ya.




 

Wednesday, July 8, 2026

.: URAT SIMPUL :.

Assalamualaikum.

Urat simpul
Sama lah kan dengan simpul biawak @ simpul mengkarung.??
Yang selalu kena time pegnen tu.

URAT SIMPUL BUKAN SEKADAR MASALAH RUPA KAKI

Perasan tak ada orang yang kakinya nampak urat timbul, berbelit dan bersimpul?

Kadang-kadang nampak jelas di betis. Ada yang kebiruan. Ada yang timbul seperti tali kecil di bawah kulit.

Ini dipanggil varicose veins atau dalam Bahasa Melayu, urat simpul.

Urat simpul berlaku apabila injap kecil dalam urat kaki menjadi lemah atau rosak.

Dalam keadaan normal, darah dari kaki perlu mengalir naik semula ke jantung. Injap dalam urat membantu menghalang darah daripada turun semula ke bawah.

Tetapi apabila injap ini lemah, darah boleh berkumpul di bahagian kaki. Tekanan dalam urat meningkat. Lama-kelamaan, urat menjadi bengkak, membesar, berbelit dan timbul di permukaan kulit.

Sebab itu urat simpul lebih kerap berlaku di kaki, terutama bahagian betis.

Antara faktor risiko ialah selalu berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, kurang bergerak, berat badan berlebihan, kehamilan, umur meningkat dan sejarah keluarga yang ada masalah sama.

Pada peringkat awal, urat simpul mungkin nampak seperti masalah kosmetik sahaja.

Tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan kaki rasa berat, lenguh, sakit, mudah bengkak, panas, berdenyut, gatal, kejang waktu malam dan cepat letih bila berdiri lama.

Jika dibiarkan, kulit di sekitar buku lali boleh menjadi kering, gelap, keras atau gatal. Dalam kes tertentu, luka boleh terbentuk dan lambat sembuh. Ini dipanggil venous ulcer.

Ada juga keadaan di mana urat simpul boleh berdarah jika kulit di atasnya menjadi terlalu nipis atau tercedera.

Cara mengurangkan risiko:

✅ Banyakkan berjalan.

✅ Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa bergerak.

✅ Gerakkan pergelangan kaki jika kerja banyak duduk.

✅ Tinggikan kaki ketika berehat.

✅ Kawal berat badan.

✅ Amalkan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal atau calf raise.

✅ Gunakan compression stocking jika disarankan oleh doktor.

Dapatkan pemeriksaan jika urat simpul semakin sakit, kaki semakin bengkak, kulit berubah warna, ada luka yang lambat sembuh, urat berdarah, atau sebelah kaki tiba-tiba bengkak, merah, panas dan sakit.

Urat simpul bukan sekadar isu cantik atau tidak cantik.

Ia boleh menjadi tanda aliran darah di kaki tidak berjalan dengan baik.

Jaga kaki sebelum ia menjadi lebih berat untuk dirawat.

#PublicHealthMalaysia #UratSimpul #VaricoseVeins

Friday, July 3, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

Hari ni cuti, pergi sign report card abang Mu'az .
Dari Tronoh pukul 9 pagi, sarapan dulu dengan incikSuami.
Silap hala ke Kampung Gajah, lambat sikit lah lalu traffic light, lalu Teluk Intan.

Dapat naik WCE dekat Simpang 5, JPJ Teluk Intan.
Seronok jalan lapang, sampai tak perasan..

Sedar² nohh.
Semua salah incikSuami, sebab buat kete sedap tekan dan firm walaupun tinggi. Hahaha.
Memang Linda boleh beza la sebelum dan selepas dia add on benda² untuk body kete.


Sampai sekolah dalam 10.45 pagi, rezeki sungguh. 
Dapat parking depan pagar sekolah, dekat² je.

Menapak sampai tingkat 3.

Abang Mu'az malu.

Sipi² je muka dia.
Susah betul nak ambil gambar.

Keputusan...
Emm, tak taruh tinggi sangat pun expectation nya.
A,B - takde.
F - alhamdulillah, takde juga.

Kedudukan dalam kelas 4/29
Kedudukan dalam tingkatan 31/80

Bangga la juga no 4 dalam kelas.
Dalam tingkatan pun tak sampai separuh.
Tapi, berfikir.. kalau keputusan abang Mu'az pun dah macam tu, mcm mana pula keputusan yang bawah² dari abang Mu'az.
Lagi teruk la markah nya.

Allahuakbar, sedih dan sebak pula Linda rasa.
Sekolah luar bandar agaknya.
Semoga yang baik² untuk anak².
Terus berusaha, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

Keluar sekolah ada baiya jual eskrem.
Eh, dia minta ibu eskrem pula.
Layan lah anak bujang yang jarang jumpa ni. Duduk asrama embah dengan kakek kan.

Till then, see ya.

Sunday, January 18, 2026

.: ISRAK MIKRAJ, 27 REJAB 1447 :.

Assalamualaikum.

Semoga tak terlambat untuk mengucapkan Salam Israk Mikraj.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah SWT telah memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW beberapa gambaran tentang balasan,kemuliaan dan realiti akhirat. Semua ini bukan untuk menakutkan semata-mata, tetapi untuk mendidik umat manusia supaya tidak lalai, tidak alpa..dan sentiasa kembali kepada Allah.

Israk mikraj 1447
Allah Maha Mengetahui.
Daripada 50 waktu solat, dikurangkan menjadi 5 waktu solat.
Itupun, masih terasa berat untuk menunaikan solat.
Tak payah jauh, diri sendiri je..
Bila masuk waktu tu "10min lagi aku solat" "kejap lagi, nak siapkan kerja sikit" "awal lagi, jap lagi lah solat"

Astaghfirullahalazim.
Setiap tahun, niat untuk solat di awal waktu sentiasa ada.
Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan daripada Allah SWT..aamin.

Israk mikraj 1447
-7 perkara luar biasa yang diperlihatkan pada Rasullullah SAW-

Semoga, kita semua sentiasa mengambil ibrah daripada kejadian Israk dan Mikraj.
Kebesaran Allah..
Mukjizat Nabi SAW.

Till then, see ya.

Monday, January 12, 2026

.: WELCOME TO SCHOOL 2026 :.

Assalamualaikum.

Selamat ke sekolah anak² untuk sesi 2026.
Semoga yang baik² saja untuk anak² semua.

Sharing is caring

Selit juga, buku sekolah 3 beradik.
Sempat tuliskan nama, balutkan buku.

Dah selesai yang dekat Tronoh, berkereta lah kita ke Sg Samak pula.
Ada sorang lagi anak yang perlu dibelai.

Jadi, esok incikSuami handle yang dekat Tronoh.
Linda handle yang dekat Sg Samak.

Moga anak² dapat sesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru, Aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, December 2, 2025

.: BUKU TEKS HANYA PINJAMAN :.

Assalamualaikum.

Periksa dah habis, musim pulangkan buku teks pula.
Emm, linda tak tau lah anak ganas sangat atau memang dapat buku macam ni.
Tapi, memang masa terima buku pun, buku pun hampir hancur.

Meh la tengok bukunya.

Buku teks Bahasa Arab KAFA

Buku teks Jawi KAFA

2 buku ni, buku dedek.
Dek cakap kawan dia koyak..tak tau lah.
Linda pun terlupa nak belek weekend hari tu, memang dah cakap juga nak beli buku baru.
At least, boleh la next murid merasa buku baru kan..

Jadi, lepas maghrib semalam, terus ke Pustaka Rakyat Sri Gombak.
Ramai ye mencari buku teks. 🤭🤭

Alhamdulillah, ada stok bukunya.
Risau juga habis.
Nampak lah berseri dan keras sikit buku baru ni, harap yang dapat nanti.
Guna secara berhemah lah.

Abang Mu'az pun, tengah tahun hari tu Linda belikan buku teks matematik yang baru.
Katanya, buku dia hilang ntah kemana.
Adoi, mudah² je lah anak² ni.
Kita dulu² tak pernah hilang buku.

Eh, lupa..
Setel beli buku, terus lajak ke TF Batu Caves, cari barang basah sikit.
Lepas tu lapar pula, singgah makan dekat foodcourt. Sebab baru pukul 8.30 malam gitu.
Untuk anak², Linda tapau Dunkin Donut.
Tu pun, tak banyak pilihan dah. Sebab nak tutup dah kan.

Till then, see ya.

Monday, September 8, 2025

.: PERCUBAAN UPKK :.

Assalamualaikum.

Petang nie, bermula lah peperiksaan percubaan untuk UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA).


Semoga diberi kefasihan dan ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan.
Semoga dapat jawab peperiksaan dengan baik. Aamin.

Kepada anak-anak blogger yang ambil UPKK juga, good luck ya untuk peperiksaan percubaan nie..

Till then, see ya.

Thursday, September 4, 2025

.: BOLONG TERUS :.

Assalamualaikum.

Ingatkan yang abang Mu'az punya teruk sangat dah tu.
Rupanya ada lagi yang teruk. 😂😂

Apa yang teruk tu??

Nie haa, sampai bolong(lubang) tapak kasut nya.
Tuan punya kasut, abang Mueez.
Alahai, punya lah hujung bulan, ibu takde duit nak beli kasut, kena tunggu gaji.
Sabarlah ye nak, tapi citer dia, dah ganti lah sekarang nie.

Padahal awal tu, nak ganti dah.tapi saja lah ngusik abang Mueez, tunggu ibu gaji lah.
Lepas tu, dia cakap ok.
So,tak belek lah kasut sekolah nya.
Ingat kan patah biasa tu jelah, rupanya bolong.
Patot lah tak pergi tandas katanya, malas kasut nak basah².

Tak tau lah kasut yang tak tahan atau orang nya kuat meronda satu sekolah. Hahaha.
Kang ibu beli kasut penguin yang zaman ibu kecik² dulu baru tau.

kredit SINI

insya-Allah, bab pelajaran, sekolah...macam mana pun, setiap ibu ayah pasti akan usahakan.
tapi anak-anak kena ingat dan belajar rajin-rajin.
semoga kejayaan milik meraka, aamin.

till then, see ya.

p/s- jangan lupa jenguk PV sebab ada buat GA PV 200,000

Wednesday, August 27, 2025

.: ARCA MOBAIL - PSV D1 :.

Assalamualaikum.

cerita nie dalam 2minggu lepas tak silap.
dedek cakap cikgu suruh siapkan.
subjek Pendidikan Seni Visual - Arca Mobail 

apa itu Arca Mobail ??? 
Arca adalah suatu objek yang berbentuk 3 dimensi, dapat disentuh, dirasai dan dipandang dari perlbagai sudut.
Arca Mobail - boleh digantung dan bergerak gerak, arca mobail mempunyai nilai estetika yang tinggi.


jadi dedek pun mulakan menggunting.
ada 3 bentuk dan 1 gambar bendera Malaysia.
cikgu buat tema sempenan bulan kemerdekaan.
dedek cakap dengan ibu, cikgu takde hantar video ke macam mana nak buat.
malangnya, memang cikgu tak hantar lagi.
dan dedek hampir putus asa nak terangkan dekat ibu macam mana nak buatnya.

akhirnya, berjaya juga ibu memahami apa yang cuba dedek sampaikan.
hasil Arca Mobail dedek.

esok pagi nya, baru cikgu seni upload video dalam group kelas, cara nak membuat.
sebab nak kena hantar next week nya.

kadang-kadang ibu yang release stress bila tolong buat kerja seni anak-anak nie.
tapi, jangan suruh ibu melukis, yang tu ibu give up awal-awal.

till then, see ya.

Wednesday, May 28, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 14/25 :.

Assalamualaikum.

nak kena usaha, bukan tau sebut je dapat.
harap-harap kekal lah ilmu ikhtiar hidup nie dekat anak-anak

bila abang Muáz nak topup kredit telefon dia.
dengan syiling-syiling dia kasik kat ibu.

till then, see ya.

 

Friday, May 16, 2025

.: DAY 124/365 - SELAMAT HARI GURU :.

Assalamualaikum

16.05.2025 -bertemu lagi kita dengan sambutan hari guru untuk tahun ini.


semoga guru-guru diberikan kesihatan yang baik serta kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak bangsa.
zaman sekarang banyak cabaran nya, oleh itu, sama ada ibu bapa, guru mahupun murid, semua harus bekerjasama untuk melakukan yang terbaik.

linda memang terlupa nak siapkan awal-awal goodies untuk cikgu.
sekali malam tadi anak-anak tanya, nak bagi apa.
untuk yang sek rendah, sambutan ditunda untuk mengekang HFMD, risau kan kes tinggi sekarang.
yang sek men, sambutan dibuat sesi pagi, jadi yang sesi petang pun kena datang pagi, dan petang tak perlu hadir ke sekolah dah.

hasil mencandat barang-barang spare yang memang ada di rumah.
dapat lah gift yang tak seberapa dan comel-comel nie.

semoga cikgu sudi menerimanya.

till then, see ya.

Wednesday, January 8, 2025

. : WORDLESS WEDNESDAY 1/25 :.

 Assalamualaikum.. 

Eh, dah malam nie. 
Tiba2 kak M hulur ibu buku teks tahun 3.
Soh ibu balut pulak. 


Elok juga lah tu, sambil semak mukasurat buku. 
Takot ada yang tak cukup. 
Rupanya betul, buku teks BM jilid 1, ada hilang mukasurat nya. 
Dekat 10 helai plak tu. 
Last mukasurat 69, terus lompat ke 81.
Dah tulis nota kat buku teks tu, minta kak M bawa ke sekolah semula.
Untuk tukar yang lain. 
Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamin2 

Till then, see ya. 

Friday, December 13, 2024

. : SOLAT SUNAT RAWATIB :.

Assalamualaikum 

Sekadar perkongsian pada pagi nie. 
Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya..aamin..


Semoga dipermudahkan urusan kita semua pada hari ini berkah hari jumaat.. Aamin

Till then, see ya

 

Friday, November 15, 2024

. : NAJIS YANG DIMAAFKAN :.

Assalamualaikum 

Sedikit perkongsian di hari Jumaat. 


Yang no 3 tu.. 
Pagi2 tu kalau tengah masak, tiba2 lebah masuk dalam kuali..
Tergoreng sekali.. 
Hahaha

Jadi nak kira macam mana tu? 
Sebab kat rumah linda nie.. 
Time subuh2 tu lebah mai lah, dok hurung lampu.. 
Tapi tak banyak lah.. 
Dah siang2 sikit.. 
Hilang lah lebah tu.. 

Jadi kira guane tu?? 
Hihihi

Till then, see ya

 

Thursday, November 14, 2024

.: CAKNA BAHASA :.

Assalamualaikum

sementara nak up entry, nak susun gambar event semalam

kita tambah ilmu sikit ya..hihihi

buat tambah-tambah ilmu ..

till then, see ya

 

Tuesday, November 5, 2024

. : IKAN EMPURAU, BUAH ENGKABANG :.

Assalamualaikum 

Tiba-tiba abang Mueez cakap dengan ibu pasal buah engkabang dan ikan empurau malam tadi. 
Eh, ibu nie pelik jap.
Tak pernah dengar pun nama buah dan ikan tu. 

Abang Mueez(AM) - ibu tau tak, tadi cikgu cakap buah engkabang nie dia hidup tepi sungai, lepas tu kelopak dia macam sayap. Nanti bila sayap dia dah terbukak, ikan empurau makan lah buah dia. Ikan empurau tu makan buah engkabang je, ikan tu tak makan buah lain. 

Ibu - belajar subjek apa tu? Ibu tak pernah dengar pun nama buah dengan ikan tu. 

AM - Bahasa Melayu. Ibu gugel lah tengok. 

Linda yang memang terpinga pinga nie, gugel lah.
Tapi dalam kepala nie dok terfikir "mesti nama buah dan ikan tu di panggil macam tu dekat belah belah Sarawak" 

Sekali.... 
Betul rupanya. 

Ikan Empurau = ikan kelah merah
*gambar screenshot google je*

Buah Engkabang
*gambar screenshot google je*

Pun banyak dekat Sarawak. 
So, betul lah tekaan linda, nama yang dikenali di Sarawak. 

Yelah, Malaysia nie kan berbilang kaum, berbilang longhat, bahasa. 
1 item yang sama, tapi ada banyak nama ikot negeri dan longhat masing-masing. 

Contoh kicap lah.. Belah utara kan panggil toyu... Jangan silap sebut toyol pulak.. Hahaha
Kalau yang tak tahu, jenuh lah dok fikir, apa lah yang orang tu sebut.

Apa pun, bukan anak je yang belajar, ibu pun belajar sekali. 
Ilmu baru untuk hari nie. 

Till then, see ya. 

Wednesday, October 9, 2024

.: JERAYAWARA :.

 Assalamualaikum

jom belajar perkataan baru hari ini...
linda tahu perkataan nie pun , bila cikgu sek up program hari bertemu waris dengan nama + hari penyampaian hadiah


Terus linda google maksud jerayawara tu
Nie kalau masa dulu dulu tau perkataan nie, mesti markah tinggi bila buat karangan.. Kikiki


jerayawara

[je.ra.ya.wa.ra] | جراياوارا

Definisi : persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg ber­­kunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan pa­meran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

till then, see ya

Monday, October 7, 2024

.: ROBOT KECIL KU :.

Assalamualaikum

lama dah entry nie terperam
tiba-tiba rajen pulak nak menaip

sebenarnya, zaman sekarang nie..
kalau time nak Exam tu, untuk subjek Pendidikan Seni Visual, cikgu dah bagi soalan seminggu lebih awal..
jadi, anak-anak boleh pilih nak jawab soalan yang mana, dan boleh berlatih siap-siap dekat rumah
dan, bahan-bahan yang diperlukan untuk menjawab pun dah boleh bawa dari rumah 
lain betul lah dengan zaman dulu...

jadi untuk PSV tahun 6, Abang Mu'az
dia pilih soalan yang membina / mereka robot
adoi anak oii, apsal pilih soalan yang susah

dan Linda pun terus lah cari dalam YouTube mengenai rekaan robot mudah
maka terhasil lah robot oren nie..

saat robot di duduk kan

haa..robot nie tak boleh berdiri
kena pegang gini... kihkihkih

badan robot tu daripada kotak perfume
kepala dan tapak kaki daripada polistrena
tangan dan kaki daripada 2 helai kertas yang dicantum menggunakan kaedah lipatan selang seli

jadi dekat rumah abang Mu'az dah siap kan badan yang berbalut, polistrena siap gunting, tangan dan kaki siap lipat
dekat sekolah tinggal balut tapak kaki dan kepala, serta cantumkan semua bahagian
linda suruh bawa double sided je, senang nak cantumkan

boleh la dari takde 
robot nie abang Mu'az bawa balik lepas 2minggu peperiksaan

till then, see ya

 

Friday, October 4, 2024

. : PERSIAPAN AKHIR ZAMAN :.

Assalamualaikum 


 Persiapan Akhir Zaman (Bermula serangan Timur Tengah) 


1. Hafaz dan amalkan surah Al Kahfi ayat 1-10 dan 101 - 110 setiap hari.

2. Jangan tinggal Solat dan lazimi solat sunat Taubat

3. Qadha Solat yang ditinggalkan sebelumnya.

4. Lazimi zikir dan selawat

5. Lazimi baca Al Quran sekurang-kurangnya 4 muka surat sehari

6. Kurangkan sibuk hal orang lain

7. Solat sunat malam, Witir dan qabliyyah subuh jangan tinggal

8. Bersedekah sehari hari sekurangnya RM1

9. Kurangkan pergaulan dengan ramai orang supaya kurang ghibah.

10. Banyak menyendiri dengan bermuhasabah diri.

Simpan kat wall fb masing-masing ya. @highlight


Untuk peringatan bersama, terutama diri sendiri... Sekecik kecik ibadah pun Allah pandang, Insya-Allah.... 


Till then, see ya

Wednesday, October 2, 2024

.: IdMe - SEMAKAN PERMOHONAN TAHUN 1 2025 :.

Assalamualaikum

ingat lagi post pasal permohonan tahun satu 2025 yang linda buat tu??
bermula 1OCT - 31 OCT dah boleh buat semakan, sama ada berjaya ke tak permohonan tu
kalau tak berjaya boleh terus proceed untuk RAYUAN penempatan

Langkah 1 : pergi ke Laman Utama IdMe
masukkan username dengan password ya

Langkah 2 : Tekan tab Aplikasi dan pilih Pengurusan Awam

Langkah 3 : tekan tab dekat tepi Permohonan Kemasukan dan pilih Pendaftaran Tahun 1 2025
 
Langkah 4 : tekan Tawaran untuk print surat tawaran tu
pastikan nama anak dan no mykid betul
kalau keputusan tu dapat sekolah yang kita tak nak, terus tekan Button Rayuan kat tepi tu
kalau dapat sekolah yang DIHAJATI terus tekan TAWARAN tu
sekarang takde button PENGESAHAN, untuk kita setuju terima tawaran tu
kena terus print surat tawaran dan sahkan sendiri ke sekolah yang berkenaan 
ikot tempoh yang diberi tu 1 OCT 2024 -17 JAN 2025
kalau tak dapat ke sekolah, boleh call je untuk maklumkan

semoga membantu lah ibu bapa di luar sana ye
Linda pun blur-blur je semalam buat nie
naseb baik ada sepupu yang anak dia sebaya dedek
tanya dia je...

till then, see ya