Assalamualaikum
Alhamdulillah, siang tadi linda berpeluang untuk mengikuti webinar tentang Jenayah Siber..
kalau ikot dah cukup latihan @ kursus 7 hari, tapi tajuk nie best..
Tu yang join jugak.
Maksud jenayah siber
Yang nie betul.. Kakak linda kena jugak macam nie, kata nya polis(scammer) telefon, ada kesalahan sekian sekian..
Ayat dia nak pusing pusing, then macam nak suruh bayar lah untuk clearkan kesalahan tu, kalau tak bayar nanti polis datang rumah dan tangkap..
Tapi, Alhamdulillah kakak tak termakan..
Terus letak dan terus tanya adik yang keja polis jugak..
Adik pun selamba cakap "kalau ad buat salah, polis terus datang rumah, tangkap.. Takde nak telefon dulu, nak bagitahu nak tangkap". 😂😂
Terms nie kita selalu dengar kan..
Nie lah maksud nya
Ada pelbagai jenis keadaan yang menyebabkan terjadinya kepada keldai akaun..
Kadang-kadang secara tak sengaja juga terjadi nya keldai akaun nie..
Kiranya, macam tipu muslihat jugak lah..
Yang nie mesti ramai dah tau..
Kalau nak cek akaun tu scammer ke tak..
Boleh guna laman web nie
https://semakmule.rmp.gov.my
Walaupun webinar nie masa dia singkat je..
9 pagi - 12 tengah hari, banyak juga input yang diperolehi..
Memang elok buat webinar macam nie..
Untuk tingkatkan kesedaran.
Macam Linda sendiri pun, pernah jadi mangsa scammers...
Tapi, scammers tu guna gambar profil linda di FB..
Mula-mula, ingat macam biasa je.. Tapi, bila ada mangsa dan dah viral orang kata linda yang jahat..
Memang buat report polis jugak lah..
Rupanya bila kita stalk2 dalam FB tu, scammer tu memang akan amik je gambar sesiapa yang macam ok, then dia akan mulakan MO dia...
Tak lama pun dia pakai gambar yang sama..
Alhamdulillah lah, takde mendatangkan kesan yang teruk dan berpanjangan pada linda..
Till then, see ya