Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label MiswanClans. Show all posts
Showing posts with label MiswanClans. Show all posts

Monday, October 19, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY BAPAK :.

Assalamualaikum.

Isnin, 19.10.2026.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT BAPAK.

Gambar bapak dengan abang nya.
Santai² dekat rumah anak abang nya.
Dekat dalam kampung juga.
Rumah singgah, rezeki ada tanah, mohon rumah mesra rakyat, lulus.
Orang nya kerja dekat Putrajaya.

Eh, lari tajuk pula.

Hari ni, birthday bapak.
Terima kasih bapak dah besarkan, sekolah kan Linda.
Masih melawat Linda walaupun dah beranak pinak.
Semoga Allah balas semuanya dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Linda doakan bapak sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan sepanjang bapak masih hidup..aamin.
Linda doakan syurga buat bapak.

Till then, see ya.

Nota kaki - kongsi tarikh dengan Icha(anak buah Linda), moga jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat..aamin.

 

Sunday, October 18, 2026

.: MASUK DAPUR HARI AHAD :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari Ahad penuh dengan memasak.

Sarapan pagi, lempeng dengan sambal sardin.
Terpengaruh blogger Ammi.

Lepas tu, ajak incikSuami p Lotus jap.
Nak cari sayur dan ayam sikit.
Ada tetamu nak datang.

Sebelum tu, singgah mamak dulu.

Order Maggi goreng.
Lempeng tadi, mcm sikit je.
Jadi, Linda makan sekeping je.
Sebelum nak kerja keras kat dapur nanti, kena pastikan perut kenyang dulu..😄

Tung tang tung tang.
Nasib baik la tak panas sangat, takde la berpeluh sangat kat dapur tu.

Daging masak kicap.
Tetamu mai bawak daging, terus la masak je.

Gado-gado sayur.
Guna pes sambal pecal yang Fanny bagi.
Beli kangkung, kacang panjang dengan tahu je.
Dah la terliur nak buat, tapi yang makan 2 orang je.. hold la dulu.

Ayam masak sambal.

Alhamdulillah, habis nasi seperiuk.
Lauk tinggal la sikit², buat lauk malam bawa ke esok.

Ni lah tetamu hari ni.
Mak dengan bapak.
Terima kasih datang melawat anak ni..🥰🥰
Sebenarnya dari minggu lepas mak cakap nak datang, tapi driver tak available (adik azam).. hihihi

Abang Mu'az pun ada juga.
Rindu nak kacau adik² la tu. Hahaha.
Dok jauh, rindu lah.
Bila dah serumah nanti, huru Hara lah. Hahaha.

Eh, petang Linda goreng keledek pula.
Buat minum petang.
Hari ni memang Linda function teruk lah. 😄😄
Ke dapur saja.
Nasib baik incikSuami rajin menolong.

Lepas asar, mak pun balik.
Sama kan muka kami?? Hihi

30min lepas mak balik, hujan lebat dekat rumah.
Wasap mak tanya hujan tak.
Mak kata tak pun.

Semoga mak dan bapak sihat² selalu, aamin.

InsyaAllah, kalau takde apa.
Minggu depan balik kampung.

Till then, see ya.

Tuesday, August 11, 2026

.: LRT 3 SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 26.07.2026 - meh la kita merajinkan diri untuk keluar.
so, kemana kita??
jom cuba naik LRT 3 laluan Shah Alam.
naik dari Bandar Utama.

Pintu masuk nak ke LRT station.
Susur jelah jambatan ni.

Dah masuk.
LRT baru warna pastel purple+pink.
Ke mana kita?

AEON Mall Shah Alam.
Berhenti dekat station Stadium Shah Alam.
Dalam 30 min tak silap Linda.
Lepas tu, walking distance dalam 5-10min je tak sampai 1 km pun.
Tapi, takde proper laluan pejalan kaki.
Kena cross jalan raya, lalu celah station minyak.
Dan sampai.

Pusing² jap sambil tunggu partner date kita sampai.
Yeay dah sampai, terus g food court aras 2, untuk makan².

My partner date.
Nieces and nephews.

Kakak Icha , abang Iyan.

Meera moqmoq

Musa malu malu.

Rasa mcm lama tak jumpa diorang ni.
Sambil tunggu², beli siap² buah potong.
Sajikan dengan buah ,supaya tak ngekor mama dia nk order makan.

Ni je gambar makanan yang ada.
Abang Iyan tunjuk piza, Linda pun order.
Weyh, sedap pula piza dia.
Terliur pula.. hahaha.

Memang ngedate semata² untuk makan je.
Abang Iyan la, dia ada hyper, so agak susah nak manage kat situ.
Hahaha, time makan tu pun jenuh lah mengepung budak tu.

Nasib baik Meera nak dekat Ibu kaklinda.
Susah juga nak Meera ni nak dekat Linda.
Dah takde pilihan agaknya.. hahaha.

Selfie sekali.

Konon² nak road tour la LRT sampai hujung station.
Sekali train sesak macam tin sardin.
Eh,takpelah. Ambik train hala Bandar Utama jelah.
Jom la kita pusing² dalam mall One Utama tu.
Linda tak pernah sampai situ.

Takde ambil gambar banyak.
Sebab diri sendiri pening dengan One Utama tu. Hahaha.
Jalan je ikut kaki melangkah.

Nampak ada taman dekat tengah² tu.
Ada aktiviti juga.

Ni ha, boleh berjalan dekat situ.
Pakai safety gear lah.

Ni dekat atas sekali.
Tak tau lah ada Bape tingkat.
Tapi, mcm food court rasanya kawasan ni.
Ada jambatan tengah² tu, so boleh jalan sini untuk tembus bahagian sana.

Sampai ke petang la berjalan dalam tu je.
Sorang² je pun.

Sorry ya kak Faizah, tak sempat nak roger².
Last minit punya plan.
At least, merasa dah la sebelum pindah ni. Hihi.

Till then, see ya.

Tuesday, April 14, 2026

.: PART 7 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Asyik cerita pasal jalan raya je.
Ni nak cerita pasal gambar posing² time raya la pula..Kikiki.

Sebab kan masih berkisarkan Syawal, Linda jadikan dia part 7 lah..
Senang nak letak tajuk, sebab yang paling mencabar minda, nak letak tajuk entry.. 🤭🤭

Mohd Izhar (adik linda, anak no 4) dan keluarga.
Raya kali ni, raya dekat Muar je.
Izhar pun turn kerja raya pertama tu.
Kemain share gambar, photoshoot dekat kedai.
Hayqal (anak kedua Izhar), pun pandai senyum dah depan kamera.
Ehh. Geram betul nengok nya.

Mohd Norazman (abang linda, anak no 2).
Pun tak balik raya juga, baru habis operasi.
Belum dapat cuti lagi.
Bertambah ahli keluarga, bila si bulus 2 ekor tu pun pakai baju raya juga..hahaha.

Yang dekat kampung.
3 orang mak dara. Hahaha.

Yang baju hitam - Mazatul Aishah (anak no 5)
Yang tengah - mesti la Linda (anak no 3)
Yang kanan sekali - Masliana (anak sulung)

Pusing kot lain pula

Depan rumah kak mas, sebelah rumah mak je.
Tapi, dia tak duduk pun rumah nya, takat sapu² hujung minggu je..
Katanya, dapur dekat rumah mak, jadi rumah dia tak boleh dihuni lagi.. hahaha.

Nasib mood kak M baik.
Dia yang tolong snapkan gambar 3 beradik perempuan ni. Hihi.

Eh. Tak cukup korum, mana gambar adik bongsu Linda?? Hahaha..

Seng Ragil(bongsu) - Muhamad Azamuddin.
Anak no 6, masih bujang lagi.
Asyik jaga jodoh orang je, jodoh sendiri tak sampai lagi.
Muda lagi, tenang² jelah..hihi.

Dengan bapak - pakcik Miswan
Dengan mak - Patohanah

Memang nama jawa kan?? Hihi.
Jadi, kena la pandai cakap Jawa.
Dulu masa kecik² memang bapak cakap Jawa, tapi anak² sahut dalam bahasa Melayu je.
Tapi, alhamdulillah, Linda boleh la juga sembang sikit² dalam bahasa Jawa kalau jumpa orang tua² ni.
Faham tu, memang A+ lah.. hihi.

Tengah fikir lagi kali ni nak buat Photobook raya atau nak print kecik² macam polaroid tu.
Linda kan old-school, suka barang fizikal.
Kena kumpul dulu gambar raya ni.

Till then, see ya.

Saturday, March 28, 2026

.: PART 1 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 21.03.2026 - Syawal pertama bagi tahun 1447 hijrah.
Target nak khatam Quran tak berjaya, dah hujung² tu BFF sampai pula. Raya awal lah.. hihi.

Syawal 1447
Tahun ni kehadiran 4/6 je.
Memang family Linda, kalau raya tak pernah cukup.
Sebab kita tak praktikkan raya bersama².
Kalau adik yang dekat Batu Pahat tu, memang bergilir raya terus.
Tahun ni dekat BP, tahun depan baru dekat Sg Samak pula.
Takde tersekat jem dan baru la puas raya.

Syawal 1447
Family tuan rumah.
Mak bapak, kak mas(anak sulung) dan Azam(anak bongsu) serta Ammar.

Syawal 1447
Family Linda.
Anak² request nak follow tema embah dengan kakek.
Tu yang sama warna emerald green.
Linda tak beli baju baru, sebab memang ada baju yang sama warna.
Baju Melayu anak² semua beli dekat Mu'az, hujung tahun lepas lagi.
Baju kak M beli kat TikTok, lawa. 
Linda suka pula, tapi takde saiz dewasa.

Syawal 1447
Family Esah, anak yang ke 5.
Tahun lepas dah raya dekat Terengganu, jadi tahun ni raya dekat Sungai Samak la pula.

Syawal 1447
Family of 6.
Kak M dah tinggi, lepas ni tak boleh dah ambil gambar depan ibu.
Nanti, muka ibu tak nampak dah.

Syawal 1447
Couple photo.
Raya pertama kita beraya sekitar kampung je.
Rumah adik beradik bapak pun ada 3 orang dalam kampung yang sama.
Rumah sepupu² bapak pun ada.
Rumah sepupu Linda pun ada.
Cuaca panas betul.
Tak dayo nak raya lama².
Sebelum pukul 2petang dah balik rumah sendiri.

Terasa katik betul bila ambil gambar couple  tak pakai heels ni. Hahaha.

Selesai la raya pertama.
Raya seterusnya kita tengok la gambar apa yang ada.
Panas sampai tak sanggup nak ambil gambar, hahaha.

Till then, see ya.

Monday, December 1, 2025

.: MELAWAT ADIK DI SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 2.11.2025 - weyh.. lama dah gambar ni peram dekat draft.
masa tu, mak, kakak dengan adik dekat kampung tido rumah adik dekat Shah Alam.
so, ahad tu kitorang pun gerak dari Selayang lepas abang Mueez habis kelas tambahan UPKK.
terus ke Shah Alam.
linda goreng keropok keping je.

sampai-sampai Shah Alam, hujan lebat.
air naik gak sekejap.
risau masa tu meredah air.
tapi, babyRuz kan tinggi, so ok lah, rasa macam separuh tayar babyRuz gak.
tengok kete rendah dah stop tepi, tak berani nak harung.
meh la belanja sikit gambar hari kejadian tu.

nie mek Meera. takmo ye linda pegang dia.
haisyh, nak dengan kak Mas je.
BTW, hari nie, 01 Disember - birthday Meera.. happy birthday Meera yang ke 3 tahun, moga membesar jadi anak solehah ya.

dengan abang Mu'az.

sebabkan rumah adik ada tangga, senang sikit nak wefie yang semua masuk gambar.
berdiri je kat tangga semua.

dekat bawah pula stau.
dengan kanak-kanak riang.
yang belakang tu dah jadi kanak-kanak purba. hahaha

balik tu, tak hujan dah.
air yang kitaorang redah masa datang tadi pun, dah takde.
magik betul. hahaha

till then, see ya.

Thursday, November 20, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

ada gambar, ada entry.. ehhh.. hahahha

masa ni dah duduk Selayang.
balik Melaka mengundi, tak ingat lah PRN ke PRU.
nak dijadikan cerita,sebulan lepas tu, nak renew  roadtax kete, baru perasan IC takde dalam simpanan.
huru hara la cari, tapi tak jumpa.
risau lah masa tu, masa yang sebulan sebelum tu , tak tau pun takde IC, ulang alik Melaka la, ulang alik balik kampung lah..helok je.
bila dah tau, seram sejuk.
terbang lah RM100 pula buat IC baru. adoi.

nie pertama kali berkursus dekat luar Melaka, selepas duduk sebumbung.
tak boleh nak bermalam, sebab incikSuami selalu takde dekat rumah.
jadi takde yang nak jaga anak 4.

majlis ni, kalau ikut 8 tahun lepas.
tapi, baru up dekat FB setahun selepas tu.
5/6 je yang ada.
adik perempuan sorang tu, peel sikit.
kalau ada yang tak kena, dia terus buat perangai ikut kepala dia.
tu yang takde dalam gambar.
sampai dah jadi emak anak 4 pun sama je perangai.
tu yang malas nak tegur lebih2, boleh merajuk tak balik kampung.
dalam banyak2 adik beradik, mesti ada perangai yang gitu kan??

pengantin baju emerald - abang dengan kak ipar (duduk Kelantan)
pengantin baju turqoise blue - adik dengan adik ipar (duduk batu pahat)

tahun depan nya, dapat tau adik ipar mengandung. 
rupanya sekali dengan linda mengandung.
hahaha, pengantin lama pun kalut nak lawan pengantin baru.
tu yang anak sulung dia lala, sebaya dengan dedek.
kalau ikut due date pun sama, tapi lala keluar awal 4 hari.
anak bongsu linda, anak sulung adik.

eh, budak kecik dalam gambar tu semua anak linda.
dekat linda, kak M dengan abang Mu'az
dekat pengantin abang Mueez.

till then, see ya.

Tuesday, October 21, 2025

.: BIRTHDAY BAPAK :.

Assalamualaikum.

petang semalam, sesi2 potong kek untuk birthday bapak yang jatuh 19 Oktober (hari Ahad).
bapak lahir tahun 1952, jadi tahun nie umur bapak 73 tahun.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bapak dan mak, Aamin
Alhamdulillah, tahun nie rezek bapak dengan mak menunaikan haji, tengok syarat2 yang dikeluarkan oleh Arab Saudi bagi jemaah haji tahun depan, agak ketat.
kalau boleh, memang nak jemaah yang sihat-sihat je.

balik dari Tronoh, singgah rumah Teluk Intan kejap, nak kutip bil Indah Water.
bila ntah nak siapkan pasang lampu kipas dekat rumah tu, setahun dah dia gitu je..kikiki
lepas tu, masuk Lotus Teluk Intan, makan dekat foodcourt situ je.

eh, eh ada kedai roti Harold's.
beli kek kat situ je lah.
roti dengan kek kat sini pun boleh tahan juga.
sedap-sedap.
kalau beli roti, memang nak ambil semua lah rasanya.

linda pilih kek coklat.
lupa dah namanya apa.
RM89 saiz 9"

mak mesti kena teman, nak potong kek.

my Hero aka my first love

semoga bapak sentiasa sihat dan ceria selalu.
terima kasih untuk segala penat lelah bapak membesarkan kami adik beradik.
sampai linda mati pun, tak terbalas segala jasa bapak dengan mak.
jangan pernah berputus asa pada kami adik beradik.

till then, see ya.

Monday, August 4, 2025

.: SESI POTONG KEK :.

Assalamualaikum..

Semalam, Ahad , 3 Ogos 2025.

Kak Mas, mak, Ammar dan Esah sekeluarga datang rumah.
Memang kak mas dah beritahu awal-awal, nak belanja potong kek bday anak².

Jadilah kek nya..
Buat ada².
Kek Black Forest beli dekat Bakers Cottage.

Selamat ulang tahun ya..

Makan makan biasa je..
Linda masak sayur dengan ayam masak merah.
Goreng nugget, selesai.

Tiba masa untuk berpisah.
Macam biasa, geng gegirl je lah.
Abang Mu'az yang ambilkan gambar.

Malam ke kedai gunting rambut pula.

Nak gunting rambut cendawan abang Mu'az ni. Linda malas nak stres stres, tunggu cikgu potong rambut dia, tapi tak terkena juga.
Last² serah diri lah potong.
Rambut jenis tebal abang Mu'az nie.

Eh, paginya, ada event BabyRuz.
Tapi, Linda tak ikut.
IncikSuami, kak M dengan dedek je pergi.

Tepek juga lah sini buat kenangan.
Mana satu ntah babyRuz kita.

Event buat dekat Putrajaya.
Seawal 7 pagi incikSuami dah gerak ke lokasi.
Dalam pukul 2 petang baru sampai rumah.
Jadi tetamu dah sampai dulu lah.hihihi.

Alhamdulillah, atas nikmat hujung minggu bersama yang tersayang.
Nanti lepak Tronoh pula ye.

Till then, see ya.

Monday, July 21, 2025

.: TETAMU MEMBAWA REZEKI :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tetamu bawa rezeki dan membawa dosa² kecil keluar... insyaAllah...

Terima kasih geng² kuarters melawat abang Mueez.
Geng² abang Mueez main dekat bawah.

Guru kelas KAFA pun datang melawat juga.
Bawa buah tangan dari anak murid, kawan² abang Mueez.
Terima kasih ustazah Nadia, melawat abang Mueez.

Proses membotakkan kepala..
Sebab yang pertama, kan tempat luka tu memang dah kena cukur, jadi kena sama lah 1 kepala. 
Yang kedua, rambut hari tu tercemar dengan darah, senang botak je.. Hihihi.. 

Sesudah botak. 
Mata dia masih nampak sepet sebelah. 
Masih lagi memantau tahap kesihatan abang Mueez. 
Macam doktor cakap "otak dah pernah bergegar kan, memang akan ada effect lah" 
Fuhh, debar tau.. Harap² takde lah perkara yang tidak di ingini.. Aamin. 

Tetamu paling kecik pun datang juga.

Nak balik dah, baru sempat nak ambil gambar.
Tu yang kita letak mana yang ada je lah.

Terima kasih bawa mak dengan bapak datang rumah..
Cuti sekolah bulan 9 baru kita jumpa lagi.
Abang Mueez dah mula kelas tambahan untuk UPKK 26hb nie.
Dok rumah je lah weekend² nanti..

Till then, see ya.