lovvu Dobbu

Wednesday, January 15, 2025

. : TAHNIAH DEDEK :.

Assalamualaikum 

08.01.2025 - majlis graduasi tadika permata Mawip zon Batu. 

Bertempat - Masjid wilayah, KL. 

Sampai je, ibu soh dedek amik gambar dekat sini. 

Suruh ambik dekat photobooth nie tak nak pulak. Sabar je lah mak pun. 
Jadi, ini je lah buat kenangan. 
Waktu nak balik, beratur panjang dah. 
Malas dah nak tunggu. 

Dalam dewan, selfie dengan incikSuami. 

Dengan abang Mu'az dan Kak M. 
Abang Mueez pegi sekolah. 
Ibu cakap, kalau lambat, tunggu je dekat sekolah. 
Sebab tak tau habis pukul berapa. 

Zon Batu ada 15 buah sekolah. 
1 sekolah ada lebih kurang 50 murid 6 tahun. 
Yang diraikan, murid 6 tahun sahaja. 
Murid 5 tahun, cuti rehat di rumah. 
Tapi, gambar pakai jubah. Dah ambil siap2 dekat sekolah. 

Dedek dah siap berjubah. 
Kemain mata tu. 
Ibu amik gambar, dia main2 pulak. 

Nie dah turun dari pentas, lepas dapat scroll lah kononnya. 
Berlari dia nampak ibu dah tunggu bawah.
Alala,macam dia sorang je lah ada ibu. 

Naseb baik ibu ternampak ada orang amik gambar dekat pintu nie. 
Jadi ibu pun tiru lah. 🤭🤭
Beg goodies tu, linda buat sendiri je.. 
Letak set pensil, lolipop, nabati. 
Belon beli RM5. 
Igt nak beli belon dekat ninso je, tapi batang belon dh takde pulak dekat rumah. 
Naseb baik dedek tak tanya yang lain dah, jimat sikit duit ibu. Kikiki

Dengan cikgu fiza. Dulu cikgu kelas kak M. 
Skang ganti sementara utk kelas dedek, sebab cikgu Mira cuti bersalin. 
Tak dapat nak bersama-sama. 

Banyak orang berjualan. 
Jadi, nak balik tu, membeli belah dulu. 

Sebelum masuk kereta, makan dulu dekat bawah pokok nie. 
Masuk dalam kete, sat g melekit lekit kereta.

Naseb baik habis awal, takde lah lewat ambil abang Mueez. 
Lepas dah ambil, lajak terus ke Lotus Rawang. 
Lunch dekat foodcourt aje. Alhamdulillah. 

Till then, see ya. 

Tuesday, January 14, 2025

. : SMART WATCH :.

Assalamualaikum. 

Orang len dah jemu pakai. 
Linda baru nak pakai. 
Nie pun, tiba2 incikSuami hulur. 

"nah" katanya. 
Alhamdulillah, orang nak bagi.. Kita amik. 
Yang mana memang hajat kita, kita dah mintak awal-awal.
Yang lain-lain, rejeki. 

Buat masa nie, linda pakai background ini. 
Girlish sikit kata nya. 😆😆

Sebab, ada banyak lagi background yang boleh pilih. 
IncikSuami jeles, sebab dia punya takde banyak pilihan pun. 

Antara pilihan yang ada. 

Nie pun ada lagi. 

Alhamdulillah, dah ada jam sendiri, semenjak jam yang INI putuih. 
Nak tukar tali, tak tukar-tukar lagi. 
Sementara waktu, rembat je jam incikSuami, jam dia banyak. 
Kita pinjam je lah. 

Till then, see ya. 

Monday, January 13, 2025

. : ORIENTASI DAN MELENCONG :.

Assalamualaikum. 

Cerita sabtu lepas, 11.01.2025.
Hari orientasi dan taklimat ibu bapa untuk pelajar tahun 1.

Dah nak masuk darjah 1 dah dedek. 
Takde dah anak ibu yang baby-baby. 😂😂
Tapi, dedek baby tua.. Hahaha

Awal dia praktis tido bilik dengan abang-abang. 
Dah dekat 2mgu rasenya dia tido dengan abang-abang. 
Selalu memang dia tido berkepit dengan ibu ayah lagi. 
Tapi, ibu dah selalu pesan, "nanti dedek darjah 1,dedek kena tido dengan abang, dah besar" 

Gambar ihsan ayah. 
Begini lah. 
Linda tak ikot ke sekolah, malas nak menunggu.. Biar ayah lah yang teman.
Tapi nya, hari tu hujan. Jadi tetap lah linda yang hanta naik kereta. 

Dalam pukul 12 tengah hari, selesai taklimat. Jemput dua orang nie. 
Lepas tu, terus melencong.. 

Ke Giant Batu Caves, katanya 12hb tu last beroperasi. 
Tapi, parking kereta full, sebab one side tu, kerja2 membuka parking sedang di jalankan. 
Kalau Hospital pun buat parking mcm tu kan dah selamat, takde lah parkir berbayar. 😕😕

Masuk Giant. 
Kosong dah. 
Tinggal beberapa rak depan kaunter je. 
Ada lah beli sikit barang2 yang 50%.

Seronok dedek main tolak2 bakul roda dalam nie. 
Lapang haaa. 

Lepas tu kan, incikSuami beli TV baru. 
Wooo.. Buang harga dalam RM6-700 jugak
Sebab TV display. 
Kalau TV baru dalam kotak, harga biasa. 
Display pun, promoter tu cakap, baru je sebulan lebih gitu. 
Kita caya je lah ye. Hahaha
Saiz 58inch kot tak silap RM1500, brand Hisense tak silap ritu. 
Lepas tu Tv nie Google TV, bukan smart TV. 
Lagi senang nak update apps katanya.. Sebab ada Playstore dalam TV. 
Entah lah, henset yang dah lama pakai nie pun tak habis explore lagi. Hahaha

Rezeki lah tu, nak dapat TV baru. 
Alhamdulillah.. 

Till then, see ya. 

Saturday, January 11, 2025

. : BALIK TAIPING :.

Assalamualaikum.. 

Meh linda nak sambung kisah cuti sekolah tahun lepas nie.. Hihihi

Jumaat, 27.12.2024.. Dalam 8.30pg tu siap2 untuk gerak balik Taiping pulak. 
Last minit, linda baru tahu incikSuami nak folo family belah dia p bercuti. 
 Anak-anak awal dah tahu, patot lah takde yang bunyi nak folo wak mas dia balik kampung hari tu. 
Dah ada plan rupanya.. Hahaha. 

Wefie dulu ngan kak M. 
Cermin besar nie pun, dok mikir nak balut camne kang.. Hahaha..

Sebelum gerak. 
Request ngan incikSuami nak sarapan dekat Teh Madu Bard. 
Area tahfiz, dekat higway AMJ, sebelum Stadium Hang Jebat (hala ke ayer keroh). 
Tak dah kaw macam dulu2. 
Tapi, ok je..lama dah tak makan dekat sini. 

Pilihan makanan macam2 ada. 
Paling femes, nasi ayam gunting lah. 

Setel breakfast, kitorang pun gerak lah balik Taiping. 
IncikSuami kata nak lalu highway je. 
Selalu kitorg balik ikot Kuala Selangor. 
So, ikot je lah highway. 

Nie lah apartment yang viral tu kan? 
Bebetul tepi highway dengkil nie haa.. 
Lepas tu, parking kete kemain jauh lagi.

Yang linda nie dok fikir, diorang nie lalu mana eh nak balik rumah tu. 

Lepas tu, berenti dekat RnR RTC Simpang Pulai. 
Area nak ke Utara, itulah antara yang beso dan banyak parking. 
Boleh sekali masuk Mydin. 
Traffic hari tu ok je, takde lah jem sangat. 
Sebab hari jumaat dan waktu pejabt kan. 

Nak gerak semula tu, minta dedek amikkan gambar ibu ayah, sebab pakai baju sama hari tu.. 

Nohh, dedek crop siap2 gambar ayah.. Hahaha
Gambar lawa dah dedek oiii. 

Nie minta kak M pulak amik gambar dari dalam kete.

Dan macam biasa lah.. 
Ibu ayah tak boleh amik gambar berdua, mesti ada yang ketiga. 😂😂
Kalut je depe nie. 

Nie view lepas keluar terowong Menora. 
Subhanallah, cantiknya. 

Alhamdulillah, dalam pukul 5pm sampai lah Taiping. 
Hujan mengiringi kami ke Taiping. 

Sikit je lagi nak habis cerita cuti sekolah tahun lepas.. 

Till then, see ya. 

Friday, January 10, 2025

. : Al-FATIHAH :.

Assalamualaikum 

Mohon sedekahkan Al-fatihah untuk arwah kak Ani. 
Pernah cerita pasal arwah dekat SINI


Salam takziah untuk ahli keluarga nya.. 
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Aamin 

Alhamdulillah, dapat linda ziarah dengan incikSuami. 
Mohon kebenaran masuk pejabat lambat sikit. 

Till then, see ya. 

Thursday, January 9, 2025

.: PENSEL CANTIK + LENGUH PINGGANG :.

Assalamualaikum

hari selasa tu pergi kedai Ninso.
cari barang-barang untuk buat beg hari graduasi dedek (nie kang entry lain)

lepas tu, ambil juga pensil nie.
buat letak dekat pejabat.

takde pensil rupanya pejabat linda nie.
asyik beli untuk anak je.
untuk mak takde pun.

cute je warna warni, siap ada sharpener kecil.
elok lah tu.
buat koleksi alat tulis dekat pejabat.

eh, kan hari tu buat prosedur nak keluarkan IUCD tak jadi.
pinggang nie lenguh-lenguh pula jadinya.
adoi, ada cadangan tak nak redakan macam mana?

minta incikSuami urut2kan, tapi lega time tu jelah.
masa duduk tu rase lenguh je.
nie kot simptom yang ada sesetengah kena time cikP mai jengah.
dia tak sakit, tapi rase serba tak kena.
haa gitu lah.

till then,see ya.

.: KISAH TAHUN LEPAS :.

Assalamualaikum..

weyh, dok pulun lagi entry tahun 2024 punya
tapi, oklah. awal-awal tahun nie takde modal lagi.hihihi

backdated cerita, 14.12.2024, menyantuni jemputan rakan sekerja ke majlis perkahwinan beliau.
area kampung batu muda, KL.

linda amik kuih muih je.
sebelum datang tu, dah makan megi goreng dekat rumah.

selamat pengantin baru Linn.
maaf lah terlambat update.
semoga bahgia selalu, Aamin.

selesai majlis kenduri, ikot tentatif incikSuami pulak.

ke sini kita, DRAGX.
kedai aksesori kereta nie.
rezeki babyRuz nie.
banyak upgrade.

tapi, lama weyh dok nunggu.
anak 4 dah jemu.
linda pun jemu.
dengan panas nya.

last-last, decide nak berjalan je ke Giant Batu Caves tu.
kedai aksesori tu sebaris je dengan stesen minyak petronas, shell tu.

merasa lah anak 4 nie berjalan kaki.
dulu, ibu dia berjalan kaki ke sekolah.
lagi jauh dari yang diorang berjalan nie.

kalau balik tengah hari, kejo awan redup kat depan.
kenangan betul.

masuk Giant, beli barang basah sikit.
lepas tu lepak dekat foodcourt, belah luar.
ramai juga orang hari tu.

tengah lepak-lepak tu.
tiba-tiba abang Mueez beritahu sesuatu.
dan ini lah yang abang Mueez beritahu tu.

Ajak Shiro
bergambar dengan retis kome..hihihi
dalam blog PH ada cakap yang Ajak ada kedai makan dekat Giant nie.
eh, linda pun tak perasan.hihihi
selalu makan dekat foodcourt je.

dekat sejam gak menunggu incikSuami.
baru sampai foodcourt.
eh, kiranya 2 jam jugak lah dok kat kedai aksesori tu.
apa yang dibuat nya??

pasang android player rupanya.
patot lah lama beno.

baru lah dengar lagu dekat U tube macam nie.hihihi
tak payah nak bluetoth ngan henset lagi.

till then, see ya.

Wednesday, January 8, 2025

. : WORDLESS WEDNESDAY 1/25 :.

 Assalamualaikum.. 

Eh, dah malam nie. 
Tiba2 kak M hulur ibu buku teks tahun 3.
Soh ibu balut pulak. 


Elok juga lah tu, sambil semak mukasurat buku. 
Takot ada yang tak cukup. 
Rupanya betul, buku teks BM jilid 1, ada hilang mukasurat nya. 
Dekat 10 helai plak tu. 
Last mukasurat 69, terus lompat ke 81.
Dah tulis nota kat buku teks tu, minta kak M bawa ke sekolah semula.
Untuk tukar yang lain. 
Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamin2 

Till then, see ya. 

. : SESI MENGEMAS RUMAH :.

Assalamualaikum.. 

Katanya, cuti sekolah seminggu yang bulan 12/2024 tu nak kemas rumah dekat Melaka tu.. 
Tapi, hari hari pun berjalan jugak. 
Memang tak siap 100% lah kemas rumah nya. 

So, tepek sini sikit, apa je yang kita kemas hari tu. 

Ruang tamu, sebelum kemas. 
Nampak meja makan nie kan? 

Ruang tamu, selepas kemas. 
Meja makan dah berbungkus tu ha, incikSuami dah leraikan semua part nya. 

Dapur, sebelum. 
Banyak betul barang. 

Dapur, selepas. 
Peti ais, mesin basuh pun siap bungkus dah. 
Atas, dalam kabinet semua clear. 
Rak pinggan mangkuk pun dah selamat buka. 

Dapur, sebelum. 
Nie part bahagian memasak pulak. 

Dapur, selepas. 
Clear semuanya. 
Dapur gas pun incikSuami dah masuk dalam kotak. 
Bahan2 masakan semua buang. 
Tikar getah pun dah buang. 

Tengok dapur clear, macam baru masuk rumah pulak. Hihihi

Laluan ke dapur, sebelum. 
Banyak betul gantung2 gambar. 

Laluan ke dapur, selepas. 
Alhamdulillah, dah kosong.
Gambar2 semua dah siap bungkus.

Memang kena pergi lagi. 
Nak mengemas nie. 
Bahagian bilik-bilik tak selesai lagi. 
Yang stor tu pun satu hal jugak. 
Banyak barang kete incikSuami lah nie. 
Baju, tudung linda semua dah bagi dekT orang.. Hahaha. 

Rasenya cuti sekolah raya cina nie kena repeat lagi. 

Till then, see ya. 

Info - kat melaka tu rumah kuarters askar. Memang duduk situ dari mula kawen, nie incikSuami dah peencen, kena clear lah. Barang2 nak bawa ke rumah incikSuami di Tronoh, Seri Iskandar. 

Tuesday, January 7, 2025

. : NOT FOUND :.

Assalamualaikum. 

Kan hari tu cerita pasal family planning. 
So, petang nie kat sini lah linda. 

LPPKN Selayang. 
Sejuk aircond dia. 
Staff baik. Doktor pun baik je. 

Ok.. 
LPPKN = Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. 
Satu agensi di bawah KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). 

LPPKN nie agensi kerajaan juga. 
Tapi, dia fokus kepada kaedah perancang keluarga je. 
Berbayar, tak free (untuk penjawat awam) macam agensi KKM. 
Tapi, still affordable lah dari ambil dekat swasta. 

So, pemeriksaan asas.. 
Semua normal, sangkut tang kolestrol.. 
Aigoo.. 
Kena stat workout balik nie.. 
Berat pun helok je no tu.. 66.6kg 😱😱
Berat macam mengandung aje.. 

Linda buat apa kat LPPKN? 
Konon nya nak remove IUCD dan insert yang baru.. 
Sekali, doktor buat prosedur remove IUCD.
IUCD not found.. 😱😱
Nie lagi seram,mana pulak hilang nya.. Hahaha
Tapi, doktor tu baik je.. 
Doktor cakap ada @ takde (dah keluar sendiri, mungkin linda tak perasan) 
Nak scan, LPPKN nie takde mesin scan. 
So, doktor terus buat refer letter dekat hosp Selayang. 

Jadi kat sini pulak linda. 
Hantar refer letter dan tunggu app dekat OnG. 

Sekali dapat app bulan 3.
Weyh, 2 bulan lagi baru jumpa doktor. 
Tapi bulan pose nie.. Terpaksa ponteng pose ke mcm mana nie nanti?? 
Nampak noo tak serius sangat masalah linda.. 🤭🤭

Semoga yang baik2 je, Aamin2. 

Till then, see ya. 




 

.: VERNS SHOES :.

Assalamualaikum

cerita nie tahun lepas punya 22.12.2024, linda ada mention kat sini beli wedges sampai 2 pasang
lama tak shopping sandal tinggi2 nie.
sekali berkenan terus ambik 2 pasang.
sebab ada offer buy 1, and 2nd pair RM10
tapi, biasa lah..harga akan tengok yang mana mahal, baru add on RM10.
tapi still lah jimat berapa puluhan jugak ler

hebat kotak kasut verns skang.
tak payah plastik pun ok sangat nie.
bila kotak kasut cantik2 gini, tu yang sayang nak buang kotak kasut.

first pair yang nie.
linda dah pakai siap.
lembut je rasa tapak dia.
terus sama tinggi ngan incikSuami.

nie second pair.
memang berkenan betul.
kalau ada kaler merah ke, oren ke.
mesti lagi lawa.
boleh la pakai raya nie, walaupun baju raya bukan kaler nie.hihihi
tapi boleh matching dengan handbag yang NIE.

nie sandal lama.
helok la pun kan linda beli baru.
ada alasan lah, sebab dah sampai macam nie sekali.hihihi

dah lama jugak tak beli kasut dekat verns nie.
sebab takde yang menarik perhatian.
bila ada yang berkenan, dah habis pulak saiz linda.
saiz tengah2 nie kan.
cepat lah habis.

so, 2 pasang tu = RM99.90
yang mint green tu harga RM89.90, auto amik harga tu add on RM10.
pakai lah sampai lebuh..hihihi

till then, see ya.