lovvu Dobbu

Wednesday, July 31, 2024

. : MUSA ARSALAN BABY SYAWAL :.

Assalamualaikum

gigih jugak balik kampung hujung minggu hari tu sebab nak jumpa anak-anak buah
pagi ahad tu , sempat lah incikSuami momong(macam sayang-sayang lah,jaga sekejap) anak buah yang paling bongsu sekarang

Musa Arsalan - Baby Syawal hari tu

jadi, nak share gambar incikSuami dok bawak Musa berjalan kena cahaya matahari...hihihi






musa nie muka lain betul dengan kakak-kakak dan abang dia...
memang ank bongsu lah nie ye...hihihi

kitorang memang suka melayan anak kecil, tapi anak buah lah
anak sendiri surrender dah kalau kecik-kecik nie
hahaha...
sat g, pakat lawan tolak sapa nak bangun buat susu...

till then, see ya

.: EX ILKKM MELAKA (KEJURURAWATAN) - PART 3 :.

Assalamualaikum


Suka duka 6tahun di melaka...

Masing2 dah tahu penempatan baru.. Yang mmg bukan pilihan kami...

Sebagai penjawat awam.. Kami akur "saya yang menjalankan amanah"...

Bukan kami minta perpindahan.. Tp kami dipindahkan kerana agensi ditutup atas dasar "cut cos" ...

Kecewa.. Sedih, semua terlindung di sebalik senyuman...

Semoga kami terus kuat dan tabah menghadapi integrasi ini..

Benarlah, kami hanya staf sokongan yang boleh dikuis kuis ke tepi..

Semoga Allah memberi kami kekuatan... Aamiin


#integration2021 #july2021 #ilkkmMelaka #teampink

doakan Linda dapat baik kerja dekat kampung..duduk dekat rumah yang dibeli...insya-Allah


cerita ceriti masa di ILKKM MELAKA

till then, see ya

Tuesday, July 30, 2024

.; GENTING HIGHLANDS PART 2 (HABIS) :.

Assalamualaikum

ingat tak day trip ke GH hari tu kat entry nie??
jadi nie sambungan lah.hihihi

sebab terjumpa taman nie masa pusing-pusing cari jalan

beza betul gambar yang Linda amik dengan dalam link kat atas tu
sebab waktu linda pegi tu kabus kuat sangat
rasa nya tak hujan dan bukan lepas hujan pun
sejuk dia, kalah Cameron Highlands

tebal kabus dia

abang Mu'az bergambar dengan pakis gergasi

dedek nie boleh pulak dia baring main game
geram je Linda taw

incikSuami pun nak jugak
layan je lah
orang nak pencen nie, kena layan baik2, nak % banyak kan??  🤣🤣

jadi lah gambar berdua
dengan pertolongan kak M
kak M je rajen layan ibu ngan ayah nak bergambar

eh..habis dah gambarnya...kikiki
igtkan macam banyak je...

waktu nie dah tengah hari tak silap
still berkabus jugak

puas lah snap gambar sikit-sikit
lepas tu, kitorang terus turun
nak singgah GPO pun tak smepat, sebab ada dah ada yang berzikir lapar
maka kita makan dekat bawah lah

konon-konon nak lajak lemang Tok Ki
tapi, lagi sejam perjalanan pulak
eh, malas pulak.. balik terus je lah
port makan biasa dekat Giant Batu Caves..hihihi

till then, see ya

 

.: KAD TnG TAMAT TEMPOH :.

Assalamualaikum

lepas habis acara sukan tu..
balik rumah kejap, basuh baju yang mana patut
iron baju kerja siap-siap

nak terus shoot balik kampung, sebab adik beradik balik berkumpul dekat kampung
dapat jumpa sekejap pun jadi lah

balik macam biasa, linda lalu highway LATAR, terus ke kuala selangor
dengan yakin nya, incikSuami terus lah ke lorong kanan sekali untuk Smartag
sekali, mesin berbunyi oiii...
try sekali lagi bunyi lagi..
dekat skrin dia tulis "kad tamat tempoh"

eh, baru je guna masa gi muar hari tu
suruh incikSuami keluar kan kad TnG tu, dia kata ok je
try lagi sekali bunyi lagi..
eh, geram linda pun, suruh dia bagi dekat Linda kad tu
sekali memang iye pun..kad Exp 7/24

mana-mana kad TnG semua ada lifespan 10tahun
untuk TnG yang dekat IC kita pun sama
10tahun dari kita stat guna servis TnG (kalau tak silap Linda lah)

jadi nya, merentas lah dari lorong kanan ke kiri sekali
tiba-tiba jugak kan, time nie lah banyak kenderaan beratur dekat lorong kiri sekali...

tanya petugas tu, dia cek memang dah expired
dekat kaunter tak jual kad TnG dah, minta lah topup guna IC
guna My Tentera incikSuami pun tak valid jugak
guna lah IC Linda, isi lah RM10
cukup lah untuk 3 tol LATAR = RM7.50

haisyh lah..incikSuami nie buat lawak pulak lah
kita nie geram je taw
dia igt benda2 tu takde expired kot...

sedikit perkongsian kalau TnG dah expired, tapi baki dalam tu masih ada lagi..
jangan risau ya, kita boleh buat permohonan refund

masuk je laman web TnG nie
https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/

linda dah 2x jugak lah guna refund
yang dulu tu memang TnG expired, sebab PKP kan
1 lagi pakai kad Watson, habis terburai-burai cover plastik dia masuk holder smartag 
jadi , kita matikan jelah fungsi TnG nya..
sebab nak beli kad watson baru

refund dalam 2-3 hari bekerja dah masuk akaun
bleh lah cuba sesiapa yang ada nak refund tu

till then, see ya



 

. : HARI SUKAN SKSJ 2024 :.

Assalamualaikum

rasanya baru je hadir hari sukan SKSJ tahun lepas -entry nya-
nie dah hadir untuk tahun 2024 pulak
sekejap je masa berlalu
salah satu tanda akhir zaman, tapi kita manusia biasa tetap lah lalai
semoga kita terus istiqamah dalam mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Pencipta, Aamin

hari Jumaat - 26.07.2024
sukaneka untuk Tahap 1

kak M dah bersedia dalam barisan 
tahun nie kak M masuk 1 acara je.

nak main dah nie
kak M masuk acara tarik bola dalam gelung
tapi, tu lah, tak amik gambar pulak
nak share video malas pulak nak upload

dapat jugak lah medal..
sebab ada 3 team je yang lawan
dapat no 3, dapat lah medal..hihihi

next pulak, hari sabtu - 27.07.2024
hari sukan untuk tahap 2 pulak

team rumah biru - buah blueberry


Mueez masuk acara 4x100m
tapi, takde rezeki nak dapat medal

team rumah kuning - buah nenas

abang muáz masuk acara tarik tali

dapat lah medal, sebab naik johan

rumah kuning mengungguli, Johan sukan tahun 2024

tahun depan kena datang lagi lambat lah..hihihi
anak dah darjah 5, acara hujung-hujung nuh
datang awal-awal pun, stress kita menunggu..hahaha

tapi, yang buat linda tercuit hati nie
sambil-sambil dok tunggu acara, ada pulak pelajar perempuan tegur linda
ingatkan nak tegur pasal apa..
rupanya dia suruh linda pilih calon menantu..
sape yang fofular sangat nie..
harus lah BIRTHDAY BOI semalam
ya Allah, betapa sempoinya, berani nak tegur acik nie haa...
dulu kita suka pun, diam-diam je...
acik tak tahu nak gelak ke, nak jawab soalan ke...
semoga masing-masing membesar dengan baik, jadi anak solehah, berjaya dunia dan akhirat, Aamin

till then,see ya


 

Monday, July 29, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY MUEEZ :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari nie 29.07.2024, genaplah usia 10tahun anak kedua Linda.. 


Ikot bulan islam, lahir pada subuh syawal yg kedua.. 

Nie masa umur setahun lebih

Nie masa dalam pantang 
Belum 2minggu..gemok kan? 
Anak linda lahir semua 3kg keatas.. 
Mueez masa nie lahir 3.49kg
Alhamdulillah, semua mudah, dari bersalin, jaga dia masa pantang, kuning pun dalam masa 2minggu dah discaj.. 
Anak lain semua prolonged jaundice.. 

Orang kata, mudahnya jaga waktu pantang.. 
Rupanya mueez nak kasik ibu pening kepala waktu tengah membesar nie.. 
Kalau kt rumah, memang nama dia je yang dilaung. 😂😂

Gambar latest mueez.. 
Takde pulak gambar sorang2.. 

Selamat Ulang Tahun yang ke 10tahun
Semoga Mueez Safwan menjadi anak soleh, bertumbuh menjadi orang yang berguna, memberi manfaat kepada orang lain.. 
Semoga berjaya dunia dan akhirat, sentiasa menjadi anak yang mendoakan kesejahteraan orang tua nya...Aamin2 

Ibu ayah mohon maaf di atas kekurangan yang ada sepanjang tempoh kami membesarkan kamu.. 

Yang penting... 
Cukup lah kamu tahu, bahwa ibu dan ayah sangat menyanyangi kesemua anak-anaknya.. 

Till then, see ya

 

Friday, July 26, 2024

. : SELESAI HAJAT :.

Assalamualaikum 

Hari nie linda cuti, pagi tadi ada sukaneka sek anak.. Untuk tahap 1,jadi nak p support kak M lah.. 
Abang Mu'az, abang Mueez esok.. 

Cerita sukan nanti lah ye.. 
Gambar kak M je.. Gambar Linda takde.. Hihihi

Lepas solat Jumaat, incikSuami tak sambung praktikal dia.. 
Jadi, ajak lah ke Giant, Batu Caves.. 
Nak beli idaman hati abang Mu'az.. 


Taraaa... 

Syok tak sangga lah orang utagha cakap
Dapat dah idaman hati, setelah lama berzikir dekat telinga ibu... 
Tapiiii... 
Duit abang Mu'az kumpul sendiri, Linda tak sponsor pun... 
Malas nak ajar, mintak je dapat.. 
Sebab ibu dia pun, pakai telefon nie dari tahun 2019, Alhamdulillah masih bernafas lagi telefonnya.. 😊😊

Linda nie bab2 telefon tak tau pun.. 
Mula-mula dok belek2 model Infinix.. 
Nak beli yg 68Gb, macam tak percaya je boleh smooth nanti, sebab main nak beli telefon nie, of course lah nak main game... Hahaha.. 

Jadi dok usha2 gak yang 128Gb.. Infinix Rm430
Seller telefon tu lah suggest Tecno nie, 256Gb Rm450  😲😲
Murah betul... Sebab Infinix yang 256Gb dia cakap dalam Rm700 gitu.. 
Memang under bajet abang Mu'az lah.. 
Jadi, grab je yang Tecno nie.. 

Sementara waktu, pakai lah tanpa simkad dulu.. 
Nanti kumpul duit lain, baru beli simkad.. Hihihi

IncikSuami suruh amik gambar dia.. 
Ibarat macam dia yang keluar duit... 😂😂

Lepas nie, memang bergaduh je lah ngan ibu pasal telefon... 

Till then, see ya

 

. : SUMBER INSPIRASI :.

Assalamualaikum 

Tengah BW tadi, tiba2 teringat ada gambar dalam gallery Linda, boleh tiruvasi(eh, ada ke perkataan nie) uncleGedek. 😆😆

-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaa

Selfie bersama jengkaut, lapang dah kawasan nie.. 
Rupanya ada sungai sebelah semak samun nie.. 

Punya lah silau sampai terpejam2 mata

Haaa... Dengan pengaut nya...
Kemain suka lagi ye... 

Ok, lepas nie..
Boleh bergabung meletup dengan uncleGedek lah...kikiki..
Jangan maraa aaa uncle.. 

Till then, see ya

Thursday, July 25, 2024

.: MUAR, BATU PAHAT TRIP PART 4 (HABIS DAH) :.

Assalamualaikum

akhirnya, sampai ke penghujung jugak cerita jalan-jalan muar nie..
banyak betul entry nya, padahal tido semalam je..
hihihi

hari ahad (14'07.2024), gerak ke Selayang
keluar ikot tol Tangkak

lepas tu memasing dah panas bontot, lagi2 Linda yang duduk seat belakang sekali
kena pabngku dedek tu yang tak tahan
lenguh peha-peha nie..hahaha

minta lah incikSuami stop hentian sebelah pedas-linggi kot..
kalau tak silap
tak igt pulak

setel selesai hajat semua

eh ternampak plak mesin kopi segera nie
teringin pulak nak cuba..

sebab dah lama sangat..
tak ingat pilih perisa kopi apa 🤣🤣

gigih menunggu linda pun
tak pernah beli kipo segera dari mesin nie
selalu beli air tin atau air kotak je

cawan comel je
RM2.50 ok lah dengan harga kan
tapi, kena kacau-kacau sikit, baru rase krimer manis nya
kalau tak, terasa pahit kopi je..
sedap jugak nie
lupa lah perisa apa

dedek buat muka
anak-anak nie lapar je..
beli lah ayam gunting
sharing je lah

terima kasih banyak kepada kakMas
big sponsor untuk trip ke Muar..
linda sediakan driver dan kereta je..hihihi
dan duit tol, sebab memang dah dalam kad TnG tu..

sampai Selayang dalam 1 lebih gitu..
masak-masak apa yang ada, lepas Asar
family pun gerak balik kampung
alhamdulillah, sebelum maghrib dah sampai rumah

till then, see ya

 

Wednesday, July 24, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 23 :.

Assalamualaikum 


Haaa... Sape gelak baik ngaku cepat... 
Tak baik taw  😂😂😂

Till then, see ya 

 

.: CRASH :.

 Assalamualaikum

linda nak review sikit K-drama yang takde cintan cintun nie
kot lah ada yang dah tak tahu nak tengok cerita apa kan..

tajuk : Crash
ep : 1-12

barisan pelakon antaranya Lee Min ki (Cha Yeon Ho), Kwak Sun-Young (Min Soo-he), Heo Sung Tae (Jung Chae-Man) dan lain-lain.


cerita nie berkisarkan team TCI (Traffic Crime Investigation), dia bukan macam team polis trafik... dia macam team penyiasatan berkaitan kesalahan lalu lintas, kemalangan yang dicurigakan ataupun scammer yang jual kereta...

jadi, team diorang nie selalu di lekehkan lah. sebab tak popular kan
pejabat pun dalam kabin je, luar dari bangunan pejabat polis pulak tu

lepas tu ada sorang pekerja insurans nie, Cha Yeon-Ho, dia  memang menyiasat setiap kemalangan yang mencurigakan (yang nak claim insurans).
bermula dari situ lah, dia bertembung dengan team TCI nie, dan dia pun mohon jadi polis.
duduk dalam team TCI nie

rupanya, Yeon-ho nie ada kes langgar lari yang melibatkan diri dia, yang dia nak bongkar.
sebab tu, dia beriya cek semua kemalangan yang mencurigakan

team TCI dengan anggota yang paling sikit

cerita nie lawak jugak
cintan cintun memang takde, walaupun nampak hero dan heroin tu macam nak bersama..
tapi tak boleh.. hahaha..
sebab masing-masing fokus dengan tujuan masing-masing

akhirnya, kes langgar lari Yeon-ho berjaya dipecahkan, dan team TCI direct terus dengan mahkamah (bawah pengawasan seorang hakim), ibarat macam pendakwaraya kot..
sebab pernah tertengok juga cerita korea yang ala-ala peguam nie..
penyiasatan tak semata-mata tunggu dari pihak polis, pendakwaraya tu sendiri boleh nak menyiasat sendiri untuk kumpul bukti..

jadi, santai-santai boleh nak tengok cerita Crash nie
skill memandu tu, memang terbaik lah

till then, see ya



.: GENTING HIGHLANDS PART 1 :.

Assalamualaikum 

ahad lepas (21.07.2024), seusai subuh..
tiba-tiba incikSuami ajak berjalan..
linda on je

lalu lah tol gombak nie haaa
ehh..
nak pergi mana tu??

lawa nya pemandangan

setelah pusing banyak kali, kita berenti tepi jalan je lah
nak bergambar buat kenangan
tebal betul kabus kat sini
kalah Cameron Highlands

bahagianbawah ada tempat parking kereta
nampak tak kabus tu..
haisyh, terasa macam ke alam lain pulak

sampai silap-silap jalan
dah kena cross dekat Chin Swee Temple
ada banyak patung-patung batu..
sempat snap yang nie je

lepas tu, nampak 1 tempat ada batu besar
eh, Linda ajak incikSuami singgah sini pulak

trek mendaki sikit
snap lah gambar abang Mu'az kat sini

haaa..
rezeki dapat snap kereta kabel nie
jadi, dah tahu kan.. Linda ke mana..hihihi
berjalan-jalan ke Genting Highland

dulu-dulu masa bujang pernah naik Genting..
kabel car, bas, carpool ngan membe pun pernah
tapi, tak nampak pulak kabus yang tebal macam nie
nak kata cuaca mendung, tak jugak.
sebab dari bawah tadi, memang cerah dan panas

disebabkan plan yang mengejut, Linda pun tak terfikir nak naik kereta kabel
singgah GPO pun tak.. hahaha
len kali lah ye anak-anak
memang berjalan dalam kereta semata-mata

tapi, ada jugak singgah taman bunga ..
next entry Linda share gambar

till the, see ya

 

Tuesday, July 23, 2024

.: MAHARAJA :.

 Assalamulaikum

weekend hari tu kan tak pegi mana..
Linda scrol-scroll cerita lah, memula ingat nak tengok "MAHARAJ"
sekali ternampak "MAHARAJA"
yang nie tengah viral ...


Kesimpulannya cerita nie mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya.
seorang bapa watak Maharaja menjaga anak perempuan nya daripada bayi hingga besar dengan penuh kasih sayang dan mengikut ajaran yang betul.
seorang lagi bapa watak Selvam sanggup buat apa sahaja untuk anak perempuannya, termasuk merompak dan membunuh mangsa rompakannya.
Selvam beranggapan dengan cara itu, dia boleh berikan apa sahaja yang anak nya minta, tidak akan menolak kerana tiada wang.
tetapi, tetapla cara nya salah

apa kaitan Maharaja dengan Selvam??
rupanya berbelas tahun lalu, Selvam pernah ke kedai gunting rambut  tempat Maharaja bekerja
dan waktu itu, kegiatan Selvam dah dihidu oleh polis dan telah di paparkan dalam surat khabar
sedang Selvam bercakap dengan rakan subahatnya, Maharaja terdengar
Selvam cepat-cepat keluar dari kedai, sampai tertinggal rantai leher emas untuk hadiah anak perempuannya sempena setahun.
Maharaja yang jujur tu, nak pulangkan semula kepada Selvam, kebetulan pada masa yang sama, polis datang ke rumah Selvam untuk menangkap Selvam.
jadi, dari situ, Selvam berdendam dengan Maharaja kerana dia menganggap Maharaja yang buat aduan kepada polis.

selepas berbelas tahun, rumah Maharaja dimasuki perompak.
bermula dari situ semua rahsia tersingkap..
memang kena tengok betul-betul cerita nie
kalau terralit tengok benda lain, memang keliru sekejap...

endingnya Selvam bunuh diri dengan penuh rasa penyesalan
nak tahu kenapa??? apa lagi, tengok lah cepat-cepat ceritanya...hihihi

till then, see ya

Monday, July 22, 2024

. : MUAR, BATU PAHAT TRIP PART 3 :.

Assalamualaikum 

Tak habis lagi kisah jalan-jalan Muo, batu pahat... Hihihi
Ahad (14.07.2024), siap-siap nak gerak balik Selayang.. 
Orang Johor hari bekerja, Hayqal dah siap nak pergi tadika.. Kakak lala dah selamat ke sekolah.. 

Sempat snap dengan Hayqal je dulu.. 
Adik ipar sesudah subuh dah keluar, ada event dekat Johor Bharu pulak.. 

Cadang nak breakfast sekali dengan adik area batu pahat je.. 
Lepas tu, memasing gerak ke tempat masing-masing.. 
Sekali, macam dah terlewat, sebab tiba-tiba hujan pulak pagi tu.. 
So, kitorg pun terus je lah jalan.. 
Sambil-sambil mencari kedai makan sebelum keluar tol (cadang nak ikot tol tangkak) 

Akhirnya, kami berhenti dekat area Peserai, setelah terlepas beberapa kedai makan.. 
Tawakal je lah apa yang ada.. 
Untuk orang dewasa nie, ok je.. 
Nak pilih makanan untuk kanak-kanak nie, payah sikit.. 
Lagi pulak dekat tempat yang tak biasa kan..

Jadi, nie antara menu yang di order

Soto nasi impit
Sambal kicap tak pedas, kuah soto sedap jugak lah..
Begedil takde.. 😁😁

Lontong
Kuah tak cukup kuning
Eh, ada telur mata pulak, yang linda tau selalunya telur rebus.. 
Mungkin stail johor gini kot

Nasi lemak telur mata
Haaa, yang nie confius jap.. 
Sebab memang set nasi lemak nie dengan sup kosong tu.. 
Macam mana nak makan nasi lemak dengan sup kosong ye? 
Tak pernah pulak nampak mcm ini.. 

Alhamdulillah, kedai nie ada roti canai.. 
Jadi pilihan anak-anak haruslah roti canai.. 
Roti canai dia lembut, sedap.. 

Disebabkan linda tak bayar, jadi tak tahu total berapa.. Hihihi..
Apa pun, Alhamdulillah boleh masuk tekak dan dah kenyang, jadi jom lah kita teruskan perjalanan.. 

Till then, see ya

eh..dah kenapa gambar nie sorang2 dekat bawah??hahaha
nampak tak, penuh 1 kereta, sampai linda dok belakang sekali
snap gambar incikSuami dari belakang je lah...hihihi