Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label handmade. Show all posts
Showing posts with label handmade. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

.: FRIDGE MAGNET :.

Assalamualaikum.

hari tu kan beli kawat bulu.
baru nak up hasil.
kali ni, teringin nak cuba buat fridge magnet.
so, beli magnet siap2 dekat shopee.

bila dah siap tu, bawa pegi pejabat.
sebab nak cuba untuk lekatkan dekat peti sejuk.
setakat eksperiemn, 2, 3 hari, masih melekat la dekat peti sejuk.
so, teknik yang diguna boleh la diteruskan.

yang pertama.

pandangan dari atas.

yang kedua (yang ni dah selamat dekat peti sejuk kak Faizah)

pandangan dari atas.

jadi linda pilih untuk buat pattern yang kedua, untuk next siri fridgemagnet.
kalau rajin, kita buat bentuk bunga yang lain pula.
kena tambah beli magnet ni, rasa macam tak cukup pula.

comel je haa (sendiri puji pula)
kenapa tak terfikir nak buat banyak2, tumpang jual dekat kelab puspanita hosp.. hihihi.
sebab memang linda takde bakat menjual.

buat gift hari guru tahun depan pun best juga ni.

till then, see ya.

Monday, May 25, 2026

.: BUNGA TELUR AGAIN :.

Assalamualaikum.

alhamdulillah, dah siap bunga telur ni minggu lepas.
dah bagi Izzah pun, kan linda cakap hari tu nak bagi dekat Izzah.
dia buat akikah anak dia, bahan2 pun ada lagi.
tapi tak dapat banyak la.
tinggal sikit2 je semua.

pattern sama, warna lain2.

kombinasi ungu + pink

campur warna maron sikit

takde prop nak gayakan dia.
cucuk je dekat lubang kerusi duduk tu.
boleh la kan.

tambah lagi sikit.
ni ada flash, tu yang terang sikit.

ada warna putih sikit

total semua nya ada 32 batang je.
habis dah kawat bulu linda, linda sikit2 je.
nanti nak topup, nak try buat fridge magnet pula.
mana tahu dapat pindah kan, boleh la buat souvenier untuk kawan-kawan.

Alhamdulillah, bunga telur dah sampai ke Kelantan.
Alhamdulillah, mak izzah, tok ma dia, semua suka la, cantik katanya, nak bagi orang pun sayang.. hihihi.

till then, see ya.

eh, hari tu kak SA nak tanya pasal bunga ni.
meh Wasap linda kak.


Tuesday, May 5, 2026

.: BUNGA ROS BIRU :.

Assalamualaikum.

dekat entry ni, linda ada share next project bunga telur.
akhirnya siap juga.
tapi, kita tukar warna lain, atas permintaan.

nasib baik ada bakul ni, senang nak letak bunga-bunga

alhamdulillah, siap 20 pokok bunga telur.
dah selamat dihantar pada orang yang order pun.

ada lagi next project ni.
tapi tengah memikirkan nak buat bunga apa.

nanti dah jadi, linda share sini ya.

till then, see ya.

 

Saturday, February 21, 2026

.: EKSPERIMEN BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.

Hari ni tak balik Tronoh, jadi mereput la dalam bilik je.
Tapi, yang peliknya, tak mengantuk lah pula.
Bangun sahur pukul 5.30 pagi, sampai up entry ni pukul 3 petang, tak terlelap sedikit pun.

Eh ,tak boleh jadi.
Jom la kita bereksperimen sikit.

Bunga telur kawat bulu
Gulung² sikit, lipat sana, lipat sini.
Alhamdulillah..jadi la sepohon bunga.
Nak up gambar ni, macam tak lawa betul background nya.
Jadi, marilah kita tanya Mr Gemini sat.

Hasilnya.

Bunga telur
Emm, dia tukar background je.
Nampak pula caca marba belah depan.

Meh kita tukar arahan lain pula.

Bunga telur
Wah, terus jadi hiasan meja.
Tapi, Linda minta close up sikit gambar nya.
Dia takmo dengar cakap kita.
Malas dah, yang ni pun cantik.
Macam real pula yang ni, dok dalam pasu tu.

Kak Mas order bunga telur untuk majlis kawan dia bulan 4 nanti.
Jadi, Linda tengah bereksperimen la nk buat bunga apa.
Macam cantik pula pattern yang ni.
Suka lah.

Till then, see ya.

Thursday, December 18, 2025

.: SIAP 8 FLOWER POT :.

Assalamualaikum.

Selasa, 16.12.2025 - berjaya juga siapkan 8 lagi flower pot.
Jom layan gambar.

Flower pot
Satu malam siap 4 flower pot.
Buat bunga siap², lepas tu baru cantumkan dalam pot dia tu.

Jom close up sikit.

Bunga purple kawat bulu
Bunga ungu, dikelilingi bunga kecil oren.

Daisy putih kawat bulu
Ni orang kata Daisy.

Daisy pink kawat bulu
Buat warna pink pula.

Ungu kawat bulu
Yang ni, campur sikit dengan mini tulips tu.
Kira jadi lah kan?

Mini tulip putih kawat bulu
Esoknya, siap lagi 4 pot.
Alhamdulillah, sempat juga.
Sebab yang mini tulip putih tu, nak hantar dekat someone yang dah tunggu lama.
Alang² ada nak keluar ke arah yang sama, kena siap kan dan hantar sekali lah.

Seronok pula buat flower pot ni.
Nanti boleh tambah stok warna kawat bulu, buat lagi yang lain lah.
Tapi, nak Setel kemas rumah dulu.

Till then, see ya.

Monday, December 15, 2025

.: FLOWER POT :.

Assalamualaikum.

Semalam seharian godek bulu kawat ni.
Sambil marathon tengok K-drama Taxi Driver S2. Dengan incikSuami sekali join.kikiki.

Meh, next project pula.
Ni beli dekat kedai Eco, nak order online tak sempat dah. Buat topup² warna dekat rumah.
Tiba² niat nak buat gift sikit untuk cikgu kelas anak² ni.
Harap² sempat lah siap.
Kena pulun lah.

Balut dulu pot nya.

Dah siap 6 pot.
Gigih cari warna coklat tu dekat kedai Eco.
Tapi ada sepeket je.

Meh kita cantumkan dulu bunga² dalam 1 pot ni.
Nak nampakkan dulu hasilnya macam mana.
Nanti boleh la ejas, nak tambah apa, nak bunga apa, nak daun macam mana.

Siap dah seketul ni.
Tapi, terjuih sorang² tu nak pergi mana?
Tak dan nak potong dulu, dah bagi dekat dedek petang tadi.
Pujuk dia bawa p KAFA.
Sebab dia tiba² tak nak pergi pula.
Padahal hari ni, ada jamuan akhir tahun.
Jadi 1 pot dah selamat dedek bawa ke KAFA, bagi ustazah kelas dia.

Ni, Linda pegang.
Pandangan dari atas.
Helok lah kot tu, pertama kali buat pot ni.

Nanti yang lain², kalau dah siap.
Harus lah tayang dekat dalam blog. Kikiki

Till then, see ya.

Saturday, December 6, 2025

.: BUNGA PURPLE :.

Assalamualaikum.

Warna purple pula.
Jangan tanya bunga apa..
Sebab Linda ikut Sukati je..hihi.
Rasa lawa pula bentuk macam ni, jadi on je lah..

Macam pod teratai.. hihi.
Kalau double kan kelopak dia mesti lawa, tapi masa mencemburui nya.
Kena siap sebelum 17hb.

Dah tambah daun.

Close up sikit.
Kalau layout kat bunga Pahar tu, mesti lawa.
Hahaha..puji diri sendiri pula.

Till then, see ya.

Saturday, November 29, 2025

.: WHITE TULIP :.

Assalamualaikum.

Saja lah nak simpan sini.
Journey bermain, memintal kawat bulu.

Lama dah si putih ni tersimpan.
Malam tadi, baru jadi.

Tambah daun sikit.
Jadilah kot, tapi Linda tak puas hati.

Ada 4 kuntum.
White tulips.

Kena cuba lagi ni.
Tak puas hati.

Till then, see ya.

Friday, November 14, 2025

.: HIJAU, TAPI LAIN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.

Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.

Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.

Tapiiii... Kannan...

Warna hijau nya tak sama 🥹🥹

Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.

Till then, see ya.

Saturday, November 8, 2025

.: RANGKUMAN SEMALAM :.

Assalamualaikum.

Semalam, seusai zohor, kami sekeluarga terus meluncur keluar dari Selayang menuju ke Utara Malaysia.
Alhamdulillah, traffic lancar.

Nampak lah kereta idaman.
Anak² pun tau dah.
Nampak je, terus cakap "nie la kereta yang ibu suka tu"

Nampak juga penampakan pelangi.
Jelas sangat.
Susah sekarang ni, nak nampak pelangi.

Sebelum sampai destinasi, singgah Taiping dulu.
Ambil MIL dulu.
MIL susah hati lah tu, adik beradik lain semua dah sampai.. dia tak sampai lagi..Kiki.
Maaf lah, cadang memang nak gerak awal, tapi kids ada exam lagi.
So,kena tunggu habis sekolah juga lah.

Outfit semalam.
Kena ada gambar sebagai kenangan.
Gigih lah berkebaya, tudung kontra pula tu.
Sneakers jangan lupa. Kikiki
Abang Mu'az tengok gambar ni, terus ngata ibu dah gemoks.. hahaha.

Jom masuk pulau.

Atas jambatan baru.
Yang ada Ikea tu. Hihihi

Join the crowd.
Tak kenduri lah kalau takde inai.

Nak layout juga.
Hasil bunga telur.
Alhamdulillah, helok.. 🤭🤭

Semoga majlis hari ni, berjalan dengan lancar.
Aamin.

Till then, see ya.





 

Friday, October 31, 2025

.: BUNGA TELUR MAROON :.

Assalamualaikum.

Bila mood tak sampai, tak tahu nak meraban apa dalam blog nie.
Tapi, macam tak complete je kalau tak up satu entry.

Jadi jom lah kita up juga entry.

Hasil kejadian bunga yang dah jadi bunga telur.
Linda buat simple² je.

Close up sikit.

Harap² sempat lah siap..
Baru siap 10 batang je.

Till then, see ya.

Friday, October 24, 2025

.: DONE 60 KUNTUM :.

Assalammualaikum..

Progress bunga telur.

Dari 9-11 malam, dengan selingan².
Dapat siapkan 20 kuntum bunga.

Total semua 60 kuntum bunga.

Lagi 40 kuntum.
Lepas tu nak gentel daun dulu.
Baru boleh cantumkan jadi sepokok.

Till then, see ya.

Wednesday, October 22, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 25/25 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Siap 199pcs kelopak bunga hasil cuti long weekend hari tu.

Bawa maroon 300 batang (habis).
Putih 200 batang (tinggal sebatang).
Sambil nengok cerita Badshah dengan Kal Ho Na Ho (cik Cha pun nengok juga).

Malam nie, nak sambung² jadi bunga pula.
Pengantin nak kawin bulan 12, cepat² siapkan.

Till then, see ya.

Sunday, October 12, 2025

.: KUIH RAYA + BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.

Berangin kuat dekat Selayang petang nie..
Nak hujan lah nie.
Mujur dah siap buat kuih raya. 🤭🤭
Boleh la lelap kejap..syiok nie dengan cuaca berangin.sejuk je 

Kuih raya yang di buat.
Sebenarnya, barang² dari raya puasa hari tu.
Konon² nak buat lah sebelum habis syawal,tapi tak rajin.
Hari nie, baru lah rajin nak membuatnya.

Buat contoh daun tu.
Helok la daun tu macam tu.
Nampak simple je.
Combination waran tu lawa.

Ada nak order? Meh la PM kita..Hihihi.

Till then, see ya.