Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label emakanakempat. Show all posts
Showing posts with label emakanakempat. Show all posts

Wednesday, October 28, 2026

.; WORDLESS WEDNESDAY 24/26 :.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah jadi baju.
Dan dah rasmikan pun.
Terima kasih pada yang memberi kain.

Till then, see ya.

Sunday, October 11, 2026

.: ROTI CANAI, KEMAS TUDUNGS :.

Assalamualaikum.

Awal pula keluar rumah hari Ahad ni.

Alhamdulillah, langit dah cerah.
Nampak kepul² awan.
Jerebu dah go away, mudah mudahan terus takde jerebu nya..aamin.

Berbanding minggu lepas, ni Linda ambil gambar waktu petang, lepas balik kerja.
Nampak macam mendung 🤔, tapi bukan.

Tiap pagi nak hantar dekat g Kafa dulu, Linda terbayang hari kiamat je.
Terus la istighfar sambil bawa motor. Insaf sekejap...

Eh, sambung cerita keluar awal pagi.
Nak g breakfast date dengan incikSuami.
Hunting roti canai.

IncikSuami ambil rojak.
Sedap weh, memang basic rojak, ada cucur udang, timun, sengkuang, telur rebus, tahu goreng hiris disiram dengan kuah kacang.. memang sedap ahh

Linda order roti kawin.
Ambik sekali datang, menimbun.
Memang lunch lewat petang la jawabnya.

Balik rumah, jom la kita kisah kan tudung yang banyak tu.
Kepala ada 1 je, tudungnya kemain banyak lagi.

Sebelum ni, Linda susun menumpuk je macam dalam bulatan tu kat tepi atas kanan tu.
Kalau jatuh, memang berchenta nak susun balik.

Jadi, Linda kosong kan rak plastik bawah sekali tu.
Ada wayar2 dengan kamera digital yang lama je. Nak buang, sayang. Begitulah kan.
Disebabkan, incikSuami dah buat rak atas, Linda suruh dia masukkan dalam kotak, letak la atas rak tu.

Kemas kemas, cucun cucun.
Hahaha, penuh 1 drawer tu, tambah pula 2 bekas tray yang beli dekat kedai eco tu.
Ok la sikit, dari yang menumpuk² tadi.
Dah ada rumah masing².
Takde la nampak macam tak berkemas.
Nak pilih tudung tu, nampak la tenang sikit.

Ok, lepas ni nak seterika baju pula untuk then whole week.

Till then, see ya.

Friday, October 9, 2026

.: KISAH NYA :.

Assalamualaikum.

Isnin, 6.10.2026 - minta half day dengan Cc. Nak balik kampung sekejap.

Kisah nya, malam Ahad tu bapak telefon.
Katanya motor kene tahan dekat balai polis..
Linda dah debar lah.
Rupanya, abang Mu'az bagi pinjam motor dekat 2 pupu nya.
2 pupu tu bawa sampai ke jalan besar, lepas tu ada polis ronda kawasan, dan suruh balik je lah.
Tapi, 2 pupu abang Mu'az ni buat action yang mencabar polis, jadi kena tahan la dengan motor sekali.
Yang 2 pupu tu, mak bapak dia dah bawa keluar lah malam tu, tapi motor tak boleh keluar.
Suruh datang esok nya (Isnin) dengan pemilik motor dan anak² yang terlibat.
Jadi abang Mu'az dan 2 pupu dia, pergi lah la balai polis ,dengan bapak.

Ingat nak cuti je, tapi ada kerja kena buat juga.

Sarat sungguh awan tu.

Alhamdulillah, sampai kg dalam pukul 3.30 petang.
Gerak pukul 2 camtu.
Setel kan zohor, lunch siap².

Tak lama tu, balik la bapak dengan abang Mu'az.
Alhamdulillah takde apa..
Kena ragging dengan polis je.. hahaha.
2 pupu tu kena saman la Rm300.
Motor, kena ambil hari sama juga.
Kalau esok, pegawai lain pula duty, lain pula ceritanya nanti.

Bawa la sekali gunting rambut.
Dalam kereta dah disekolah kan juga.
Harap² jadi pengajaran la.

Mak masak.
Macam lama je tak balik kampung, makan masakan mak.

Terima kasih mak, bapak.
Moga sihat² selalu, aamin.

Till then, see ya.

Nota kaki - dah sebulan Linda di PTJ baru, masih banyak kena belajar.

 

Sunday, October 4, 2026

.: TRAGEDI OKTOBER :.

Assalamualaikum.

🎶 Tidak mahu ku ingat lagi,
Apa yang telah terjadi,
Tragedi Oktober. 🎶

Periuk ku hangus . Hahaha.
Rebus nasi impit tadi, lepas tu, tinggal sekejap, tengok drama Korea.
Memang niat nak p tengok air nasi impit, tapi bau hangit yang sampai dulu. Hahaha.

Kejadian nasi impit nya.
Yang dibulat² kan tu..
Tanda hangus.

Masak ayam ala² rendang.
Lepas tu, buat kuah kacang.

Guna yang segera je.
Yang dapat dari Fanny dulu.
Baru sempat nak buat.
Sedap, pedas.
Buat sepeket je, yang kecik macam kat sebelah tu.

Alhamdulillah, rezeki hari ini.

Till then, see ya.

Thursday, October 1, 2026

.: CORETAN KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Meh la kita coret kan apa yang jadi hari ni.

Masih menyambung reten aset ya.
Tu pun ada lagi part tak siap lagi.
Nk buat, ada yang datang, tunjuk itu ini.
Suruh siapkan dan² tu juga.
Belum lagi nak nak kemaskini kew pa 7 lagi.
Gara² EKSA, haisyhhh letih la Gini.

Sambil tu selit juga ambik gambar untuk tampal dekat carta organisasi.

Gambar sebenar.
Boleh juga jadi tema, outfit of the day.

Gambar setelah diedit.
Nak seragam tudung dan baju.
Boleh print buat gambar passport ni. 🤭🤭

Tung tang tung tang buat kerja.

Noh, dekat pukul 6 petang baru punch keluar pejabat.
Boleh kira OT ni. Hihi.
Nasib la rumah dekat je, dalam 10min dah sampai.

Eh,, nak juga.
Outfit pergi dan balik kerja.
Linda merempit Aje.
Ada hari balik kerja basah, ada hari panas.
Tapi, tak sempat lagi nak buat plan yang dirancang bila dah pindah Tronoh.
Nak briswalk keliling tasik UTP lepas balik kerja.
Kalau briswalk pakai baju kerja means baju kurung, orang pandang serong tak?? Hahaha.

Till then, see ya.

Wednesday, September 30, 2026

.: CLOSING SUKU 3 ASET :.

Assalamualaikum.

Macam lama sangat kan nak sampai ke cerita dekat pejabat baru ni.
Cerita pasal celebration Linda dapat tukar pun tak habis lagi.. hahaha.

Weyh, hectic nya life dekat tempat baru.
Dia macam kerja ko tak habis habis. 
Siap yang ni, ada lagi yang tunggu.
Sambil buat kerja lain, ada lagi yang datang.
Lepas tu kerja pula memang bergantung harap dekat sistem.
Jadi, memang akan duduk depan PC jelah.
Aaahhh.. mencik nya.. hahaha.
Patutlah masa kerja penyelia asrama dulu, bila kita meronda kawasan, orang cakap kita takde kerja.
Sebab maksud diaorang kerja banyak, adalah bila ko duduk ngadap PC tak bergerak gerak. 😅😅

Kalau penjawat awam yang biasa duduk dekat pejabat, dia akan tau ada satu unit aset ni.
So, dekat PKD ni, Linda la PT aset tuh. 
Yang "jaga" aset PKD itself, lepas tu ada 8 KK dan 34 KD.

Dari pendaftaran, penempatan hingga ke pelupusan, Linda la yang uruskan dokumentasi nya dan sistemnya.
Pemeriksaan sukuan 3bulan sekali, so akan ada 4 sukuan.
Waktu ni, pemeriksa aset memang kena kejar la dengan PT aset ni.
Kalau waktu kerja Avon dulu, mcm stock count la.
Apa yang ada dalam sistem, mesti kena ada di luar sistem, means fizikal nya.
Eh, panjang ceritanya.
Gambar tak sampai lagi ni.

Jadi hari ni 30.9.2026.
Penutup sukuan ke 3.
Kena generate report dari sistem, sebab nak kena buat reten.
Nak generate report ni pun dah makan masa setengah hari.
Itu pun tadi, alhamdulillah sistem bekerjasama, sebab 1 Malaysia akan guna sistem ni pada hari ni.
Semua jabatan kerajaan akan buat closing sukuan.

Istilah "reten aset" boleh merujuk kepada beberapa maksud bergantung kepada konteks bidang yang anda maksudkan, sama ada dalam sektor kesihatan awam, perakaunan/kewangan, atau pengurusan hartanah/kontrak. [1, 2, 3]
Berikut adalah pecahan maksud bagi istilah ini:
1. Sektor Kesihatan Awam & Jabatan Kerajaan (Konteks Malaysia)
Dalam sektor kerajaan (seperti Kementerian Kesihatan Malaysia), reten (daripada perkataan Inggeris return) bermaksud laporan berkala atau penyata rasmi yang perlu dihantar ke pihak atasan. [1, 2]
  • Reten Aset: Merupakan laporan atau dokumen pemantauan berkala mengenai status, bilangan, penyelenggaraan, atau pelupusan aset dan inventori yang berada di bawah kawalan sesebuah unit atau klinik.
Linda share untuk KKM je lah.


Alhamdulillah, ada kek kak Am, boleh la distract sikit dari mengadap PC je.

Outfit of the day.
Kalau rajin, kita ambil la gambar.
Sebab outfit yang berbeza setiap hari. Hihi.

Esok, kita sambung pula buat reten dalam Google sheet yang JKN negeri bekalkan.
Yang dok print screen seharian hari ni, kena tulis balik dalam Google sheet tu.

Uwaaaa...
Tu baru 1 part.
Ada lagi 1 part kerja Linda, yang memang baru sentuh.
Sebelum ni tak pernah sentuh pun.
Bab aset ni pun sama juga, pertama kali sentuh sedalam ini, yang biasa memang jadi pemeriksa aset je lah.

Semoga terus kuat dan tabah, doa untuk diri sendiri.

Till then, see ya.

Saturday, September 26, 2026

.: TINGGAL KENANGAN :.

Assalamualaikum.

tiba je hari gaji.
terus beli tiket ketapi.
dah kira siap2 bila nak balik.


semua tinggal kenangan.. cheewahhh..
alhamdulillah, sekarang tak payah nak allocate duit untuk beli tiket dah.
tapi, duit tu tetap la tak boleh disimpan lagi.
sebab kak M kata dia tak berapa nampak tulisan dekat depan.
jadi, moh ler kita p cek mata dan buat cermin mata.
ada geng berkacamata la ibu mcm ni.
tapi, ibu mula pakai masa tingkatan 1.

duit kan..
tak pernah dok senyap dalam bank.
ada je hala tuju dia ke mana. hahaha.

selamat hari sabtu semua.
mesti banyak plan wekeend ni kan??
apa pun, stay safe ye semua.

till then, see ya.

noted - kena rajinkan diri buat schedule entry ke macam mana ni

Saturday, September 19, 2026

.: AKTIVITI SABTU :.

Assalamualaikum.

Aktiviti Sabtu, 19.09.2026.

Hantar kak M training memanah.
Masih pakai panah biasa je, tengah menabung untuk the real set memanah.

Lepas tu, Linda terus ke pejabat. (Awal dah buat OT). Hahaha.. Idak, ingat nak belajar pelupusan dengan PT yang bakal berpindah tu, tapi. Lambert plak dia masuk.
Cukup time 10.30 pagi, Linda Chaw lah.

Ambil kak M, terus beli barang dapur untuk seminggu.
Bahan masak la senang.

Belanja kak M makan roti canai.
Linda order roti sardin, sampai sudah takde.

Berdua je, kira girls day out la.
Tapi, kenapa dia duduk belakang, kemain eehh.. hahaha.

Sampai rumah, tengok hero 2 orang ni tengah mengecat pagar.
Saja nak bagi hitam balik.
Dah pudar nampak warna cat nya.

Linda?? Sambung la buat kerja.
Boleh jadi rutin mingguan dah ni.
Cukup lah seminggu ni.

Dah lewat petang baru makan nasi, buat asam pedas. Guna pes je.

Malam, eh teringin mixue pula.
Jom la kita, pastu terpengaruh dengan blindbox dia.
RM1 je untuk seketul.
Hasilnya, semua dapat sama.
Memek muka je yang lain.

Balik beli Mixue.
IncikSuami tak ikut, dia lipat baju.
Linda golek² atas katil. Hahaha.
Maka berakhir la hari Sabtu Linda. Hihi.

Till then, see ya.

Thursday, September 17, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Sebelum sibuk, jom kita up dulu entry.
Entry throwback untuk hari Khamis.

Masa ni dok PJJ.
Tapi, tulah, memang sepanjang perkhidmatan, tak pernah nampak incikSuami pakai baju 1 dress ni.


Dedek sewaktu kecil.
Comel nya kamu.

Eh, Linda, sewaktu muda.
Kurusnya kamu.. hahaha

Memang dari dulu kita naik tenggiling eh.
Dulu tenggiling merah.
Sekarang tenggiling coklat. 🤭🤭

Abang Mu'az 6 tahun.
Kak M 2 tahun.

Rambut kak M tu, curly, jadi memang dia tak nampak panjang.
Kalau lepas mandi, rambut basah.
Nampak la panjang rambutnya.

Udah 13 tahun Linda servis. Alhamdulillah.
Masa ni exam skim penyelia asrama dekat IPK Bangsar.
Kalau tak silap, ni lah yang pindah dekat Setia Alam tu, dah jadi nama omputih.
NIH (National Institute of Health).

Sekian, throwback untuk hari ni.

Till then, see ya.

Sunday, September 13, 2026

.: RHAZZ PADI CAFE @ CENDERONG BALAI, PERAK :.

Assalamualaikum.

Ahad, 9.8.2026 - lepas selesai gambar² dekat Menara Condong tu.
Geng² ni cadang nak p mengopi pula.
Ajom la kita.

Masuk celah sini, lorong situ, lorong sini.
Akhirnya sampai lah.

Gambar incikSuami dengan signboard.
Rhazz Padi Kafe.


Siap ada homestay 5,6 unit tak silap.
Ada surau kecil, ada private pool juga.
Boleh la buat family gathering.

Kafe pula, sesiapa pun boleh masuk.
Walk in je.

Ok, kita snap gambar resit dulu.
Harga memang standard kafe² hipster ye.

Air sparkling strawberry.

Ada piza juga.
Tak berapa nak sedap pun.

Set burger.
Kentang dia beso².
Tak best betul.

Waffle.
Extra dekat aiskrim je.
Tapi, mahal betul harga nya. Hahaha.

Makan makan, sembang sembang.
Lepas tu, moh Ler kita pusing keliling kafe.

Ada buai, jom la bergambar jap.

Macam ni lah style gambar abang Mueez.
Ibu yang suruh, sebab dia tak nak bergambar mula²..
Jadi ibu suruh buat style mcm ni.
Tak nampak muka, so ok la.
Susah sungguh nak bergambar sekarang.

Alhamdulillah, selesai hutang untuk entry sekitar family day PRAC.
Boleh la up entry lain pula.

Till then, see ya.

Friday, September 11, 2026

.: WELCOME TO PERAK :.

Assalamualaikum.

Rabu, 9.9.2026 - tarikh cantik kan?
Memang ingat la sampai bila².. hihi.

So, here we go.
Lepas hantar kids pergi sekolah,terus la ke Ipoh.

Belum pukul 8 pagi dah sampai.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Ngintai dalam kawasan tu, kecik je.
Tanya la security, lapor diri dekat mana.
Dia beritahu dekat menara Tabung Haji sebelah.
Nampak juga macam dah orang nak lapor diri, kita tanyalah dia..
Freshie, aras 7 katanya.
Owh, kita tak tahu pasal ni.takde pemberitahuan pun.

Bilik mesyuarat Zamrud.
Ramai yang lapor diri.
Freshie je pun dekat 60 orang.
Bertukar masuk dalam 20 orang.

Macam lama je dok dalam ni, Linda suruh la incikSuami balik dulu.
Petang nanti baru datang semula.
Sampai tengah hari dah.
Kengkawan semua dah menekan nekan tanya dapat mana. 🤭🤭

Adik yang dapat JKN Selangor pun dah tahu dapat mana.
Alhamdulillah, dia dapat Hosp Shah Alam je, lega la dekat dengan rumah.

Yang JKN Perak ni, berchenta menunggu.
Saja bagi panas Line.

TPKN(Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri) siap bagi ucapan alu aluan untuk staf baru.
Jarang berlaku ni. Hihi.

Finally, pukul 4.30 petang baru keluar surat penempatan.

Last but not least, exKSKB SAS(kolej kesihatan Ulu Kinta)
Dari pada PTD yang depan sekali, Puan Dalina.
Yang akak² penyelia asrama kakAyu(tudung mustard) dan kakWatie(rupanya kawan sek men incikSuami).

Akhirnya, PKD Perak Tengah.
Alhamdulillah, semoga yang baik² untuk Linda di tempat baru.

Setelah 2 hari duduk tempat baru, hingaq  weyh..
Adudu, moga seketui Linda dapat sesuaikn diri. Hihihi.

Till then, see ya.