lovvu Dobbu

Tuesday, December 31, 2024

. : MALAM REJAB :.

Assalamualaikum.. 

Insya-Allah, lepas magrib bermula lah malam 1 Rejab. 
Marilah sama-sama tidak melepaskan peluang ini.. Insya-Allah 





Allah maha pemurah lagi maha penyayang. 
Semoga doa kita semua dimakbulkan, Aamin2 

Till then, see ya

. : MALANG TAK BERBAU :.

Assalamualaikum 

Nak jadi sejarah untuk day 365 semalam. 
Malang tak berbau kan, macam linda baca dalam blog MamaYan semalam. 
Dalam dok jaga-jaga pun, benda nak jadi, tetap akan jadi. 

Kecederaan serius tangan dedek. 

Kesah nya, sebelum maghrib tu dok main berkejaran dengan abang Mueez. 
Linda dah sound banyak kali suruh stop. 
Tetap lah berkejaran. 
Last2, dengar lah dedek menangis. 
G lah kat dia, tanya jugak kenapa. 
Dedek cakap lah, mueez kejar, terjatuh, terlanggar something. 
Masa tu tengok jugak, tapi sebab baru dan tak belek sangat pun, so tak nampak lah kecederaan dia. 
Tambah pula, linda pun nak siap-siap nak mandi dan solat maghrib. 

Tapi, yang peliknya, dedek menangis lama dan sekejap kuat, sekejap perlahan. 
Tetap lah linda tak heran, sebab dedek kadang mengada je lebih. 
Lepas tu, tengok dia steady je pegang henset, so, memang abaikan je. 😂😂

Sekali, dah habis nanges, dia datang kat linda. 
Belek lah tangan nya, baru lah linda terkejut beruk... Hahaha. 
Teruk juga kecederaan nya.. 
Terus lah, siram2 air sikit, lepas tu dap dap dengan tissue. 
Dah kering, letak lotion allano. 
Dedek cakap tak pedih sangat pun, masih boleh tahan sakit. 

Tanya balik dedek kena apa tadi sampai tersagat kulit gitu sekali. 

Rupanya, terseret dekat bucu tiles tu. 
Emm, nak jadi kan. 
Macam tu je jadi. 

Semoga cepat sembuh lah ye dedek. 

Till then, see ya. 

 

Monday, December 30, 2024

.: 30.12.2024 @ 365/366 DAYS :.

Assalamualaikum

lari sikit dari entry trip yang belum habis lagi..


day 365/366

lagi sehari nak habis tahun 2024
semoga tahun 2025 membawa sinar yang lebih bercahaya untuk kita semua.

azam tahun nie macam mana? 
dah tercapai ke semua?
azam linda yang nak kurus tu, tak tercapai..hahaha
maken naik berat ada lah rasenya

yang penting, azam untuk menjadi yang lebih baik, insya-Allah tercapai lah.
tak dapat banyak sikit pun ok lah.
takkan nak duduk dekat takok yang sama kan?

apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua
urusan umat Islam diPalestin. aamin
walaupun kita tak berada di tempat mereka, bukan lah kita selamat.
ujian kita lebih besar dari mereka, saat ini lah Allah melihat segala yang kita lakukan untuk jalan Allah.
mereka, memang dah sebelah kaki mati syahid, kita tak tahu lagi ke mana arah tujuan kita

insya-Allah, sama-sama kita memperbaki diri.

till then, see ya

 

Sunday, December 29, 2024

. : TRIP TO SELATAN 2 :.

Assalamualaikum.. 

Balik dari Kluang tu, adik ipar (ika) ajak p borong kerepek dekat kilang nya.. 
Area Parit Sulong. 
Jadi, kitorg tak berhenti lah dekat Ayer Hitam. 

Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai rintangan. 
Sampai juga destinasi. 

Nama kilang kerepek nya. 

Kemain mengharungi rintangan. 
Yelah, merata adik ipar tu bawak, masuk tebuk sana.
U turn 2, 3 kali. 

Last last, tahan pakcik naik motor. 
Tanya kilang nya area mana.
Tu yang baru jumpa..hihihi..

Ramai orang datang sini. 

Macam gudang lah. 

Bawah nie ada sikit sikit gambar kerepek yang linda snap. 

Antara kerepek

Kuih sepit. 
Kerepek pisang. 
Nachos. 
Kek kek kukus. 

Macam-macam ada. 
Rase nak beli semua. 
Kalau nak buat goodies kecik kecik pun, ada jual dekat sini. 
Boleh lawati IG kat SINI

Habis dalam Rm150 jugak lah.. 
Itu pun, jenuh kawal nafsu. 😂😂



Malam izhar bawak makan dekat kedai tomyam. 

Linda order teh ais. 
Dasyat sangat buih dia nie. 

Ikan siakap masak 3 rasa. 

Alhamdulillah.
Kenyang.
Tu je gambar yang sempat snap. 

Nanti kita sambung lagi trip nya ya.. 
Till then, see ya. 

Saturday, December 28, 2024

.: TRIP TO SELATAN 1 :.

Assalamualaikum

sabtu (21.12.2024), balik Melaka bukan lah semata-mata untuk menghadiri HighTeaBakat.
sekali nak mengemas rumah sikit-sikit, mana yang sempat.
sebab agak penuh jugak jadual nya.. kikiki

ahad (22.12.2024), gerak ke Batu Pahat, rumah adik (Izhar + Ika)
mak, kak Mas, amar dah sampai dalam pukul 2pm gitu.
yang kita nie pukul 2pm baru nak terkedek-kedek gerak dari Mydin MITC.
lunch dulu, sambil cuci-cuci mata.
sekali "ter"beli sandal ala-ala wedges dekat Verns.
2 pasang RM100.

isnin (23.12.2024), dengan mak,kakmas serta adik ipar Ika.
kitaorang meneruskan perjalanan ke Kluang.
hajat nya nak menziarahi abahMan dan makFauziah (parents besties masa belajar dekat UMT)
lama sangat tak berjumpa, last tahun 2018 ke 2019, mcm tu lah.
masa besties linda, Kema buat aqiqah kat anak dia.

jumpa dah mercu tanda Kluang

abah ngan mak busy, walaupun dua dua dah pencen.
kena buat appoitment, kalau tak, datang rumah kosong lah ..

tapi, tulah, kalau gitau awal nak datang.
macam-macam dimasaknya kang.
kita pulak yang jadi segan.

nie pun, ayah abah warded.
jadi, takdelah beriya sangat.
kalau tak, mau jugak abah ngan mak suruh tido  rumah diaorang.

Alhamdulillah, rezeki lunch hari tu dekat rumah mak abah.
semoga murah rezeki selalu.
ada masa, linda mai lagi.

jangan lupa gambar sekeping dua sebagai kenangan

sebelah linda, yang bertudung biru tu mak,sebelahnya abah
dua dua pun pencen polis.
abah - PGA
mak - polis trafik

another shot

niat linda nak ziarah, sebab tak lama lagi dah takde urusan dekat Melaka
jadi, sementara ada peluang nie, ziarah lah.
nanti dah pindah ke Perak sepenuhnya, dah takde lah alasan sangat nak ke sana.
tapi, selagi adik masih kerja dekat Batu Pahat.
insya-Allah, sampai je sana.

otw dari kluang nak balik batu pahat.
adik ipar ajak p kilang kerepek.
yang tu kita up entry lain ya.

till then, see ya

Friday, December 27, 2024

. : DONE RECEIVED :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, semalam pemenang GA dah terima hadiah yang tak seberapa dari Linda.. 

Blogger fairus

Blogger ammi

Blogger SA

Tinggal blogger Syuhada je.. 
Belum bagi feedback lagi. 
Cepat ya, hadiah boleh redeem sampai 31.12.2024 ja.. 

Maaf ya para pemenang, kali nie linda guna template sedia ada je.. 
Sebab laptop dah shut down terus.. 
Kena kumpul duit beli yang baru lah nampaknya.. 
Yelah, laptop tu pun dah lenjan lebih 10tahun..😂😂

Till then, see ya

Thursday, December 26, 2024

. : SEHA KITCHEN @ SRI GOMBAK, SELANGOR :.

Assalamualaikum

Ceritanya lama dah nie.
Tapi tak sempat nak up entry. 

Ada satu malam tu, incikSuami ajak pergi SehaKitchen dekat SriGombak tu.
Asyik lalu lalang dekat feed dia pasal chickenchop bawah rm10.
Jadi, kita folo aje lah. 

-gambar amik dari IG kedai nya-

Tak jauh pun dari rumah.
Dalam 15min je. 
Jom tengok apa yang di order. 

Dedek - ayam goreng upin ipin

Air teh ais + lemon ais

Abang Mu'az - nasi lemak kambing. 
Set sekali air free, teh o ais @ sirap ais
Betul dia pau ayah.. Hahaha

Kak M - roti bakar je

Nie lah chicken chop nya.. 
Memang bawah rm10.. 
Rm8.90 je.. 
Ok, not bad.. Walaupun murah, sesuai dah anak2 makan. 
Kuah blackpepper dia sedap. 
Salutan ayam pun tak berminyak sangat.
Itu yang penting.

Ayah dengan Mueez order chickenChop. 
Linda cicipi sikit2 je masing2 punya makanan. 

Total semua Rm79.20
Alhamdulillah.. 
Terima kasih incikSuami belanja makan. 

Seha Kitchen, 
2, Jalan SG 3/5, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. 

Kalau waze je Seha Kitchen pun jumpa juga.
Sebelah pasar besar Sri Gombak tak silap. 
Lupa pulak dah. 

Till then, see ya. 

Wednesday, December 25, 2024

. : MAIN CEPER :.

Assalamualaikum.. 

Ceper nie beli dekat kedai cenderahati masa trip Muzium Negara hari tu. 
Saje lah masuk masuk nak tengok.
Berkenan dengan ceper, sebab lama tak main dan harga pun mampu milik.. Hihihi

Beli 2 set. 
Satu corak batik, satu corak bunga raya. 
Kalau dulu2 corak coca cola, oren.. Hihihi. 

Sebab kutip dari botol minuman yang kaca. 

So, linda ajak anak-anak main, sambil ajar sekali. 
Sebab diorg tak pernah main pun..😂😂
Tapi tulah, skill ibu dia pun dah ke laut, sebab lama tak main.. 

Kak M cuba nak main

Sampai macam tu sekali nak main.. Hahaha

Seronok lah anak-anak dok main benda baru.. 
Linda pun layan lah main, sambil lepaskan gian lama tak main.. 

Kena berlatih selalu.. 
Baru lah pro macam dulu2. Hihihi

Till then, see ya. 

Tuesday, December 24, 2024

. : HIGH TEA BAKAT :.

Assalamualaikum 

IncikSuami dapat call 2,3 hari sebelum hari sabtu (21.12.2012), untuk sahkan kehadiran isteri ke majlis high tea BAKAT sebagai orang yang dirai.. 

Jadi, di sini lah linda petang sabtu tu. 
Kebetulan memang nak balik Melaka sebab nak kemas rumah. 
So, kita pergi je lah majlis high tea. 
Alhamdulillah, ada rezeki last join program BAKAT, di hari yang sama hari last servis incikSuami. 
Jadi, suami isteri ada kenangan pada tarikh 21.12.2024.

Bertempat di dewan 3 Div. 

Tema : Blue + White Denim (berkain) 
Tudung, beg, kasut je yang tak beli. 
Baju + skirt cari dekat JalanjalanJapan (Total RM 35)

Bergambar dulu dengan anggota BAKAT yang diraikan juga. 

Anggota BAKAT yang dirai (kecuali yang tudung bercorak+baju biru gelap) 

Selfie dengan pengerusi BAKAT baru (wife OC), kak Ratnah. Lembut je orang nya. 

Dengan adik-adik kompeni Bantuan. 
Nikmati lah zaman2 BAKAT anda... 
Semua pun dah naik Sarjan, lambat lagi nak habis servis nie.. 

Bersama anggota yang dirai. 
Rasenya mcm linda je pakai kaler cerah nie, orang lain semua kaler gelap2.. Hihihi

Nak berdua, mesti ada yang ketiga. 

Kak M pun nak juga.. 
Dengan gigi takde.. Hahaha

Ok, nie betul2 last. 
Berdua bersama. 
Selamat berpencen, dengar nya ada bunga2 dah masuk.
Jangan lupa kan khidmat isteri ya.. Hahaha... 
Semoga yang baik2 je untuk keluarga kami. Insya-Allah.. 

Till then, see ya

 

Monday, December 23, 2024

. : EMAK ANAK LIMA :.

Assalamualaikum.. 

Tak sempat nak buat schedule post.. 
Tapi, kena up jugak story.. 
Baru lah orang mai singgah blog.. Hihihi

Dari hari jumaat malam (20.12.2024), title emak anak empat dah jadi emak anak lima.. Hihihi. 

Nak p bercuti balik Melaka, lepas tu ke Batu Pahat, lepas tu nak cek in pulak cadang nya.. 
So, cakap dengan adik (esah), nak bawak anak dia yang sulung.. 
Alang alang cuti sekolah kan. Bawa lah sekali. 

Makan bersama sama.
Banyak icha makan.. Habis nasi sepinggan, orang nya kurus je

Nie masa tunggu linda habis event last bersama BAKAT (nanti up entri lain ya) 

Bawah nie gambar masa malam yang mak dia mai hanta icha. 

Musa.. Muka lain dari abang dan kakak kakak dia. 

Meera, orang nak balik baru nak main dalam khemah..
Dari awal lagi, tak nak main.. 

Alhamdulillah, sampai hari nie.. 
Dah 3 hari ikot ibu linda, icha masih steady. 
Takde nanges.. 
Good girl kak icha. 
Tapi tu lah, muka sedih je.. 
Susah betul nak senyum. 

Till then, see ya

 

Sunday, December 22, 2024

. : MUZIUM NEGARA PART 5 :.

Assalamualaikum 

Ok janji nie last.. 
Finally, last chapter kisah Muzium Negara. 

Last sekali, masuk muzium orang asli.. 
Tiket sekali dengan muzium Etnologi. 

Dalam muzium nie, memang cerita pasal etnik orang asli je.. 
Banyak patung2, orang asli kan kepercayaan diaorang lebih kepada spiritual.. 
Jadi, mcm2 jenis patung ada..
Ralit tengok sampai tak dan nak snap. 

Linda sharekan gambar2 yang linda ambil je lah ye. 

Nie gambar pakaian kalau nak berkahwen

Kak M dengan replika patung sedang menyumpit. 

Antara replika patung yang ada. 

Muzium orang asli

Tiru aksi gaya

Yang nie paling tak menahan. 
Patot kalut nak ajak p Muzium Negara, nak jumpa kawan rupanya... 
"kelompok orang asli" 😂😂

Mana satu kelompoknya.. 
Ada 3 kelompok nie. 

1-negrito (nie yang jenis kerinting lekat dekat rambut tu kot) kikiki

2-senai

3- melayu Proto
Mungkin yang nie kelompok incikSuami.. Hihihi

Kak M pun nak juga. 
Dah hujung2 baru dia nak layan ibu bergambar dengan gaya2 nya.. 
Awal2 masuk tak nak dia layan ibu bergambar. 

Alhamdulillah, selesai entry ke Muzium Negara nie. 
Kalau naik bas Hop off, Hop On pun ada stesen Muzium Negara nie. 
LRT pun ada jugak, tapi tak igt turun stesen mana... 

Next, Muzium mana kita nak terjah??? Hihihi.. 

Till then, see ya