lovvu Dobbu

Monday, November 18, 2024

.: DAH TEBANG POKOK :.

Assalamualaikum

sabtu lepas, nampak dari status whatssap penghuni asrama.

kerja-kerja pemotongan pokok sedang berlaku.

Alhamdulillah, kurang satu ancaman keselamatan dekat penghuni asrama.
diorang yang terkesan, cuma panas je lah nanti.
yang Linda nie fikir, kang bermaca jenis serangga / binatang dapat masuk dalam bilik memasing.
time tu, penyelia asrama jugak yang pening nak panggil pest control mencari binatang tu semua.

asalnya, tulah pokok nya.
dah melebihi bangunan asrama yang 6 tingkat tu.
seram betul linda.

selepas di potong.
kan lapang rasa pemandangan nya..hihihi

saki baki nie belum bersihkan lagi.
harap-harap takde lah kejadian lain pulak yang berlaku.
sebab nya pokok nie ngam2 tebing.

banyak lagi pokok nak gegar kan nie..hahaha
kadang geram, camne lah geng-geng maintenance nie buat kerja.
patot nya pokok nie kena trim sellau, bukannya dah tunggu besar panjang, lepas tu kita suruh trim dia cakap kena bayar...
pokok dah melebihi 5 meter...
ehhh...banyak cantik plak.. hahaha

biasa lah tu kan...
maintenance nie kena kejor, kena ingatkan selalu..
kalau tak, dia pun buat tak tau je.

till then, see ya

 

18 comments:

  1. Bagus juga tebangnya takut2 ada sarang lebah ke apa ke kan. Dekat sangat dengan asrama pokoknya. Kalau jauh sikit tak apa....tapi....disebabkan pokok2 ni la sejuk kawasan UPM tu. Kalau yang beranting besar tu selalunya akan ada maintenance potong tapi tu lah kena suruh potong baru jalan agaknya ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.. Risau sarang lebah.. Risau yang merayap tu.. Eh, mcm2 lah kita risau... Kalau dah potong, memang panas sikit lah.. Tapi, untuk keselamatan kan..
      Iya, selalunya mcm tu, kalau kita tak suruh tak jalan...

      Delete
  2. Pohon besar kalau dekat dengan hunian, seperti perumahan atau asrama, memang mengkhawatirkan Mbak. Jadi baiknya ditebang saja atau dipotong dahan-dahannya yang penjang.

    salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Itulah yang dikhuatir kan... Igtkn di tebang dahannya sedikit.. Rupanya ditebang terus ke bawah

      Delete
  3. Tinggi betul pokok tu.
    Asrama tu memang dekat dengan tebing eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam kawasan berbukit... Tu yang kalau perasan, hujan lebat je.. Nanti ada lah virak kat TT hosp selayang banjir... Hahaha

      Delete
  4. Memang tinggi besar betul pokok tu.
    Elok jugalah ditebang, takut akarnya ikut membesar dan timbul risiko pula sebab dekat sangat dengan bangunan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pokok pun dah setinggi bangunan...naseb takde yang tinggi main building 10 tingkat tu...
      memang apron yang belah2 belakang tu banyak dah rosak...risau betul linda

      Delete
  5. uish..tinggi sgt dah, memang elok ditebang...

    ReplyDelete
  6. Memang patut kena tebang dah kalau macam tu, rapat sungguh dia dengan bangunan kediaman. Pokok² lain ada banyak lagi kat area tu, tak panas situ, InshaAllah 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Bila dah tebang tu, nampak kesan kulat dekat dinding bangunan... Buruk betul pemandangan jadinya.. Hahaha.. Nseb baik projek cat bangunan tengah on

      Delete
  7. Waaah iya, dah tinggi sangaaat 😅😅. Seram memang. Tp plus poinnya menghalangi matahari, JD tak panas sangat. Cuma takut juga kan kalo tiba2 rubuh saat cuaca jelek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Itu yang dirisaukan jugak.. Kerna pokok2 pun sudah umur 20tahun..

      Delete
  8. Memang bagus la di tebang untuk elakkan kejadian yang x diingini kan...

    ReplyDelete
  9. awak mana tau...dorang nak buat hutan simpan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...cukup lah hutan simpan dekat FRIM tu..kat hosp tak payah lah...jadi pape, PIC yang bertanggungjawab

      Delete