lovvu Dobbu

Tuesday, November 19, 2024

.: DEAR HYERI :.

Assalamualaikum

hari nie kita review drama korea Dear Hyeri (12 Episod)

nampak sangat takde modal nak up entry..hihihi

cerita nie berat sikit sebenarnya, sebab berkisarkan dengan emosi dan mental, tapi berjaya ditenangkan dengan watak Hyeri (Shin Hae Sun) yang ceria, tak menyimpan apa-apa perasan negatif. semua perkara yang terjadi, mesti akan ditafsirkan secara positif. Turut memegang watak sebagai Joo Eun Ho, seorang pengacara TV yang akan melakukan apa sahaja untuk menjadi dikenali.

kalau linda tengok, episod pertama dah menarik..Sebab diawal cerita, Eun Ho nie dalam keadaan yang terlalu bahagia, hidup bersama pasangan kekasihnya Jung Hyun Oo (Lee Jin-Uk), yang bekerja bersama-sama di Station TV. di pertengahan cerita, digambarkan mereka telah berpisah, tetapi tetap tidak boleh move on. masing-masing tampak kuat, tapi sebenarnya perasaan cinta itu masih menebal. dan di akhir cerita episod pertama, terus keluar watak Hyeri yang menyukai Kang Ju Yeon (Kang Hoon) dalam diam.

itu yang membuatkan linda rase kena tengok next episod. siapa Hyeri , siapa Eun Ho. Pergolakan dalam emosi dan diri Eun Ho, menyebabkan dia berubah menjadi Hyeri (adiknya yang hilang semasa lawatan sekolah). Perasaan bersalah dalam diri Eun Ho yang mengatakan dia penyebab Hyeri hilang, lalu dia membawakan watak Hyeri dalam diri nya. Dalam dia tak sedar, Hyeri berubah menjadi realiti. di mana, bila Hyeri muncul, Eun Ho tidak mengingati apa yang dilakukan nya.

Watak Hyeri bertambah kuat apabila perasaan Hyeri di sambut oleh Ju Yeon. Keadaan bertambah parah apabila Eun Ho mendengar perkhabaran bahasa bekas kekasih nya Hyun Oo mahu berkahwin. Mendengar berita itu, membuatkan emosi Eun Ho meledak dan terus melarikan diri untuk menenangkan diri.

dari awal lagi linda dah cakap cerita nie bermain dengan emosi, sebab ketiga-tiga watak utama mempunyai sejarah lampau berkaitan emosi masing-masing. yang mana, mereka fikir mereka boleh bertahan tanpa perlu mengungkapkan kesakitan itu.

kan selalu pakar psikologi cakap, kena berkongsi perasaan sedih kita, supaya tak menjadi barah dalam diri kita.Itu lah yang jadi dalam cerita nie.

nak tahu lebih lanjut apa yang jadi? kena tengok lah

sama ada Hyeri atau Eun Ho yang memang. kene tengok sendiri.

till then, see ya

22 comments:

  1. Belum lagi menonton ni. Menarik juga jalan ceritanya.....

    ReplyDelete
  2. best kalau dpt fokus tonton drama heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sebab tu selalu tengok drama yang dah habis je.. Hihihi.. Malam, setel memasak, solat isyak.. Layan 1 episod jap.. Kikiki

      Delete
  3. wah wah ini alur ceritanya mirip kisah percintaan saya dulu, hehehe

    ReplyDelete
  4. Akk prefer movie sbb kalau drama bersiri tu kena follow episode by episode. Malas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu skang layan korea je.. Kikiki.. Sebab episod dia tak banyak pun..sehari 1 episod.. Habis lah..

      Delete
  5. Ohhhh kepribadian ganda ya kak? Sometimes dia menjadi diri sendiri, sometimes menjadi diri adiknya yg hilang ? Menariiik. Saya nak coba baca review lainnya dulu.

    Awalnya saya judulnya Hyeri, yg akan main memang aktris Korea Hyeri šŸ˜. Ternyata bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Tapi, awalnya dia hanya berlakon menjadi adiknya.. Tapi, akhirnya adiknya menjadi real..
      Pada mulanya kak linda tak tertarik nak menonton, tapi kerna udah tidak tahu drama apa mau nonton, cuba lah layan episod satu.. Rupanya seronok.

      Delete
  6. Sekarang kalau layan drama, tengok episod akhir je.. dah tahu ending baru fikir nak tengok dari mula atau tak sebab nanti bila dah tengok, kena tengok sampai habis. Dari jiwa tak sakit, terus jadi sakit kalau dramanya penuh emosi.. kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Gitu pulak.. Mcm linda, ok je kalau org bagi spoiler... Tetap akan tengok jugak... Tapi, ada orang tak suka spoiler... Hihihi...
      Kalau baca buku ye, linda akan baca belakang dulu..

      Delete
  7. macam menarik je, hero dia handsome tak? akak kalau tengok drama korea jenis tengok hero n heroin pastu jalan cerita. Sejenis cepat bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang hoon lah hensem pun...yang lain linda tak berapa kenal..masa mula2 tengok, cam heroin je...berlakon dalam cerita
      Mr Queen , Welcome to Samdal ri, dan banyak lagi lah...

      Delete
  8. Akak memang suka dia ni berlakon...selalu menjiwai watak...cantik pun ye gak

    ReplyDelete
  9. kebetulan sy pn tgh cari kdrama nk dilayan, lama x layan kdrama sejak acah² bz

    ReplyDelete
  10. drama korea last ammi tgk Queen of Tears. Pastu belum muncul lagi seru nak tgk cerita korea. tgh layan drama melayu marathon je kat telegram

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat gak nak habiskan Queen of Tears tu...
      kang tengok Queen of Divorce...

      Delete