lovvu Dobbu

Friday, November 8, 2024

. : KELEBIHAN SOLAT DHUHA :.

 Assalamualaikum 

Untuk tatapan sendiri dan saling mengingati sesama Islam. Insya-Allah 

1 - Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat ~ ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah.

2 - Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat ~ dia daripada orang-orang yang suka beribadat. 

3 - Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat ~ dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut. 

4 - Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat ~ Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat. 

5 - Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat ~ Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.


JOM SOLAT DHUHA ..

Alhamdulillah ♥️

Semoga istiqamah melakukan ibadah, Aamin2.. 

Till then, see ya

17 comments:

  1. Salam JUmaat yang penuh berkah. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. kalau sesapa yg company bg peluang buat solat dhuha ni, ambillah kesempatan... bln semua bos mampu beri peluang mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Linda buat dekat rumah sebelum p tempat kerja.. Tp, pun tak konsisten lg

      Delete