Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label birthdaypost. Show all posts
Showing posts with label birthdaypost. Show all posts

Wednesday, July 29, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY ABANG MUEEZ :.

 Assalamualaikum

-------------------------------------------------------------------------------------------

seawal 4pg
cikpuanLinda bangun buat susu tok abamMu'az..
then bru je berhajat nak smbung tdo blik..
sebab msih awal lg...

4.15pg
alamak...da stat rse contraction...
mule2 nak ignore je...
tp mken kerap dan berkala...
bgun dr tdo...
g toilet..n ad blood sikit...
sempat lg kemas2 beg ap yg patut...
mnum VCO sesudu..

5.00pg
bru otw g hosp sabak bernam...
contraction maken kerap...
nak smpai hosp tetbe terase contraction yg lain macam...
terpk jugak...
xknla cepat sgt jln buka..
sempat telepon incikSuami kte da otw g hosp...

5.30pg 
smpai hosp...
daftar bagai...
nurse cek VE..
terus tnye.. "akak stat sakit kol bpe nie??"
"jln da buka 7-8 cm nie"
i'm speechless...
tp mmg bile contraction tu dtg rse nak meneran je dah...

5.50pg
msuk labour room..
nurse n sister setting ap2 yg patot...
nurse pecahkan air ketuban kt situ...
mmg terase pnas n banjir je..hehehe
dan masih bertenaga..
masih segar...
boleh terase kepala adik beby kt celah2 tut...
dan itu yg membolehkan cikpuanLinda meneran..
sebab dpt rase kepala adik beby..
at last...

6.15pg
adik beby selamat dilahirkan...
alhamdulillah...syukur sebab rase sakit tuh kejap je...
dan mcm biase rase sakit jahit tu lagi sakit dr melahirkan adik beby..
AllahuAkbar... 

throwback 29July2014 @ 2Syawal1435

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mueez Safwan

Ibu doakan yang terbaik buat abang Mueez, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, jangan pernah menyerah kalah, hormat orang tua, rakan², guru² serta orang sekeliling mu. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Aamin.

Till then, see ya.

Friday, May 29, 2026

.: HAPPY BIRTHDAY DEDEK :.

Assalamualaikum.

seriously, linda terlupa birthday dedek hari ni.
bila tengok status wasap incikSuami, baru ingat.. kikiki
tapi, pelik juga incikSuami ingat.
selalunya dia yang lupa.. hahaha

ni gambar bulan lepas.
dapat hadiah untuk acara sukaneka dekat sekolah.

hari rabu dah potong kek birthday.
awal eh, sebab ada lala sekali.
raya haji, kek dekat SR pun habis.
jadi beli dekat BC je, beli 2 biji.
sebab BC kek kecik, dan harga affordable.
rasa pun sedap juga.

selamat hari lahir buat Mukhlis Syahir bin Shahrizal yang ke 8.
semoga menjadi anak soleh, jangan lalai dalam menunaikan solat.
rajin belajar, beradab kepada orang yang lebih tua, guru2 dan rakan2.
semoga menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah.
dan semoga yang baik2 saja untuk mu. aamin.

till then, see ya.

 

Monday, February 2, 2026

.: SELAMAT ULANGTAHUN MAK :.

Assalamualaikum.

Happy Birthday Mak
Selamat ulangtahun yang ke 65
Semoga yang baik² untuk mak, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dilapangkan rezeki nya dan dimudahkan segala urusannya..aamin.

Hari ni memang mak ingat la sampai bila².
Sambut hari lahir dekat Vietnam.hihihi.

Mak,kak mas, Ammar dan adik azam pergi bercuti ke Vietnam.
Memasing dapat bonus banyak.. bercuti lah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”


Till then, see ya.


 

Monday, December 1, 2025

.: MELAWAT ADIK DI SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 2.11.2025 - weyh.. lama dah gambar ni peram dekat draft.
masa tu, mak, kakak dengan adik dekat kampung tido rumah adik dekat Shah Alam.
so, ahad tu kitorang pun gerak dari Selayang lepas abang Mueez habis kelas tambahan UPKK.
terus ke Shah Alam.
linda goreng keropok keping je.

sampai-sampai Shah Alam, hujan lebat.
air naik gak sekejap.
risau masa tu meredah air.
tapi, babyRuz kan tinggi, so ok lah, rasa macam separuh tayar babyRuz gak.
tengok kete rendah dah stop tepi, tak berani nak harung.
meh la belanja sikit gambar hari kejadian tu.

nie mek Meera. takmo ye linda pegang dia.
haisyh, nak dengan kak Mas je.
BTW, hari nie, 01 Disember - birthday Meera.. happy birthday Meera yang ke 3 tahun, moga membesar jadi anak solehah ya.

dengan abang Mu'az.

sebabkan rumah adik ada tangga, senang sikit nak wefie yang semua masuk gambar.
berdiri je kat tangga semua.

dekat bawah pula stau.
dengan kanak-kanak riang.
yang belakang tu dah jadi kanak-kanak purba. hahaha

balik tu, tak hujan dah.
air yang kitaorang redah masa datang tadi pun, dah takde.
magik betul. hahaha

till then, see ya.

Saturday, November 22, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 44 :.

Assalamualaikum 

Minggu bz, tak sempat nak buat poster birthday macam selalu.

Cuma nak wish.

Happy birthday suamiku, semoga yang baik² mengiringi awak, kita dan keluarga kita. Terima kasih atas segalanya..
Kelebihan dan kekurangan sama² kita raikan, yang penting tolak ansur dan tahu tanggungjawab masing².

Hadiah?
Aiseyh, bulan ni pokai dah.
Tunda la lain kali ye.. hahaha.

Masa berkhidmat
Gambar masa berkhidmat

Habis berkhidmat
Gambar selepas berkhidmat.

Seronok lah tu dapat bela misai janggut.

Till then, see ya.

Tuesday, October 21, 2025

.: BIRTHDAY BAPAK :.

Assalamualaikum.

petang semalam, sesi2 potong kek untuk birthday bapak yang jatuh 19 Oktober (hari Ahad).
bapak lahir tahun 1952, jadi tahun nie umur bapak 73 tahun.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bapak dan mak, Aamin
Alhamdulillah, tahun nie rezek bapak dengan mak menunaikan haji, tengok syarat2 yang dikeluarkan oleh Arab Saudi bagi jemaah haji tahun depan, agak ketat.
kalau boleh, memang nak jemaah yang sihat-sihat je.

balik dari Tronoh, singgah rumah Teluk Intan kejap, nak kutip bil Indah Water.
bila ntah nak siapkan pasang lampu kipas dekat rumah tu, setahun dah dia gitu je..kikiki
lepas tu, masuk Lotus Teluk Intan, makan dekat foodcourt situ je.

eh, eh ada kedai roti Harold's.
beli kek kat situ je lah.
roti dengan kek kat sini pun boleh tahan juga.
sedap-sedap.
kalau beli roti, memang nak ambil semua lah rasanya.

linda pilih kek coklat.
lupa dah namanya apa.
RM89 saiz 9"

mak mesti kena teman, nak potong kek.

my Hero aka my first love

semoga bapak sentiasa sihat dan ceria selalu.
terima kasih untuk segala penat lelah bapak membesarkan kami adik beradik.
sampai linda mati pun, tak terbalas segala jasa bapak dengan mak.
jangan pernah berputus asa pada kami adik beradik.

till then, see ya.

Saturday, September 13, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 37 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah pinjamkan lagi usia kepada Linda.
Genap 37, tahun 2025 nie.
Tahun depan?? Tak pasti lagi umur sampai ke tak.
Semoga yang baik² je untuk kita semua.

birthday to me

Semua dah tulis dalam poster.
Apa pun doakan Linda menjadi insan yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.
Amal Makruf nahi mungkar.
InsyaAllah..aamin.

Terima kasih mak bapak dah membesarkan Linda seperti sekarang, semoga Allah balas segala jasa² mak bapak.kurniakan syurga pada mereka..aamin.

Till then, see ya.

P/s - seminggu selepas abang Mu'az lahir, baru lah ibu genap umur.jadi dekat surat beranak, umur ibu muda lagi lah..Kikiki.

Saturday, September 6, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 13 :.

Assalamualaikum.

begitu pantas masa berlalu.
dah 13 tahun umur anak sulung linda.


buat penghuni rahim ibu yang pertama, dengan adanya anak, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuktikan bahwa ibu dan ayah adalah manusia normal yang dapat menyambung zuriat keturunan.
Ini semua adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Anak di datangkan dengan amanah dan tanggungjawab.
Segala apa yang ibu dan ayah usahakan untuk anak-anak, itu lah yang akan ditanya satu persatu di akhirat kelak.
harapan ibu dan ayah, maafkan segala kekurangan dan kekhilafan kami, membesarlah jadi anak soleh yang menyenang hati kami, tumbuh besar lah menjadi orang yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain. tak lupa juga, akhlak yang baik. semoga apa juga yang jalan yang diambil, selagi baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama, insya-Allah ibu dan ayah sentiasa mendukungmu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk mu, Mu'az Syafiq.

till then, see ya.

 

Saturday, August 2, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 9 :.

Assalamualaikum.

Walaupun beza bulan, tapi beza tak sampai 5 hari pun.
Teringat lagi masa tengah hujung² nak bersalin kan kak M, kena cempung abang Mueez yang sado untuk imunisasi 24bulan.
Masa abang Mueez, last imunisasi yang 18bulan, ditukarkan pada 24bulan.
Tapi sekejap je, bila kak M dah keluar, kembali pada asal 18bulan semula.

Eh dah melalut, entry nie untuk Maya Syafiqah binti Shahrizal.
The only girl in the house..


Happy birthday my dear daughter, doa ibu ayah , semoga berada dalam lindungan Allah selalu, diberi kesihatan berpanjangan, rezeki yang luas,akhlak yang mulia dan mempunyai hati yang lembut. Jadilah anak yang kuat, penyayang serta penuh impian. Semoga berjaya dalam pelajaran,kehidupan serta dalam apa jua yang bidang yang diceburi kelak, reda dan doa ibu sentiasa bersama kak M.

Aamin YRA.

Till then, see ya.

Pengalaman bersalin  anak no 3 
>> BACA SINI <<

Tuesday, July 29, 2025

.: SELAMAT ULANG TAHUN KE 11 :.

Assalamualaikum.

happiest day for abang Mueez Safwan.
11 tahun dah berlalu, sekejap je masa nya.
29.07.2014 bersamaan 2 Syawal 1435.
paling igt , sebab lahir pada 2 Syawal.
alhamdulillah, another year yang ibu puasa penuh.


Selamat Ulang Tahun ke 11, semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, semoga tergolong dalam golongan orang yang tidak meninggalkan solat, beriman dan sentiasa dalam rahmat Allah.
insya-Allah, doa dan redha ibu selalu mengiringi Abang Mueez. Aamin

good luck ya UPKK abang Mueez..

macam biasa, meh recall pengalaman bersalin abang Mueez

Till then, see ya.

 

Thursday, May 29, 2025

.: SELAMAT ULANG TAHUN KE 7 :.

Assalamualaikum.

Semoga yang baik2 je untuk Mukhlis Syahir, membesar jadi insan yang bertaqwa, taat perintah dan suruhan Allah, tinggalkan segala larangan Allah.. Allah dahulu, dan Insya-Allah seisi alam pun turut bersama mu... 
Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati kedua ibu bapamu, sentiasa berbaik dengan adik beradik, kaum keluarga serta orang sekelilingmu.. 
Insya-Allah, doa ibu ayah sentiasa mengiringi kehidupanmu.. Aamin2

*ayat cnp je dari birthday post sebelum nie,yg penting ibu ikhlas*


last born in the family.
tapi birthday dia yang pertama di sambut dalam family kami.

LOVE U ALWAYS

till then, see ya.

 

Sunday, February 2, 2025

.: HAPPY BIRTHDAY MAK :.

Assalamualaikum.. 

Aktiviti birthday girl hari nie.. 

Dari pagi bawak ke petang, pergi marhaban. 
Bonda linda yang ada emoji love tu. 

Habis marhaban, singgah menara condong dulu. 


SELAMAT HARI LAHIR MAK. 
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN UNTUK MAK. 


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Till then, see ya. 

Friday, November 22, 2024

.: HAPPY BIRTHDAY, HUSBAND :.

Assalamualaikum


Semoga sihat-sihat selalu, murah rezeki. 
bertambah keimanan seiring bertambahnya usia, dan sebenarnya bertambah pendek waktu kita di dunia ini.
jadi manfaatkanlah sebaik mungkin. Aamin

till then, see ya.

*cerita tahun 2023*

 

Friday, November 1, 2024

.: HAPPY BIRTHDAY TO ME, GIVEAWAY FOR YOU :.

Assalamualaikum

untuk entry pertama bulan November, kita mulakan dengan GA dari blogger Mummy Ayu aka MA


syarat penyertaan mudah je...

1. buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!"
and link balik ke entry ni
2.  tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni
 so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak
3. tu je... 😉
siap!!!

timeframe 10 hari je tau
 1-11 November 2024
GA sempena bulan birthday MA, jadi


happy Becoming Birthday Mummy Ayu
semoga beroleh ketenangan , kebahagian , dimurahkan rezeki , dikurniakan kesihatan selalu..aamin YRA

till then, see ya


 

Friday, September 13, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY TO ME :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, masih diberi merasa nikmat bernafas, kesihatan dan banyak lagi yang Allah berikan. 

Untuk diri sendiri
 
Tengah seterika baju pagi tadi, nampak something menyelit depan tabung bear tu.. 
Alhamdulillah, menjadi jugak.. 
Hadiah daripada incikSuami.. 
Dengan kuasa veto isteri yang mintak daripada bulan lepas... 
Ala, wallet baru je pun.. 
Tak dan buka lagi.. Sebab hari nie ada meeting.. Bizi sikit

Alhamdulillah jugak.. 
Dari izzah, kawan sepejabat yang baru tu.. 
Balik-balik meeting tengok ada atas meja.. 
Bila dia letak tak tau.. 
Sebab sama sama g meeting tadi.. 

Hadiah paling awal yang diterima.. 
Daripada kak mas, dari minggu lepas dah bagi.. 
Tak payah balut, dengan plastik plastik parcel dia bagi dekat Linda
Yeay... 
Boleh lah mengisi masa lapang lepas nie... 
Kat ofis pun ada bawak jugak, buat release tension.. Hihihi.. 

Terima kasih juga buat semua ucapannya... 
Semua pun buat linda terharu.. 
Semoga doa dan ucapan yang baik baik akan berbalik juga pada anda anda semua... 
Insya-Allah... 

Till then, see ya



Tuesday, September 10, 2024

.: SEPTEMBERIAN 😉 :.

Assalamualaikum 

Cerita ahad lepas, 8 sept
Last minit punya plan.. 
Buat makan makan dekat rumah linda.. 
Sempena Septemberian punya birthday.. 😍😍

Happy birthday to us

Abang Mu'az - 6 sept
Mat Iyan - 8 sept
Linda - 13 sept

Okay... Memasing bawak lauk.. 
Linda masak nasi dengan kari ayam
Mak bawak jelatah dari kampung
Esah bawak ayam masak merah

Rezeki lah, jemput jiran depan rumah je.. 
Sebab rumah linda dekat tingkat 5 (atas sekali) dan ada jiran depan tu bujang.. Hihihi

Gambar makanan takde.. 
Layan gambar gambar yang amik bila nak balik je.. 

Bapak, mak, menantu dan cucus

Macam macam ragam
Wide lens esah kabo, tu yang jadi pelik je.. Hahaha

Terima kasih kak mas, sponsor kek.. 
Walaupun masa pergi beli kek tu sakit hati.. Hahaha... 

Scroll balik gambo atas tu.. Kek kitorg togel je... 
Linda cakap lah dengan staf SR tu nak tulis
Dia boleh jawab "tak boleh" dengan tone yang agak kasar lah... 
Terus linda tanya balik "tak boleh??" suara tinggi gak
Baru staff tu rendahkan tone dia "owh, orang yang tulis tulis tu tak datang hari nie" 
Eh, geram pulak.. Org lain tak boleh tulis ke?? 
Naseb lah nak cepat, malas nak pusing pusing cari kek kt tempat lain.. 
Beli je lah

Eh.. Ada lagi gambar depan kamera

Bapak dengan musa, cucu paling muda

And, 1 slice carrot kek.. 
Special untuk my birthday... 
Sedap nya... 
Eh, linda siap dah dapat hadiah dari kak mas... 
Sampai date birthday linda, baru reveal ok.. Hihihi

Alhamdulillah, dapat berkumpul.. 
Padahal nanti cuti hari malaysia, nak balik kampung jugak.. 
Abang Mu'az dan abang Mueez dah request cuti sek nak duduk kampung... Hihihi
Insya-Allah, ad rezeki smpai lah kampung

Till then, see ya

Friday, September 6, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY MU'AZ :.

Assalamualaikum 

HAPPY BIRTHDAY MU'AZ SYAFIQ BIN SHAHRIZAL - 12 TAHUN-

Anak sulung linda, hati tisu, manja dengan maknya, kuat sentap dengan ayahnya, garang dengan adik2 nya,penyanyang dengan adik sepupu nya. 


Ibu tak tahu nak tulis apa... 

Semoga yang baik2 je untuk abang Mu'az, membesar jadi insan yang bertaqwa, taat perintah dan suruhan Allah, tinggalkan segala larangan Allah.. Allah dahulu, dan Insya-Allah seisi alam pun turut bersama mu... 
Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati kedua ibu bapamu, sentiasa berbaik dengan adik beradik, kaum keluarga serta orang sekelilingmu.. 
Insya-Allah, doa ibu ayah sentiasa mengiringi kehidupanmu.. Aamin2 

Rasa macam baru je abang Mu'az lahir, tanpa incikSuami di sisi... 
Takde rezeki kan, nie katenya soh bersalin lagi, kalau nak ada incikSuami di sisi... Hahaha... Idak ler.. 
Cukup lah 4 orang penawar tu... 

Till then, see ya

 

Friday, August 2, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY MAYA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah pada 02/08/2016 yang lalu
lahir lah seorang anak perempuan selepas 2 orang anak lelaki

-happy birthday Maya Syafiqah binti Shahrizal-

semoga sentiasa dalam Rahmat dan lindungan Allah SWT,
semoga menjadi ank solehah ,
semoga membesar menjadi manusia yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain,
semoga berjaya di dunia dan akhirat,
semoga yang baik-baik untuk Maya Safiqah binti Shahrizal, Aamin

gelap beno gambar nya..hihihi
dekat taman tasik hari tu, tak dan lagi nak up cerita

masa nie tahun 2021
baru lepas-lepas PKP, meronda taman buaya

baru balik dari rumah cikAmy, pengasuh dekat Melaka dulu

time PJJ dengan ibu
ayah layan je nak apa..

PKP 2021, belajar dekat rumah
hanta gambar sempena bulan Kemerdekaan

Alhamdulillah, dah 8 tahun umur kak M
macam-macam perangai keluar..
bergaduh dengan abang-abang dan adik tu biasa
perangai tak sopan santun sangat macam anak dara lain, sebab kena kuat nak lawan 3beradik lelaki...😂😂

apa pun, ibu ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak 
semua pun inu ayah sayang, smapai Syurga..insya-Allah

till then, see ya