Assalamualaikum
semalam, bukan setakat linda je amik cuti...
anak 4 pun dicutikan dari sekolah juga.
kami ke Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), di Sungai Buloh.
buat apa kat sana??
menghadiri majlis Graduasi incikSuami yang dah tamat latihan sijil, selama 9 bulan di PERHEBAT.
Alhamdulillah
layanlah gambar ye
simpan sebagai kenangan
tak sangka pulak dapat pakai selempang Pelatih Terbaik untuk kursus yang incikSuami ambil
kursus Spa Kenderaan.
ambil gambar lagi buat kenangan
berdua pulak
nie gambar-gambar sebelum mula majlis.
linda tak ikot masuk dewan, sebab anak 4 tak boleh masuk kan.
jadi kita duduk lah dekat dewan sebelah.
ingatkan semata-mata ada buat live nanti.
rupanya team pentadbiran PERHEBAT dah sediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak.
memang balik tak bawak tangan kosong lah.
linda compile je sini gambar aktiviti yang di jalankan.
ada chicken dance, mewarna, melakar, bina binaan.
cabutan bertuah pun ada.
nie antara hadiah yang anak-anak linda dapat.
abang Mu'az dapat 2 hadiah
abang Mueez dapat 5 hadiah
kak M dapat 2 hadiah
dedek tak bertuah, no cabutan tak disebut.
lepas tu aktiviti untuk umur dedek ada mewarna je, yang tu dedek tak nak masuk .
jadi tak dapat la hadiah.
yang bunga matahari kait tu, linda belikan untuk incikSuami.
nak beli bouquet , macam kedekut duit. hahaha
baik lah duit tu buat beli makanan.
pukul 10 pagi baru lah aktiviti penyampaian sijil berlansung.
terlepas nak tengok incikSuami ambil sijil dalam live, sebab tengah kalut anak-anak nak makan pulak.
dah la incikSuami orang pertama yang ambil sijil dalam semua pelatih yang terima sijil semalam tu.
memang terlepas bas lah.
nanti kita tengok lah rakaman dekat youtube.
keluar awal sikit dari dewan.
ambil gambar anak 4 nie.
buat kenangan.
bergambar dengan ayah pulak.
selfie-selfie dalam dewan.
bergambar satu family dalam dewan.
tak pakai baju proper sangat, jadi macam tak best je nak ambik gambar yang studio punya.
so, ambil gambar yang nie je lah, buat kenangan.
at least ada juga gambar family beserta incikSuami yang pakai jubah convo tu.
ada buat video jugak.
untuk kenangan kan.
Alhamdulillah, selesai dah tugasan terakhir sebagai anggota tentera.
tunggu 21hb nanti ke MINDEF pula untuk ambil IC awam.
21.12.2024 pula, tamatlah secara rasmi servis dalam perkhidmatan awam.
lepas nie , masuk VETERAN pulak lah.
till then, see ya
selamat maju jaya en.suami linda...
ReplyDeletebagusnya ada aktiviti untuk anak2, tak ada la yang meragam bosan menunggu kan
Terima kasih sis afzan..
DeleteTulah, takde lah meragam anak2. Sambil2 tu diorang selang seli kan juga dengan cerita animasi boboboi.. Upin ipin.. Baguslah..
Tahniah untuk suami dan Linda sekeluarga.
ReplyDeleteNampak seronok pula anak-anak tu.
Terima kasih kak Amie..
DeleteSeronok lah tak pergi sekolah... Hahaha
Alhamdulillah Tahniah buat encik suami dah graduate !!
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terima kasih ya...
Deletehappy graduation for suami Linda...tahniah...seronok anak- anak ye..
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih SA...seronok lah tak pergi sekolah .. hahaha
DeleteAlhamdulilah rezeki dapat pelatih terbaik ni Linda. Mesti En suami Linda ni sangat komited. Tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteDari segi yang linda nampak, komited jugak lah.. Hihihi...
Terima kasih kak..
tahniah utk husband linda siap dpt pelatih terbaik ye
ReplyDeletealhamdulillah...terima kasih MT...tu lah rezeki dia di akhir servis tu..kenangan lah untuk incikSuami
Deletewahhhh tahniah syabbas mabruuk congratsss
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terima kasih MZ
DeleteTahniah buat suami Linda.
ReplyDeleteBunga kait tu trending kot sebab akak ada nampak post kawan buat sendiri bouquet kait untuk graduasi siap patung kait. Pasti yang tu mahal lah kot kalau dijual sebab bouquet.
A ah.. Memang byk bunga kait, bunga fresh, dengan bunga kawat tu.. Yg tu pun tgh in sekrg... Pndai ken akak mengait
DeleteTahniah untuk suami kakak. Semoga setelah menjadi warga sipil, banyak dipermudah semuanya.
ReplyDeleteBanyak jugaa hadiah yg anak2 dapat nih 😄👍
Alhamdulillah... Terima kasih fanny... Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan.. Anak2 pun masih kecil lagi.. Hihihi
DeleteItulah, boleh kata kan semua kanak2 tidak pulang tangan kosong lah.
ammi kalau tengok gambar convo masa degree, sendiri tengok sendiri malu. macam tong dram sizenya
ReplyDeleteammi nie tipu nie...
Delete