lovvu Dobbu

Friday, November 8, 2024

.: JALAN JALAN JAPAN @ LOTUSS RAWANG :.

Assalamualaikum

baru lah sempat nak mengarang haa.
27.10.2024 lepas, pergi lah Jalan-jalan Japan dekat Lotuss Rawang
kalut lah kids nak menengok/menyelam beyblade dalam tu.
musim nya kembali pulak dah

ada barang baru sampai.

depan pintu masuk 
ada susunan terompah dan kimono jacket.
lama tak nampak terompah.

anak-anak dah melilau dalam tu.
linda pun cuci mata lah.
banyak pulak patung-patung jepun nie.
comel, cute je tengok.
ada harga mampu milik, dan ada yang lebih rm100 jugak.

linda share gambar yang linda snap.



RM80 sekali dengan box nie kot.
kaca dan frame kayu.
berat jugak.

cantik betul.
linda teringin nak pakai baju kimono yang betul2 macam nie.
jalan kene langkah kecik-kecik, tapi laju.

nie dah versi mak-mak.
sebab chubby sikit.. hahaha

dok gugel, rupanya anak-anak patung nie, ada keraian dia


boleh tekan link atas tu untuk details

eh, eh...jumpa tak beyblade tu??
ada, tapi tak banyak dah.
abang Mueez je beli beyblade, abang Mu'az beli kete stainless steel tu,
dedek pun sama, kak M menyelam dekat lautan keychain.

keluar je dari Jalan-jalan Jepun.

kak M terus tanya "ibu, kita takde makan-makan ke?"
ibu jawab lah "tadi kan dah kata cuci mata je, lepas tu balik lah"
kak M cakap "kakak lapar nie"

emmm, padahal linda dah siap masak nasi dekat rumah.
biasa lah anak-anak nie kan.
ok lah, ibu belanja makan dekat foodcourt je lah.


muka orang lapar lah sangat kononya.
naseb baik makan nasi ayam habis.
kalau tak, ibu jadi singa. hahaha

till then, see ya

26 comments:

  1. Replies
    1. Seronok.. Mcm2 ada... Trampolin pun ada.. Hihihi

      Delete
  2. Comelnya budak-budak ni.... ibu tak jadilah nak jadi singa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Adoi..
      Kalau makan tak habis, comel ke tak, tolak tepi.. Kita bebel dulu..

      Delete
  3. Wahhh..Dah lama x pegi JJJ...Kami pegi JJJ kalo nk cari bahan2 prop je..Kalo xde nk buat costume jarang masuk JJJ...Bahaya...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu.. Sambil menulis entry nie.. Baru terfikir, boleh try menyelam dekat sini, sambutan hari kanak2 dekat sekolah tema animasi.. Tp, tulah.. Mak nye bukan kreatif sgt.. Tak tahu lah nak buat cmne

      Delete
  4. mujur Linda tak beli doll tu, takut mlm2 dia hidup je naya hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dana.. Linda hampir je nak beli.. Tapi, fikir waras.. Nak buat apa lah doll tu... Hahaha...

      Delete
  5. Jalan2 penat, lapar lah sikit 😄 comel doll2 tu

    ReplyDelete
  6. seronok la anak2 bila ada event mcm ni. Teringat masa anak2 kecil dulu selalu gak bawa ke mall. bila mrka dah besar skrg, mrka pi sendiri dgn kwn2. Maklum la dah ada lesen kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Kecik nak la ngikut je mak pak dia..
      Dah besar, masing2 ralit dengan phone lah, kawan2 lah..

      Delete
  7. Kat Seremban pun ada jalan-jalan Japan...tp akak x suka masuk...bundle kat PD biasa masuk...anak2 kan..kalau keluar kita cakap jalan and beli brg je...xde maknanya...ada je akal diorang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Masuk JJJ tu pun, anak2 lah suka.. Banyak mainan dalam tu..

      Delete
  8. my boys pun suka gi jln2 japan ni yg kat dlm M3Mall taman melati..biasanya dia org usha2 toys laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu lah yang diusha... Mainan.. Hihihi..

      Delete
  9. JJJ ni kalau belek2 boleh jumpa barang best. Patung tu cantik, cukup sifatnya....kalau pakai kimono kena jln slow2 je.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Kena menyelam, bru jumpa barang best..
      Pakai kimono memang kena jalan slow2..

      Delete
  10. Dekat rumah uncle pun ada satu JJJ ni... best jugak layan

    ReplyDelete
  11. patung2 ni kat jepun diperbuat drpd kertas. tp harga fuhhh bleh bli tix flight🤣

    ReplyDelete
  12. Jauh tu berjalan sampai ke Jepun ahak!
    Anak² camtu la kan... Bawa jalan² mall mesti minta makan hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tu yang seram nak bawak berjalan kalau duit ngam2 je... Jadi, dok rumah je lah...

      Delete
  13. Nasib baik anak dara kat ai jauh.. kalau tak, merengek dah ni.. hehehe..

    ReplyDelete