Assalamualaikum
Nie cerita rabu lepas..
Kan hanta MIL dekat KLIA untuk pergi umrah..
Siang rabu tu, Linda memang ambil cuti lah..
Salah satu niatnya nak jelajah Selangor...
Ewahhh.. ๐๐
Jadi, hari rabu tu Linda turun padang untuk menghantar borang pendaftaran keahlian kesatuan pada penyelia asrama yang baru lapor diri pada Isnin, 15.07.2024.
1 - ILKKM SUNGAI BULOH
Bukti bergambar harus diambil
Jadi, kita share dalam group Besar dan AJK
Dekat ILKKM biasa, memang ramai penyelia asrama..
Sebab banyak blok nak kena jaga..
Macam dekat ILKKM Sg Buloh nie, ad 8 blok, 5 tingkat (bilik dalam 100++ untuk satu blok) untuk di jaga..
Langkah kanan orang kata
Datang hanta borang sambil berkenalan, dapat jamu selera sekali..
Alhamdulillah...
Kemeriahan bila duduk beramai-ramai nie, bab makan, tak payah runsing..hihihi
2- HOSPITAL SUNGAI BULOH
Bersebelahan je dengan Ilkkm Sg Buloh
Tapi, jalan jalan kaki, lecak jugak lah ketiak.. Hihihi..
Yang gegirl 2 orang sebelah linda tu penyelia asrama baru..
Yang berseluar tu intake bulan Feb hari tu
Yang berbaju kurung intake Julai, 15.07.2024
Alhamdulillah, selama nie berwasap je dengan diorang..
Hari dapat bertemu muka..
Tak cukup masa nak menyembang semua hal...
Ada rezeki, kita jumpa lagi lah...
Petang pulak, linda ke destinasi terakhir
3- INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)
Dekat sini lagi mantap
Bangunan baru kan..
Memang semua, lawa lah..
Masuk kawasannya pun kita rasa gah..
Dulu NIH nie dekat Bangsar kalau tak silap Linda.
Sebab Linda igt lagi pergi exam Skim penyelia asrama(syarat pengesahan jawatan) dekat Bangsar..
Nie barisan penyelia asrama NIH..
Yang lelaki dua orang belakang tu, intake baru
Ada lagi sorang penyelia asrama NIH tiada dalam gambar, sebab duduk di pejabat yang lain..
Alhamdulillah, selesai proses pengagihan borang..
Semoga intake baru terbuka hati untuk mendaftar sebagai ahli kesatuan, dan dapat menaikkan lagi martabat penyelia asrama KKM @ geng baju pink ๐๐
Last but not least
Penyelia asrama baru HOSPITAL SELAYANG...
Yeay, linda dah ada kawan dekat pejabat..
Dah boleh proceed next step, isi borang tukar.... Hihihi..
Semua yang kenal, nampak je Linda, terus tanya "eh, ko nak tukar ke? Dah ada penyelia asrama baru". ๐๐
Insya-Allah, dalam masa setahun dua nie, muka Linda masih di Hospital Selayang...
Kena start semula riki2 tempat kosong, sebab semua kekosongan dah di isi dengan intake baru..
Tahun 2024 nie, 3x intake penyelia asrama masuk...
Jadi, kena bersabar dahulu...
Till then, see ya
P/s - ada lagi beberapa hospital yang belum pergi, harap2 ada kesempatan untuk berjumpa... Kena datang hari kerja, baru boleh jumpa..