Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label menang. Show all posts
Showing posts with label menang. Show all posts

Thursday, August 13, 2026

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG SURIA AMANDA :.

Assalamualaikum.

awal bulan hari tu, macam biasa lah.
ramai blogger yang umumkan pemenang untuk tp komentator bulan Julai.

linda pun mcm biasa je, BW la dari satu blog ke satu blog.
sampai dekat blog kak SA, wahhh.
rezeki linda terpilih jadi pemenang top komentator bulan Julai bagi blog kak SA.
Alhamdulillah, rezeki kan. tak sangka jga.
sebab tak kira pun komen.
komen je la mana yang mampu.. hihihi

pemenang top komentator
screenshot dari blog kak SA

kalau ikutkan. ni kali ketiga linda dapat jadi pemenang top lomentator dekat blog SA
yang PERTAMA
yang KEDUA

hari Selasa kak SA emel linda beritahu seller dah poskan hadiah.
esoknya, Rabu sampai lah hadiahnya. Alhamdulilah

dapat 2 helai tudung brand Shawl Publika
satu warna hitam, satu warna coklat

balik kerja semalam, memang turn basuh baju.
basuh terus dua dua tudung.
pagi-pagi, ambil satu tudung, terus rasmi pakai pergi kerja.
ciwi tau.. hahaha

jadi OOTD sikit dengan tudung baru hadiah top komentator bulan Julai blog SA.

terima kasih buat kak SA, moga dimurahkan rezeki dan selalu dapat traffic light hijau masa OTW pergi dan balik kerja, aamin.

till then, see ya.

Sunday, April 19, 2026

.: MERENTAS DESA :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 17.04.2026 - aktiviti merentas desa.
Kawasan luar bandar, lari la sekeliling sekolah.. hihi.

Rezeki abang Mueez, dapat tempat yang melayakkan untuk terima pingat.

Cuma tulis kedudukan terbaik je.
Tak tau lah nombor berapa yang sampai dulu.

Seronok la tu, menambah piala.
Masa dekat Selayang. Tak berjaya nak dapat medal. Ibu yang berjaya. Hihi.

Kak M tak dapat piala. Dia salahkan kasut sukan.
Tahun depan, nak kasut macam abang Mueez katanya.

Till then, see ya.

Thursday, January 15, 2026

.: HADIAH GA BAJU RAYA LACE BY KAK NOTIE :.

 Assalamualaikum.

Rasanya semua sedia maklum blogger kak Notie rajin buat giveaway.
baru-baru ni, kak Notie buat GA baju raya lace.
awal pagi tu linda dah tengok, tapi takde butang komen.
dah dok buat2 kerja, tak ingat dah la.

dah petang, hampir nak waktu balik, baru teringat.
singgah lagi blog kak Notie, tengok dah ada pemenang ke 9.
kita cuba je lah, mana tahu rezeki.
rupanya memang rezeki tak salah alamat.
pemenang ke 10 nama linda, Alhamdulillah.
senarai pemenang GA baju raya lace 

Hadiah GA
alhamdulillah, hari rabu semalam.
dah sampai parcel nya.

GA Baju Raya
linda dapat warna pink ke peach ke. Gitulah
comel je.
tak tau nak buat baju apa.
nanti nak suruh mak je lah jahitkan. hihihi.
buat tambah2 baju raya.

apa pun, terima kasih banyak kak Notie.
semoga Allah permudahkan urusan akak, dimurah kan rezeki selalu, tercapai hajat nak pergi tempat yang macam Avatar tu. aamin
mana tahu ada rezeki untuk GA cenderamata pula.. hihihi

till then, see ya.

Friday, December 19, 2025

.: REZEKI MENANG TOP KOMENTATOR :.

Assalamualaikum..

sambil-sambil tunggu masa nak rehat nie.
kerja pejabat pun dah siap..
permohonan menduduki asrama pun dah siap proses.
rehearsal koir pun dah selesai.
baru la boleh BW dan balas komen kawan2 blogger.

sampai lah kita BW dekat blog ShikinRazali.
sekali harung blogger Shikin kita umumkan.
sampailah bulan Disember.

waa.. terkejut kita nampak nama sendiri tau.

Alhamdulillah, rezeki hujung tahun, boleh kira hadiah anniversary la nie.
termasuk yang nie, kali ke2 linda terpilih jadi top komentator di blog Shikin (eh, bulan 12 juga).
terima kasih banyak2 tuan tanah, semoga dimurahkan rezeki selalu.

till then, see ya.

Sunday, September 28, 2025

.: PEMENANG GV PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Sebenarnya Linda pun sama macam orang lain, ingatkan lambat lagi nak dapat 200,000 PV.
Jadi buat sambil lewa je lah.
Tak assume ada orang nak contact kita.
Sekali, tengah nak layan mata (penat hari sukan semalam), tiba²....

Menang PV
Dapat pemenang uTama kita.
Ngam capture 200,000

Tahniah blogger Mama Tisya aka Kak Amy.

Dan, Linda dah cakap nak pilih 2 pemenang kan?
Jadi, pemenang kedua kita yang paling hampir dengan 200,000 ialah ......

Menang PV 1
Dengan tangkapan PV 200,005.
Lebih 5, tapi orang kedua yang paling hampir dengan PV 200,000.

Blogger kak NA kita.

Tahniah Linda ucapkan pada kedua dua pemenang.
Terima kasih banyak² juga pada blogger dan readers lain yang tak henti² support.
Mai BW blog Linda hari²..
Terima kasih banyak².

Doakan segala GA tak terhenti di sini.
Mana tahu ada rezeki nak buat GA saham akhirat macam kak Notie kita juga.

Till then, see ya.

Tuesday, April 29, 2025

.: MERENTAS DESA SKSJ :.

Assalamualaikum 

Cerita sabtu lepas. 
Merentas desa SKSJ, bertempat di Taman Botani FRIM,Kepong.

Kaunter pendaftaran. 
Ada kategori ibu bapa, alumni juga. 
KM sama je dengan anak2, 5KM.
2 round. 
Linda join juga. 
Bayaran walk in RM10, untuk pendaftaran awal RM20. 

Eh, cikgu shima (cikgu tadika dedek), tudung biru. 
CikSuzi (parents yang aktif dekat tadika dedek). 
Cikgu shima ada anak juga, cikSuzi teman cikgu shima.. Hihihi. 

Jumpa juga muka2 yang dikenali dekat hosp. 

Bukti selesai 2 round. Ada gelang getah 2 utas. 
Rezeki, dapat juga medal.
No terakhir yang dapat hadiah, no 1-15 dapat medal. 

Sekeping dengan abang Mueez. 
Ibu yang berlepas dulu, dia yang sampai dulu. 
Semput ibu nak habiskan, walaupun 5km je. 
Nampak sangat lama tak briskwalk. 

Habis acara, balik rumah. 
Mandi mandi, makan dekat foodcourt lotus Rawang. 
Terus shoot balik kampung. 
Bapak dengan mak buat jamuan raya, sekali yasinan, doa selamat sikit2 sempena nak ke Tanah Suci. 

Tengah2 ipar mak. 
Hujung kiri kanan sepupu. 
Mak dengan kakak nya. 

Alhamdulillah, semua ada.. 
Sempat jumpa pakcik, makcik yang lama tak jumpa. 
Dan macam biasalah, seorang Linda yang lupa nak bergambar. 

Till then, see ya. 

Friday, December 27, 2024

. : DONE RECEIVED :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, semalam pemenang GA dah terima hadiah yang tak seberapa dari Linda.. 

Blogger fairus

Blogger ammi

Blogger SA

Tinggal blogger Syuhada je.. 
Belum bagi feedback lagi. 
Cepat ya, hadiah boleh redeem sampai 31.12.2024 ja.. 

Maaf ya para pemenang, kali nie linda guna template sedia ada je.. 
Sebab laptop dah shut down terus.. 
Kena kumpul duit beli yang baru lah nampaknya.. 
Yelah, laptop tu pun dah lenjan lebih 10tahun..😂😂

Till then, see ya

Wednesday, December 18, 2024

.: PEMENANG GA 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum...

hari nie 18hb, so aci dah la nak umum pemenang GA 13th Anniversarry by Linda kan??
hihihi

so, senarai peserta kita..
ada 13 orang calon nya...
tapiii... linda masukkan 12 nama je..

sebab 1 nama tu..
pemenang bertuah.
linda pilih tanpa perlu melalui undian..
sebab entry beliau betul-betul menusuk hati...terharu linda baca..
siap soalan tau...

soalan dia.. 4M tak nak adik ke??
meh linda jawab kat sini

abang Mu'az - dia siap nak sedekah adik-adik dia dekat orang yang nak
abang Mueez - dia neutral, ada ke takde, sama je
kak M - dia memang selalu je mintak adik, sebab nak adik pompuan, dia igt ibu dia boleh pilih jantina siap-siap kot
dedek - walaupun nampak macam dia ok, tapi dia tak bagi. alasan dia "nanti ibu dah tak sayang adik, asyik syg baby je"

so, menang kepada takde adik baru.. hahaha

Pemenang bertuah GA linda, jatuh kepada AMMI 🎉🎉 tahniah

jadi , linda berbesar hati untuk memilih lagi 3 pemenang bertuah yang lain.

kak Suria Amanda 🎉🎉



tahniah kepada semua pemenang-pemenang
emel kan pada linda di alamat maslindamiswan@gmail.com butir-butir peribadi ye
tajuk emel - 13TH anniversary

disebabkan linda tokey kalendar...
so, linda nak bagi hadiah personalised kalendar untuk pemenang
jadi, kalau tak keberatan, masa hanta emel tu..
sertakan 15 keping gambar ya untuk di letakkan di kalendar masing-masing
(nak redeem hadiah sehingga 31.12.2024 ya)

terima kasih tak terhingga kepada yang lain..
ada rezeki linda buat GA lagi.
terima kasih juga untuk ucapan dan doa bloggers sekalian..
semoga yang baik2 je untuk kita semua..aamin

till then, see ya

Tuesday, November 12, 2024

.: HADIAH JOIN SEGMEN BLOG THISNI3ZA :.

Asslamualaikum

Alhamdulillah, petang semalam dah mendarat hadiah segmen refresh bloglist blogger Nieza..

terima kasih banyak-banyak, semoga dimurahkan rezeki sis Nieza.
masa diumumkan terpilih sebagai salah seorang pemenang tu, sis Nieza ada bagi pilihan , nak hadiah on the spot @ nak tunggu ole-ole dari company trip nya.
dengan muka tak malu, linda pilih ole-ole dari company trip lah.
lambert pun takpe, janji ole-ole dari company trip..hihihi

so, semua blogger pun sedia maklum rasenya.
sis Nieza baru balik dari company trip ke Vietnam.
naseb baik jodoh linda dengan orang lain, kalau tak, duduk kat vietnam dah rasenya sekarang nie...hihihi.

jadi, jom usha sikit apa yang ada dalam parcel...

comel beg nie.
lepas juga buat isi telekung sepasang.
beg nie pun ada zip , so selamat lah sikit.
dekat bahagian dalam pun ada compartment berzip satu.
jadi, boleh jugak nak simpan-simpan barang.

lepas tu dapat dua jenis mask muka.
bila nak healing-healing pakai nie ye..hihihi

ada juga coin purse nie.
memang gambar perempuan vietnam nie, gambar bahagian belakang je ye??
hihihi

last sekali, ada candies juga.
rasa nya macam kacang tumbok pulak.
tapi. versi lembut sikit.
dah try makan satu, boleh diterima tekak, tak manis sangat.

Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak ya sis Nieza.
dapat ole-oleh dari Vietnam

till then, see ya

Friday, July 19, 2024

.: REZEKI MENANG HADIAH :.

 Assalamualaikum

hari nie hari jumaat, baru sempat nak BW
eh eh...bz nye sepanjang minggu...

ingat tak yang linda ada join Segmen refresh Bloglist
   Alhamdulillah blog linda terpilih
lepas tu kan...
sis Nieza siap nak bagi token untuk 3 blogger terpilih...

-punye lah malas kan, screenshot gini je-

sekali lagi Alhamdulillah...
rezeki blog Linda terpilih lagi..
Allahuakbar, nikmat apa lagi yang kita dustakan

sisNieza ada nak pergi company trip
lokasi, masih rahsia lagi...
jadi, sisNieza bagi pemenang buat pilihan, nak token selepas company trip, atau sekarang
boleh memilih, haruslah kita pilih kan

Domo-domo arigatou sisNieza, semoga murah rezeki selalu..Aamin

till then, see ya

Friday, July 5, 2024

.: HADIAH GA BLOG ASYIQIN :.

Assalamualaikum

hari tu kan ada ramai-ramai join GA blogger asyiqin 
keputusan dah keluar dekat SINI
linda lupa nak update dekat blog

tau -tau hadiah sampai

hadiah sampai petang semalam
Alhamdulillah..terima kasih berkongsi rezeki sis Asyiqin, semoga murah rezeki selalu

pagi nie baru kita bukak

comel je
dapat plush toy, boleh kenyet2 dia dekat opis
ada brooch sekotak, ok nie penting untuk perempuan
dapat jugak sehelai tudung bawal turki 💕💕
serta sekeping kad ucapan, kena simpan elok-elok nie..kenangan

gigih kan nak mencuba jugak tudung nya
sebab nak tunjuk corak tu
cantik, warna hitam...
tambah lagi koleksi tudung kita 😍😍

Alhamdulillah, rezeki menang GA lagi
terima kasih banyak sis Asyiqin ❤️❤️
tahniah juga pada pemenang yang lain...
masuk dalam blogslist sis Asyiqin

till then, see ya

Saturday, May 11, 2024

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG SURIA AMANDA :.

Assalamualaikum

petang tadi tengah santai-santai, dapat wasap dari JnT.
katanya ada parcel dah sampai
jadi, turun bawah, collect parcel lah

Alhamdulillah, dah sampai hadiah dari SINI
menang top komentator blog kak SA
kalau ikot nie kali kedua dapat menang top komentator dekat blog kak SA
tak sangka betul, rezeki kan..

kids tanya ibu beli apa
ibu kabo lah, ibu dapat hadiah

jom kita unboxing

buka je kotak, dah nampak kaler pink

eh, ada 2 set untuk telinga dia
boleh pilih nak pakai mana satu

TARA

dah siap pasang dengan bantuan incikSuami
saja lah nak manjah-manjah...hahaha
Linda pilih nak pakai telinga warna putih

bahagian dalam periuk
besar periuk nie
kalau masak nasi 4 pot pun lepas nie

lawa warna pink

Alhamdulillah, terima kasih kak SA.
bertambah la koleksi periuk kat rumah nie
semoga murah rezeki kak SA, dipermudahkan segala urusan dan sihat-sihat selalu, Aamin

rezeki tak di duga nie
eh, kira hadiah mother's day lah nie...hihihi

till then, see ya

Friday, May 3, 2024

.: REZEKI MENANG TOP KOMENTATOR 3 :.

Assalamualaikum

semalam dah baca entry kak SA dekat SINI
tapi tak sempat nak up entry


Alhamdulillah, listed lagi dekat top komentator

Alhamdulillah, rezeki terpilih sekali lagi untuk menang top komentator blog SA
terima kasih kak SA...
semoga murah rezeki selalu, Aamin
semoga cepat2 sembuh juga taw...

nanti linda emel details naa
domo2 arigatou..

till then, see ya

Monday, March 4, 2024

.: HADIAH GA BLOG SR :.

Assalamualaikum

semalam, baru sampai Selayang dari kampung
jadi kita collect parcel dekat meja guard bawah tu

terselit parcel hadiah menang grandprize GA blogger SR
eksaited, tapi mmg SR dah wassap awal pasal hadiahnya

Alhamdulillah, dapat perfume, jenama Ellianto
igt lagi beli barang mekap dia buat hantaran kawen
last2 expired gitu jaaa
hahha

Linda tak buka lagi, sebab yang tgh pakai ad lagi half botol
so, kita tak tau bau dia mcm mana

terima kasih daun keladi SR,
ada rezeki boleh buat GA lagi... ❤️❤️

semoga SR dimurahkan rezeki, dan berjaya habiskan PHD dengan jayanya, Aamin

till then, see ya

 

Monday, January 29, 2024

.: MENANG GA BY SYAZNI RAHIM :.

 Assalamualaikum

hari nie baru sempat nak up keputusan pemenang GA by SR
Alhamdulillah, kerana penyertaan yang memberangsangkan
daripada 3 hadiah yang SR nak bagi, melarat2 jadi 10 hadiah
terima kasih SR.. semoga murah rezeki ya

nak dijadikan cerita
rezeki Linda dapat hadiah grand prize no 


Alhamdulillah
rezeki awal tahun
dapat minyak wangi dari SR

tahniah di ucapkan kepada semua pemenang
Domo2 Arigatou SR ❤️❤️

till then, see ya

p/s - kang hadiah sampai kita up plak entri lain ya...

Friday, December 29, 2023

. : HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG SURIA AMANDA :.

Assalamualaikum 

Hari nie dah balik Selayang...
Sebab anak sulung, abg Mu'az ad xtra kelas tambahan utk UPKK.. 

Lagi bape hari je.. 
Ibu is nervous.
Anak rileks je mcm xd apa2... Haisyhh

Eh.. Tujuan asal nya... 
Yeayyy... 
Hadiah pemenang top komentator dari sis Suria Amanda udah sampei.. 
Sampai dr semalam lg, tp hr nie baru balik sarang.. Kikiki


Tadaaa... 
Dah bukak plastik parcelnya... 
Comel plak beg kertasnya

Siap ad note lagi.. 
Package keychain Cameron Highlands lg tu.. 
Anak siap tanya lagi.. 
"kenapa kita x jumpa kawan ibu kt cameron?" 😂😂

Comel je hadiah dari SA nie.. 

Tabung utk coins nie sesuai..
Tp kenapa ada 3 lubang ya?? 
Rupa rupanya..... 

Boleh pecah tiga... Hihihi
Anak2 plak dah memilih2.. 
Sorang nk kepala.. 
Sorang nk badan.. 
Sorang nk kaki.. 
Sibuk je hadiah ibu.. 🙄🙄🙄

Domo arigatou SA ❤️❤️
Semoga dimurahkan rezeki lagi ya.. Aamin2x

Till then, see ya

Friday, December 15, 2023

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG JURNAL SHIKIN :.

Assalammualaikum...

hari tu cikpuanLinda menang top komentator blog Jurnal Shikin

Alhamdulillah, hadiah yang dikirimkan dah smpai ptg tadi
dapat planner 2023 n 2024

domo2 arigatou ❤️❤️

lawa betul planner nie
cuteness overload 😍😍
apa nak tulis pun x taw nie...hihihi
sebab cikpuanLinda nie jenis xd plan, main redah je...😂😂

siap dapat planning chart lagi
mana nak tampal nie

nie contoh dalam planner book tu cmne
comel sangat kan

😍😍😍

dapat jugak penanda buku dan kalendar poket
boleh letak dalam dompet

kalau tgok dari hadiah2 nie, rsenya sis shikin mmg buat bisnes nie
boleh search @coolplanner dekat akaun tiktok ya
sapa2 yang ad tiktok tu

mesti ada mcm2 lagi design yang menarik
kot belum ad planner utk 2024, boleh beli situ

lagi sekali, terima kasih ya sis Shikin for the gift

till then, see ya