lovvu Dobbu

Sunday, July 21, 2024

. : MENYAMBUNG SILATURRAHIM :.

Assalamualaikum 

Nie cerita rabu lepas.. 
Kan hanta MIL dekat KLIA untuk pergi umrah.. 
Siang rabu tu, Linda memang ambil cuti lah.. 
Salah satu niatnya nak jelajah Selangor... 
Ewahhh.. 😂😂

Atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan, selaku AJK zon Kesatuan Penyelia Asrama... 
Jadi, hari rabu tu Linda turun padang untuk menghantar borang pendaftaran keahlian kesatuan pada penyelia asrama yang baru lapor diri pada Isnin, 15.07.2024.

1 - ILKKM SUNGAI BULOH

Bukti bergambar harus diambil
Jadi, kita share dalam group Besar dan AJK
Dekat ILKKM biasa, memang ramai penyelia asrama.. 
Sebab banyak blok nak kena jaga.. 
Macam dekat ILKKM Sg Buloh nie, ad 8 blok, 5 tingkat (bilik dalam 100++ untuk satu blok) untuk di jaga.. 

Langkah kanan orang kata
Datang hanta borang sambil berkenalan, dapat jamu selera sekali.. 
Alhamdulillah... 
Kemeriahan bila duduk beramai-ramai nie, bab makan, tak payah runsing..hihihi

2- HOSPITAL SUNGAI BULOH

Bersebelahan je dengan Ilkkm Sg Buloh
Tapi, jalan jalan kaki, lecak jugak lah ketiak.. Hihihi.. 

Yang gegirl 2 orang sebelah linda tu penyelia asrama baru.. 
Yang berseluar tu intake bulan Feb hari tu
Yang berbaju kurung intake Julai, 15.07.2024
Alhamdulillah, selama nie berwasap je dengan diorang..
Hari dapat bertemu muka..

Tak cukup masa nak menyembang semua hal... 
Ada rezeki, kita jumpa lagi lah... 

Petang pulak, linda ke destinasi terakhir

3- INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH) 

Dekat sini lagi mantap
Bangunan baru kan.. 
Memang semua, lawa lah.. 
Masuk kawasannya pun kita rasa gah.. 
Dulu NIH nie dekat Bangsar kalau tak silap Linda. 
Sebab Linda igt lagi pergi exam Skim penyelia asrama(syarat pengesahan jawatan) dekat Bangsar.. 

Nie barisan penyelia asrama NIH.. 
Yang lelaki dua orang belakang tu, intake baru
Ada lagi sorang penyelia asrama NIH tiada dalam gambar, sebab duduk di pejabat yang lain.. 

Alhamdulillah, selesai proses pengagihan borang.. 
Semoga intake baru terbuka hati untuk mendaftar sebagai ahli kesatuan, dan dapat menaikkan lagi martabat penyelia asrama KKM @ geng baju pink 😊😊

Last but not least
Penyelia asrama baru HOSPITAL SELAYANG... 
Yeay, linda dah ada kawan dekat pejabat.. 
Dah boleh proceed next step, isi borang tukar.... Hihihi.. 

Semua yang kenal, nampak je Linda, terus tanya "eh, ko nak tukar ke? Dah ada penyelia asrama baru". 😂😂
Insya-Allah, dalam masa setahun dua nie, muka Linda masih di Hospital Selayang... 

Kena start semula riki2 tempat kosong, sebab semua kekosongan dah di isi dengan intake baru.. 
Tahun 2024 nie, 3x intake penyelia asrama masuk... 
Jadi, kena bersabar dahulu... 

Till then, see ya

P/s - ada lagi beberapa hospital yang belum pergi, harap2 ada kesempatan untuk berjumpa... Kena datang hari kerja, baru boleh jumpa.. 

13 comments:

  1. Selalu juga ke Hospital Selayang buat kerja di klinik mata... Semiga semua penyelia baru dan lama sentiasa menjaga silaturrahim.. :D

    ReplyDelete
  2. Oh Linda kat Hospital Selayang ya. Ibu kepada kawan baik Dania masa sekolah menangah ni Dr kecemasan kat Hospital Selayang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Dekat hosp selayang kak ezna... Tapi, bukan lah level doktor2... Hihihi..
      Kita uruskan asrama doktor je..

      Delete
    2. Tak kisah la kerja apa pun janji rezeki yg halal.

      Delete
  3. Busy-nya seorang Linda 💪
    Ramai rupanya penyelia asrama hospital ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat-buat bz je kak...hihihi
      A ah, ramia..lagi2 kalau dekat kolej lah..
      dekat hospital tak ramai sangat

      Delete
  4. ooo akak penyelia asrama untuk doktor-doktor hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor...staff nurse..
      kalau kat kolej, untuk pelatih lah

      Delete
  5. dulu2 MZ kerap gak gi Hosp Selayang ni...time ariff sek rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hosp terdekat kan...hosp ornag asli gombak, untuk orang asli je

      Delete