Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label israkmikraj. Show all posts
Showing posts with label israkmikraj. Show all posts

Sunday, January 18, 2026

.: ISRAK MIKRAJ, 27 REJAB 1447 :.

Assalamualaikum.

Semoga tak terlambat untuk mengucapkan Salam Israk Mikraj.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah SWT telah memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW beberapa gambaran tentang balasan,kemuliaan dan realiti akhirat. Semua ini bukan untuk menakutkan semata-mata, tetapi untuk mendidik umat manusia supaya tidak lalai, tidak alpa..dan sentiasa kembali kepada Allah.

Israk mikraj 1447
Allah Maha Mengetahui.
Daripada 50 waktu solat, dikurangkan menjadi 5 waktu solat.
Itupun, masih terasa berat untuk menunaikan solat.
Tak payah jauh, diri sendiri je..
Bila masuk waktu tu "10min lagi aku solat" "kejap lagi, nak siapkan kerja sikit" "awal lagi, jap lagi lah solat"

Astaghfirullahalazim.
Setiap tahun, niat untuk solat di awal waktu sentiasa ada.
Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan daripada Allah SWT..aamin.

Israk mikraj 1447
-7 perkara luar biasa yang diperlihatkan pada Rasullullah SAW-

Semoga, kita semua sentiasa mengambil ibrah daripada kejadian Israk dan Mikraj.
Kebesaran Allah..
Mukjizat Nabi SAW.

Till then, see ya.

Monday, January 27, 2025

.: SALAM ISRAK MIKRAJ :.

Assalamualaikum



Israk dan Mikraj mewakili kedua-dua bahagian perjalanan nabi. Israk adalah sebahagian daripada perjalanan nabi Muhammad s.a.w , yang di ambil dari Mekah ke Jerusalem selepas Jibrail datang kepadanya dengan Buraq, iaitu kuda para nabi. Menggunakan Buraq, nabi Muhammad menunggangnya ke masjid paling jauh di Jurusalem di mana dia mengikat kuda di Gunung Tokong dan berdoa. Di sinilah Jibrail membawa arak, air dan susu, meminta nabi Muhammad untuk memilih salah satu sebagai ujian. Jibrail memberitahu beliau bahawa pilihannya susu menandakan bahawa nabi Muhammad memilih berdasarkan naluri semula jadi.

Mikraj adalah peringkat kedua perjalanan nabi Muhammad di mana dia menunggang Buraq melalui tujuh peringkat syurga dan berdialog dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Yusuf dan Nabi Isa. Pada langit ketujuh, Nabi Muhammad dibawa ke pokok suci yang yang tidak dapat di lepasi oleh malaikat Jibrail .

Di sinilah Allah berfirman kepada nabi Muhammad bahawa umat Islam mesti menunaikan solat 50 kali setiap hari, tetapi Musa mencadangkan beliau menjelaskan bagaimana perkara itu sukar bagi sesetengah orang. Allah s.w.t kemudian mengurangkannya kepada lima kali sehari. Perjalanan Malam secara ringkas disebut dalam al-Quran, tetapi butiran cerita terdapat di dalam hadis tambahan berkaitan kehidupan Nabi Muhammad.

kredit to PublicHolidayspage


banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa Israk mikraj nie.

semoga yang baik-baik untuk diri kita dan umat islam semuanya.


til then, see ya.