Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Wednesday, April 22, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.

Assalamualaikum.


Malam tadi, baru berkira² nak bancuh nescafe panas.
Scroll FB nampak PHM punya poster.
Terus tak jadi. Hahaha.
Tidur terus lah jawabnya.

Till then, see ya.

Wednesday, April 1, 2026

.: WORDLES WEDNESDAY 7/26 :.

Assalamualaikum.

walaupun sedikit, kita tetap akan terkesan.

semoga kekal tenang.
buat yang mana boleh.

till then, see ya.

 

Friday, February 6, 2026

.: PERATURAN MAGHRIB :.

Assalamualaikum.

Peraturan Dulu

Dulu Ada Satu Peraturan Maghrib.

Tak ditulis di dinding. Tak dipamer dalam bingkai. Tapi ramai anak-anak zaman tu tahu...

Bila azan berkumandang, TV wajib tutup. Pintu dan tingkap ditutup satu-satu. Rumah jadi sunyi. Mulut kena jaga.

“Tutup TV. Dah Maghrib!!”

Ayat tu cukup buat perut kecut. Kartun kegemaran terhenti separuh jalan. 

Doraemon tinggal tergantung. 

Drama Cina terpaksa dilepaskan. 

Kalau lambat balik rumah, bersedialah. 

Ada yang kena panggil nama dari jauh. 

Ada yang disambut muka serius. 

Ada juga yang kenal rotan bukan sekadar hiasan.

Sebelum Maghrib wajib mandi,

Lepas Maghrib wajib mengaji.

Lepas solat, semua duduk berbaris. Ada yang mengaji depan ayah. Tergagap-gagap sebut huruf. Tahan air mata tapi tetap sambung baca.

“Ulang balik. Jangan cepat.”

Nada tegas, tapi penuh tanggungjawab.

Waktu itu nampak keras. 

Terasa dikongkong. 

Tapi bila sudah besar, baru sedar... 

Waktu Maghrib itulah rumah paling tenang. Keluarga paling dekat. Jiwa perlahan-lahan dibentuk.

Didikan itu buat kita tahu adab. 

Tahu hormat waktu. 

Tahu beza hiburan dan tanggungjawab. 

Tahu bila perlu berhenti, dan bila perlu tunduk.

Hari ini dunia sudah berubah. Skrin di tangan, bukan lagi di ruang tamu. Cabaran lebih besar, gangguan lebih senyap.

Semoga generasi sekarang masih lagi mengamalkan peraturan ini.

Walaupun tak sama caranya, biarlah sama nilainya.Supaya Maghrib kekal jadi waktu mendidik jiwa, bukan sekadar pertukaran siang ke malam. 🥹


Kredit to FB Nasihat Hari Ini.


Till then, see ya.

Thursday, October 9, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

kembali ke segmen throwback.

masa nie anak 4 semua kecik-kecik lagi.
abang Mu'az pun comel je lagi.
sekarang, kaki abang Mu'az pun dah lagi besar dari ibu. hahaha

2 beradik nie, masa kecik nampak nak sama je.
abang Mueez dengan dedek.

bila lepas potong rambut je, dua dua akal makin panjang.
ligat e otak dia bergerak.. hahaha
lepas satu, satu dia buat.
agaknya otak tu dah tak rasa terkepung dengan rambut kot.. hahaha

till then, see ya.

#ada baca dekat FB tadi, sumber2 yang dipercayai, secara rasminya gencatan senjata di Palestin dah dicapai. semoga Isnotreal tu tak buat kacau macam sebelum2 nie, tapi, memang tak boleh dipercayai pun. masa kita pun makin suntuk. apa pun nak mula, kita mulakan dari sekarang, yang lompong2 perlu dipenuhkan, yang tertinggal perlu diqada.peringatan untuk diri sendiri juga.

Friday, December 6, 2024

.: ALHAMDULILLAH, TETAPLAH BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH :.

Assalamualaikum. 

Sekadar perkongsian untuk kita selalu bersyukur dan bersangka baik dengan Ujian Allah... Insya-Allah.. 

Ada satu kisah seorang yang diuji dengan anak perempuannya datang rumah pemulihan ustaz. Tingkatan 5 mengandung anak luar nikah.

Ayahnya seorang imam di negeri selatan, ibunya mengajar ngaji di kampung. Ayahnya memang seorang yang tawaduk, maklumlah imam. 

Tiba-tiba anaknya mengandung, satu kampung tahu.

Sekolah berhentikan anaknya. Satu kampung tahu dan tak mahu dia jadi imam.

Pergi kenduri tak dijemput sampai dia rasa down sangat. Kena pulau. Tak ada seorang pun yang hantar anak mengaji pada isterinya.

Pergi kedai nak beli air, orang kecam.

Nasihat ustaz, jangan kecam orang lain hatta dia imam atau orang baik-baik. "Ish, apalah anak ustaz macam, orang agama baik-baik pun keluarga masalah." 

Jaga-jaga, bila-bila masa Allah boleh terbalikkan ujian tu ke batang hidung kita. Baru kita tahu langit tinggi atau rendah. Mulut jangan cepat mencemuh.

Jangan mulut terlalu cabul, jari terlalu pantas nak kecam orang.

"Ya Allah, ustaz beratnya ujian saya ni ustaz. Ustaz tolong jaga anak saya mengandung luar nikah. Saya dah rotan dan pukul dia. Dia tak bagitahu apa-apa pun. Dia ni memang lain sikitlah, tak macam kakak-kakak dia." Keluh Pak Imam tu.

"Shhh, abang, jangan bandingkan dengan kakak-kakak. Diam dan bertenang dan duduklah dulu." Ustaz tenangkan dia. 

Satu kezaliman sebenarnya bila ibu ayah membanding-bandingkan anak mereka. 

"Ustaz apa nasihat ustaz pada saya dan isteri?

"Abang, abang jangan sekadar jadi orang yang hanya bersabar tapi jadi orang yang bersyukur." Jawab saya.

"Syukur apa ustaz?!!! Anak saya mengandung anak luar nikah, ustaz suruh saya bersyukur?"

Imam tu dah macam hilang sabar.

"Syukurlah abang. Sabar ni kita bertahan, syukur ni kita bersangka baik kepada Tuhan. Abang ikut saya ajar ya.

"Alhamdulillah..." Ucap saya berulang kali.

"Ustaz ni ajar ajaran sesat ni!" Tempelaknya.

"Tak apa, abang ikut ya perlahan-lahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahim." Mereka pun ikut perlahan-lahan, satu-satu. 

Terima kasih ya Allah aku ada anak

Alhamudlillah ya Allah, anak aku ni baik orangnya ya Allaj

Mungkin aku kurang bersyukur sebab tu kau azab aku dengan ujian anak mengandung luar nikah ya Allah.

Dia ikut cakap.

"Abang, amalkan hari-hari sujud syukur atas ujian anak yang mengandung ni. Paling tidak dia tak mandul." 

"Tapi ustaz, anak yang dia mengandung ni anak haram." Dia masih rasa berat nak buat.

"Tak apa, abang cuba dulu ya. Buat betul-betul." Ustaz terus dorong dia.

Tak lama lepas tu kuasa Allah seperti yang Allah beritahu dalam Surah Ibrahim ayat 7.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ ٧

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”


Apa berlaku? 

Masya-Allah, 2 tahun anak dia duduk di rumah kami berjaya hafal 20 juzuk Quran.

Bayi yang lahir diambil jadi anak angkat seorang ustaz dan isterinya ustazah. Selepas dia keluar dari rumah pemulihan, ustaz tadi datang masuk meminang jadi isterinya. Isterinya sebelum tu meninggal dunia akibat kanser rahim. 

Rupa-rupanya doa dia seorang ibu muda ni, 

"Ya Allah aku mengandung dan lahirkan dia. Tolonglah satukan kami semula nanti." 

Waktu yang sama ibu muda ini bertaubat dan menghafaz Quran masyaAllah selesai banyak masalah. Akhirnya dia disatukan semula dan dapat menyusukan bayinya tadi. MasyaAllah Tabarakallah.

Dari sisi hidup imam tadi, akhirnya dapat menantu imam dan anaknya jadi anak, isteri dan ibu solehah. Alhamdulillah.

Ustaz jumpa imam tu tanya khabar. 

"Alhamdulillah ustaz, dah empat orang anak dah ustaz. Semua pandai-pandai ustaz. "

"Kan saya dah kata, alhamdulillah anak ini dia tak mandul. Alhamdulillah." 

Pengajaran dari kisah ini, percayalah Allah tak pernah bohong. Allah s.w.t kata "Siapa bersyukur, akan ditambah nikmat."

Pujuklah hati kita, seberat mana pun ujian kita pada hari ini "we still have a life to live". Masih ada hidup untuk diteruskan. 


Ubahlah, ubah cara kita berfikir.

Syukur banyak dapat nikmat atau ujian.

Kalau tak syukur, azab pedih. 

Pedih di dunia dan di dalam barzah. 

Ini yang Allah swt sebut juga dalam ayat sama Surah Ibrahim tadi. 

Hidup yang berbaki ini mesti diteruskan dengan agama. Pujuk hati kita, pujuk untuk syukur dan jangan kufur.

InsyaAllah jiwa kita akan tenang.

#UstazHanafiMalek

Cnp dari Fesbuk


till then, see ya.

Friday, November 8, 2024

. : KELEBIHAN SOLAT DHUHA :.

 Assalamualaikum 

Untuk tatapan sendiri dan saling mengingati sesama Islam. Insya-Allah 

1 - Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat ~ ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah.

2 - Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat ~ dia daripada orang-orang yang suka beribadat. 

3 - Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat ~ dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut. 

4 - Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat ~ Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat. 

5 - Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat ~ Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.


JOM SOLAT DHUHA ..

Alhamdulillah ♥️

Semoga istiqamah melakukan ibadah, Aamin2.. 

Till then, see ya

Friday, October 4, 2024

. : PERSIAPAN AKHIR ZAMAN :.

Assalamualaikum 


 Persiapan Akhir Zaman (Bermula serangan Timur Tengah) 


1. Hafaz dan amalkan surah Al Kahfi ayat 1-10 dan 101 - 110 setiap hari.

2. Jangan tinggal Solat dan lazimi solat sunat Taubat

3. Qadha Solat yang ditinggalkan sebelumnya.

4. Lazimi zikir dan selawat

5. Lazimi baca Al Quran sekurang-kurangnya 4 muka surat sehari

6. Kurangkan sibuk hal orang lain

7. Solat sunat malam, Witir dan qabliyyah subuh jangan tinggal

8. Bersedekah sehari hari sekurangnya RM1

9. Kurangkan pergaulan dengan ramai orang supaya kurang ghibah.

10. Banyak menyendiri dengan bermuhasabah diri.

Simpan kat wall fb masing-masing ya. @highlight


Untuk peringatan bersama, terutama diri sendiri... Sekecik kecik ibadah pun Allah pandang, Insya-Allah.... 


Till then, see ya

Friday, August 16, 2024

.: WAKAF DOSA :.

Assalamualaikum

sekadar perkongsian untuk hari ini


sebelum nak sampaikan apa-apa, kena pastikan sahih dulu
kalau tak jadi macam cerita Wakaf Dosa nie nanti

semoga yang baik-bak je untuk kita semua..aamin

till then, see ya

 

Monday, August 5, 2024

. : TAMAN TASIK TAIPING :.

Assalamualaikum 

sambungan dari entry nie <TEKAN>
alang-alang dah sampai Taiping kan
linda pun ajak lah incikSuami pusing Taman Tasik Taiping jap
kan viral je dua tiga menjak nie , air tasik kering
kemarau kan..

dari tebing Linda amik gambar
nampak yang pasir-pasir tu??
sebelum kemarau nie, penuh air dekat sini

nie betul-betul tepi tebing
yang ke bawah tu, dulu penuh air

incikSuami pun turun ke dalam tasik

kak M ajak jalan-jalan bawah pokok pulak...
jom lah kita

eh, ada dahan yang boleh jadi tempat duduk pulak
meh lah kita bergambar sat...hihihi

selfie sikit dengan anak-anak
nampak kan pasir-pasir tu??
sebelum nie memang air, tak nampak pun pasir tu

kak M beriya nak memanjat

eh, ada juga lah gambar dengan incikSuami dalam tasik rupanya...hihihi

dalam berseronok melihat kekuasaan Allah
kena beringat juga, Bumi nie dah tak lama
walaupun incikSuami cakap, taman tasik nie pernah je kering
tapi, tetap lah kita kena beringat..
semua ini peringatan daripada Allah
banyak lagi yang perlu kita perbaiki
peringatan untuk diri sendiri juga
tak cukup lagi bekalan untuk bertemu Sang Pencipta

semoga kita sama-sama istiqamah dalam mencari keredhaan Allah, aamin

till then, see ya

 

Monday, April 8, 2024

.: TIPS BALIK KAMPUNG :.

 Assalamualaikum

semuanya dah mula balik ke kampung ke?
Linda naik ketapi lambat sikit...
tapi, pernah je masa bujang dulu, tengah hari raya pertama baru sampai kampung..
sebab hari mantai tu pun kerja lagi.
masa tu takde transport sendiri, makanya public transport memang esok pagi je lah

Linda nak share sikit tips balik ke kampung
biar selamat sampai kampung, selamat juga harta benda yang kita tinggalkan

yang nie pun jangan lupa
dengar-dengar nya pulang ke arah utara, jalan tak jem sangat, jadi janganlah tekan minyak sakan sangat...
ingat yang tersayang

macam viral baru-baru nie,
kereta waja dan honda dok bersaing atas jalan raya, last2 kereta waja terbabas dan tergolek
kalau melibatkan kehilangan nyawa, dah tak jadi raya, jadi kenduri arwah pula

apa-apa pun, atas jalan raya kena banyak bersabar dan banyak mengalah..
bukan nak tunjuk siapa paling hebat
semoga selamat perjalanan pergi dan balik
selamat menyambut hari raya semua..

till then, see ya