Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label skt. Show all posts
Showing posts with label skt. Show all posts

Saturday, August 1, 2026

.: HARI BERTEMU WARIS :.

Assalamualaikum.

tak rugi la ambil cuti, boleh menghadirkan diri untuk hari bertemu waris sek kebangsaan anak-anak.

laki bini ingatkan yang sesi pagi mula 10.50 pagi.
jadi ambil dedek dulu dekat sek kafa 10.45pagi, terus shoot sek kebangsaan.
rupanya tengok semula poster sesi perjumpaan bermula 10 pagi.
takpelah, takde la berebut parking.
sampai je, terus la linda pergi kelas kak M, incikSuami ke kelas abang Mueez.
kak M tu kena pulun nanti tu, E pun ado juga.. 😔
peperiksaan matriks untuk tahun 4 tu, bulan 10 nanti.
semoga ibu cepat2 dapat pindah, Aamin

minta kak M ambilkan gambar kenangan ibu dan ayah.
ini la yang paling elok pun, yang lain aib sungguh. hahaha
takde gambar sesi pagi, sebab sampai2 je terus jumpa cikgu.
terus balik, pukul 11.10 pagi dah selesai.

jom sesi petang pula.
outfit sama je, malas nak tukar-tukar

bila pula dedek bawa songkok pergi sekolah.
waktu dedek, parents baru sampai kot.
ada la menunggu 3,4 turn.
tapi cepat, sebab ada 2 cikgu setiap kelas.
dan cikgu pun takde lah cakap meleret-leret.

lepas maghrib, meh la kita masak kejap.
konon-konon buat ikan rebus, tapi dah siap masak, lupa nak letak garam.

jadilah untuk makan malam.
tapi takde yang pedas pula.
makan nasi panas, ttuang kicap. setel.
alhamdulillah.

til then, see ya.

Wednesday, May 13, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 13/26 :.

Assalamualaikum

sek abang Mueez dekat kumpulan H.

good luck ya..
semoga berjaya.
hari ni dah mula game nya.

till then, see ya.



 

Tuesday, May 12, 2026

.: FRIENDLY MATCH BOLA SEPAK :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 02.05.2026 - awal pagi dah kejut semua anak-anak.
tak ingat buat sarpaan apa.. hahaha..
makan roti je kot, ke goreng nuget dan sosej.

berawal tu, sebab abang Mueez ada freindly  match bola sepak.
so, meh la ramai-ramai memeriahkan majlis.

semua pun ikut, dedek siap baak baby shark yang beli dekat IKEA tu

minta kak M snap gambar ibu ayah dulu.
macam takde gambar berdua dalam telefon ni, last masa raya tu je lah

perlawanan bermula.
defend sek abang Mueez rileks ni, banyak asak sebelah lawan.
goal keeper pun tak teruji la mental nya.. hahaha

abang Mueez punya position defend.
not bad la, pandai juga main bola rupanya.. hihihi

dengan masa tambahan, baru ada mata.
sek abang Mueez menang 2-0.
tahniah la.
cubaan masukkan gol tu banyak je, cumanya gol ni macam kecik sikit.
jadi asyik la tersasar je.

dah habis game, sesi bersalaman antara dua pasukan.
lepas tu, ada post mortem sikit dengan cikgu penyelaras.

dalam pukul 11 pagi dah sampai rumah.
nasib baik, pagi sebelum keluar tu dah masak lauk siap2.
tinggal masak nasi je lah.

minggu ni, ada game MSSD daerah Perak Tengah, tu yang pulun friendly match.
esok kalau tak silap mula hari pertandingan nya.
semoga team sek abang Mueez beroleh kemenangan, Aamin.

till then, see ya.

Tuesday, May 5, 2026

.: HARI SUKAN SKT :.

Assalamualaikum.

cerita lambat bersiaran ni.
Sabtu, 25.04.2026 - hari sukan Sek kebangsaan anak-anak.
memandangkan kak M dan abang Mueez masuk acara.
jom la kita pergi untuk meraikan.

sesi pembukaan, perbarisan masuk padang.
sikit je kan??
tapi, itu bukan mewakili keseluruhan murid sekolah nya.
ni murid yang terlibat dengan hari sukan je, yang masuk acara pada hari tu.
selain dari tu, memang cikgu dah maklum, tak perlu hadir pun takpe.

salah satu sebab nya, cikgu nak memaksimum penggunaan waktu.
sebab separuh daripada padang tu, tengah berlansung aktiviti pembinaan bangunan baru bertingkat untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
walaupun masa ni, takde kerja2 sedang dilakukan, tapi langkah berjaga-jaga terpaksa ambil.

ini je gambar abang Mueez yang ada.
tahun lepas di sek lama masuk perbarisan.
tahun ni, masuk persembahan silat dan bacaan ikrar pula.
boleh la masuk markah koku nanti.

gambar larian, linda tak ambil pula.
ada video je.
jadi, terus la ke acara penyampaian hadiah.

waktu ni tengah beratur untuk ambil hadiah.

kak M dan team tahun 4 rumah biru.
acara 4x100m dapat tempat kedua.
hebat juga kak M boleh potong pelari rumah lawan.
tudung tu beli semata mata hari sukan.
cikgu suruh pakai tudung warna biru katanya.
padahal orang lain, berwarna warni tudung nya.. hahaha.

abang Mueez dan team tahun 6 rumah kuning.
acara 4x100m dapat tempat pertama.
abang Mueez paling tinggi antara kawan-kawan yang lain.

tengok dekat gambar tu.
belum pukul 11 pagi, dah selesai acara untuk hari sukan.
ni, abang Mueez tolong cikgu kemas-kemas padang.
cikgu pula serba salah dengan linda siap cakap "puan, kalau nak bawa Mueez balik, boleh je"
alaa, kita pun takde rushing p mana, biar lah dia tolong cikgu pun.

salah satu yang linda suka dekat sekolah luar bandar, cikgu akan kenal semua anak murid dia.
insyaAllah, lagi-lagi yang tak reti duduk diam macam abang Mueez tu.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak.
belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

#adabdulubaruilmu.

till then, see ya.

Sunday, April 19, 2026

.: MERENTAS DESA :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 17.04.2026 - aktiviti merentas desa.
Kawasan luar bandar, lari la sekeliling sekolah.. hihi.

Rezeki abang Mueez, dapat tempat yang melayakkan untuk terima pingat.

Cuma tulis kedudukan terbaik je.
Tak tau lah nombor berapa yang sampai dulu.

Seronok la tu, menambah piala.
Masa dekat Selayang. Tak berjaya nak dapat medal. Ibu yang berjaya. Hihi.

Kak M tak dapat piala. Dia salahkan kasut sukan.
Tahun depan, nak kasut macam abang Mueez katanya.

Till then, see ya.

Wednesday, January 14, 2026

.: 13/365 - D2 BACK TO SCHOOL :.

Assalamualaikum.

Selasa, 13.01.2026 - hari kedua sekolah, Alhamdulillah..balik ke Tronoh pula kita.

Back to school 2026
Dedek sekolah sesi petang.
Gambar senyum, tapi gegar pula..hahaha

Hantar dedek ke sekolah, tunggu kak M dengan abang Mueez balik.

Back to school 2026
Abang Mueez dah ada kawan. alhamdulillah..lega dah .
Petang, siap kawan mai rumah ajak main lagi.berkawan la elok² ye.

Gambar kak M takde pula.
Kita tepek video lah ye.

Video untuk D2 anak² yang ibu ada.
Buat kenangan dekat sini.

Alhamdulillah..
Ada juga rezeki ibu untuk tengok anak².

Till then,see ya.