Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

14 comments:

  1. Agreed. Sila puji diri sndiri baru diri kita kuat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess... Salah satu cara untuk menjaga mental dan emosi kita..

      Delete
  2. Akk dulu masa anak kecik⁴ pun selalu kena tinggal, suami selalu outstation. Banyak yg kena handle sendiri but alhamdulillah managed to get through. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..orang selalu tanya..sebab suami Linda selalu p operasi 2, 3 bulan..baru balik..
      Kalau buat latihan pun, min 14hari la keluar rumah tu.. lepas tu, kita nun jauh kat Melaka..sedara mara takde..harapkan jiran² jelah..

      Delete
  3. kenangan lalu mengamit nostalgia 🥰

    ReplyDelete
  4. Suami Sis pun selalu outstation, now dah biasa.. memang dr dulu handle anaks endiri aja.. so puji laa diri sendiri juga kann hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Lin..siapa lagi nak puji kita..kalau bukan diri sendiri

      Delete
  5. Kelakar kan tb kisah lama di FB.

    ReplyDelete
  6. Oooo.. sampai boleh cedera ke buat benda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..kan hujung² kawat tu, mencucuk.. bila nak ikatkan dia jadi bentuk

      Delete
  7. Betuuuul. Sekecil apapun keberhasilan kita, tak ada orang yg akan puji, melainkan diri sendiri. JD tak salah kalau kita reward diri sendiri juga 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..jadi, terima je gaji..boleh la makan sedap.. 🤭🤭

      Delete