Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, July 14, 2026

.: PONDOK LEPAK :.

Assalamualaikum.

kan lepas abang Mu'az keluar asrama, dia ulanag alik ke sekolah dari rumah bapak je.
naik bas sebulan RM120.
Alhamdulillah, sekolah macam biasa.
tapi, ada juga terbabas sehari dua. sakit perut la, sakit kaki la. emmm.

dekat depan rumah bapak tu memang dah ada pondok, bapak upah orang tau.
siap bayar 3 ribu tak silap.
tapi, tak boleh duduk, setakat buat berteduh je.

jadi abang Mu'az cakap dengan embah, kakek nak tambah kayu.
boleh jadi tempat lepak-lepak.
jadi, takde la abang Mu'az pergi melepak rumah orang.
kawan-kawan dia je la datang rumah.

gotong royong buat tempat duduk dalam pondok.
kayu memang ada dekat belakang rumah, dari reban ayam yang bapak buka.
kayu nya memang bapak simpan je.
ada guna rupanya. hihihi

yang di tambah kayu belah dalam.
boleh jadi pangkin, buat duduk-duduk.
yang bapal upah orang tu, dia buat rangka je.
bumbung dengan kiri kanan.
bapak memang minta yang boleh duduk macam ni, tapi entah la kenapa lain yang dapat.

tambah pula langsir. hahaha.
selimut siapa ntah jadi mangsa.
siap ada bantal dalam tu.
gitar pun linda nampak ada juga terselit.

serba salah pula nak bawa pindah Tronoh tahun depan.
tapi, takde depan mata susah juga.
tak nak la susahkan mak bapak.
dan tak nak juga abang Mu'az makin jauh dengan kami.

ada lagi berapa tahun je zaman persekolahan ni.
lepas SPM, kalau ada rezeki sambung belajar lagi, mesti dah kena keluar dari rumah.

moga yang baik2 je untuk linda dan keluarga.
setiap pilihan yang dibuat tu terasa sukar.
sukar bila ada perkara yang kita tak jangka berlaku, mesti linda akan salahkan diri sendiri sebab buat pilihan macam tu.

doakan yang baik2 je yang berlaku, aamin.

till then, see ya.

4 comments:

  1. Wah bestnya lepak kat pondok siap ada bantal lagi. Semua keputusan buat istiharah Dan minta dari pada Allah semuga semuanya Di permudahkan.

    ReplyDelete
  2. Selesa sungguh port melepak tu.
    Tanya anak je, apa dia nak. Kalau ikut kemahuan kita, takut dia tak suka.
    Semoga dipermudahkan ya, Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kemahuan dia, memang nak duduk kampung la kak.. hahaha.. sat g adik² lain jeles.. penat ibu nak terangkan

      Delete
  3. Ini kalau Ai yang lepak, lena terus ni, kena pula angin petang.. hehehe..

    ReplyDelete