lovvu Dobbu

Monday, October 28, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

ramai ke yang dah plan nak balik kampung. cuti-cuti Malaysia sempena deepavali nie??
anak-anak yang bersekolah dapat cuti 5 hari
bermula 30 oct - 3 nov

public Holiday 31 Oct je..
kecuali Negeri Perak, sebab 1 Nov tu hari Keputeraan Sultan, dapat cuti 2 hari..
yeay... tapi Linda kerja, sebab kerja dekat Selangor...hihihi
30 Oct tu linda ambil cuti, ingat nak direct je, tapi nak jimat cuti.
sebab bulan Dec nanti nak cuti panjang sikit

Alhamdulillah
kerajaan bagi lagi merasa tol free
tapi sebelum Raya Deepavali lah..

ok lah, Linda pun dapat lah tarikh 29 Oct tu.
jimat lah RM7.50 dekat Tol Latar tu.

Tol Percuma sempena Deepavali
Selasa 29 - Rabu 30 Oktober 2024
2.01pagi - 11.59 malam

semoga memberi manfaat, dan dapat lah merancang cuti masing-masing ya.
semoga selamat walau di mana anda berada.

till then, see ya

24 comments:

  1. Terima kasih Kerajaan bagi tol percuma. Berhati-hati di jalanraya ya Linda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah kak ezna... IncikSuami yang memandu tu nanti.. Hihihi

      Delete
  2. bestnya tol free..tp both days ie selasa dan rabu tu MZ keje--kelas full selasa tu..rabu kelas sejam tp ada meeting...so selamat memandulah utk those yg dpt manfaat tol free tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda kebetulan cuti 30hb tu..
      Betul, semoga selamat.. Jem itu pasti

      Delete
  3. esok lusa pi keje dpt tol free syok

    ReplyDelete
  4. Anak buah kahwin weekend ni so takdela ke mana-mana. Tak dapat la merasa tol free. Hihi

    ReplyDelete
  5. Wah tol percuma! Bagi yang guna highway dengan jarak perjalanan jauh, memang untung sangat dapat banyak penjimatan. Macam kami masa raya, perjalanan Perlis ke Johor.

    Deepavali ni tak ke mana, cuti sehari je Khamis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat banyak tu dari hujung ke hujung.. Boleh buat topup minyak kete...
      Yang ada anak sekolah, sambil cuti sekolah, mak pak pun coti lah.. Hihibi

      Delete
  6. Bestnya cuti lama... sarawak xde PH... sekolah je cuti sehari hari khamis tu.. huhu.. makanya kami bekerjalah mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke...xpelah..dapat jugak lah kerja 4 hari je minggu nie...hihihi

      Delete
  7. Dua hari ni pergi kerja tol free, balik nanti nak ikut tol jugaklah, cepat sampai, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat..
      tengah free nie, gunakan je, menambah kesesakan dekat atas hgway...hihihi

      Delete
  8. Oh depavali yaa. Di sini depavali tak dihitung sebagai public holiday. Jadi tetap kerja dan sekolah 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain2 kan.. Di sini mungkin kerana ramai penganutnya...

      Delete
  9. Yang tol percuma tu duduk rumah je.. taknak terlibat dengan kesesakan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok kalau nak jem pun.. Hari nie tak lagi rasenya

      Delete
  10. Wah cutinya lama juga, Mbak.
    Tol gratis ya selama waktu cuti.
    Di negara saya tidak dikenal hari perayaan Deepavali, Mbak

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya dua hari yang gratis, sebelum perayaan Deepavali..
      Di Malaysia, perayaan untuk tiga kaum terbesar, memang diberi cuti umum..

      Delete