lovvu Dobbu

Thursday, October 17, 2024

.: PERBEZAAN :.

Assalamualaikum

takde idea nak up entry apa..
meh lah kita cari modal

sejenis Linda bila letak hanger

sejenis IncikSuami bila letak hanger

nampak sangat linda asal boleh je...hihihi
kejap je pun hanger tu nak tersusun, jap lagi nak guna balik buat sidai baju 😁😁

gitu lah hidup suami isteri 
kita dari dua keluarga yang berbeza, didikan yang berbeza
jadi tolak ansur tu paling penting, dalam masa sama, berusaha untuk mengatasi perbezaan
takdelah dari mula kawen sampai dah beranak pinak, perangai tu sama je..

till then, see ya

24 comments:

  1. Ayat yang last tu Kak SA setuju..kak SA sama ngan linda..asal boleh je hanger tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kalau boleh, kita nak lah ada improvement, nie sama je...
      Asal ada je hanger nya kak.. Nanti nak guna lagi

      Delete
  2. Perbezaan tu yg melengkapkan satu sama lain kan :)

    ReplyDelete
  3. color oriented gitu. biras ammi ada sorang gini...SIL sampai pening layan kerenah menyusun suami dia. tp alhamdulillah....dah bercucu dah pun sekarang ni. so bab menyusun atur biar suami dia yg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda senang je.. Banyak komplen sgt, haaa buat lah... Hahaha...

      Delete
  4. Tolak ansur paling penting tu memang setuju sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.. Tolak ansur paling penting... Kalau tak, asyik nak gaduh je lah

      Delete
  5. boleh geng dengan kak ana suami linda tu, kak ana susun hanger di ampai pun kena selari hala cangkuk kalau tonggang terbalik sakit mata tengok hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hala cangkuk tu ok kak.. Linda pun kena selari.. Kalau tak, sat g dia tersangkut2

      Delete
  6. err bab susun hanger tu...MZ sama mcm linda punya hubby la hahah i suka benda2 tersusun dan berada/ di simpan di tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih...tu lah...inciksuami tu kalau ada masa terluang, memang kemas rumah jadinya

      Delete
  7. Bagus juga mengaplikasikan “colour oriented” tu, I rasa terinspirasi pulak. 😂.

    Tapi I setuju, dlm perkahwinan kena byk give & take. Jika ada terkurang sana sini abaikan je.. buat2 buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...sejuk mata memandang bila seragam je, tapi memikirkan sat je dia dok gitu, takpelah... hahaha

      ya, mana yang boleh buat2 buta..kita buat jelah...hihihi

      Delete
  8. Begitulah adat rumahtangga kena saling tolak ansur dan faham antara satu sama lain. Saya geng jenis menyusun ikut warna tu. Bukan sekadar hanger je. Baju gantung dan lipat pun kena susun elok mengikut warna. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Betul2 tu.. Nampak kemas dan lawa.. Tapi, kadang2 tu ikot dan je..

      Delete
  9. org tentera susuh hanger pun 'berdisiplin' yaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tang hanger lah....tang lain dia buat "li lahh li lahh"...hahaha

      Delete
  10. Saya pikir kak ljnda yg menyusun rapi hanger, ternyata encik suami 😄. Eh tapi wajar juga Krn suami kakak kerja militer kan? Mereka dilatih utk rapi, disiplin, Krn itu wajar dia rapi mengelompokkan hanger based on warna and size ☺️👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masanya kak linda percaya dia pernah jadi army, ada masanya tak terasa dia army...hahaha

      Delete
  11. memang betul apa puan kata dengan ayat yang terakhir tu..sangat setuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Yang itu paling penting.. Insya-Allah, rukun rumah tangga

      Delete