Assalamualaikum.
cerita lambat bersiaran ni.
Sabtu, 25.04.2026 - hari sukan Sek kebangsaan anak-anak.
memandangkan kak M dan abang Mueez masuk acara.
jom la kita pergi untuk meraikan.
sesi pembukaan, perbarisan masuk padang.
sikit je kan??
tapi, itu bukan mewakili keseluruhan murid sekolah nya.
ni murid yang terlibat dengan hari sukan je, yang masuk acara pada hari tu.
selain dari tu, memang cikgu dah maklum, tak perlu hadir pun takpe.
salah satu sebab nya, cikgu nak memaksimum penggunaan waktu.
sebab separuh daripada padang tu, tengah berlansung aktiviti pembinaan bangunan baru bertingkat untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
walaupun masa ni, takde kerja2 sedang dilakukan, tapi langkah berjaga-jaga terpaksa ambil.
ini je gambar abang Mueez yang ada.
tahun lepas di sek lama masuk perbarisan.
tahun ni, masuk persembahan silat dan bacaan ikrar pula.
boleh la masuk markah koku nanti.
gambar larian, linda tak ambil pula.
ada video je.
jadi, terus la ke acara penyampaian hadiah.
waktu ni tengah beratur untuk ambil hadiah.
kak M dan team tahun 4 rumah biru.
acara 4x100m dapat tempat kedua.
hebat juga kak M boleh potong pelari rumah lawan.
tudung tu beli semata mata hari sukan.
cikgu suruh pakai tudung warna biru katanya.
padahal orang lain, berwarna warni tudung nya.. hahaha.
abang Mueez dan team tahun 6 rumah kuning.
acara 4x100m dapat tempat pertama.
abang Mueez paling tinggi antara kawan-kawan yang lain.
tengok dekat gambar tu.
belum pukul 11 pagi, dah selesai acara untuk hari sukan.
ni, abang Mueez tolong cikgu kemas-kemas padang.
cikgu pula serba salah dengan linda siap cakap "puan, kalau nak bawa Mueez balik, boleh je"
alaa, kita pun takde rushing p mana, biar lah dia tolong cikgu pun.
salah satu yang linda suka dekat sekolah luar bandar, cikgu akan kenal semua anak murid dia.
insyaAllah, lagi-lagi yang tak reti duduk diam macam abang Mueez tu.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak.
belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
#adabdulubaruilmu.
till then, see ya.






No comments:
Post a Comment