Assalamualaikum.
dari My Town, terus la set waze(masa ni waze boleh pakai lagi ye untuk penjawat awam, kikiki) ke Seeds Hotel Premier Kampung Baru.
linda tempah through Agoda je.
yang biasa2 je, setakat untuk tidur malam je.
tengok gambar dalam Agoda helok, harap nya betul helok la.
studio Apt katanya.
eh, lalu pula depan sebelah Rembayung.
jadi la, dapat juga tengok depan mata. hahaha.
2 kali pusing juga la nak dapat parking, rupanya susah ye nak dapat parking. hahaha
linda ambil kunci dan chek in.
ada deposit RM20 tak silap.
udah lupa. hahaha.
ok, lif agak menggerunkan.
dah rasa macam, "adohai, camne la rupa bilik nanti", debo kita.
sampai depan pintu, buka pintu.
alhamdulillah, not bad la.
buka je pintu masuk, terus nampak ruangan dapur comel ni.
ada peti sejuk kecik, kettle.
sebelah pintu masuk, terus ada pintu tandas.
rupa tandas nya.
ada water heater, so ok lah.
tutup pintu tandas, ada cermin panjang dekat pintu.
bertentangan dengan pintu tandas tu, ada tangga spiral. yang belakang linda tu.
ada ruangan atas, so sama la macam dalam Agoda.
ni ruang atas, macam loteng la kononya, tapi boleh berdiri.
ibarat tingkat atas.
ni linda ambil dari side tangga
yang ni dah naik terus.
seram juga tangga ni, memang kena hati2 sikit.
siap ada tempat santai2 macam ni.
ada aircond juga, so memang sejuk lah.
lagi gambar dari sudut yang lain.
dekat atas tu, siap ada kabinet lagi. untuk simpan barang2.
ni bahagian bawah.
setelah ruang dibahagi dua dengan dapur kecik tu.
memang ngam2 je dengan katil queen tu.
yang penting plug ada banyak.
kiri kanan katil ada.
belah atas pun ada kiri kanan tilam.
bawah pun ada aircond sendiri.
ada iron dengan iron board dalam bilik.
bilik kalis bunyi ke tak?
emm, kalau dari arah pintu masuk, boleh dengar bunyi.
tapi, dari dinding. takde pula dengar apa2 dari bilik sebelah.
cuma yang linda pilih ni, takde tingkap la.
mungkin unit di bahagian tengah.
kalau bajet tak besar, sesuai la untuk menginap di sini.
dah lupa berapa bayar hari tu, dalam RM150-RM160 semalam.
tapi, kekurangan, part parking lah,
malam, rupanya banyak gila kedai makan bawah tu.
jadi, kalau kita dah keluar.
nak cari parking, memang bercinta. hahaha.
lepas chek in, setel2 letak beg.
solat siap2.
terus ke asrama Hospital Selayang.
sebab nak ambil mesin basuh untuk hantar ke Shah Alam, rumah adik.
Alhamdulillah, dia pun dapat posting dekat Hospital Shah Alam je.
tak payah nak pindah rumah PJJ bagai.
Btw, adik linda freshie Pembantu Tadbir, sama tarikh lapor diri dengan tarikh linda transfer. 9 September 2026.
till then, see ya.
nota kaki - gambar diambil selepas kemas2 nak chek out, itu yang nampak tilam bersepah2 sikit blanketnya










No comments:
Post a Comment