Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label pkdpt. Show all posts
Showing posts with label pkdpt. Show all posts

Friday, October 16, 2026

.: AWAN GELAP :.

Assalamualaikum.

Konon nak stay back dekat pejabat.
Nak siapkan kerja sikit, jadi yang lain boleh sambung hari Isnin.
Malas nak datang hari Sabtu.
Padahal, kerja tu memang dah hadap dari pagi, tapi tak siap².
Kerja yang tak putus².

Tapi, udah gelap kome.
Moh Ler kita balik je, malas nak terperangkap dalam hujan nanti.
Nampak nya Sabtu memang kena masuk pejabat lah.

Air kopi beli lepas rehat tak habis.
Bawa balik Ler Kome.
Gantung kat situ. Hahaha.

Tapi memang iye pun, tak lama pun budak ofis msg, kabo suruh balik.
Sebelum hujan lebat.
Hahaha.. kita nya, dah selamat sampai rumah.
Deme semua tahu dah, Linda p kerja naik motor je.. 🤭🤭

Till then, see ya.

Wednesday, October 14, 2026

.: NASIHAT SEORANG TEMAN :.

Assalamualaikum.


Isnin lepas, terjumpa dengan kawan satu sekolah men dulu, Kama namanya.
Memang tahu dia kerja bawah klinik PKD Perak Tengah juga.
Tapi, tak sangka jumpa kat pejabat hari Isnin tu.
Sampai lupa lah nak selfie.

Seronok dapat jumpa, tak ingat lepas SPM tu Aje jumpa ke tidak, sebab masing² dah dengan haluan sendiri.

Kama memang sopan santun, lembut je dia bercakap.
Yang buat Linda tersentuh, sebak sampai bergenang air mata bila dia pesan

 "Linda,elok² tau kat sini,jangan percaya orang sangat. Kadang² orang ni depan nampak lain, belakang kita lain.jangan cerita hal peribadi kita banyak sangat dekat orang, cukup sekadar yang perlu. Ada apa² nak luah, contact je Kama tau."

Bila dengar dia pesan macam tu.
Linda jadi tertanya², dia pernah mengalami sendiri, atau pun kawan² yang dia kenal.
Sebab, sepanjang yang Linda tahu, karier dia memang lama dekat daerah PKD ni, cuma tukar² klinik la.

Apa pun, Linda sebak sebab takde orang yang pernah pesan dekat Linda mcm tu.
InsyaAllah, Linda pun bukan jenis menyembang tak tentu hala dekat pejabat.
Memang buat hal sendiri je selalunya, orang bergosip, Linda dok ngadap PC je.. hahaha.

Semoga dijauhkan dari perkara2 yang tak baik.
Linda tak minta orang suka dekat Linda, cukup la sekadar senang untuk berurusan dan takde yang rasa terancam dengan kehadiran Linda.

Till then, see ya.

Nota kaki - penat nak layan drama pejabat ni, mana boleh layan, kita layan..rasa tak kena jiwa, jauhkan.


 

Saturday, October 3, 2026

.: CORETAN SABTU :.

Assalamualaikum.

Dah kemas².. jom la kita balik.
Cukup lah setakat ini, tapi, kita bawak balik rumah juga sebundle, harap2 boleh selesaikan lah.. aamin.

Harap² boleh claim la.
Nama belum putus sandang lagi, masih dekat Selayang. Hahaha.

Pagi tadi, sekali jalan.
IncikSuami hantar anak² latihan bola, lepas tu dia balik dulu.
Sebab Linda cakap, kerja Linda tak siap lagi.
Mai lain lah 12.30 nanti.

IncikSuami pun mai lain, naik motor je lah, dah berdua je.
Alang² tu, meh la kita isi perut dulu.
Konon nak makan laksa, tapi belum sedia lagi.

Makan nasi harimau menangis lah. RM9 satu.
Murah je tu, alhamdulillah, cukup lauk dan nasi.
Sos cicah dia sedap.

Wefie sikit sebelum makan.

Seronok la sekarang, boleh je request suruh hantar dan ambil dari kerja.. hihi.
Tapi, takde lah selalu pun.
Linda kadang balik kerja, suka p merayau² dulu. Hahaha.

Till then, see ya.

Thursday, October 1, 2026

.: CORETAN KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Meh la kita coret kan apa yang jadi hari ni.

Masih menyambung reten aset ya.
Tu pun ada lagi part tak siap lagi.
Nk buat, ada yang datang, tunjuk itu ini.
Suruh siapkan dan² tu juga.
Belum lagi nak nak kemaskini kew pa 7 lagi.
Gara² EKSA, haisyhhh letih la Gini.

Sambil tu selit juga ambik gambar untuk tampal dekat carta organisasi.

Gambar sebenar.
Boleh juga jadi tema, outfit of the day.

Gambar setelah diedit.
Nak seragam tudung dan baju.
Boleh print buat gambar passport ni. 🤭🤭

Tung tang tung tang buat kerja.

Noh, dekat pukul 6 petang baru punch keluar pejabat.
Boleh kira OT ni. Hihi.
Nasib la rumah dekat je, dalam 10min dah sampai.

Eh,, nak juga.
Outfit pergi dan balik kerja.
Linda merempit Aje.
Ada hari balik kerja basah, ada hari panas.
Tapi, tak sempat lagi nak buat plan yang dirancang bila dah pindah Tronoh.
Nak briswalk keliling tasik UTP lepas balik kerja.
Kalau briswalk pakai baju kerja means baju kurung, orang pandang serong tak?? Hahaha.

Till then, see ya.

Wednesday, September 30, 2026

.: CLOSING SUKU 3 ASET :.

Assalamualaikum.

Macam lama sangat kan nak sampai ke cerita dekat pejabat baru ni.
Cerita pasal celebration Linda dapat tukar pun tak habis lagi.. hahaha.

Weyh, hectic nya life dekat tempat baru.
Dia macam kerja ko tak habis habis. 
Siap yang ni, ada lagi yang tunggu.
Sambil buat kerja lain, ada lagi yang datang.
Lepas tu kerja pula memang bergantung harap dekat sistem.
Jadi, memang akan duduk depan PC jelah.
Aaahhh.. mencik nya.. hahaha.
Patutlah masa kerja penyelia asrama dulu, bila kita meronda kawasan, orang cakap kita takde kerja.
Sebab maksud diaorang kerja banyak, adalah bila ko duduk ngadap PC tak bergerak gerak. 😅😅

Kalau penjawat awam yang biasa duduk dekat pejabat, dia akan tau ada satu unit aset ni.
So, dekat PKD ni, Linda la PT aset tuh. 
Yang "jaga" aset PKD itself, lepas tu ada 8 KK dan 34 KD.

Dari pendaftaran, penempatan hingga ke pelupusan, Linda la yang uruskan dokumentasi nya dan sistemnya.
Pemeriksaan sukuan 3bulan sekali, so akan ada 4 sukuan.
Waktu ni, pemeriksa aset memang kena kejar la dengan PT aset ni.
Kalau waktu kerja Avon dulu, mcm stock count la.
Apa yang ada dalam sistem, mesti kena ada di luar sistem, means fizikal nya.
Eh, panjang ceritanya.
Gambar tak sampai lagi ni.

Jadi hari ni 30.9.2026.
Penutup sukuan ke 3.
Kena generate report dari sistem, sebab nak kena buat reten.
Nak generate report ni pun dah makan masa setengah hari.
Itu pun tadi, alhamdulillah sistem bekerjasama, sebab 1 Malaysia akan guna sistem ni pada hari ni.
Semua jabatan kerajaan akan buat closing sukuan.

Istilah "reten aset" boleh merujuk kepada beberapa maksud bergantung kepada konteks bidang yang anda maksudkan, sama ada dalam sektor kesihatan awam, perakaunan/kewangan, atau pengurusan hartanah/kontrak. [1, 2, 3]
Berikut adalah pecahan maksud bagi istilah ini:
1. Sektor Kesihatan Awam & Jabatan Kerajaan (Konteks Malaysia)
Dalam sektor kerajaan (seperti Kementerian Kesihatan Malaysia), reten (daripada perkataan Inggeris return) bermaksud laporan berkala atau penyata rasmi yang perlu dihantar ke pihak atasan. [1, 2]
  • Reten Aset: Merupakan laporan atau dokumen pemantauan berkala mengenai status, bilangan, penyelenggaraan, atau pelupusan aset dan inventori yang berada di bawah kawalan sesebuah unit atau klinik.
Linda share untuk KKM je lah.


Alhamdulillah, ada kek kak Am, boleh la distract sikit dari mengadap PC je.

Outfit of the day.
Kalau rajin, kita ambil la gambar.
Sebab outfit yang berbeza setiap hari. Hihi.

Esok, kita sambung pula buat reten dalam Google sheet yang JKN negeri bekalkan.
Yang dok print screen seharian hari ni, kena tulis balik dalam Google sheet tu.

Uwaaaa...
Tu baru 1 part.
Ada lagi 1 part kerja Linda, yang memang baru sentuh.
Sebelum ni tak pernah sentuh pun.
Bab aset ni pun sama juga, pertama kali sentuh sedalam ini, yang biasa memang jadi pemeriksa aset je lah.

Semoga terus kuat dan tabah, doa untuk diri sendiri.

Till then, see ya.

Tuesday, September 29, 2026

.: HARI SELASA :.

Assalamualaikum.

Hari ni sempat ambil gambar dekat pejabat.
Nampak macam tak bz, sebab tak nampak lagi jalannya. Hahaha.
Esok bz la kita.
Hari closing sukuan.

Sampai kemetot haa lecu Linda.
Jarang la macam ni, selalu tak sampai separuh je, lepas tu expired. Hahaha 

Hari menyalin nota.
Weyh, tak pernah seumur kerja menyalin nota.
Nampak sangat job scope kali ni tough eehh.. 😂😂

Outfit of the day
Macam kak PH selalu ambik gambar. Hihi.
Pakai je baju yang sama.
Lagipun pergi kerja naik motor, susah sikit nak pakai baju kurung ni.

Masih belajar lagi, memang buat benda baru dekat pejabat baru.
Totally different, Alhamdulillah, kawan² banyak membantu.
Slowly la kita adapt eehh.

Till then, see ya.

Wednesday, September 23, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 22/26 :.

Assalamualaikum.

Macam ostajah kabonya.

Tak lawa dah ID staff kita. Hahaha.
Macam mana lah boleh terlupa nak ambik gambar masa tengah tunggu abang Mu'az gunting rambut.
Kalau dak, helok la sikit gambonya.

Till then, see ya.

Noted- PV 995065

Friday, September 11, 2026

.: WELCOME TO PERAK :.

Assalamualaikum.

Rabu, 9.9.2026 - tarikh cantik kan?
Memang ingat la sampai bila².. hihi.

So, here we go.
Lepas hantar kids pergi sekolah,terus la ke Ipoh.

Belum pukul 8 pagi dah sampai.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Ngintai dalam kawasan tu, kecik je.
Tanya la security, lapor diri dekat mana.
Dia beritahu dekat menara Tabung Haji sebelah.
Nampak juga macam dah orang nak lapor diri, kita tanyalah dia..
Freshie, aras 7 katanya.
Owh, kita tak tahu pasal ni.takde pemberitahuan pun.

Bilik mesyuarat Zamrud.
Ramai yang lapor diri.
Freshie je pun dekat 60 orang.
Bertukar masuk dalam 20 orang.

Macam lama je dok dalam ni, Linda suruh la incikSuami balik dulu.
Petang nanti baru datang semula.
Sampai tengah hari dah.
Kengkawan semua dah menekan nekan tanya dapat mana. 🤭🤭

Adik yang dapat JKN Selangor pun dah tahu dapat mana.
Alhamdulillah, dia dapat Hosp Shah Alam je, lega la dekat dengan rumah.

Yang JKN Perak ni, berchenta menunggu.
Saja bagi panas Line.

TPKN(Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri) siap bagi ucapan alu aluan untuk staf baru.
Jarang berlaku ni. Hihi.

Finally, pukul 4.30 petang baru keluar surat penempatan.

Last but not least, exKSKB SAS(kolej kesihatan Ulu Kinta)
Dari pada PTD yang depan sekali, Puan Dalina.
Yang akak² penyelia asrama kakAyu(tudung mustard) dan kakWatie(rupanya kawan sek men incikSuami).

Akhirnya, PKD Perak Tengah.
Alhamdulillah, semoga yang baik² untuk Linda di tempat baru.

Setelah 2 hari duduk tempat baru, hingaq  weyh..
Adudu, moga seketui Linda dapat sesuaikn diri. Hihihi.

Till then, see ya.