Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label telukintan. Show all posts
Showing posts with label telukintan. Show all posts

Monday, September 7, 2026

.: CARIBOU CAFE :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 29.08.2026 - dalam 8.30 pagi, bergerak la Linda dengan family balik Sg Samak kejap.
Balik hari je pun, sebab esoknya anak² ada game bola Merdeka.
Nak menyantuni kenduri akikah dan kesyukuran bagi menyambut sepupu yang baru mendapat anak pertama setelah 12tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdulillah, dikurniakan rezeki zuriat pada mereka.

So, sambung la cerita perjalanan kami.
Linda dengan incikSuami dah makan roti dekat rumah, jadi takdelah lapar sangat.
Tapi, tetap la berhenti di Teluk Intan, dengan alasan, anak² lapar.

Jumpa la Caribou Cafe ni.


Jom la kita singgah, sebab nampak macam tak ramai orang sangat.

Tak snap pula gambar menu, tapi yang Linda ingat, ada nasi dagang.
Tapi, risau kenyang, tak beli la.
IncikSuami pun tak nak makan katanya, share pun tak nak.
Jadi takpelah, lain kali lah datang lagi.

Dedek dengan kak M dah ambik cookies dip ni sorang satu.
Bila tanya nak makan apa, takde katanya.

Satu air Linda, satu air kak M.

Abang Mueez order lontong dengan air mojito strawberry.
Pagi² dah beli air mojito.

Linda pula, terbekenan dengan roti paratha.
Order la satu.
Roti paratha dia guna yang Frozen je, harap kan kuah la sedap.
Alhamdulillah, rezeki hari tu.

Kalau tak silap total damage dalam 30 ringgit lebih.
Sebab cookies tu sebekas RM7.

Mungkin lain kali boleh datang lagi, nak try menu lain pula.
Jom la teruskan perjalanan balik Sg Samak.

Till then, see ya.

Friday, September 4, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 5 :.

Assalamualaikum.

entry last untuk Family day PRAC.
bergambar beramai-ramai depan resort ni.

nasib ada AJK Media.
memang dia ambilkan je gambar setiap family sebanyak mana yang boleh.
jadi takde la, kita nak mengharap orang ambilkan gambar. hihihi.
anak-anak pun, semua dah nak sama tinggi dengan ibu. hahaha

Ni pun ada juga yang dah balik awal.
Sebab ada hal tak dapat elak.

gambar Aruz di sekeliling resort.

setel ambik gambar. 
setel salam-salam, lambai-lambai.
geng2 nothern pun gerak la beramai-ramai.
siapa yang follow, boleh.
siapa ada urusan lain, nak terus balik pun takpe.
linda sekeluarga takde apa pun, jadi follow je lah.

berhenti bergambar dekat bawah jambatan Permaisuri Bainun

lepas tu kami berhenti makan tengah hari dekat Silaturrahim, hala Teluk Batik tu.
Blogger Tot mesti tahu.
mengenang memori la linda makan kat situ.
sebab masa kerja dekat Lumut dulu, kadang-kadang sampai juga situ cari makan tengah hari.

selesai makan, teruskan perjalanan ke Teluk Intan.
sebab ada geng yang tak pernah sampai Menara Condong.
bak kata Uncle sampai sini, sampai la ke Itali.
hahaha.

minta kebenaran masuk ke bahagian tapak dalam tu.
ada yang panjat menara, ambil gambar dari menara.

gambar di zom.

gambar dari depan.
berlatar belakangkan Menara Condong.

lepas tu, kami pergi mengopi sat.
yang tu kita buat entri khas la nama kafe tu.
maka berakhirnya cerita family day PRAC kita.
ada rezeki, ada lagi tahun hadapan, insyaAllah.

till then, see ya.

Wednesday, March 4, 2026

.: SESI PEMASANGAN LAMPU DAN KIPAS :.

Assalamualaikum.

Selasa, 17.02.2026 - cuti CNY lepas, linda usulkan dekat incikSuami untuk pasang lampu dan kipas dekat rumah Teluk Intan.
sementara waranti rumah ada lagi ni.
nak habis dah bulan 7 nanti, dah 2 tahun rumah nya.

CNY 2026
sampai-sampai, loading barang.
lampu, kipas memang dah lama beli.
at least bila dha pasang, kurnag sikit barang dekat rumah Tronoh tu.

CNY 2026
incikSuami memasang bilah kipas.
lambat nak pasang.
last2 dia pasang 1 je dulu.
lepas tu dia siapkan lampu dulu untuk satu rumah.
baru la nampak hasilnya.
kalau tunggu kipas je, macam takde hasil je.. sebab lama sangat nak siap..
hahaha, amatur kan.

CNY 2026
dedek sampai tertidur la menunggu ayah siap buat kerja.
yang lain-lain pun dah bosan juga menunggu

CNY 2026
ada tetamu datang..
kak mas kebetulan nak ke Teluk Intan, kita suruh la dia datang bawa minum petang.. hahhaa

CNY 2026
Alhamdulillah, setelah sepetang berhempas pulas.
siap dah pemasangan kipas dan lampu.
kalau upah orang, 2,3 jam dah siap.. hihihi
tpai, kena sedia duit jelah.
nie incikSuami kata sanggup nak buat..so beli barang jelah.

tak salah la perhitungan linda suruh incikSuami pasang lampu kipas.
line lampu kipas dalam blik-bilik, ada problem sikit.
wayar semua dah sambung dah.
siap dia call kawan dia yang memang buat kerja-kerja elektrik ni, semua dah betul.
tapi, kipas dengan lampu tak hidup.
jadi buat defect la.
sebab kitaorang memang assume wayar looping dia tertinggal.
kalau upah orang, dioarang boleh je settle. 
incikSuami pun boleh je settle, tapi dia malas nak tarik wayar atas syiling.
so, boleh buat aduan..kita buat lah.

next Jumaat, 06.03.2026, appoinment untuk cek defect elektrik.
linda ambil cuti, esok petang balik Tronoh la.
tapi, minta incikSuami la pergi.
senang sikit kalau nak explain apa-apa nanti.
jadi linda kena stay untuk ambil, hantar anak ke sekolah la.

till then, see ya.

Tuesday, February 10, 2026

.: GENG LORONG 79 :.

Assalamualaikum.

Sebelum bz, meh kita post satu entry..
Semalam dah la takde post entry, camne adsense nak approved.. ehhh... Hahaha.

Sabtu,31.01.2026 - hari bermasyarakat dengan geng² lorong 79 Taman Lagenda Teluk Intan.
Walaupun Linda tak duduk situ, tapi group lorong meriah.
Selalu juga selit² wasap dalam group.
Alhamdulillah, setakat ni semua ahli lorong baik² je.
Bila Linda nak duduk situ??
Entah lah, setakat ni takde perancangan pun.
Beli rumah tu pun, sebab mood tak stabil masa kena pindah Selayang tu. Hahaha.

Hasil kutipan lorong, Ayong tolong order kan nasi lemak, sebagai main dish.
Lain² semua pot luck.
Dapat la bawa sorang sikit.

Nasib baik balik Sg Samak, takde lah jauh sangat nak ke Teluk Intan.

Macam biasa hujung program, ambik la gambar.
Hasil tangan incikSuami..hurmmm.
Tengok la sendiri.

Candid betul

Dah elok tapi tak sharp.

Elok sikit, tapi Qeela pula spoil.

Candid lagi.

Ni sebahagian je.
Gambar² lain malas nak upload. Hahaha.

Alhamdulillah, kata nya nk buat program buka puasa pula.
Yang ni, tak tau boleh join ke tak, risau kelam kabut je nanti.

Apa-apa pun, semoga ukhwah berkekalan sampai bila-bila, Aamin.

Till then, see ya.

Wednesday, January 28, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 3/26 :.

Assalamualaikum

WORDLESS WEDNESDAY
begitu kerasnya menjadi orang dewasa.. hahaha

kuota bayaran bil untuk bulan Januari dah habis.
tunggu bulan Febuari pula lah, untuk cukai tanah dengan IWK.

till then, see ya.

 

Tuesday, July 1, 2025

.: LONG WEEKEND :.

Assalamualaikum.

Kisah long weekend..Linda rangkum je,sebab gambarnya seciput seciput.

Sabtu, 28.06.2025

Pagi pagi kalut nak bergambar dulu.
Pergi mana?

Hantar adik bongsu pergi kerja.
Sebab nak bawa balik motor kak mas dekat ofis.
Naseb baik tempat kerja sebelah sebelah je,walaupun bos lain lain.

Balik rumah,siap siap, nak pergi kenduri dekat Setiawan.
Singgah dulu Teluk Intan, nak amik kunci rumah dekat pejabat pemaju.
Defect dah siap baiki.
Singgah tengok sat.

Siap buat lubang dekat porch nie.
Lupa nak masuk defect,naseb baik yang tukang nie pandai.
Baru lah air boleh keluar,kalau tak berlumut tang simen tu.

Ikot highway, 45min sampai.

Ada gambar kak mas je.
Kenduri dekat Bandar Baru Setiawan Perdana. Dua pupu buat kenduri kawen anaknya.
Adik Linda yang Izhar tu, beli rumah kat sini juga, tapi belum nak balik Perak lagi.

Ahad, 29.06.2025

Ada orang datang ukur ukur pula.
IncikSuami cakap nak buat loteng, tapi syiling tak tinggi sangat, so buat loftbed je.
Linda tak pernah survey2 harga, incikSuami cakap, full package dekat 7ribu juga. 🫥🫥
Kecik je pun ruangnya.

Setel itu ini, lepas asar juga lah kita gerak dari Tronoh nak balik Selayang.

Jem dekat susur keluar Gopeng. Orang nak lari dari jam highway, ikot jalan dalam.
Yang kita, sanggup nak harung jam.. 😅😅
Linda ingat incikSuami nak ikot jalan lama je,rupanya nak ikot highway.

Buah mula,smooth je..
Lepas tu jam kome.
Berenti rehat RnR ulu bernam dalam pukul 8malam, solat siap2..
Gerak dalam pukul 9malam.
Sampai Selayang almost 11pm.
Itu pun susur keluar Rawang.
Kalau Rawang S (dekat Gamuda tu), mau dekat pukul 1pagi baru sampai.

Alhamdulillah,selamat sampai rumah.
Penat hadap jam je.

Till then, see ya.

Monday, January 20, 2025

. : PASANG GRILL :.

Assalamualaikum 

Sabtu semalam, 18.01.2025
Dalam 8.30 pagi dah keluar dari kampung. 
Pergi tengok rumah dekat teluk intan. 

Yeay, meter air dah pasang. 
Tapi, tak sempat nak berlama-lama untuk cek bocor. 
Ada nampak leaking sikit-sikit dekat stopcock utama, sinki bilik air. 
Nanti kena spend time juga nie.. 
Dengar 1 baris tu, tiba-tiba ada paip bocor plak, sampai basah syiling atas tu. 
Eh, seram pulak linda. 

Ke Teluk Intan tu, sebab dah janji dengan orang pasang grill, untuk pasang hari nie. 
Jadi, kita bukak lah mangga pagar tu. 
Senang orang tu nak masuk nanti. 

Dah buka mangga. 
Pegi lah cari sarapan dulu. 
Google keluar lah "Gerai Pak Andak" 
Dekat bandar lama Teluk Intan. 
Naseb baik sempat, roti canai ada lagi. 
Rating linda - boleh la ditelan, takde unsur wow sangat. 
Tapi, rojak sedap. Kuah sedap. Cucur udang dia juicy, takde lah garing sangat. Tu yang penting. 

Siap sarapan, gerak semula ke rumah.

Eh,team grill nie dah sampai. 
Dah nak siap pun. 
Tinggal grill pintu sliding nie je. 

Linda amik gambar dari dalam. 
Lupa nak snap gril yang lain. 
Pintu dapur pun dia tukar, buat yang ada pintu kecik untuk udara, tanpa perlu buka semua pintu. Gitulah. 

Total untuk 1 rumah - RM2500. 
Gril lurus je. 
Takde pattern2, kalau ikot, ada yang murah sikit. 
Tapi, yang nie kena dengan masa linda. 
So, on je lah. 
Memang bajet banyak itu pun. 
Nanti menabung untuk awning pulak. 😁😁

Lepas selesai nie, berkejaran ke rumah Tronoh pulak. 
Dari Teluk Intan ke Tronoh, dalam sejam setengah gitu lah.. Kalau bawa santai2. 

Next entry linda share buat apa pula dekat sana. 

Till then, see ya. 

Monday, January 6, 2025

.: MAKAN DURIAN :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, merasa makan dekat kedai buah durian nie.
terima kasih incikSuami, dia memang tau wife dia hantu durian.

nie betul-betul gebu

kucing tido

puas lah dedek makan

kak M pun sama jugak

memula amik kahwin sebiji
durian IOI sebiji

makan 2biji tu dulu, lepas tu.
tambah kampung sampai 3 biji.
lepas tu jugak, tuan kedai dok hulur-hulur jugak pangsa yang elok dari durian yang tak elok.
ya Allah, betul-betul puas lah rasenya.

yang makan habis RM134.
yang beli, bawa balik RM161.

yang bawa balik tu beli kat port lain, durian kampung RM10/kg.
beli dekat teluk intan, area kedai Nasi Tempurung Pak Man.
alhamdulillah, semua yang beli bawak balik tu, takde yang tak boleh makan.
semua boleh makan.

syok lah bawak balik durian, incikSuami boh atas roofbox dia.
baru lah bau tak masuk kete.
ye lah, babyRuz kan kete takde bonet.
mau pengsan, tara nak sampai rumah.

len kali, ada rezeki. nak makan durian lagi.
hihihi.

till then, see ya.

Sunday, December 15, 2024

. : CUTI SULTAN SELANGOR :.

Assalamualaikum.. 

Jemu lah cerita pasal Muzium Negara.. 
Ada satu part lagi.. Insya-Allah.. 

Linda cerita pasal cuti umum Sultan Selangor hari tu lah.. 

Wakil pemaju hanta wasap jumaat sebelum tu lagi.. 
Katanya defect untuk rumah dah siap dibaiki. 
Jadi, linda decide untuk buat pemeriksaan bersama wakil pemaju, masa public holiday(PH) Sultan Selangor tu lah. 

Gerak dari Selayang pukul 7.30pg cmtu. 
Sampai kampung dalam 9.30 pg. 
Satu jalan dengan kampung kan.. Hihihi

Sampai rumah dekat Teluk Intan, dalam 10.05pagi lah.. 
Appointment pukul 10 pagi.. 
Terlewat sikit lah. 

Wakil pemaju bersama incikSuami.
Bagus wakil nie, fasih berbahasa melayu. 
Lupa nak tanya nama apa. 

Dia pun tunjuk aduan kerosakan yang linda buat. 
Alhamdulillah, semua dah ok. 
Linda buat yang mana nampak mata kasar dulu. 
Nanti bila free sikit, nak upah untuk cek atas syiling dengan wiring juga. 

Cuma yang team teknikal buat on the spot, tombol pintu bilik dengan genting pecah. 

Gayat pulak linda tengok pekerja tu dok atas bumbung tu. 
Yang linda nampak 1 je genting pecah, dapat pekerja tu naik atas, 6 keping genting pecah. 

Kak M berposing sikit. 

Alhamdulillah, habis dekat rumah. 
IncikSuami ajak makan-makan pulak. 
Kat mana?? 

Tempat fofular di Teluk Intan. 
Mastan Ghani.. 
Lama dah kedai nie, dari dulu lagi ada. 
Tapi, sekarang nie dekat lokasi lain dah. 

Dekat sini, memang menu utama dari dulu. 
Rojak lah.. 
So, linda pun order rojak lah. 
Alhamdulillah.. Mekasih incikSuami velanja makan.. Moga murah rezeki selalu ya. 

Habis tu, balik kampung semula.
Lepas isyak baru gerak balik selayang. 
Dedek folo abang Ammar g masjid.

 Alhamdulillah... 
Jalan tak jem, pukul 10.30 malam sampai selayang. 

Linda dalam kete tido..
Tau tau, dah sampai simpang hospital.. Hihihi... 

Till then, see ya

Thursday, October 31, 2024

. : SELESAI SERAHAN KUNCI :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, hari yang ditunggu dah tiba (semalam 30.10.2024).
Bertambah lagi komitmen bulanan (tapi, bulan 1 dah stat bayar full loan rumah) 
Cuma, incikSuami nak pencen nie, baru terasa stress.. Hahaha.. 
Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki.. Aamin2 

Selepas 2tahun 10bulan. 
Kunci rumah dah berada di tangan. 
Alhamdulillah di atas rezekiMu ya Allah. 

Rumah kecilku. 
Next plan, kita chek defect dulu. 
Sebab, takde plan pun nak duduk kat rumah nie, apa motif p beli hari tu pun tak tau.. 😂😂

Kak M depan rumah. 

Dedek pulak. 

Gigih linda buat video. 
Hihihi. 
Untuk kenangan diri sendiri. 

Till then, see ya. 




 

Monday, October 28, 2024

.: HAMPIR TIBA :.

Assalamualaikum..

lagi 2 hari je.
macam-macam perasaan ada nie.hihihi


tarikh ambil kunci - 30.10.2024

semoga semuanya baik-baik sahaja, Aamin

till then, see ya

 

Tuesday, August 20, 2024

. : BERCAMPUR BAUR :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.. Lega, surat VP (Vacant Possesion) telah di layangkan ke alamat masing2.. 

Macam-macam bau ada nie.. 
Bau rumah baru.. 
Bau duit habis.. 
Bau takde duit.. Hahaha

Tapi, yang tengah risau.. 
Surat VP nya ke alamat Melaka.. 
Lupa nak update alamat baru.. 
Tunggu lah dulu.. 
Kalau tak dapat jugak, kita up through email..

Alhamdulillah.. 

Till then, see ya