Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label lindadapattukar. Show all posts
Showing posts with label lindadapattukar. Show all posts

Wednesday, September 16, 2026

.: LUNCH DATE @ 168 MALL, SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 4.5.2026 - lunch date sempena bakal berpindah ke Perak.

penuh makanan atas meja.

sponsor utama lunch linda hari Jumaat tu.
dari kiri, kak Mala dan kak Ju.
terima kasih banyak buat sis berdua, moga murah rezeki selalu.
rezeki yang tidak pernah dibayangkan.

minta tolong staff TCRS tolong snapkan gambar kami bertiga.
sambil makan, sambil sembang macam-macam.
nak sembang dekat pejabat, banyak telinga. hahaha
sembang dekat luar, baru la tenang-tenang aje.

hari sebelum tu, sis berdua dah datang pejabat, bagi linda hadiah perpisahan.
alahai, sedih dan terharu linda.
susah susah tau.
dengan kak Ju, suka sembang pasal anak. 
dengan kak Mala, boleh je sembang pasal apa pun.

terima kasih banyak atas bantuan dan tunjuk ajar selama 5 tahun ni.
tak lokek nak membantu, tak kedekut ilmu.
moga yang baik-baik je untuk sis berdua, aamin.

till then, see ya.

Monday, September 14, 2026

.: SESI MAKAN MAKAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 4.9.2026 - kak Zu and the geng buat makan makan sempena Linda nak pindah.
Alahai, miscommunication tau.
Ingatkan nak sarapan sama² dekat kafe.
Rupanya nak buat makan² dekat library.

Banyak makanan nya..Alhamdulillah 
Moga murah rezeki penyumbang semua.
Linda bawa diri je.

Kak Aruna buat ladu. Manisan orang India.
Simbolik untuk berita gembira.
Terima kasih kak Aruna.
Terus teringat waktu kecik², jiran sebelah rumah India, memang time Deepavali tu kita tunggu la.
Nak makan manisan dia.
Sedapnya.

Wefie sikit dengan siapa yang ada.

Siap ada sesi bertukar hadiah lagi tu.
Terima kasih banyak.

Warna pink - kak Aruna.
Tengah - Izzah.
Belakang sekali - Kak Zu.

Terima kasih atas ingatan semua.
Moga murah rezeki selalu, sihat² selalu.

Till then, see ya.

Tuesday, September 8, 2026

.: LAST DAY SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Hari terakhir di Hospital Selayang.

Mungkin, hari terakhir juga pakai uniform ni.
Apa pun kerja yang datang, kita hadapi dengan tenang.

Tak sangka..terharu.
Tanda ingatan kawan² pada Linda.
Subhanallah, tak harap pun semua ni, sorang² datang hulur hadiah.

Adeh, nak jadi kisah, masa dekat parking hosp lagi.
Cubaan kali ke 3, baru la enjin kereta hidup.
Lepas tu, berhenti isi minyak, dan matikan enjin kereta.
Alih² tak boleh start pula, bateri tak cukup power.
Gigih la Linda keluarkan mini jumper, tapi tak cukup kuat pula.
Alhamdulillah, ada brother ni tegur. Dan dia jumperkan dengan kereta dia. 🤲🤲

Brother ni cakap, dia bawa lori yang parking dekat stesen minyak tu.
Wife dia kerja stesen minyak tu.
Moga dipermudahkan segala urusan brother tu.
Dia siap pesan, tak boleh berhenti la.
Linda siap cakap nak balik Perak, husband pun kat Perak. Terkejut dia dengar. Kiki.
Agaknya, dia tengok Linda tak kalut kot, padahal tengah VC incikSuami, tanya cara² guna Jumper tu.

Jadi, memang dah hidup kete tu.
Terus jelah gerak.
Atas highway pun clear.
Kaki gigil lah nak menekan. 😅😅

Alhamdulillah, sampai Tronoh 7.12 petang.
Minta keluar pejabat awal, pukul 5 petang tu, dah atas highway dah.

Dah sampai Tronoh, baru la dan ambil gambar.
Penuh kereta, walaupun barang sorang. Hahaha. Tinggal ruang untuk pemandu je.
Dari depan sampai belakang, penuh.
Ni pun, seat yang belakang tu dah rebahkan.

Sekarang ni, tak boleh tido.
Debar la esok nak p lapor diri.
Moga dapat tempat yang dimohon, aamin.

Till then, see ya.